SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG
JALAN MERU, 41050 KLANG SELANGOR
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA KURIKULUM
BIL.3/ 2019
Tarikh : 20 Jun 2019 (Khamis)
Masa : 1.00 petang
Tempat : Balai Warisan, SMK Tinggi Klang
Pengerusi : YM Hajah Raja Rozita binti Raja Hanafi
Kehadiran :
1 YM Hajah Raja Rozita binti Raja Hanafi Pengetua
2 Pn Umi Kalsom binti Mohd. Wahi Penolong Kanan Pentadbiran
3 Pn Zamizah binti Rafi’i Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4 En. Mohamed Nizam bin Banaji Penolong Kanan Kokurikulum
5 Pn Hajah Azizah binti Badar Penolong Kanan Tingkatan 6
6 YM Tengku Maryam binti Tengku Mokhtar GKMP Bahasa
7 Pn Hajah H. Fariza binti Othman GKMP Sains & Matematik
8 En Mohammed Najib bin Abdul Rahim GKMP Kemanusiaan
9 Pn Zaleha binti Ismail Setiausaha Tingkatan 6
10 Pn Hajah Norma binti Hamzah Ketua Unit Sains Sosial
11 Pn Mariam binti Haron Ketua Unit Sains
12 Pn Bathma Devi a/p Suppiah Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling
13 Pn Nik Norfarhana binti Nik Yusoff Guru Bimbingan dan Kaunseling
14 Cik Nir Azmin binti Adnan Guru Bestari
15 Pn Zakia binti Mohsin Guru Media
16 Pn Sahidawati binti Ithnin Penolong Setiausaha Kurikulum
17 Pn Siti Ashiah binti Abd. Hamid SU Peperiksaan/ Penyelaras Kimia
18 Pn Nor Hafizah binti Misran PSU Peperiksaan/ SAPS/ Penyelaras Tasawwur Islam
19 Pn Tan Chee Eng SU Peperiksaan Tingkatan 6 /Penyelaras Tingkatan 6A
20 Pn Khor Guay Yong Setiausaha STPM
21 Pn Shahrun Niza binti Sofian Setiausaha SPM
22 Pn Ariza binti Mohd Nawi Setiausaha PBS/ Penyelaras Sains Komputer/ ASK
23 Pn Noor Jasniwati bt. Mat Ghani Setiausaha PBD Menengah Atas/ Ketua Panitia RBT
24 Pn Sariah binti Salleh Setiausaha MUET
25 Pn Loh Soon Keng Setiausaha SAPS (Petang)
26 Pn Siti Salbiah binti Ismail SU Kecemerlangan Akademik / Penyelaras Prinsip Perakaunan
27 Pn Swee Lee Yen Setiausaha Kecemerlangan Akademik Tingkatan 6
28 En Md Yusri bin Ahjam SU Penyelidikan
29 Pn Noriyah binti Mohsim Setiausaha Kerja Kursus/ Ketua Panitia Ekonomi
30 Pn Shahniza binti Mohd Shahri Setiausaha Jadual Waktu Tingkatan 6
31 Pn Rohaizah binti Md Rodzi Setiausaha Jadual Waktu Arus Perdana
32 Pn Chong Siew Fong Setiausaha SPBT
33 Pn Margaret Chia Mei Je Setiausaha MBMMBI/ Ketua Panitia Bahasa Inggeris
34 Pn Nor Fazliyatun binti Sobiren SU Program Intervensi/ Pen Ketua Panitia Bahasa Melayu
35 Pn Siti Nourbayah binti Abu Bakar Ketua Panitia Pengajian Am Tingkatan 6
36 Pn Zasmaliza binti Osman Ketua Panitia Bahasa Melayu Tingkatan 6
37 Pn Zuzaini binti Abu Bakar Ketua Panitia Sejarah Tingkatan 6
38 Tn Hj Aidi Jonli bin Saion Penyelaras MP Syariah
39 Pn Nor Masura binti Masran Penyelaras MP Biologi
1
40 Pn Zariah binti Ab Rahman Ketua Panitia Matematik T Cuti sakit
41 Pn Ng Poh Lay Penyelaras MP Matematik M Mesyuarat
42 Pn Thye Ngit Moi Penyelaras MP Perakaunan Cuti sakit
