The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul 3 dokumen perniagaan sebagai sumber maklumat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zhanhao0124, 2021-06-28 05:44:03

Modul 3 dokumen perniagaan sebagai sumber maklumat

Modul 3 dokumen perniagaan sebagai sumber maklumat

Modul 3 : Dokumen Perniagaan sebagai sumber maklumat
3.1 Dokumen Perniagaan

3.1.1 Menyatakan maksud dan kepentingan dokumen perniagaan.

Soalan 1. Nyatakan maksud dokumen perniagaan.
 Merupakan dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara

pembekal dengan pembeli.

Soalan 2. Terangkan kepentingan dokumen perniagaan.
 Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak
 Maklumat seperti tarikh urus niaga, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga

diperlukan untuk tujuan perekodan.
 Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan tentang sesuatu urus niaga.
 Bahan bukti siasatan polis dan bahan bukti mahkamah jika berlaku sebarang kes penipuan

dalam urus niaga.
 Bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan.
 Sebagai sumber rekod dalam buku-buku perakaunan.
 Untuk mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urus niaga.

3.1.2 Membezakan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber dalam perniagaan.

Dokumen perniagaan

Dokumen sumber Dokumen sumber TIDAK Dokumen bukan sumber
 Bil tunai melibatkan tunai atau  Pesanan belian
 Resit cek iaitu secara kredit:  Surat tanya
 Keratan cek 1. Invois  Sebut harga
 Baucar pembayaran 2. Nota debit  Nota serahan
 Baucar tunai runcit 3. Nota kredit  Penyata akaun
 Slip daftar tunai 4. Memo tidak  Penyata bank
 Slip bank/slip deposit cek
 Slip pindahan wang melibatkan tunai/cek
 Slip transaksi perbankan
 Maksud : Untuk tujuan  Makasud : Untuk tujuan
elektronik perekodan dalam buku difailkan secara sistematik
 Makluman debit perakaunan. atau sebagai rujukan bagi
 Makluman kredit urus niaga yang akan dan
 Memo telah direkodkan.
 Invois
 Nota debit Dokumen sumber perniagaan yang melibatkan dengan tunai atau
 Nota kredit
 Bil bayaran (kadar bayaran) cek iaitu
 Folio pelanggan
1. Bil tunai 8. Keratan cek
3 dokumen dikeluarkan oleh
pihak bank iaitu 2. Baucar pembayaran 9. Resit rasmi

1. Maklumam debit 3. Baucar tunai runcit 10. Makluman debit
2. Makluman kredit
3. Penyata bank 4. Slip daftar tunai 11. Makluman kredit

5. Slip bank/ slip deposit cek 12. Memo melibatkan tunai/cek

6. Slip pindahan wang

7. Slip transaksi perbankan

1

3.1.3 Menyediakan carta aliran dokumen antara pembeli dengan penjual mengikut urutan yang betul.

3.1.4 Menghubung kaitkan aliran dokumen perniagaan bagi urus niaga secara tunai dan secara kredit

Aliran dokumen bagi urus niaga secara Aliran dokumen bagi urus niaga secara KREDIT
TUNAI
PERBEZAAN

1. Tunai/ 1. Invois

Cek/

PEMBELI Pindahan wang/ PEMBEKAL

Kad kredit

2. Bil tunai 2. Nota debit/

pembeli Nota kredit pembekal

3. Tunai /

Cek/

Pindahan

wang/

Kad kredit

4. resit

1. Pembeli akan membuat pembayaran 1.Invois akan dikeluarkan oleh pembekal

dengan tunai, cek, pindahan wang atau kepada pembeli apabila pembeli membeli

kad kredit kepada pembekal. secara kredit.

2. Pembekal akan menyerahkan BIL TUNAI 2. Setelah menerima INVOIS oleh pembeli,

kepada pembeli. pembeli perlu memeriksa sama ada semua

butiran direkodkan dengan betul iaitu tarikh,

perkara ( butiran saiz dan kuantiti barang) dan

amaun INVOIS yang perlu DIJELASKAN.

Syarat serahan dan syarat pembayaran adalah

betul.

