The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hanis Anifah, 2019-04-15 23:07:04

sintaksis..

sintaksis..

FRASA ADJEKTIF

1.0 Susunana Frasa Adjektif sebagai Ayat
1.1 Frasa Adjektif sebagai Predikat

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek. Susunan ini
boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek.

Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa
adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata
adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang
demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur
pengisian dalam frasa adjektif.

S + P (INTI)

Contohnya:

"Putih menjadi warna dominasi koleksi dan ia jelas memperkuatkan idea cinta itu suci. Ilusi
cinta ini diolah saya sendiri dengan rekaan gabungan ala duyung serta draping romantis yang
membezakannya dengan 'boxy cuts'.

Dipetik dan dari Berita Harian Online keluaran 8 Mac 2019

https://www.bharian.com.my/node/257325
“Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir Atemin Sulong, berkata
setiap rumah biasanya menggunakan air sebanyak 1,200 liter sehari namun ia kini meningkat
kepada 1,500 liter sehari berikutan keadaan cuaca yang panas.”

Dipetik dari Berita Harian Online keluaran 24 Mac 2019

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/544886/700-juta-liter-air-sehari-diguna-
ketika-musim-panas-satu

“Pada masa sama, Mohd Jamil berkata, selain angin, cuaca panas turut menyukarkan anggota
keselamatan melakukan operasi pemadaman, khususnya ‘spot’ kebakaran di celah batu itu
curam.”

Dipetik dari Berita Harian Online keluaran 10 Februari 2019

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/529291/gunung-baling-masih-terbakar

Subjek Predikat (INTI)
Cinta itu Suci
Keadaan cuaca yang Panas
Celah batu itu
Curam

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat
mendahului subjek, seperti contoh berikut:

P (INTI) + S

Predikat (INTI) Subjek
Suci Cinta itu
panas Keadaan cuaca
Celah batu itu
Curam

1.1.1 Aktiviti
1. Guru mengajar dan memberikan pendedahan kepada murid tentang frasa adjektif dalam
predikat.

3. Guru akan menyatakan contoh ayat yang dapat dibina dan seterusnya meminta tiga orang
wakil pelajar untuk membina ayat tersebut.

4. Guru menguji tahap pemahaman murid dengan meminta pelajar untuk menjawab soalan yang
diberikan.

5. Guru berbincang dan memberikan jawapan kepada murid ketika sesi soal jawab.

1.1.2 Latihan
Berdasarkan frasa adjektif yang diberi, anda diminta untuk membina satu perenggan ringkas
dengan memasukkan unsur frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat.

1. Lusuh

2. Tinggi

3. Buruk

4. Sibuk

5. Lewat
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version