The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Kopok Kali Ke-41 & 42

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainul Farina, 2021-10-15 22:27:13

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Kopok 2021

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Kopok Kali Ke-41 & 42

1

1. Sekapur Sireh (Guru Besar SK Kopok, Pasir Gudang) 3
2. Seuntai Bicara (Naib Yang Dipertua PIBG 2019/2020 & 2020/2021) 5
3. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 & 42 6
4. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 & 2020/2021 7
5. Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 & 42 8
6. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-40 12
7. Laporan Kewangan PIBG Sesi 2019/2020 21
8. Laporan Kewangan PIBG Sesi 2020/2021 23
9. Senarai Usul-usul PIBG 26
10. Penghargaan 29

2

Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat
berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK.Kopok Kali ke-41 dan
42 tahun 2021 ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini.

Kehidupan dalam norma baharu ini, menyebabkan berlakunya perubahan dalam
bidang pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadi kaedah terkini
dalam memastikan anak-anak terus menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan
pembelajaran secara ‘online’ dan ‘off line’ ini, dilaksanakan bagi memastikan murid-murid
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Melalui fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa sesi persekolahan bersemuka 50%
murid dan secara bergilir aliran kelas perdana akan dilaksanakan setelah kita mencapai fasa
4. Sementara Murid Berkeperluan Khas(MBK) dan prasekolah akan bersekolah tanpa
penggiliran.

Berdasarkan PPPM 2013-2025 melalui Anjakan ke-9 perlunya kerjasama pihak
sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas amat penting dalam
membangunkan sesebuah institusi pendidikan. Kita sedia maklum, peranan PIBG amat besar
dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, sahsiah diri dan pembangunan infrastruktur sekolah.

3

Kerjasama yang erat antara semua pihak, dapat memberikan impak yang positif
kepada anak-anak. Hasilnya kita dapat mencapai pelbagai kejayaan sama ada di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga
kepada semua yang terlibat.

Akhir kalam, saya berharap agar kita sebagai guru, ibu bapa dan komuniti dapat
menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing agar segala perancangan dapat
dilaksanakan dengan baik dan matlamat yang diharapkan dapat direalisasikan. Bersama
kita mengembleng tenaga dan perkongsian idea demi melahirkan generasi SK.Kopok yang
cemerlang di dunia dan akhirat.
“KITAJAGAKITA”
Sekian, terima kasih.

……………………………………………..
(MUHAMOD SUHAIMI BIN SULEIMAN)
Guru Besar,
SK.Kopok, Pasir Gudang.

4

Bismillahirrahmanirrahim….

Sebagai pembuka kata, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya
dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Kebangsaan Kopok kali ke-41 dan ke-42, yang julung kalinya dilaksanakan secara atas talian.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke
mesyuarat tahunan ini walaupun terdapat pelbagai kekangan situasi dan masa. Kehadiran ini menunjuk-
kan kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir serta para guru sekolah
ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa
hadapan, baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh AJK PIBG yang dilantik dan
diamanahkan sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dan semua ahli PIBG. Saya amat
berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset
yang paling berharga dalam persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing
yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini
kerana selama saya menjadi NYDP PIBG sekolah ini, saya mendapat kerjasama yang baik daripada
semua pihak. Saya yakin dengan pentadbiran yang jujur dan berwibawa,pihak sekolah akan mampu
melahirkan murid-murid yang cemerlang baik dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum pada
masa akan datang. Saya juga berharap kerjasama daripada masyarakat setempat dapat memberi
sokongan terhadap PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi pengharagan dan tahniah kepda semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ini. Semoga apa yang kita impikan ini, akan menjadi satu
kenyataan.
Sekian terima kasih.

