PRINSIP PERAKAUNAN E-BULLETIN
Dokumen Perniagaan sebagai sumber maklumat
NAMA :LAM ZHAN HAO
KELAS : A42
SEKOLAH : SMJK SIN MIN
TARIKH : 27/6/2021
3.1.1 Maksud dan kepentingan dokumen perniagaan.
Maksud dokumen perniagaan.
Merupakan dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara pembekal dengan
pembeli.
Kepentingan dokumen perniagaan.
1. Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak
2. Maklumat seperti tarikh urus niaga, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga diperlukan untuk
tujuan perekodan.
3. Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan tentang sesuatu urus niaga. ∙ Bahan bukti siasatan polis dan
bahan bukti mahkamah jika berlaku sebarang kes penipuan dalam urus niaga.
4. Bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan.
5. Sebagai sumber rekod dalam buku-buku perakaunan.
6. Untuk mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga.
3.1.2 Membezakan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber dalam perniagaan.
• Bil tunai Dokumen • Pesanan belian
• Resit perniagaan • Surat tanya
• Keratan cek • Sebut harga
• Baucar pembayaran • Nota serahan
• Baucar tunai runcit • Penyata akaun
• Slip daftar tunai • Penyata bank
• Slip bank/slip deposit cek
• Slip pindahan wang Dokumen Dokumen
• Slip transaksi perbankan elektronik sumber bukan
• Makluman debit sumber
• Makluman kredit
• Memo
• Invois
• Nota debit
• Nota kredit
• Bil bayaran (kadar bayaran)
• Folio pelanggan
• Dokumen sumber
Maksud : Untuk tujuan perekodan dalam buku perakaunan
• Dokumen bukan sumber
Maksud : Untuk tujuan difailkan secara sistematik atau sebagai rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah
direkodkan.
• 3 dokumen dikeluarkan oleh pihak bank iaitu : Dokumen sumber perniagaan yang melibatkan dengan
1. Maklumam debit tunai atau cek iaitu
2. Makluman kredit 1. Bil tunai
3. Penyata bank 2. Keratan cek
3. Baucar pembayaran
4. Resit rasmi
5. Baucar tunai runcit
6. Makluman debit
7. Slip daftar tunai
8. Makluman kredit
9. Slip bank/ slip deposit cek
10. Memo melibatkan tunai/cek
11. Slip pindahan wang
12. Slip transaksi perbankan
3.1.3 Menyediakan carta aliran dokumen antara pembeli dengan penjual mengikut urutan yang betul.
3.1.4 Menghubung kaitkan aliran dokumen perniagaan bagi urus niaga secara tunai dan secara kredit
atau
5.2 Dokumen Sumber
5.2.1 Menerangkan fungsi dokumen sumber perniagaan berikut :
Bil Tunai
Fungsi Bil Tunai :
• Bil Tunai merupakan dokumen untuk merekodkan:
Belian dan jualan barang niaga secara tunai atau cek.
Belian dan jualan aset bukan semasa secara tunai atau cek.
• Bil Tunai disediakan/dihantar oleh penjual (Syarikat Kasut Jim) kepada pembeli(Kedai Kasut Star).
• Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli(Kedai Kasut Star) diberi dokumen asal.
2 Salinan Bil Tunai :
• Bil Tunai Asal – Di buku perniagaan Kedai Kasut Star;
Bil tunai asal disimpan oleh Pembeli;
Ini bermaksud Kedai Kasut Star membeli barang niaga daripada Syarikat Kasut Jim berjumlah RM1085 dengan cek.
Membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai sebelah kredit
• Bil Tunai Salinan – Di buku pernigaaan Syarikat Kasut Jim;
Bil tunai Salinan disimpan oleh penjual;
Ini bermaksud Syarikat Kasut Jim menjual barang niaga kepada Kedai Kasut Star berjumlah RM1 085 dengan cek.
Untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai sebelah debit.
