The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 乐圣华小图书馆, 2023-03-14 06:24:33

SELAMATKAN KAMI

SELAMATKAN KAMI

"SELAMATKAN KAMI!" Disediakan oleh: Saqqiela Natasshya Binti Marlin Noraina binti Noraidi Rozlina Dison Nor Asyken binti Mosinin Dayang Nor Suziana Binti Harun Aswold Gelibat KISAH IBU PENYU DAN ANAK PENYU


Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kumpulan kami menyempurnakan tugasan Buku Cerita, subjek (TD30803) Pendidikan Perkembangan Sosio-Emosi, Kerohanian dan Moral. Sepanjang kumpulan kami menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami dapat melalui tugasan ini. Kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu Dr. Jusiah Idang kerana telah membimbing kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakanrakan kumpulan yang telah bertungkus lumus menyiapkan sebuah buku cerita yang menarik. Segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan tersebut, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. PENGHARGAAN i.


SINOPSIS Terdapat seekor ibu penyu yang tinggal di laut bersama anaknya. Mereka hidup aman dan damai bersama-sama. Pada suatu hari, hidup mereka diancam oleh sesuatu yang menyebabkan anak penyu mati. ii.


Terdapat seekor ibu penyu dan anaknya yang hidup aman dan damai di sebuah laut. 1


Mereka pergi mencari makanan iaitu obor-obor. 2


Setelah selesai mencari makanan, mereka pulang ke rumah dan berehat. 3


Pada suatu hari, anak penyu ingin keluar bermain bersama kawan-kawannya. 4


Ibu penyu menasihati anaknya supaya berhati-hati. 5


Anak penyu pun pergi berjumpa dengan kawan-kawannya di taman. 6


Anak penyu berasa sangat seronok bermain bersama kawan-kawannya. 7


Setelah bermain, anak penyu berasa penat dan ingin berehat sebentar. 8


Tiba-tiba, anak penyu melihat seekor obor-obor yang cantik. 9


Lalu anak penyu mengejar dan cuba menangkap obor-obor tersebut. 10


Akhirnya, anak penyu berjaya menangkap lalu memakan obor-obor tersebut. 11


Tiba-tiba anak penyu tercekik dan lemas. 12


Rupa-rupanya obor-obor tersebut adalah beg plastik. 13


Ibu penyu berasa risau kerana anak penyu belum pulang ke rumah lalu pergi mencari anak penyu. 14


Ibu penyu akhirnya menjumpai anak penyu tetapi anak penyu sudah mati kerana tercekik beg plastik. 15


Ibu penyu amat sedih kerana anaknya sudah mati. 16


NILAI MURNI Ibu penyu sangat menyayangi anaknya sehingga tidak dapat menerima pemergian anaknya. Kasih sayang


PENGAJARAN Kita perlulah menjaga kebersihan laut dengan tidak membuang sampah merata-rata seperti plastik, tin dan sebagainya kerana ia dapat mengancam hidupan laut.


Click to View FlipBook Version