3. Setelah menerima bil tunai oleh 3.Pembekal bolah membetulkan kesilapan

pembeli, pembeli perlu memeriksa sama atau ketinggalan dengan mengeluarkan nota

ada semua butiran direkodkan dengan debit atau nota kredit.

betul iaitu tarikh, perkara ( butiran saiz

dan kuantiti barang) dan amaun yang

betul yang perlu dibayar.

4. Kemudian pembeli akan membuat

bayaran untuk menjelaskan invois dengan

tunai, cek, pindahan wang atau kad

kredit.

5. Setelah bayaran diterima, pembekal

mengeluarkan resit kepada pembeli

sebagai bukti pembayaran.

atau

Aliran dokumen bagi Perbezaan Aliran dokuen bagi urus

urus niaga secara tunai niaga secara kredit

Pesanan belian Pesanan belian

Bil tunai Nota serahan

Tunai, cek, slip pindahan Invois

Pembeli kredit penjual Pembeli penjual

Resit Nota kredit/Nota debit

Tunai, cek atau slip

pindahan wang

Resit

2

5.2 Dokumen Sumber

5.2.1 Menerangkan fungsi dokumen sumber perniagaan berikut :
i. Bil Tunai

ASAL BIL TUNAI BT0873

Syarikat Kasut Jim
333, Jalan Sultanan Ismail

09000 Kangar
Perlis

Kepada : Tarikh : 8 Mac 2018
Kedai Kasut Star
584 Perusahaan Tikam Batu

08000 Sungai Petani
Kedah

Bil Nama Barang Harga Kos SEUNIT (RM) Kuantiti Jumlah (RM)
560
1 Kulit lembu 7.00 80 kilogram 525
1085
2 Getah tapak 7.00 75 kilogram

JUMLAH

Ringgit Malaysia : Seribu lapan puluh lima sahaja

Tunai/No Cek : CIMB 10234958

Jim
(Pengurus)

Fungsi Bil Tunai :

 Bil Tunai merupakan dokumen untuk merekodkan:
 Belian dan jualan barang niaga secara tunai atau cek.
 Belian dan jualan aset bukan semasa secara tunai atau cek.

 Bil Tunai disediakan/dihantar oleh penjual (Syarikat Kasut Jim) kepada pembeli(Kedai Kasut

Star).

 Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli(Kedai Kasut Star) diberi dokumen asal.

2 Salinan Bil Tunai :

 Bil Tunai Asal – Di buku perniagaan Kedai Kasut Star;
 Bil tunai asal disimpan oleh Pembeli;
 Ini bermaksud Kedai Kasut Star membeli barang niaga daripada Syarikat Kasut Jim

berjumlah RM1085 dengan cek.
 Membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai sebelah kredit

 Bil Tunai Salinan – Di buku pernigaaan Syarikat Kasut Jim;
 Bil tunai Salinan disimpan oleh penjual;
 Ini bermaksud Syarikat Kasut Jim menjual barang niaga kepada Kedai Kasut Star

berjumlah RM1 085 dengan cek.
 Untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai sebelah debit.

3

ii. Resit Rasmi

Fungsi Resit Rasmi:
 Resit merupakan dokumen bukti bayaran telah dibuat.
 Dokumen salinan disimpan oleh penerima bayaran(Syarikat Indah Sdn Bhd) iaitu dikeluarkan

oleh penjual dan menandatangani resit sebagai bukti bayaran telah diterima
 Dokumen asal diberikan kepada pembayar(Kedai Kasut Aszuan) iaitu

2 Salinan Resit Rasmi :
 Resit Rasmi Asal – Di buku perniagaan Kedai Kasut Aszuan;

 Resit Rasmi asal disimpan oleh Pembeli;
 Ini bermaksud Kedai Kasut Aszuan menjelaskan hutang kepada Syarikat Indah Sdn. Bhd.

berjumlah RM484 dengan cek.
 Untuk membuat catatan dalam Jurnal Pembayaran Tunai atau Buku Tunai sebelah kredit.
 Resit Rasmi Salinan – Di buku pernigaaan Syarikat Indah Sdn. Bhd;
 Resit Rasmi Salinan disimpan oleh penjual;

