SK RANTAU PANJANG LANCHANG, PAHANG BUKU PENGURUSAN SERAPAT SESI PERSEKOLAHAN 2023-2024 serapat.edu.my [email protected] | [email protected]
Kandungan Buku Pengurusan SeRaPaT Kata aluan guru besar Maklumat am sekolah 1 3 Kalendar 2023 14 Kalendar akademik 2023 15 Hari kelepasan am 2023 16 Minggu persekolahan 17 Cuti perayaan Staf akademik dan sokongan Takwim sekolah 18 19 20
Kandungan Buku Pengurusan SeRaPaT PENTADBIRAN KURIKULUM 29 38 57 74 96 HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM Contact info
Aluan Guru Besar Buku ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam merangka dan melaksanakan tugas seharian di samping dapat melicinkan pentadbiran serta meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Sebagai seorang pemimpin instruksional yang telah diamanahkan untuk memimpin dan menerajui sekolah ini, suka saya mengingatkan diri saya dan seluruh warga kerja SK Rantau Panjang untuk bergerak ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan secara kolaboratif. Semua harus peka dan memainkan peranan yang sama penting dalam mendepani gelombang pendidikan masa kini yang semakin mencabar. Transformasi pendidikan seperti yang dihasratkan oleh kepimpinan tertinggi memerlukan semua warga pendidik memainkan peranan selaku pendokong utama kepada keberkesanan dasar dan sistem terkini pendidikan negara. Warga pendidik harus lebih terbuka dalam menjayakan bersama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013- 2025), TPP 2021-2030 dan Transformasi Sekolah 2025 (TP25) supaya dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu mendepani cabaran semasa seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan moto yang diilhamkan, “SKRP Menjayakan Pendidikan Madani, Mengupayakan Kemenjadian Insani” adalah janji bahawa seluruh warga SK Rantau Panjang akan menjadikan pendidikan sebagai agenda utama dalam pembentukan modal insan yang cemerlang. Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum & salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Perancangan & Pengurusan SK Rantau Panjang bagi Sesi Akademik 2023/2024. 1
Pernyatan ini disokong oleh halatuju “Memberi Pendidikan Yang Berkualiti Bagi Melahirkan Modal Insan Berpotensi Untuk Membangun Nilai Serta Jati Diri Melalui Pendekatan Bersepadu Dan Terkini”. Perkongsian visi dan misi sekolah amat penting kepada warga sekolah, demi memastikan hala tuju sekolah dapat difahami, dihayati dan dijelmakan sehingga membentuk kebitaraan dan perwatakan sekolah. Bagi memenuhi hasrat ini, semua warga sekolah perlulah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi, bekerja dengan semangat kerjasama penuh harmoni, selaras dengan penghayatan slogan “Serlah Kualiti Realisasi Potensi”. Faktor utama penentu kejayaan atau kegagalan ini dipikul bersama oleh seluruh warga SK Rantau Panjang, murid, guru, PIBG, penglibatan agensi kerajaan dan swasta serta individu lain dalam kalangan masyarakat setempat. Persefahaman, toleransi, kerjasama ,sokongan dan komitmen semua amat penting dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid yang merupakan fokus utama dalam menentukan kejayaan. Justeru, marilah kita berlapang dada, berfikiran terbuka, melakukan perubahan dalam mendepani cabaran muka, bergerak sebagai satu pasukan perkasa dalam usaha memantapkan halatuju organisasi kita seiring dengan penetapan matlamat bersama. Akhir kata, saya amat mengharapkan penglibatan serta komitmen yang menyeluruh daripada seluruh warga pendidik SK Rantau Panjang dalam melihat cabaran pendidikan masa kini sebagai sesuatu yang optimis dan merangka perubahan sebagai satu peluang peningkatan. Justeru, samasamalah kita mendarjatkan pendidikan SK Rantau Panjang ke tahap yang cemerlang sejajar dengan tuntutan pendidikan semasa. Sekian, Terima kasih & Selamat Bertugas. SYUKUR FAZDLAN BIN KHALILULLAH GURU BESAR 2
Maklumat Am Sekolah 3 NAMA SEKOLAH : SK RANTAU PANJANG (SeRaPaT) ALAMAT : BATU 12, JALAN KARAK, 28500 LANCHANG NO. TELEFON / FAKS : 09-2803199 EMAIL RASMI : [email protected] | [email protected] GURU BESAR : SYUKUR FAZDLAN BIN KHALILULLAH KOD SEKOLAH : CBA7010 ZON : LANCHANG DAERAH : TEMERLOH SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA BILANGAN GURU : 22 ORANG BILANGAN AKP : 3 ORANG BILANGAN MURID : 178 BILANGAN KELAS : 8 KELAS (TERMASUK PRASEKOLAH)
