Perbezaan Budaya
dan Pendidikan Multibudaya
Penghargaan
Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai
aspek sehingga buku ini sesuai diterbitkan. Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan kepada:
1. Prof Madya Dr. Shahabuddin Hashim
2. Prof Dr Hairul Nizam Ismail
3. Ts Dr Md Baharudin Abdul Rahman
4. Dr. Nor Asniza Ishak
Bil Perkara MukaSurat
Isi
Kandungan
Bab 1: Perbezaan Budaya
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
1. Menyatakan definisi budaya dan pandangan Ibnu Khaldun dan
sarjana Barat terhadap budaya.
2. Menghuraikan sifat-sifat sesebuah budaya.
3. Menghuraikan elemen-elemen dalam sesebuah budaya.
4. Menghuraikan lima aspek kepelbagaian budaya.
5. Menyatakan implikasi kepelbagaian budaya kepada guru,
murid, sekolah dan kurikulum.
1
Apakah itu Budaya?
01 Pada mulanya, budaya merujuk kepada akal budi iaitu
cara berfikir.
-Berasal dari perkataan bahasa Sanskrit - बदु ्ध buddhayah.
02 Dalam Bahasa Inggeris, budaya merujuk kepada
perkataan culture.
-Berasal dari Bahasa Latin iaitu colere yang bermaksud
“mengusahakan”.
03 Budaya juga boleh merujuk kepada cara hidup yang
merangkumi cara berkelakuan dan berfikir serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan bersifat kebendaan atau kerohanian
sesebuah masyarakat.
04 Menurut pandangan Ibnu Khaldun, budaya merujuk
kepada kebiasaan cara hidup.
2
Pandangan Ibnu Khaldun terhadap Budaya
Setiap manusia mempunyai
intelek. Melalui intelek, manusia
boleh saling memahami dan
menyesuaikan hidup dengan
alam sekeliling. Proses
penyesuaian ini telah melahirkan
budaya yang berbeza-beza
antara kawasan.
3
Pandangan Sarjana Barat terhadap Budaya
Idea ialah elemen terpenting Budaya adalah satu aspek Budaya ialah satu susunan
dalam budaya. Manusia dalam kehidupan manusia di perlakuan yang dipelajari
dipengaruhi atau diarah oleh dan dikaitkan dengan
bentuk idea dan beralih mana ia dipelajari oleh kehendak dan fungsi yang
kepada penghasilan, manusia sebagai keputusan kekal dalam masyarakat
penerusan dan kepunyaan kepada kumpulan yang digunakan bersama
pengubahsuaiannya dalam tertentu dan tingkah laku yang dalam masyarakat yang
sebarang situasi. berkenaan.
dipelajari itu dikongsi
bersama.
A.L Kroebor (1972) Richard Kluckhohn (1962) Ralph Linton (1947) 4
2.
Dikongsi
1. Sifat- 3.
Dipelajari Sifat Diterima
Budaya
5. 4.
Berbeza
Bersifat
simbolik
5
Sifat-Sifat Budaya:
1. Dipelajari bermaksud budaya 2. Dikongsi pula bermaksud budaya
tidak lahir secara langsung dan tersebut dapat dikongsi antara ahli
perlu dipelajari dan melibatkan sesebuah masyarakat. Tanpa
banyak unsur seperti asimilasi perkongsian, sesebuah budaya
dan adaptasi. Sebagai contoh, hanya menjadi perlakuan individu
anak-anak mempelajari budaya dan bukannya perlakuan masyarakat.
daripada ibu bapanya. Contohnya, nasi lemak telah menjadi
budaya sarapan pagi rakyat
Malaysia.
3.Diterima bermaksud budaya 4. Berbeza bermaksud setiap 5.Simbolik bermaksud setiap
tersebut diterima oleh budaya adalah berbeza budaya mempunyai lambang
masyarakat pada masa itu dan mengikut masa dan tempat. tersendiri yang unik seperti logo,
diaplikasikan dalam kehidupan Sebagai contoh, budaya Islam bendera, bahasa, ukiran dan
seharian. Misalnya, budaya adalah berbeza dengan sebagainya. Tamsilnya, Bahasa
memberikan angpau semasa budaya Barat. Melayu merupakan bahasa
Tahun Baru Cina telah diterima kebangsaan Malaysia.
oleh kaum Melayu dan India.