Ini bermaksud Syarikat Indah Sdn. Bhd menerima hutang daripada Kedai Kasut Aszuan

berjumlah RM484 dengan cek.
 Untuk membuat catatan dalam Jurnal Penerimaan Tunai atau Buku Tunai sebelah debit.

iii. Keratan cek Fungsi keratan cek :
Tarikh: 16 Jun 2018  Mengandungi butiran bukti pembayaran
Penerima: Tenaga Nasional
Kerana: bil elektrik bulan Jun 2018 cek telah dikeluarkan.
 Disimpan oleh pembayar.
Baki terakhir RM  Mengandungi butiran tarikh cek, nama
Masuk 15 400.00
Jumlah penerima, tujuan pembayaran, baki wang
Cek ini -------- di bank dan amaun bayaran.
Baki 15 400.00  Pada 16 Jun 2018, pemilik perniagaan
membayar kadar bayaran/utiliti berjumlah
250.00 RM250 dengan cek.
15 150.00

---------------------------------------------

CIMB No. Cek: 263453

4

iv. Baucar Pembayaran

BAUCAR PEMBAYARAN No: 900

Salun Kecantikan Nora

No.1212 Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

Tel: 09-7111989

Tarikh: 28 Jun 2018

Kepada:

Cik Sarimah

Butiran JUMLAH

Bayaran gaji bulan Jun 2007 RM 850

JUMLAH RM 850

(Ringgit Malaysia: Lapan ratus lima puluh sahaja)

Tunai / No Cek:

Karimah Nora

(Penerima) (Pengurus)

Fungsi Baucar Pembayaran :

 Dikeluarkan oleh pembayar bayaran(Salun Kecantikan Nora) dan ditantangani oleh penerima

bayaran(Sarimah).

 Kebiasaannya dokumen ini akan digunakan untuk pembayaran seperti berikut :
 Pembayaran gaji pekerja
 Pembayaran sewa premis kedai
 Belanja lain yang tidak mempunyai dokumen seperti menderma Rumah anak yatim,

membaiki paip rosak kedai.

 Penerima bayaran (Sarimah) perlu menandatangani dokumen ini sebagai bukti wang telah

diterima dan memastikan amaunnya adalah seperti yang direkodkan.

 Pada 28 Jun 2018, pemilik perniagaan membayar gaji pekerja berjumlah RM850 secara tunai.

v. Baucar Tunai Runcit

BAUCAR TUNAI RUNCIT BTR:0201
Salun Kecantikan Nora
Tarikh: 29 Jun 2018
No.1212 Jalan Bayam
Kota Bharu JUMLAH
Kelantan. RM 50
RM 50
Tel: 09-7111989
Nora
Kepada: (Pengurus)
Encik Wong Kim Fatt

Butiran
Surat Khabar (langgangan sebelun)

JUMLAH
(Ringgit Malaysia: lima puluh sahaja)
Tunai / No Cek: Maybank 03949586

Wong Kim Fatt
(Penerima)

Fungsi Baucar Tunai Runcit
 Disediakan oleh juruwang runcit perniagaan sebagai bukti bertulis bahawa perbelanjaan

runcit telah dibuat.
 Belanja runcit merujuk kepada pembayaran tunai dalam amaun yang kecil.
 Urusan pembayaran yang menggunakan baucar tunai runcit adalah seperti berikut :

5

 Tambang teksi
 Membeli setem
 Membeli mangga pintu
 Membeli minuman
 Membayar langganan surat khabar
 Lain-lain belanja yang amaun yang kecil iaitu kurang daripada RM100.

 Akan difailkan oleh juruwang runcit dan diperiksa oleh ketua juruwang untuk mengesahkan

rekod dalam buku tunai runcit adalah betul.(Modul 5)

vi. Slip Daftar tunai

Fungsi slip daftar tunai
 Dikeluarkan daripada mesin daftar tunai sebagai

bukti pelanggan sudah membuat pembayaran.
 Digunakan di kedai makan, pasar raya, kedai buku,

dan kedai runcit sebagai bukti belian pelanggan.
 Jika pembayaran amaun yang kecil, ia perlu

direkodkan ke dalam BUKU TUNAI RUNCIT.
 Jika pembayaran amaun yang besar, ia perlu

direkodkan ke dalam Buku Tunai.

vii. Slip bank/slip deposit cek

MAY BANK BHD No:341348
Lot 105, Jalan Wakaf Siku,
BORANG WANG MASUK Bandaraya Kota Baharu, Kelantan.