Resit Rasmi
Fungsi Resit Rasmi:
• Resit merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat.
• Dokumen salinan disimpan oleh penerima
bayaran(Syarikat Indah Sdn Bhd) iaitu dikeluarkan
oleh penjual dan menandatangani resit sebagai bukti
bayaran telah diterima
• Dokumen asal diberikan kepada pembayar(Kedai
Kasut Aszuan)
2 Salinan Resit Rasmi :
• Resit Rasmi Asal – Di buku perniagaan Kedai Kasut Aszuan;
Resit Rasmi asal disimpan oleh Pembeli;
Ini bermaksud Kedai Kasut Aszuan menjelaskan hutang kepada Syarikat Indah Sdn. Bhd. berjumlah RM484 dengan cek. Untuk
membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai sebelah kredit.
• Resit Rasmi Salinan – Di buku pernigaaan Syarikat Indah Sdn. Bhd;
Resit Rasmi Salinan disimpan oleh penjual;
Ini bermaksud Syarikat Indah Sdn. Bhd menerima hutang daripada Kedai Kasut Aszuan berjumlah RM484 dengan cek.
Untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai sebelah debit.
Keratan cek
Fungsi keratan cek :
• Mengandungi butiran bukti pembayaran cek telah dikeluarkan.
• Disimpan oleh pembayar.
• Mengandungi butiran tarikh cek, nama penerima, tujuan
pembayaran, baki wang di bank dan amaun bayaran.
• Pada 16 Jun 2018, pemilik perniagaan membayar kadar
bayaran/utiliti berjumlah RM250 dengan cek
Baucar Pembayaran
Fungsi Baucar Pembayaran :
• Dikeluarkan oleh pembayar bayaran(Salun Kecantikan Nora) dan ditantangani oleh penerima bayaran(Sarimah).
• Kebiasaannya dokumen ini akan digunakan untuk pembayaran seperti berikut :
Pembayaran gaji pekerja
Pembayaran sewa premis kedai
Belanja lain yang tidak mempunyai dokumen seperti menderma Rumah anak yatim, membaiki paip rosak kedai.
• Penerima bayaran (Sarimah) perlu menandatangani dokumen ini sebagai bukti wang telah diterima dan memastikan
amaunnya adalah seperti yang direkodkan.
• Pada 28 Jun 2018, pemilik perniagaan membayar gaji pekerja berjumlah RM850 secara tunai.
Baucar Tunai Runcit
Fungsi Baucar Tunai Runcit
• Disediakan oleh juruwang runcit perniagaan sebagai bukti bertulis bahawa perbelanjaan runcit telah dibuat.
• Belanja runcit merujuk kepada pembayaran tunai dalam amaun yang kecil.
• Urusan pembayaran yang menggunakan baucar tunai runcit adalah seperti berikut : 6
1. Tambang teksi
2. Membeli setem
3. Membeli mangga pintu
4. Membeli minuman
5. Membayar langganan surat khabar
6. Lain-lain belanja yang amaun yang kecil iaitu kurang daripada RM100.
• Akan difailkan oleh juruwang runcit dan diperiksa oleh ketua juruwang untuk mengesahkan rekod dalam buku tunai runcit
adalah betul.(Modul 5)
Slip Daftar tunai
Fungsi slip daftar tunai
• Dikeluarkan daripada mesin daftar tunai sebagai bukti
pelanggan sudah membuat pembayaran.
• Digunakan di kedai makan, pasar raya, kedai buku, dan kedai
runcit sebagai bukti belian pelanggan.
• Jika pembayaran amaun yang kecil, ia perlu direkodkan ke
dalam BUKU TUNAI RUNCIT.
• Jika pembayaran amaun yang besar, ia perlu direkodkan ke
dalam Buku Tunai.
Slip bank/slip deposit cek
Fungsi Slip bank/Slip Deposit Cek :
• Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan(kredit) ke dalam ke akaun bank(debit)
iaitu catatan kontra.
Slip Pindahan Wang
• Digunakan untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga, sama ada dalam atau ke luar negara.
Pengiram wang akan mengisi borang pindahan wang dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawai
bank.
• Pindahan wang ke luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan.
Slip Transaksi perbankan Elektronik
• Dokumen yang diperoleh apabila transaksi pembayaran dibuat dengan mesin ATM(pindahan wang, bayaran dn
pengeluaran tunai) dan transaksi deposit dengan menggunakan mesin deposit cek atau mesin deposit tunai.
• Transaksi perbankan elektronik dilakukan secara layan diri oleh pengguna perkhidmatan ini.
• Selepas transaksi selesai, mesin akan mencetak slip transaksi perbankan elektronik sebagai bukti transaksi.
Urus Niaga atas Talian
• Perbankan atas talian(online banking) dan jual beli secara atas talian.
• Bank perdagangan menyediakan platform perbankan atas talian untuk memudahkan pelanggan melakukan
urusan perbankan dengan telefon pintar dan komputer.
Maklumat Debit
Fungsi Maklumat Debit
• Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan akaun bank telah didebitkan.
• Apabila akaun bank didebitkan, tunai di bank akaun pelanggan akan berkurangan.
• Sebagai contoh, caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM dan pembayaran atas
arahan tetap pelanggan atau faedah atas overdraf atau faedah atas pinjaman.
• Peniaga perlu bertindak dengan mengkreditkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang
keluar.
Maklumat Kerdit
Fungsi Maklumat Kredit
• Yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah
dikreditkan.
• Apabila akaun bank dikreditkan, tunai di bank akaun pelanggan akan bertambah.
• Contoh penerimaan dividen, pindahan kredit, faedah simpanan tetap.
• Peniaga perlu bertindak dengan mendebitkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang masuk.
Memo
Fungsi Memo
• Memo merupakan dokumen peringatan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan dengan perniagaan.
• Urus niaga yang menggunakan Memo:
Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk kegunaan sendiri,
Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk pengiklanan atau
Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk derma.
Membawa masuk aset peribadi atau tunai ke dalam perniagaan untuk catatan pembukaan pada hari pertama urus
niaga.
Invois
Fungsi Invois
• Invois merupakan dokumen untuk merekodkan:
Belian dan jualan barang niaga secara kredit(SECARA HUTANG).
Belian dan jualan aset bukan semasa secara kredit.
• Invois disediakan/dihantar oleh penjual (Yusmira Tarding) kepada pembeli(Salun Kecantikan Nora).
• Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli(Salun Kecantikan Nora) diberi dokumen asal.
2 Salinan Invois :
Invois Asal – Di buku perniagaan Salun Kecantikan Nora;
• Invois asal disimpan oleh Pembeli;
• Ini bermaksud Salun Kecantikan Nora membeli barang niaga daripada Yusmira Trading berjumlah RM2 475 secara kredit.
• Membuat catatan dalam Jurnal Belian
Invois Salinan – Di buku pernigaaan Yusmira Trading;
• Invois Salinan disimpan oleh penjual;
• Ini bermaksud Yusmira Trading menjual barang niaga kepada Salun Kecantikan Nora berjumlah RM2 475 secara kredit.
• Untuk membuat catatan dalam Jurnal Jualan.
• “Serahan: Angkutan dibayar” dalam invois bermaksud kos pengangkutan barang ditanggung oleh pembekal.
• Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 10% 7 hari bermaksud 10% diskaun tunai akan diberi jika
pelanggan membayar dalam tempoh 7 hari.
• K. & K. di K merupakan singkatn kepada “Kesilapan dan Ketinggalan diKecualikan”. Syarat ini membolehkan penjual membuat pembetulan ke
atas invois yang silap, sama ada kesilapan terlebih caj atau kesilapan terkurang caj.
Nota debit
Fungsi Nota Debit
• Dihantar oleh penjual(Yusmira Trading) untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutang telah bertambah.