Norazman bin Mohamad Abdul Azis
Naib Yang Di Pertua PIBG SK Kopok

5

8.15 pagi : Pendaftaran di Google Form
8.30 pagi
Pautan Google Meet disebarkan
9.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor
9.10 pagi : Bacaan Doa
9.20 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKK
: Ucapan NYDP PIBG
10.00 pagi
10.15 pagi : Ucapan perasmian Tn.Hj.Zainal Abidin bin Hj Jufrin (Ketua
10.30pagi
Kg.Kopok)
: Video Korporat

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BERMULA
: Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat ke-40
: Membentang dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG sesi

2019/2020
: Laporan Aktiviti PIBG 2019
: Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat ke-41
: Membentang dan meluluskan Laporan Kewangan PIBG sesi

2020/2021
: Laporan Aktiviti PIBG 2020
: Membentang dan membahaskan usul-usul

Pembubaran AJK Sesi 2020/2021 dan Pelantikan AJK PIBG sesi

2021/2022
: Ucapan Penangguhan
: Cabutan Bertuah
: Penggambaran maya dan bersurai

6

JAWATAN NAMA
Yang Dipertua
Mohamed Abass bin Roban
PIBG
Naib Yang Norazman bin Mohamad Abdul Adzis
Dipertua PIBG
Setiausaha Nur Ayuni binti Mohd Khalid
Bendahari Nadirah Husna binti Nek Jid
Juruaudit Noor Afiq bin Noor Othman

AJK PIBG / Guru Mislianah binti Misdi
Mohd Nazri bin Mohd Fathil
AJK PIBG / Ibu Muhammad Fauzan bin Mohd Khalid
Bapa
Nurul Afiqah binti Zamri
Fathiah binti Mohd Noah

Khalilullah bin Alwi
Nurulsalwan binti Sudirman

Roziah binti Mahat
Yusaini bin Amir

Hajah Habsah binti Haji Mahat
Kamsiah binti Ariffin

7

Pengerusi Encik Muhamod Suhaimi Bin Suleiman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kopok

Naib Pengerusi Pn. Noresah Binti Ab Hamid (GPK 1)
En. Azlishakara Bin Yahaya (GPK HEM)
Pn Rahida Binti Abd Rahim (GPK Koko)
Pn Hasmah Binti Ismail (GPK Petang)
Pn Zailah Binti Sabran (GPK Pendidikan Khas)

Floor Manager Cik Siti Nor Adibah Binti Mokhtar
Setiausaha Cik Nur Ayuni Binti Mohd Khalid
Bendahari Pn Nadirah Husna Binti Nek Jid

8

• NORSAIFURI BIN MOHD RAZALI Unit ICT & Multimedia
• NURULSYAKIRIN BINTI BAHRIN
• MUHAMMAD FAUZAN BIN MOHD KHALID
• KHALILULLAH BIN ALWI
• MOHD FAIRUZ BIN AHMAD
• MOHD RASHIDI BIN ARBAIN

• FATIN NUR ALYANI BINTI SUKUR Unit Kecemasan Internet Ibu
• MUHAMAD SYAZLY BIN IBRAHIM Bapa
• NORHAFIZEE BINTI HASSAN
• NUR IZNI BINTI MOHD SABRI

• MUHAMMAD AFIQ BIN ARIFFIN Unit Pantauan Komen
• MUHAMMAD NASRUN BIN ABD RAHMAN
• AZZINI NUDRA-AFIFI BINTI HUSIN

• AINUL FARINA BINTI HUSSIN Buku Program Digital
• NURUL AINAA NABILAH BINTI ISA Cabutan Bertuah
• NUR VIVI IEZZATIE BINTI MAT SALLEH @SUKRI
• FATHIAH BINTI MOHD NOAH
• SOFEKA IKA BINTI ABAS

• NADIA AYUNI
• NURUL NABILAH BINTI NORDIN
• RABINAH BINTI MOHD TAP
• MUHAMMAD BAIHAQI BIN MOHD NADZRI
• SITI NORAISHAH BINTI MD ARIS

9

• NUR AFIQAH AMALINA BINTI BAHARUDIN Cenderahati AJK dan
• NORAZNI RAHAYU BINTI MOHD GHAZALI hadiah cabutan bertuah
• SANISAH BINTI SEMBAK
• NUR SYUHADA BINTI ABU HASSAN Banner Mesyuarat
Teks Ucapan
• MOHD RASHIDI BIN ARBAIN
• ABD ROUF BIN RUSLAN Slaid HEM / Kurikulum /
Koko
• JAMILAH BINTI HUSSIN
• ADIBAH NABIHAH BINTI SABARUDDIN Pengacara Majlis
• FADILAH BINTI HJ M NOOR Bacaan Doa
• SITI HAIDAH BINTI SOIMIN

