Learning With Fun
TUTORIAL
MENGGUNAKAN
BLOOKET
1.0 Pengenalan tentang Blooket
Blooket merupakan satu aplikasi web yang menarik sebagai media elektronik di dalam kelas
dan sesuai digunakan dengan pendidikan norma baharu dalam mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang menarik. Sebagai satu aplikasi media yang mempunyai gabungan
permainan dan kuiz , Blooket dapat menggantikan kuiz cara lama yang menggunakan kertas
dan pensel. Blooket merupakan aplikasi yang percuma dan guru boleh mencipta kuiz atau
menggunakan kuiz sedia ada yang telah dicipta oleh pengguna yang lain. Terdapat pelbagai
pilihan permainan yang boleh dipilih. Setiap permainan mempunyai tahap kesukaran yang
berbeza. Aplikasi Blooket ini boleh diakses melalui laman sesawang (website). Oleh yang
demikian, pengguna tidak perlu memuat naik aplikasi tersebut. Seterusnya, aplikasi Blooket
ini dapat digunakan di dalam komputer, telefon bimbit dan peranti lain.
Menurut Norasmahani Hj Nor (2015) proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan TMK
merangkumi cakupan objektif yang luas dan menggunakan pendekatan interaktif bagi
membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara kendiri. Konsep penggabungan
permainan dan pembelajaran Blooket ini dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran
yang menyeronokkan iaitu murid tidak cepat berasa bosan, lebih aktif dan dapat menumpukan
perhatian dengan sepenuhnya.
2.0 Faedah Blooket
Antara faedah Blooket dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
1) Aplikasi ini boleh ditetapkan dengan pelbagai bahasa yang mudah difahami oleh
murid sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.
2) Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan kerana murid atau guru tidak memerlukan
kemahiran tertentu untuk menggunakan media pengajaran ini .Arahan penggunaan
yang diberikan dalam aplikasi ini juga mudah difahami oleh pengguna.
3) Guru boleh mencipta kuiz yang mengandungi format soalan yang berbeza-beza dan
berdasarkan tujuan pembelajaran untuk sesebuah topik.
4) Guru tidak perlu lagi menanda kertas kuiz seperti cara yang lama kerana semua
jawapan dan markah murid sudah tertera di skrin leaderboard.
5) Murid juga dapat mengenal pasti kesalahan yang telah dilakukan dengan baik.
6) Persembahan Blooket sangat menarik kerana terdapat pelbagai permainan, warna,
grafik dan audio yang dapat menarik perhatian murid.
7) Dapat meningkatkan motivasi murid kerana murid akan bersaing antara satu sama
lain bagi memperoleh kedudukan pertama.
8) Guru boleh menetapkan kuiz tersebut sebagai kerja rumah atau menjalankan kuiz
tersebut secara langsung di dalam Google Meet, Zoom, Webex dan sebagainya.
3.0 Tatacara penggunaan Blooket
Langkah 1:
Klik pautan aplikasi https://www.blooket.com atau taip pencarian "Blooket" di Google
search.
Untuk pengguna pertama kali anda perlu sign up dan login aplikasi “blooket” untuk
memudahkan penggunaannya. Cara untuk sign up boleh menggunakan gmail. Selain itu, bagi
murid pula mereka tidak perlu sign up, tetapi hanya perlu menekan pautan atau kod yang
dimuat naik oleh guru.
Langkah 2
Kemudian masukkan kata pengguna (username) dan pastikan kata pengguna (username)
tersebut tidak mempunyai jarak (space).
Langkah 3
Kemudian pilih tetapan guru untuk memudahkan penggunaan aplikasi “Blooket”.
Langkah 4
Selepas mengakses kata pengguna (username), guru boleh memilih tetapan yang terpapar
di bawah untuk membina kuiz. Selepas membina kuiz tersebut guru boleh setkan soalan
tersebut kepada pilihan “favorites”. Selain itu guru juga boleh membina beberapa jenis
soalan berdasarkan templat yang dipilih untuk dijadikan kuiz dan disimpan di dalam folder
tugasan murid. Di samping itu guru boleh merujuk semula soalan yang telah dibuat pada
tetapan “history”.
Langkah 5
Cara membina soalan guru boleh menekan butang “create” untuk membina soalan.
Kemudian guru boleh memasukkan gambar dan pilihan jawapan mengikut kesesuaian
soalan yang dibuat.
Langkah 6
Selepas membina soalan pertama, guru boleh menekan butang “add question” untuk
menambah soalan yang berikutmya. Kemudian pilihan jawapan boleh disusun mengikut
kesesuaian soalan.
Langkah 7
Setelah siap membina soalan, Untuk melaksanakan kuiz Blooket guru perlu menekan butang
kata laluan (ID) untuk dikongsikan kata laluan permainan (ID game) kepada murid.
Langkah 8
Selepas murid selesai menjawab guru boleh menganalisis pencapaian murid melalui statistik
yang dipaparkan oleh apliksi “Blooket”. Secara tidak langsung dapat membantu guru
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu topik dan soalan yang dijawab.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, penggunaan aplikasi blooket ini bukan sekadar dapat memudahkan
guru dalam membuat penilaian dan pentaksiran bilik darjah terhadap murid tetapi melalui
penggunaan aplikasi ini juga dapat melatih dan membentuk guru yang mempunyai pelbagai
kebolehan dalam mengakses dan mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat (TMK).
Di samping itu, murid-murid juga akan berasa seronok dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik serta tidak membosankan. Tambahan pula aplikasi blooket
ini dapat dilaksanakan secara segerak dan tidak segerak dan boleh dipantau oleh guru. Oleh
hal yang demikian, aplikasi ini dapat mengurangkan beban dan tugas guru dalam
mengumpul data penilaian murid untuk direkodkan dalam laporan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD).