The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrainasyikinn, 2021-06-25 12:14:29

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA PENGAKAP

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA PENGAKAP

NURAIN ASYIKIN BINTI MOHD NOOR
6 UMA

▪ Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh
dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

▪ Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
▪ Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
▪ Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan

bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnya dan kemudian
menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan
semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
▪ Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
▪ Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang
atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
▪ Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang
tertentu.
▪ Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan
digunakan dalam upacara Pemakaman/Pengebumian Negara.
▪ Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera uzur dan tidak
sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah
membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada
bendera tersebut.

▪ Dua orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
▪ Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak

terbalik.
▪ Lipat dua atau lipat empat bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan

bendera).
▪ Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang

bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan
tersebut.
▪ Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

▪ Pemimpin berdiri satu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli
pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.

▪ Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
▪ Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan

“bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan
menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.
▪ Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi
tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap
lain.
▪ Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
▪ Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap
dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.

▪ Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas
melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut
perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.

▪ Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan
“AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.

▪ Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas
melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan
mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan
pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.

▪ Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi
perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.

▪ Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin
kumpulan memberi taklimat dan ucapan.

▪ Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi
hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, barulah ketua patrol bertugas
memberi arahan keluar baris.


Click to View FlipBook Version