• Nota debit digunakan semasa/Fungsi Nota Debit ialah :
Jumlah dalam invois terkurang nyata.
Butiran tertinggal rekod dalam invois.
Pelanggan dikenakan caj tambahan kerana meminta menukar ganti barang.
Faedah dikenakan atas pelanggan kerana lewat menjelaskan invois.
Bayaran tambahan dikenakan kerana pelanggan tidak memulangkan bekas kosong
Nota kredit
Fungsi Nota Kredit :
• Dihantar oleh penjual (Yusmira Trading) untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutang terlah berkurangan.
• Nota Kredit digunakan semasa/Fungsi Nota Kredit ialah :
Invois pembeli terlebih nyata.
Pembeli memulangkan barang kerana salah jenama, rosak atau tidak sama model dengan barang yang dipesan.
Pembeli mengembalikan bekas kosong seperti tin dan kotak kepada penjual.
Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan.
Bil bayaran(kadar bayaran)
• Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan seperti Telekom Malaysia berhad kepada peniaga
tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan atas perkhidmatan yang digunakan.
Folio pelanggan
• Dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod
pembayaran pelanggan.
• Disediakan dalam sektor perkhidmatan seperti sektor perhotelan, perkhidmatan pos dan kurier, hospital dan
firma guaman.
• Disediakan dalam dua Salinan. Dokumen asal akan diserahkan kepada pelanggan ketika pembayaran
dibuat dan dokumen Salinan disimpan oleh pihak berkenaan.
• Berfungsi sebagai resit dan menjadi bukti pembayaran oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang
dieknakan caj.
5.2.2 Memadankan dokumen sumber perniagaan dengan setiap urus niaga yang berkaitan
Berikut merupakan padanan urus niaga dengan dokumen sumber :
5.2.3 Melengkapkan maklumat penting dalam dokumen sumber perniagaan termasuk diskaun niaga dan diskaun tunai.
Soalan latihan 1.
Anda sebagai Perniagaan Kedai Kasut Star telah menjalankan perniagaan menjual kasut di premis yang beralamat di
nombor 451, Jalan Kampung Baru, 08000, Sungai Petani. Perniagaan dapat dihubungi melalui nombor telefon 04-
4218440 atau nombor faksimili 04-4244270. Pada 10 April 2014, anda telah menjual barang niaga kepada Ali
secara KREDIT.
Butir-butir telah dikesan dalam satu dokumen yang telah dihantar iaitu:
a. Alamat Ali ialah 234, Jalan Intan, Taman Intan 08000 Sungai Petani, Kedah ;
b. Nombor rujukan dokumen ialah Inv 2301
c. Tarikh bil ialah 10 April 2014.
d. butir barang niaga ialah Kasut Adidas 2 pasang RM200 sepasang Kasut Puma 5 pasang RM 160 sepasang
e. Syarat-syarat lain yang diberi kepada Ali ialah: i. syarat serahan : Angkutan dibayar ii. Syarat pembayaran :
Diskaun niaga 10% diskaun tunai : 5% 10 hari 2 % 30 hari iii. K. & K. di K.
f. Tandatangan pengurus ialah Chun Kit manakala tandatangan penerima ialah Ali. Anda dikehendaki menyediakan
:
i. Nyatakan dokumen yang sesuai digunakan ialah ……………………
ii. Satu dokumen yang lengkap.
5.2.4 Menerangkan fungsi dan menghitung diskaun niaga dan diskaun tunai
5.3 Dokumen Bukan Sumber
5.3.1 Menerangkan maksud dokumen bukan sumber perniagaan berikut :
(i) Penyata Akaun
Penyata yang dihantar oleh penjual untuk memaklumkan peniaga tentang baki hutang yang masih tertunggak.
(ii) Penyata bank
Penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa.
5.3.2 Menerangkan secara ringkas fungsi dokumen bukan sumber perniagaan