Nama: Salun Kecantikan Nora Tel: 09-7321607 : 20 Jun 2007
822
Nombor Akaun: 2 Tarikh 0

0- 0996-

Ringgit Malaysia: Empat ratus sahaja RM400
Cek
Sila tandakan ‘√’ Tanda tangan
Nora
Tunai √

Untuk kegunaan pejabat Disahkan oleh
Nonazah
Diluluskan oleh
Aminah

Fungsi Slip bank/Slip Deposit Cek
 Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan(kredit) ke dalam ke akaun

bank(debit) iaitu catatan kontra.

6

viii. Slip Pindahan Wang
 Digunakan untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga, sama ada dalam atau ke luar

negara.
 Pengiram wang akan mengisi borang pindahan wang dan menyerahkan borang tersebut kepada

pengawai bank.
 Pindahan wang ke luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan.
ix. Slip Transaksi perbankan Elektronik
 Dokumen yang diperoleh apabila transaksi pembayaran dibuat dengan mesin ATM(pindahan

wang, bayaran dn pengeluaran tunai) dan transaksi deposit dengan menggunakan mesin deposit
cek atau mesin deposit tunai.
 Transaksi perbankan elektronik dilakukan secara layan diri oleh pengguna perkhidmatan ini.
 Selepas transaksi selesai, mesin akan mencetak slip transaksi perbankan elektronik sebagai bukti
transaksi.
x. Urus Niaga atas Talian
 Perbankan atas talian(online banking) dan jual beli secara atas talian.
 Bank perdagangan menyediakan platform perbankan atas talian untuk memudahkan pelanggan
melakukan urusan perbankan dengan telefon pintar dan komputer.
xi. Maklumat Debit

Fungsi Maklumat Debit
 Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan akaun bank telah didebitkan.
 Apabila akaun bank didebitkan, tunai di bank akaun pelanggan akan berkurangan.
 Sebagai contoh, caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM dan pembayaran atas arahan

tetap pelanggan atau faedah atas overdraf atau faedah atas pinjaman.
 Peniaga perlu bertindak dengan mengkreditkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang

keluar.

7

xii. Maklumat kredit

Fungsi Maklumat Kredit
 Yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank

telah dikreditkan.
 Apabila akaun bank dikreditkan, tunai di bank akaun pelanggan akan bertambah.
 Contoh penerimaan dividen, pindahan kredit, faedah simpanan tetap.
 Peniaga perlu bertindak dengan mendebitkan Buku Tunainya memandangkan terdapat wang

masuk.
xiii. Memo

Fungsi Memo
 Memo merupakan dokumen peringatan urus niaga yang berlaku antara pemilik perniagaan

dengan perniagaan.
 Urus niaga yang menggunakan Memo:

 Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk kegunaan sendiri,
 Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk pengiklanan atau
 Pemilik mengambil barang niaga atau tunai untuk derma.
 Membawa masuk aset peribadi atau tunai ke dalam perniagaan untuk catatan pembukaan

pada hari pertama urus niaga.

8

xiv. Invois

ASAL INVOIS No: 101

YUSMIRA TRADING

45B Jalan Gajah Mati

Bandaraya Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7884999

Tarikh: 5 Jun 2007

Kepada:

Salun Kecantikan Nora

No.1212A Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit RM RM

PPT09 Syampoo 20 20.00 400.00

CBR01 Span Pencuci 50 5.00 250.00

BP07 Set Alat Solek 20 100.00 2000.00

SD2 Pencuci Muka 2 50.00 100.00

2750.00

Tolak:Diskaun niaga 10% 275.00

Jumlah 2 475.00

(Ringgit Malaysia: Dua ribu empat ratus tujuh puluh lima sahaja)

Syarat : 10% 7 hari

Serahan: Angkutan dibayar

K. & K. di K.

Nora yusmira

Penerima Pengurus

Fungsi Invois

 Invois merupakan dokumen untuk merekodkan:
 Belian dan jualan barang niaga secara kredit(SECARA HUTANG).