6
Elemen-elemen Budaya
Norma Kepercayaan Bahasa Nilai-nilai
-Peraturan atau -Keyakinan atau -Sistem lambang bunyi -Sifat ketinggian
ketentuan yang mengakui suara yang dipakai sama ada dari
telah menjadi kewujudan dan sebagai alat segi pemikiran,
kebiasaan yang kebenaran perhubungan dalam agama,
dijangka akan sesuatu perkara. lingkungan satu kemasyarakatan
dipatuhi oleh setiap (contoh: roh) kelompok manusia. dan lain-lain yang
anggota -Bahasa juga dapat dijadi
masyarakat. berperanan sebagai sebagai pedoman
(contoh: beratur agen budaya. hidup.
ketika membeli (contoh: bahasa pasar (contoh: nilai baik
makanan atau Malaysia yang hati)
menaiki mencampur aduk
pengangkutan pelbagai bahasa
awam.) merupakan budaya
Malaysia yang unik.)
7
Kepelbagaian Budaya
Kepelbagaian budaya wujud apabila sesebuah masyarakat itu semakin maju dan menjadi 8
kompleks. Kepelbagaian budaya adalah disebabkan oleh pelbagai kaum dan bangsa
mengamalkan cara hidup masing-masing dalam pelbagai aspek seperti bahasa, agama,
kepercayaan dan adat resam.
5 Aspek Kepelbagaian Budaya
Budaya
Dominan
Etnosentrik Sub
Budaya
Aspek
Kepelbagaian
Budaya
Kejutan Budaya
Budaya Menentang
9
Budaya dominan merupakan budaya yang diamalkan oleh kumpulan yang paling Wow
berkuasa di dalam sesebuah masyarakat. !
Budaya dominan menerima sokongan daripada institusi sosial utama serta 10
menjadi kepercayaan utama dalam masyarakat.
Budaya ini memiliki darjah kekuasaan yang tidak boleh dikongsi oleh budaya lain
dan menjadi tanda aras bagi pertimbangan terhadap budaya lain.
Sebagai contoh, oleh sebab kaum Melayu merupakan kaum dominan Malaysia,
budaya Islam dan Melayu telah menjadi budaya dominan Malaysia.
• Sub budaya ialah budaya yang diamalkan oleh kumpulan yang
berbeza dari segi nilai dan norma daripada budaya dominan.
• Budaya ini wujud disebabkan kumpulan ini hidup dalam
keadaan yang berbeza atau membawa bentuk budaya yang
lain dalam masyarakat.
• Sub budaya berkongsi sesetengah elemen dengan budaya
dominan tetapi mereka mengamalkan tingkah laku yang
berbeza dan unik mereka sendiri.
• Sebagai contoh, kaum Cina dan kaum India di Malaysia tetap
mengamalkan budaya yang diwarisi seperti pemberian angpau
semasa Tahun Baru Cina dan penghasilan kolam semasa Hari
Deepavali.
11
• Budaya menentang ialah budaya yang diamalkan oleh kumpulan yang Budaya Hippies
menentang dan menolak nilai serta norma daripada budaya dominan.
• Budaya menentang juga merupakan salah satu sub budaya tetapi
penentangan nilai dan norma dengan budaya dominan yang
ditunjukkan begitu ketara.
• Sesetengah budaya menentang secara langsung mencabar sistem politik
dominan.
• Contoh: budaya Hippies, Skinhead, Rempit
Budaya Skinhead 12
• Kegelisahan dan kejutan untuk seseorang yang berada di Macam mana nak
guna penyepit?
dalam budaya asing kerana seolah-olah berada di tempat
asing.
• Apabila budaya asing ini diamalkan di alam masyarakat
akan menyebabkan gangguan dan kejutan kerana ia tidak
mengikut nilai dan norma masyarakat setempat.
• Adat kebiasaan yang dilihat ganjil bagi sesetengah budaya
merupakan perkara biasa bagi yang mengamalkannya.
13
• Etnosentrik merupakan kepercayaan atau rasa bangga di
kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan
etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.
• Mereka mengukur atau menilai budaya orang lain
berdasarkan standard atau spesifikasi budaya yang
diamalkan dan melihat budaya lain terpesong daripada
normal.
• Sebagai contoh, sesetengah orang putih menganggap
bahawa orang putih adalah bertaraf tertinggi antara
semua warna kulit.
14
IMPLIKASI
KEPELBAGAIAN BUDAYA
Kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat
Malaysia telah memberikan kesan kepada pelajar,
guru dan sekolah.
15
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA
1. Guru 2. Murid
1.Guru tidak patut membezakan bangsa 1. Murid-murid perlu menggunakan
murid. bahasa baku yang standard.