• ASNIDAR BINTI PATAWARI
• NUZAIHAN MD YUNOS
• DARSHAN A/L CHANDRA SEHARAN
• ZAINON BINTI ABD RAHMAN
• MOHANAPRAKASH A/L RAJENDARAN
• AHMAD HIFDZAN BIN MOHD NOR
• MOHD HANIFF BIN HAMID
• NUR IDAYU BINTI YUSOFF

• PUAN HASMAH ISMAIL
• SHAHRUL NIZAM BIN HASSAN

• •WAN AB MUHAIMIN BIN WAN MAHMOOD

10

• NUBAILAH HUFAIDAH BINTI BADRUL HISHAM Dokumentasi
• NUR SHAKIRAH BINTI BESAR
• SITI SUZANA BINTI MOHD SAAD Usul PIBG / Sijil AJK
Guru Data
• NOR SYAHIDAH BINTI MAHMOOD
• NORMAH BINTI SULAIMAN AJK Persiapan tempat/
• NURHANIS BINTI ABDUL MUTALIB Tugas Tugas Khas
• SITI RUMAIZAH BINTI CHE IDRIS Pencatat minit

• AZIZUL BIN ALI
• MOHD NAZRI BIN MOHD FATHIL
• SITI NUR ATIQAH BINTI MOHAMMED HASERY

• NOR AISYAH BINTI MAT TALIB
• MUHAMAD NURHAKIM NORDINBIN ABDULLAH
• MUHAMMAD FARIS BIN CHE NOZID
• ASLINA BINTI AHAD
• NURAMIRAH NAJIHAH BINTIMOHD AZMI

• MASDALINA BINTI MOHD MASRY
• NOOR AFIQ BIN NOOR OTHMAN
• HARYATI BINTI MOHD ALI
• SHAHIRAH ZAINAB

11

12

Tarikh : 7 April 2019 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 10.00pagi

Tempat : Dataran Muafakat, Sekolah Kebangsaan Kopok

Pengerusi : En. Mohamed Abass bin Roban

Kehadiran : 160 orang (Rujuk lampiran)

1. PERUTUSAN PENASIHAT (GURU BESAR)
1.1 Penasihat merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
2018/2019 kerana membantu pengurusan sekolah dalam melaksanakan
program akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan
sebelum 31 Mac 2019 namun, terpaksa ditangguhkan akibat cuti bencana
kimia Sungai Kim Kim yang melibatkan 111 buah sekolah.

1.3 Arahan dari JPN menyatakan sekolah tidak perlu diganti namun pihak PPD
telah mengeluarkan arahan bahawa sekiranya terdapat defisit dalam jam
pengajaran, waktu pengajaran perlu diganti dan mungkin melibatkan
minggu kedua dan keempat.

1.4 Peperiksaan akan melibatkan semua murid tahap 2 dan pendidikan khas.

1.5 Pihak sekolah diberi penganugerahan oleh pihak PPD kerana tiada murid
Tahun 6 yang mendapat 6E dalam UPSR 2018.

13

2. PERUTUSAN PENGERUSI (YDP PIBG)
2.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir
untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40. Ucapan
penghargaan terima kasih disampaikan kepada guru-guru yang telah
menyumbang khidmat bakti dalam mendidik anak-anak.

2.2 Beliau menyeru kepada ibu bapa untuk sama-sama memberikan komitmen
dalam program-program yang dijalankan di sekolah seperti mesyuarat
tahunan, sukan dan sebagainya.

2.3 Sumbangan waris kepada pihak PIBG amat diperlukan untuk pembangunan
fizikal dan program sekolah. Harapan kepada semua ibu bapa untuk
bekerjasama memberi sumbangan demi kebaikan anak-anak SK Kopok. Pihak
PIBG telah memberikan sumbangan kepada 36 program sekolah bagi sesi
persekolahan sepanjang tahun lepas.

2.4 Seramai 67% keluarga yang telah memberi sumbangan PIBG sebanyak
RM80.00 pada tahun 2018.

2.5 Sumbangan PIBG boleh dibayar secara ansuran jika terdapat halangan.
Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang memberikan kerjasama
dan sumbangan kepada guru dan pihak sekolah sepanjang tahun 2018.