 Belian dan jualan aset bukan semasa secara kredit.

 Invois disediakan/dihantar oleh penjual (Yusmira Tarding) kepada pembeli(Salun Kecantikan

Nora).

 Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli(Salun Kecantikan Nora) diberi dokumen asal.

2 Salinan Invois :

 Invois Asal – Di buku perniagaan Salun Kecantikan Nora;
 Invois asal disimpan oleh Pembeli;
 Ini bermaksud Salun Kecantikan Nora membeli barang niaga daripada Yusmira Trading

berjumlah RM2 475 secara kredit.
 Membuat catatan dalam Jurnal Belian

 Invois Salinan – Di buku pernigaaan Yusmira Trading;
 Invois Salinan disimpan oleh penjual;
 Ini bermaksud Yusmira Trading menjual barang niaga kepada Salun Kecantikan Nora

berjumlah RM2 475 secara kredit.
 Untuk membuat catatan dalam Jurnal Jualan.

 “Serahan: Angkutan dibayar” dalam invois bermaksud kos pengangkutan barang ditanggung
oleh pembekal.

 Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 10% 7 hari
bermaksud 10% diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar dalam tempoh 7 hari.

 K. & K. di K merupakan singkatn kepada “Kesilapan dan Ketinggalan diKecualikan”.
Syarat ini membolehkan penjual membuat pembetulan ke atas invois yang silap, sama ada
kesilapan terlebih caj atau kesilapan terkurang caj.
9

xv. Nota debit

ASAL INVOIS No: 101

YUSMIRA TRADING

45B Jalan Gajah Mati

Bandaraya Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7884999

Kepada Tarikh: 4 Jun 2018

Salun Kecantikan Nora

No.1212A Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

No Rujukan Butir Kuantiti Harga Seunit RM Jumlah RM

PPT09 Syampoo 20 20.00 300.00

CBR01 Span Pencuci 50 5.00 250.00

BP07 Set Alat Solek 20 100.00 2000.00

SD2 Pencuci Muka 2 50.00 100.00

2650.00

Tolak:Diskaun niaga 10% 265.00

Jumlah 2 385.00

(Ringgit Malaysia: Dua ribu TIGA ratus LAPAN puluh lima sahaja)

Syarat : 10% 7 hari

Serahan: Angkutan dibayar

K. & K. di K.

Nora yusmira

Penerima Pengurus

ASAL NOTA DEBIT No: ND002

YUSMIRA TRADING

45B Jalan Gajah Mati

Bandaraya Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7884999

Tarikh: 9 Jun 2018

Kepada:

Salun Kecantikan Nora

No.1212A Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

Aakun tuan/puan telah didebitkan seperti berikut :

No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit RM RM

PPT09 Syampoo dalam Invois 101 100.00

terkurang caj sebanyak RM100

Tolak:Diskaun niaga 10% 10.00

Jumlah 90.00

(Ringgit Malaysia: sembilan puluh sahaja)

Nora yusmira

Penerima Pengurus

Fungsi Nota Debit

 Dihantar oleh penjual(Yusmira Trading) untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutang telah

bertambah.

 Nota debit digunakan semasa/Fungsi Nota Debit ialah :
 Jumlah dalam invois terkurang nyata.
 Butiran tertinggal rekod dalam invois.
 Pelanggan dikenakan caj tambahan kerana meminta menukar ganti barang.
 Faedah dikenakan atas pelanggan kerana lewat menjelaskan invois.
 Bayaran tambahan dikenakan kerana pelanggan tidak memulangkan bekas kosong.