43 Pn Rafidah binti Nawi Ketua Panitia Bahasa Melayu Pertandingan
44 En Te Choon Kiong Penyelaras Bahasa Cina
45 Pn Naru Malar a/p Patmanathan Penyelaras Bahasa Tamil SAPS
46 En Akram Hijri bin Abdullah Akhili Penyelaras Bahasa Arab SAPS
47 Pn Norhanita binti Othman Ketua Panitia Sains MUET
48 Pn Zanaria binti Arifin Ketua Panitia Matematik MUET
49 En Nasruddin bin Zakaria Ketua Panitia Fizik Cuti sakit
50 Pn Wan Mastura binti Wan Abas Ketua Panitia Matematik Tambahan Pertandingan
51 Cik Noorashikeen binti Hussin Ketua Panitia Sejarah Perkhemahan
52 Pn Norhasifah binti Mohamad Salleh Ketua Pendidikan Islam Latihan PKBM
53 En Masalinorreza bin Mohd Sharif Ketua Panitia Pendidikan Moral Seminar
54 Pn Anis Atiras binti Yazid Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Pengadil
55 Pn Faiza Suhaida binti Mohd Salleh Penyelaras Ekonomi
56 Pn Nik Rahimah binti Jusoh Penyelaras Grafik Komunikasi Teknikal (GKT)
57 Pn Nurliena binti Mohammad Penyelaras Perniagaan
58 Cik Haneitha a/p Mohana Krishnan Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris
59 Pn Nik Nur Sajidah binti Nik Osthman Penolong Ketua Panitia Matematik
60 Pn Juraida binti Jariah Penolong Ketua Panitia Sejarah
61 Pn Nurul Farihah binti Mad Razali Penolong Ketua Panitia Pend. Islam/ SU PBD Men. Bawah
62 Pn Noor Zakirah binti Zarawi Penolong Ketua Panitia Pendidikan Moral
63 Pn Suriani binti Mohd Noor Penolong Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
64 En Syed Syaqiel bin Syed Sharifuddin Penolong Ketua Panitia Geografi
65 Pn Shakina binti Ismail Penolong Ketua Panitia RBT
TIDAK HADIR BERSEBAB Penolong Kanan Petang
1 Pn Norani binti Mohamed GKMP Teknik & Vokasional
2 Pn Siti Nazura binti Azmi @ Ammi Guru Bimbingan dan Kaunseling
3 En Khairuman bin Mohamed Jais Guru Bimbingan dan Kaunseling
4 Pn Hajah Zuaiza binti Paiman Setiausaha SAPS Arus Perdana
5 Cik Cik Zawiyah binti Razali Setiausaha SAPS Ting.6 / Ketua Panitia Ekonomi
6 Pn Norliza binti Mohamed Basar Ketua Panitia MUET
7 Pn Hajah Mashitah binti Mahmood Penyelaras MP Seni Visual
8 En Tasrudin bin Marpongi Ketua Panitia Biologi
9 Pn Siti Norasikin binti Basri Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
10 Cik Hajah Norhayati binti Mohamad Ketua Panitia Geografi
11 Pn Nurdiyana binti Ali Ketua Panitia PJPK
12 En Khairulsyapawi bin Sawbri Penyelaras Pertanian
13 Pn Kheryani binti Matori Penolong Ketua Panitia PJPK
14 En Wan Ahmad Rumaizi bin Wan Abd Fatah
Urus Setia Mesyuarat: Setiausaha Kurikulum
Cik Maziah binti Mohd Zain
2
AGENDA:
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru JK Kurikulum Bil. 3/ 2019. Pengerusi memulakan majlis
dengan bacaan Ummul Kitab dan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang
dapat hadir pada hari ini. Pengerusi juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru yang
membantu menjayakan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Daerah Klang pada 15 Jun 2019 yang lalu.