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-39

3.1 Cik Fathiah binti Mohd Noah selaku setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 untuk disahkan.

3.2 En. Abdul Rouf bin Ruslan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-39 disahkan dan disokong oleh En. Mohd Nizam bin Abd Rahman.

14

4. PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 2018/2019
4.1 Cik Fathiah binti Mohd Noah selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Aktiviti Tahunan PIBG untuk diterima.
4.2 Program dibahagikan kepada 5 unit iaitu kurikulum, hal ehwal murid,
kokurikulum, fizikal sekolah dan mesyuarat jawatankuasa.
4.3 Pn. Nordiana binti Harun mencadangkan Laporan Tahunan PIBG diterima dan
disokong oleh Pn. Norhayati binti Md Ali.

5. PEMBENTANGAN, PENERIMAAN DAN MELULUSKAN LAPORAN PENYATA
KEWANGAN PIBG TAHUN 2018

5.1 Penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2018 dibentangkan
oleh Bendahari, Pn Nurul Syakirin binti Baharin.

5.2 Bendahari membentangkan baki dalam akaun pada 31 Disember 2018 ialah
RM 22,942.31. Seramai 335 keluarga yang telah menyumbang kepada pihak
PIBG.

5.3 Baki terkini dalam akaun pada Mac 2019 ialah RM 3,419.31.
5.4 Pn. Azmi binti Rabu mencadangkan Penyata Kewangan PIBG disahkan dan

disokong oleh Pn. Mislianah binti Misdi.

6. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

7. PERBAHASAN USUL-USUL

7.1 YDP memaklumkan bahawa sesuatu usul akan dibincangkan sekiranya yang men-
cadangkan hadir pada mesyuarat ini. Namun, sekiranya usul yang diberikan mem-
beri kepentingan kepada murid juga akan dibincangkan. Usul yang diterima sebanyak
35 namun setelah diteliti, terdapat 4 usul sahaja yang akan dibincangkan.

15

7.2 Pn. Rozita binti Mahat telah membahaskan usul 1 iaitu meningkatkan
keceriaan kawasan sekolah. Antara cadangan yang diberikan ialah
penggunaan barang-barang terpakai seperti tayar dan botol mineral untuk
menanam pokok-pokok di sekitar sekolah. Selain itu, menggunakan semula
basikal lama atau tapak sireh untuk membuka galeri sejarah juga turut
diusulkan.

7.3 Usul 2 tidak dibahaskan kerana pencadang tidak hadir.
7.4 Pn. Idawati binti Md Amin membahaskan usul 3 iaitu mengekalkan

sumbangan PIBG sebanyak RM80.00 setahun bagi setiap keluarga. Ahli
mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sumbangan kepada pihak PIBG
bagi tahun 2019 dikekalkan sebanyak RM 80.00. Tiada sebarang bantahan.
7.5 Pn Sadiah binti Robani membahaskan usul 4 iaitu cadangan pindaan
perlembagaan persatuan supaya pelantikan JK PIBG dilakukan 2 tahun
sekali dengan tujuan memberi masa yang lebih mencukupi untuk
jawatankuasa berkhidmat. Mengikut perlembagaan PIBG, permohonan
pindaan boleh dimajukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri setelah
dipersetejui oleh 2/3 daripada bilangan ahli PIBG yang hadir.

8. PEMBUBARAN AJK PIBG 2018/2019
8.1 Encik Mohamed Abass bin Roban mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah dan semua AJK PIBG memberikan kerjasama yang tinggi. Dengan
lafaz Bismillah, beliau membubarkan AJK PIBG 2018/2019.

9. PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2019/2020
9.1 Pelantikan AJK PIBG sesi 2019/2020 dipengerusikan oleh En Mazlan bin
Mahdan yang telah dilantik oleh ahli sebulat suara sebagai pengerusi
sementara.

16

9.2 Pn. Isya binti Abdullah mencadangkan En Mohamed Abass bin Roban
sebagai YDP PIBG sesi 2019/2020 dan disokong oleh Pn. Mislianah binti
Misdi. Pn. Nurulsalwan binti Sudirman mencadangkan supaya cadangan
ditutup dan disokong oleh Pn. Rafidah binti Isnin. Ahli sebulat suara me-
nyokong pelantikan En. Mohamed Abass bin Roban sebagai YDP PIBG
2019/2020.