10

xvi. Nota kredit

ASAL INVOIS No: 103

YUSMIRA TRADING

45B Jalan Gajah Mati

Bandaraya Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7884999

Kepada Tarikh: 7 Jun 2018

Salun Kecantikan Nora

No.1212A Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

No Rujukan Butir Kuantiti Harga Seunit RM Jumlah RM

PPT09 Syampoo 20 20.00 600.00

CBR01 Span Pencuci 50 5.00 250.00

BP07 Set Alat Solek 20 100.00 2000.00

SD2 Pencuci Muka 2 50.00 100.00

2950.00

Tolak:Diskaun niaga 10% 295.00

Jumlah 2 655.00

(Ringgit Malaysia: Dua ribu ENAM ratus LIMA puluh lima sahaja)

Syarat : 10% 7 hari

Serahan: Angkutan dibayar

K. & K. di K.

Nora yusmira

Penerima Pengurus

ASAL NOTA KREDIT No: NK443

YUSMIRA TRADING

45B Jalan Gajah Mati

Bandaraya Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7884999

Tarikh: 16 Jun 2018

Kepada:

Salun Kecantikan Nora

No.1212A Jalan Bayam

Kota Bharu

Kelantan.

Akaun tuan/puan telah dikreditkan seperti berikut :

No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit RM RM

PPT09 Syampoo dalam Invois 103 terlebih 200.00

caj sebanyak RM200

Tolak:Diskaun niaga 10% 20.00

Jumlah 180.00

(Ringgit Malaysia: seratus lapan puluh sahaja)

Nora yusmira

Penerima Pengurus

Fungsi Nota Kredit :

 Dihantar oleh penjual (Yusmira Trading) untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutang

terlah berkurangan.

 Nota Kredit digunakan semasa/Fungsi Nota Kredit ialah :
 Invois pembeli terlebih nyata.

 Pembeli memulangkan barang kerana salah jenama, rosak atau tidak sama model dengan

barang yang dipesan.
 Pembeli mengembalikan bekas kosong seperti tin dan kotak kepada penjual.
 Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan.

11

xvii. Bil bayaran(kadar bayaran)
 Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan seperti Telekom Malaysia berhad

kepada peniaga tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan atas perkhidmatan yang
digunakan.

xviii. Folio pelanggan
 Dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod

pembayaran pelanggan.
 Disediakan dalam sektor perkhidmatan seperti sektor perhotelan, perkhidmatan pos dan kurier,

hospital dan firma guaman.
 Disediakan dalam dua Salinan. Dokumen asal akan diserahkan kepada pelanggan ketika

pembayaran dibuat dan dokumen Salinan disimpan oleh pihak berkenaan.
 Berfungsi sebagai resit dan menjadi bukti pembayaran oleh pelanggan terhadap perkhidmatan

yang dieknakan caj.

5.2.2 Memadankan dokumen sumber perniagaan dengan setiap urus niaga yang berkaitan

Berikut merupakan padanan urus niaga dengan dokumen sumber :

komponen Urus niaga Dokumen Aliran dokumen
Penjual pembeli
Jualan barang niaga dengan tunai/cek Bil tunai (Salinan)
Penjual pembeli
Jualan barang niaga secara kredit Invois (Salinan)
Penjual pembeli
Jualan Pulangan barang niaga daripada pelanggan Nota kredit
bersih Penjual pembeli
(pulangan jualan/pulangan masuk) (Salinan)
Penerima
Invois terkurang caj Nota debit (Salinan) pembayar

Belian barang niaga dengan tunai/cek Bil tunai (asal) bank
Penerima (pemilik
Belian barang niaga secara kredit Invois (asal) akaun)
-----
Pulangan barang niaga kepada penjual Nota kredit (asal) -----
Penerima
Kos jualan (pulangan belian /pulangan keluar) pembayar
-------
Invois terlebih caj Nota debit (asal) bank
Penerima (pemilik
Kos belian (angkutan masuk/ insurans atas Nota debit (asal) akaun)

belian/ upah atas belian/ upah gudang/ duti

import/ duti atas belian/ belanja atas belian)

Bayaran tunai/ cek daripada akaun belum Resit rasmi
terima untuk menjelaskan invois (Salinan)

hasil Terima sewa/ komisen/ hasil lain secara Resit rasmi
tunai atau cek (Salinan)