2.Guru tidak mengelompok murid 2. Murid-murid perlu berinteraksi tanpa
mengikut kaum dan kelas sosial. mengira kelas sosial dan perlu membuang
sikap prejudis terhadap bangsa lain.
3.Guru tidak mempertikaikan
kepercayaan murid–murid. 3. Murid-murid digalakkan berinteraksi
dan berhubung dengan murid berlainan
4. Guru perlu membentuk komuniti jantina.
pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari pelbagai 4. Murid-murid perlu saling hormat -
sosiobudaya. menghormati dan bersatu padu dalam
melakukan semua perkara.
16
3. Sekolah
1.Empat jenis sekolah rendah ditubuhkan:
a)Sekolah Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
b) SJK(C) yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
c) SJK(T) yang menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
d) Sekolah Wawasan mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid dari sekolah yang berbeza aliran.
2. Enam jenis sekolah menengah ditubuhkan:
a) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama- menawarkan dan menyediakan program Pendidikan
Islam kepada murid.
b) Sekolah Premier- sekolah yang mempunyai sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi
sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya.
c) Sekolah Berasrama Penuh- memberi peluang kepada murid cemerlang mendapat pendidikan yang
terbaik.
d) Sekolah Bestari- sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia.
e) Sekolah Menengah Teknik- memberikan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional.
f) Sekolah Pendidikan Khas- menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah dan OKU.
17
Kurikulum Tersurat 4.
Kurikulum
Kurikulum yang ditetapkan dan
dinyatakan secara jelas dan sistematik Kurikulum Tersirat
kepada pelaksana-pelaksana kurikulum.
Pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara
Contoh: mata pelajaran, sukatan tidak langsung yang bertujuan memupuk nilai,
pelajaran,peruntukan masa, bahan sikap, dan interaksi sosial yang positif.
pengajaran dan kaedah pengajaran. Boleh diaplikasikan melalui aktiviti persatuan dan
aktiviti kokurikulum.
Melalui kurikulum tersirat, Kementerian
Pendidikan Malaysia berusaha membentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan
budaya antara kaum.
18
Kesimpulan
Masyarakat dunia ini terdiri daripada pelbagai kaum,
bangsa dan agama dan memiliki budaya masing-
masing yang unik dan istimewa. Di Malaysia,
kepelbagaian budaya telah mencorakkan kehidupan
masyarakat Malaysia dengan unsur-unsur yang
menarik. Oleh itu, kita perlulah sentiasa menghayati
kepelbagaian budaya ini dan berusaha mewariskan
budaya masing-masing kepada generasi yang akan
datang nanti.
19
1. Yang manakah bukan 2. Sila berikan 3 aspek
merupakan sifat kepelbagaian budaya.
sesebuah budaya? A.
A. Dikongsi. B.
B. Dipelajari. C.
C. Disukai.
D. Bersifat simbolik.
20
BAB 2:
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
1. Menyatakan definisi dan objektif pendidikan multibudaya.
2. Menerangkan aspek pendidikan multibudaya.
3.. Menyatakan unsur-unsur pendidikan multibudaya.
4. Menerangkan pendapat Lawrence Blum terhadap pendidikan multibudaya.
5. Menerangkan Model James Albert Banks (7 prinsip dan 7 elemen).
21 6. Menyatakan tanggungjawab seseorang guru.
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Multibudaya dapat menggambarkan
kehidupan masyarakat di Malaysia yang
berbilang budaya.
Pendidikan multibudaya adalah satu idea,
tindakan dan proses untuk membentuk
semula pendidikan. (Banks, 2002)
Salah satu konsep yang terserap adalah
konsep kesaksamaan (equity)
22
OBJEKTIF
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Pendidikan berbilang kebudayaan
bertujuan membantu pelajar memperolehi
ilmu pengetahuan serta komitmen
dalam membuat keputusan yang
menimbangkan individu, sosial untuk
mencapai kehidupan yang harmonis.