Pentadbir dan guru-guru 4 LENCANA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH 5 Tonton lagu sekolah : MEDIA SOSIAL SK Rantau Panjang Lanchang / fb.serapat.edu.my BERDIRI KAMI DI SINI DENGAN TEKAD YANG UTAMA MENAMBAH PENGETAHUAN, TUJU WAWASAN DI ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI ILMU MENJADI SANTAPAN, HIDUP YANG DIBERKATI DUNIA AKHIRAT SKRP SEKOLAH KAMI MENJADI SANJUNGAN BERDISIPLIN GURU DIHORMATI ASAS KEJAYAAN BERILMU BERAKHLAK BERAMAL MULIA TERAS PERJUANGAN KAMI MARILAH SEMUA BERGABUNG TENAGA MEMBINA AKHLAK INSANI BERILMU BERAKHLAK BERAMAL MULIA TERAS PERJUANGAN KAMI MEMBINA AKHLAK INSANI MAJULAH SKRP
PELAN SEKOLAH 6 PETUNJUK : A = Kantin B = Pintu pagar kedua C = Makmal sains lama D = Bilik guru E = Bilik darjah F = PKG Lanchang G = Bilik gerakan (tingkat bawah) H = Dewan Serapat I = Pintu pagar utama J = Prasekolah K = Kedai koperasi L = Kiosk M = Pintu pagar ketiga N = Bilik RBT O = Bilik pemulihan P = Pusat akses Q = Makmal sains R = Makmal komputer S = Tapak permainan T = Surau U = Stor sukan / alatan V = Pejabat (tingkat atas) W = Pusat sumber sekolah X = Astaka Y = Padang sekolah
ENROLMEN MURID 7 Jumlah murid mengikut kohort umur dan jantina (prasekolah)
ENROLMEN MURID 8 Data enrolmen murid tahun 1- 6 sehingga 31 Mac 2023
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI DAN MISI KPM FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 9 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat
ETIKA KERJA ISLAM Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta mewujudkan pendidikan madani. Melahirkan murid yang berilmu, beriman, berakhlak dan berdisiplin. Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadikan ilmu sebagai asas kepada pembentukkan keperibadian mulia. Memastikan layanan yang mesra perkhidmatan dan cekap dalam segala urusan dengan kami. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan akademik 1. 2. 3. 4. 5. PIAGAM PELANGGAN 10 Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah Bekerja dengan ikhlas dan amanah Bekerja dengan tekun dan cekap Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat. 1. 2. 3. 4. 5.
HALA TUJU 11 FALSAFAH SEKOLAH Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan IKRAR Menjadikan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang sekolah yang cemerlang dan bestari dalam bidang Kurikulum, Ko-kurikulum, Keceriaan, Bina Insan, Pengurusan dan Pentadbiran MOTO Menjayakan Pendidikan Madani Mengupayakan Kemenjadian Insani HALATUJU Memberikan Pendidikan Yang Berkualiti bagi Melahirkan Modal Insan Berpotensi untuk Membangun Nilai serta Jati Diri Melalui Pendekatan Bersepadu dan Terkini SLOGAN Serlah Kualiti Realisasi Potensi MATLAMAT SeRaPaT Merintis Kemenjadian Pemangkin Kualiti Pendidikan Memperkasa budaya kerja cemerlang guru dan mengupayakan murid menjadi pelajar yang unggul dan seimbang OBJEKTIF Mewujudkan kesedaran, kemahiran, kecemerlangan, ketrampilan dan berbudaya maju dalam semua aspek pendidikan; • Meningkatkan kredibiliti guru dan staf sokongan dengan kemudahan serta keperlu an yang mencukupi untuk menjadikan sekolah sebagai institusi yang dihormati dan berkualiti; • Melahirkan warga negara yang mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berdaya saing, mempunyai ketahanan dan jati diri yang mantap untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat
12
13
KALENDAR 2023 14
KALENDAR AKADEMIK 2023 15
HARI KELEPASAN AM 2023 16
MINGGU PERSEKOLAHAN 2023 17
CUTI PERAYAAN 2023 18
STAF AKADEMIK DAN SOKONGAN 19
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 20
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 21
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 22
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 23
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 24
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 25
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 26
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 27
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023-2024 28
SK RANTAU PANJANG LANCHANG, PAHANG PENTADBIRAN serapat.edu.my [email protected] | [email protected]
30 Pentadbiran
31 Pentadbiran
32 Pentadbiran
33 Pentadbiran
34 Pentadbiran
35 Pentadbiran
36 Pentadbiran
37 Pentadbiran
38 Pentadbiran
SK RANTAU PANJANG LANCHANG, PAHANG KURIKULUM serapat.edu.my [email protected] | [email protected]
40 Kurikulum
41 Kurikulum
42 Kurikulum
43 Kurikulum
44 Kurikulum
45 Kurikulum
46 Kurikulum
47 Kurikulum