Terima dividen / pindahan kredit / faedah Makluman kredit

simpanan (dibankkan terus ke akaun

perniagaan oleh pembayar)

Bayar sewa/ gaji/ upah/ belanja lain yang Baucar pembayaran
tiada resit Keratan cek (jika
dibayar dengan cek)
Belanja Resit rasmi (asal)
/ Bayaran insurans/ kadar bayaran/ belanja
Pembayaran lain yang ada resit daripada penerima Keratan cek (jika
dibayar dengan cek)
Caj bank/ buku cek/ faedah overdraf/faedah Makluman debit
pinjaman

12

komponen Urus niaga Dokumen Aliran dokumen
Beli aset bukan semasa secara tunai atau cek Penjual pembeli
Perolehan Bil tunai (asal) Penjual pembeli
aset bukan Beli aset bukan semasa secara kredit Keratan cek -------------
semasa : Bawa masuk aset bukan semasa peribadi Invois (asal)
premis pemilik ke dalam perniagaan/ sumbangan Memo --------------
kenderaan modal luar
Ambilan tunai di tangan Memo
Ambilan Ambilan tunai di bank Memo/ keratan cek
Ambilan barang niaga Memo
Ambilan aset bukan semasa Memo

Tunai ditangan didepositkan ke dalam bank Slip bank bank
Penerima (pemilik
Slip bank akaun)

Kontra --------
-----
Tunai di bank ditunaikan untuk kegunaan Keratan cek
kedai/perniagaan

5.2.3 Melengkapkan maklumat penting dalam dokumen sumber perniagaan termasuk diskaun
niaga dan diskaun tunai.

Soalan latihan 1.

Anda sebagai Perniagaan Kedai Kasut Star telah menjalankan perniagaan menjual
kasut di premis yang beralamat di nombor 451, Jalan Kampung Baru, 08000, Sungai
Petani. Perniagaan dapat dihubungi melalui nombor telefon 04-4218440 atau nombor
faksimili 04-4244270.
Pada 10 April 2014, anda telah menjual barang niaga kepada Ali secara KREDIT.

Butir-butir telah dikesan dalam satu dokumen yang telah dihantar iaitu:

a. Alamat Ali ialah 234, Jalan Intan, Taman Intan 08000 Sungai Petani, Kedah ;

b. Nombor rujukan dokumen ialah Inv 2301

c. Tarikh bil ialah 10 April 2014.

d. butir barang niaga ialah

Kasut Adidas 2 pasang RM200 sepasang

Kasut Puma 5 pasang RM 160 sepasang

e. Syarat-syarat lain yang diberi kepada Ali ialah:

i. syarat serahan : Angkutan dibayar

ii. Syarat pembayaran : Diskaun niaga 10%

diskaun tunai : 5% 10 hari

2 % 30 hari

iii. K. & K. di K.

f. Tandatangan pengurus ialah Chun Kit manakala tandatangan penerima ialah Ali.
Anda dikehendaki menyediakan :

i. Nyatakan dokumen yang sesuai digunakan ialah ……………………
ii. Satu dokumen yang lengkap.

13

Penyelesaian : (jawapan i) Penyediaan Dokumen Perniagaan (Modul 3) (rujuk m/s 79)

SALINAN INVOIS INV 2301

KEDAI KASUT STAR
451, JALAN KAMPUNG BARU

08000, SUNGAI PETANI
KEDAH

TEL : 4218440
FAK : 04-4244270

Kepada, Tarikh : 10 April 2014
Ali
234, Jalan Intan
Taman Intan
Sungai Petani, kedah

BIL JENIS BARANG KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)
1 Kasut Adidas 2 200 400
2 Kasut Puma 5 160 800
1 200
Tolak : diskaun niaga 10%
Jumlah bersih 120
1 080

(Ringgit: seribu dan lapan puluh sahaja )

Syarat serahan : Angkutan dibayar
Syarat pembayaran : diskaun tunai : 5% 10 hari

iii. K. & K. di K. 2 % 30 hari

Ali Chun Kit
T.T Penerima T.T. Pengurus

14

5.2.4 Menerangkan fungsi dan menghitung diskaun niaga dan diskaun tunai

Diskaun niaga Diskaun tunai

 Potongan harga senarai barangan yang  Potongan harga daripada harga invois

Diberikan oleh pembekal pada masa yang diberikan oleh penjual

belian dibuat.