23
KONSEP GERAKAN PROSES
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
24
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
KONSEP GERAKAN PROSES
1. Idea atau pengertian 1. Usaha untuk mengubah 1. Satu siri perubahan atau
am pelajar mempunyai institusi pendidikan
hak untuk belajar perkembangan
2. KPM mewujudkan
2. Guru memberi layanan pelbagai usaha dan 2. Pendidikan multibudaya
yang sama rata strategi untuk
diaplikasikan dalam patut diterapkan dalam
3. Pelajar tidak akan rasa kurikulum kalangan warga sekolah
tersisih
3. Menerapkan semangat 3. Mewujudkan budaya
4. Fokus terhadap akademik integrasi dalam kalangan
masyarakat sekolah yang harmoni dan
budaya semangat integrasi
4. PENTING: Usaha sahaja
adalah ibarat mencurah air
ke daun keladi
25
Pemahaman Identiti Budaya
Lain
Menghormati Kebudayaan Lain
Memandang Variasi Budaya
sebagai Kebaikan
UNSUR PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
26
LAWRENCE
BLUM
Profesor Falsafah di
University of
Massachusetts, Boston
27
DEFINISI
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
28
Elemen
•Menegaskan identiti budaya seseorang
•Mempelajari, dan menilai warisan budaya seseorang
•Menghormati dan berkeinginan untuk memahami tentang kebudayaan lain
•Menilai perbezaan kebudayaan
•Kebudayaan orang lain sebagai sesuatu kebaikan untuk dihargai dan dipelihara
Kata Kunci
•Proses perkembangan sikap dan tingkah laku
•Menghargai perbezaan dan kepelbagaian budaya
29 •Penghargaan terhadap budaya lain
JAMES
ALBERT
BANKS
BAPA PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
30
Idea Mewujudkan
peluang pendidikan
Pendidikan Gerakan reformasi
Multibudaya yang sama
Proses Mengubah
persekitaran sekolah
MODEL
JAMES A. BANKS Aspirasi harus
didukung oleh
31 semua pihak
Program Perkembangan Profesional
•Membantu guru memahami ciri-ciri pelbagai kaum
Peluang yang saksama dalam pembelajaran
•Kurikulum membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan
•Menggambarkan dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan sosial, politik, dan
ekonomi negara
Peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum
•Menubuhkan persatuan terdiri daripada wakil golongan yang berlainan
•Membantu perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap
•Meningkatkan pencapaian akademik
•Menggalakkan interaksi
32
Penerapan nilai dalam kalangan pelajar
• Memahami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan
negatif
Pelajar patut memperolehi kemahiran sosial
• Peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang mempunyai
latar belakang yang berlainan
• Tidak berasa ketakutan dan bimbang
Manfaat satu keputusan dapat berkongsi bersama
• Warga sekolah mempelajari kemahiran bekerjasama
• Persekitaran sekolah yang prihatin
Peruntukan kewangan yang saksama
33
Mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum
•Memberikan pendidikan yang adil
Menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira kaum dan kelas
sosial
Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri
•Membangunkan kaum sendiri dan kaum lain
Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari
perspektif budaya lain
•Mewujudkan penghormatan antara satu sama lain
34
Membekalkan pelajar peluang untuk memahami budaya golongan lain
Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan
•Berfungsi dalam budaya sendiri dan budaya kaum lain
Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman
35
Memupuk Menghormati Pembelajaran
perpaduan nilai serta budaya yang berkesan
Modal insan Bersedia Guru disayangi
berhadapan dan disegani
Menyediakan dengan murid
P&P
Meningkatkan
metodologi
pengajaran
TANGGUNJAWAB GURU
36
KESIMPULAN
Sebenarnya yang dipelajari di sekolah
bukan setakat kandungan dalam sukatan pelajaran tetapi
merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran.
Pendidikan multibudaya telah memberikan impak yang
besar terhadap guru, pelajar dan masyarakat.
Guru mestilah sentiasa mengkaji dan memahami
sosiobudaya setiap pelajar untuk memudahkan proses
P&P.
Pendidikan multibudaya sangat penting untuk
37 menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar.
Semua pihak mestilah bekerjasama dalam merealisasikan
pendidikan multibudaya di negara kita.
1. Yang manakah bukan 2. Nyatakan elemen-elemen
merupakan aspek pendidikan multibudaya
pendidikan budaya? mengikut pandangan
Lawrence Blum.
A. Konsep
B. Tolak ansur
C. Gerakan
D. Proses
38
Rujukan
Banks, J. A., & Banks, C. A. M. G. (2004). Multicultural education: Issues and
perspectives. Hoboken, N.J: Wiley.
Blum, L. (2014). Three educational values for a multicultural society: Difference
recognition, national cohesion and equality. Journal of moral education, 43(3), 332-
344.2.
Panjaman, M. (2013, April 18). Kepelbagaian budaya-malaysia.
https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
Preity, M. (2017, Mac 6). Kepelbagaian sosial budaya. Budaya dan Pembelajaran.
https://www.slideshare.net/maspreity/kepelbagaian-sosial-budaya
Yaqin, M. (2012, November 13). Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya.
https://www.slideshare.net/5015/bmm3114-bab-1-4-konsep-budaya.
39