9.3 Bagi pelantikan NYDP PIBG, En. Noor Afiq bin Noor Othman mencadangkan
Pn Mislianah binti Misdi sebagai calon pertama dan disokong oleh
Pn. Kamsiah binti Arifin. Calon kedua, Pn Masdalina binti Masry telah
mencadangkan En Norazman bin Mohamad Abd Adzis dan disokong oleh En.
Mohd Faris bin Che Nozid. Pn. Nafsiah binti Osman mencadangkan supaya
cadangan ditutup dan disokong oleh Pn. Kamsiah binti Arifin. Pn. Mislianah
mendapat undi sebanyak 12 ahli, manakala En Norazman mendapat undi
sebanyak 79 ahli. Oleh itu, keputusannya En. Norazman bin Mohamad Abdul
Adzis dilantik sebagai NYDP PIBG 2019/2020.

9.4 Bagi pelantikan 5 orang AJK PIBG 2019/2020 dalam kalangan ibu bapa,
Pn Norsyahidah binti Mahmood mencadangkan Pn. Habsah binti Mohamad
sebagai calon pertama dan disokong oleh En. Mohd Nasrun bin Abdul
Rahman.

9.5 PnMislianah binti Misdi mencadangkan Pn. Nurulsalwan binti Sudirman
sebagai calon kedua dan disokong oleh En. Mohd Faris bin Che Nozid. .

9.6 Pn. Habsah binti Mohamad mencadangkan Puan Kamsiah binti Ariffin sebagai
calon ketiga dan disokong oleh Pn Azreen binti Abdullah.

9.7 Pn. Noraisyah binti Mat Talib mencadangkan Pn. Roziah binti Mahat sebagai
calon keempat dan disokong oleh Pn. Masdalina binti Masry.

9.8 Pn. Mislianah binti Misdi mencadangkan En. Yusairi bin Amir sebagai calon
kelima dan disokong oleh Pn. Noraniza.

17

9.10 Ahli sebulat suara menyokong kelima-lima calon yang dicadangkan dilantik
sebagai AJK PIBG sesi 2019/2020.

9.11 Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK PIBG dalam kalangan guru.
9.12 Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha PIBG ialah Cik Nur Ayuni binti

Mohd Khalid dan bendahari PIBG ialah Cik Nadirah Husna binti Nek Jid.
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG dari kalangan guru yang dicadangkan
oleh pihak sekolah telah disokong sebulat suara.

9.13 Pembentukan AJK PIBG sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:

Penasihat : En. Muhamod Suhaimi bin Suleiman
YDP PIBG : En. Mohamed Abass bin Roban
NYDP PIBG : En. Norazman bin Mohamad Abdul Adzis
Setiausaha : Cik Nur Ayuni binti Mohd Khalid
Bendahari : Cik Nadirah Husna binti Nek Jid
AJK Ibu bapa : Pn. Habsah binti Mohamad

Pn. Nurulsalwan binti Sudirman
Pn. Roziah binti Mahat
En. Yusairi bin Amir
Pn. Kamsiah binti Ariffin
AJK Guru : Cik Nurul Afiqah binti Zamri
En. Muhammad Fauzan bin Mohd Khalid
En. Khalilullah bin Alwi
En. Mohd Nazri bin Mohd Fathil
Cik Fathiah binti Mohd Noah

18

10. PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN (2 ORANG)
10.1 Pelantikan Juruaudit dalam kalangan ibu bapa, Pn. Norsyahidah binti
Mahmood mencadangkan Pn. Kamsiah binti Arifin dan disokong oleh
En. Shahrul Nizam bin Hassan. En. Mohd Fauzan bin Mohd Khalid
mencadangkan Pn Mislianah binti Misdi sebagai calon kedua dan disokong
oleh Pn. Masdalina binti Masry. Pn. Habsah mencadangkan supaya
cadangan ditutup dan disokong oleh En. Mohamed Abass bin Roban.
10.2 Pn. Kamsiah binti Arifin mendapat undian sebanyak 27 undi dan
Pn. Mislianah binti Misdi mendapat undian sebanyak 45 undi.
Keputusannya, Pn. Mislianah binti Misdi dilantik sebagai Juruaudit
Dalaman.
10.3 Manakala, juruaudit dalaman guru ialah En. Noor Afiq bin Noor Othman.
10.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang dilantik
dan menjemput naik ke pentas.