 Tujuan diskaun niaga diberikan adalah  Diskaun tunai diberikan adalah untuk

untuk menggalakkan pembelian secara menggalakkan pembayaran invois pada

pukal kerana semakin banyak barangan kadar segera.

yang dibeli, semakin tinggi diskaun niaga

yang dinikmati oleh pembeli.

 Diskaun niaga dinyatakan dalam invois  Semakin awal bayaran invois dibuat

semakin banyak jumlah diskaun tunai

yang diterima mengikut terma syarat

pembayaran.

 Penjual memberikan diskaun niaga  Syarat pembayaran di dalam invois

berdasarkan volum jualan(kuantiti) merupakan syarat pemberian diskaun

barang. Ada juga penjual yang tunai.
memberikan diskaun niaga berdasarkan  “5% 10 hari” bermaksud jika invois

jumlah harga barangan dijelaskan dalam tempoh 10 hari dari

tarikh invois, maka diskaun tunai

sebanyak 10% akan diberikan.
 “2% 30 hari” bermaksud jika invois

dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari

tarikh invois, maka diskaun tunai

sebanyak 5% akan diberikan.
 Jika invois dijelaskan selepas 30 hari,

maka tiada diskaun tunai diberikan

kepada pelanggan.

Soalan 1.
Pemborong Minuman Cola menawarkan diskaun niaga sebanyak 10% atas pembelian melebihi 50
karton dan 15% atas pembelian melebihi 100 karton.
Harga borong sekarton minuman ialah sebanyak RM25.

Hitung diskaun niaga yang diberikan kepada setiap pelanggan berikut :
(a) Puan Fatimah membeli karton minuman.
(b) Kedai Makan Lim membeli 76 karton minuman.
(c) Pasar Raya Gem membeli 150 karton minuman.

Soalan 2.
Perniagaan Chan menawarkan 20% diskaun niaga bagi pembelian cat yang melebihi 60 tin.
Harga jualan cat ialah sebanyak RM15 setin.
Encik Chan membeli sebanyak 60 tin cat itu secara kredit.
Hitung :

(a) Jumlah diskaun niaga
(b) Harga invois

15

5.3 Dokumen Bukan Sumber

5.3.1 Menerangkan maksud dokumen bukan sumber perniagaan berikut :

(i) Penyata Akaun
 Penyata yang dihantar oleh penjual untuk memaklumkan peniaga tentang baki
hutang yang masih tertunggak.

(ii) Penyata bank
 Penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa.

5.3.2 Menerangkan secara ringkas fungsi dokumen bukan sumber perniagaan

Fungsi Penyata Akaun Fungsi Penyata Bank

 Penyata yang dikeluarkan oleh penjual  Penyata bulanan yang menyenaraikan semua

kepada pelanggan sebagai peringatan tentang urus niaga yang dibuat melalui bank.

jualan, bayaran dan baki yang belum

dijelaskan.

 Nombor invois yang masih tertunggak  Dikeluarkan oleh pihak kepada pemegang

dinyatakan bersama-sama jumlah bakinya. akaun.

Syarat pembayaran juga dinyatakan dengan

jelas.

 Jika semua invois telah dijelaskan, maka  Maklumat yang terkandung dalam Penyata

penyata akaun tidak akan dikeluarkan Bank adalah seperti baki awal tunai di bank,

kepada pelanggan. senarai urus niaga yang akaun didebitkan,

senarai urus niaga yang akaun dikreditkan

dan baki tunai di bank pada akhir bulan.

  Baki akhir buku tunai hendaklah sama

dengan baki akhir Penyata Bank.

  Sekiranya baki akhir buku tunai tidak sama

dengan baki akhir Penyata Bank, maka baki-

baki ini perlu diselaraskan dengan

menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.

PUSAT TUISYEN OPTIMA
TAHUN 2019

16


Click to View FlipBook Version