11. HAL-HAL LAIN
11.1 Guru Besar mencadangkan murid dibekalkan dengan biskut sekiranya duit
tidak mencukupi. Murid juga digalakkan untuk makan awal di rumah.
11.2 Beliau mencadangkan murid membawa buku yang perlu sahaja mengikut
subjek yang terdapat pada jadual waktu yang diberi bagi mengelakkan
masalah beg terlalu berat.
11.3 Beliau memaklumkan dewan akan diubahsuai menjadi kelas bagi
menampung pertambahan murid mulai tahun hadapan.
11.4 Beliau memaklumkan pemberian BKAP bagi fasa 2 akan diberi kepada
keluarga yang berkelayakan untuk murid Tahun 1 dan pendidikan khas.

19

12. UCAPAN PENANGGUHAN
12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK yang
dilantik dan AJK sesi 2018/2019 atas perkhidmatan yang diberikan
sepanjang tahun lepas.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh:
URUS SETIA
Mesyuarat Agung PIBG SK Kopok Kali ke-40
Tarikh : 7 April 2019

20

21

22

23

24

25

26

BIL USUL PENCADANG

Bagi mengurangkan beban membawa buku ke Siti Ruzaliza binti
sekolah dengan banyak, saya mencadangkan Roba'ai
1. Muhammad Rayyan
jadual waktu pembelajaran ke sekolah mengikut bin Mohd Azlan
jadual waktu PDPR (2 Cerdik)

Saya mencadangkan nanti naik sekolah bagi Rosnah binti Abu
2. ceramah dekat pelajar yang tidak buat kerja Kasim
Qhairul Azlan
sekolah semasa PDPR. Isqandar
(6 Bestari)

1. Buku aktiviti / buku latihan yang dibeli dari

koperasi hendaklah dibuat oleh murid di rumah

sebagai aktiviti pengukuhan. Rafieah binti Jamian

3. 2. Senaraikan checklist penghantaran tugasan Muhammad Hafidzul

setiap mata pelajaran untuk setiap bulan agar Amaan (5 Arif)

kami dapat sama-sama memastikan kerja sekolah

anak diselesaikan.

Saya mencadangkan andai sekolah naik nanti Rozita Omar
jumlah pelajar dalam van/ bas sekolah tidaklah Muhammad Ammar
4. Mikael bin Mohd
terlalu padat seperti sebelum ini. Risau kerana Farid (3 Dinamik)
kita masih dalam norma menjaga jarak.

27

Pihak sekolah guna sistem drive thru ketika balik

sekolah. Saya lihat kebanyakan sekolah yang lain

membuat khemah di tapak perhimpunan dan

duduk mengikut kelas dan ibu bapa just pick up di

depan pagar sekolah. Cara pick up sekarang agak

susah bagi ibu-ibu yang ada anak keciL yang Suhaila Safiee

terpaksa berjalan jauh dari pagar sekolah sambil Muhammad Aqil
5.

dukung baby dan anak kecil dan terpaksa berjalan Haiqal bin Mohd

jauh disebabkan tidak boleh keluar di pagar yang Ridzuan (1 Cerdik)

sama. Walaupun anak saya menaiki van. Ini

berdasarkan pemerhatian saya sebelum ni. Harap

ada penambahbaikan untuk memudahkan para

ibu .

Mohon agar yuran tahun ini dibawa ke tahun Md Hanif bin Zainul
6. Raisya Nur Adellia
Binti Md Hanif (1
hadapan. Efisen)

28

Setinggi tinggi Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih
diucapkan kepada

Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Jufrin
(Ketua Kampung Kopok Baru, Mukim Plentong)

Guru Besar SK Kopok,
NYDP PIBG,

Barisan Pentadbir SK Kopok,
Ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru SK Kopok ,

Semua Kakitangan SK Kopok
Ibu bapa dan penjaga,

Mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

29


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU GURU BERTUGAS
Next Book
Sang_Pemanah