Pengerusi juga memaklumkan SMK Tinggi Klang telah mendapat penarafan SSQS lima bintang peringkat
kebangsaan. Tahniah diucapkan.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tindakan : Makluman
Minit Mesyuarat Bilangan 2/2019 telah diterima sebulat suara tanpa pindaan
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tindakan : Makluman
Rujuk Maklum Balas Minit Mesyuarat Bilangan 2/ 2019
4.0 PEMBENTANGAN / ISU /LAPORAN
4.1 Analisis Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (Rujuk Lampiran A)
4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa berdasarkan peratus lulus pelajar tingkatan 1 hingga 5,
didapati kebanyakan kelas mencatat keputusan yang tidak memuaskan. Manakala dari segi
Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatat penurunan dari tahun 2018 iaitu tingkatan dua, tiga
dan lima manakala tingkatan empat mengekalkan GPS dan tingkatan 1 menunjukkan peratus
kenaikan iaitu 4.61 pada tahun 2018 kepada 4.59 pada tahun 2019. Analisis perbandingan GPS
peperiksaan pertengahan tahun 2019 adalah seperti berikut :
TINGKATAN 2017 2018 2019
1 4.08 4.61 4.59
2 4.37 4.59 4.73
3 4.65 4.50 4.66
4 6.98 7.48 7.48
5 6.60 6.78 7.01
Tindakan : Makluman
4.1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya bertindak cepat dan bekerja lebih keras lagi dalam
mencurahkan ilmu kepada pelajar supaya penurunan dapat diatasi segera. Guru juga hendaklah
merancang strategi baru agar masalah dapat diatasi. Semua Ketua Panitia dan Penyelaras
hendaklah membincangkan strategi baru ini dalam Mesyuarat Panitia Bilangan 3 pada 1 hingga
10 Julai 2019 nanti.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
3
4.1.3 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia dan Penyelaras menghantar analisis dan post mortem
Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum 30 Jun 2019
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
4.2 Folder Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.2.1 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk melaksanakan PBD dan merekodkannya di dalam
borang Rekod Pembelajaran (Rekod Transit). Rekod Pembelajaran ini hendaklah disimpan di
dalam simpanan guru masing-masing dan bersedia untuk disemak dan dipantau pada bila-bila
masa.
Tindakan : Makluman
4.2.2 Pengerusi juga mengingatkan semua Ketua Panitia dan Penyelaras supaya membantu memberi
bahan untuk melengkapkan Fail PBS mengikut senarai semak yang diberi.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
4.3 Audit Fail Panitia
4.3.1 Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia dan Penyelaras supaya melengkapkan Folder
Panitia dengan kadar segera kerana audit akan diadakan pada masa yang terdekat. Kegagalan
menyiapkan folder ini boleh menjejaskan markah keberhasilan PBPPP.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
4.3.2 Pengerusi menegaskan bahawa semua Ketua Panitia dan Penyelaras hendaklah memastikan
minit mesyuarat panitia dibuat berdasarkan agenda yang telah ditetapkan dan diselaraskan
kerana pemantau meneliti setiap agenda pada surat panggilan mesyuarat panitia sama ada ada
dibincangkan atau tidak. Pengerusi meminta semua Ketua Panitia dan Penyelaras menghantar
minit mesyuarat panitia bilangan 3 sebelum 20 Julai 2019.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
4.3.3 Pengerusi meminta semua ahli panitia yang belum menyerahkan jadual waktu terkini dan
maklumat guru hendaklah segera menyerahkannya kepada Ketua Panitia untuk dimasukkan ke
dalam folder panitia.
Tindakan : Makluman
4.4 Program Kecemerlangan Akademik
Pengerusi memaklumkan program Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2019. Semua guru diingatkan
terlibat bersama-sama bagi memantapkan pencapaian SPM dan PT3.
4.4.1 Program Teropong/ Diskusi dan Solusi Siri 2
Pengerusi memaklumkan bahawa Progam Teropong Siri 2 akan dijalankan. Semua guru
hendaklah membincang dan menyemak modul tersebut dan menyerahkannya kepada
Setiausaha Kecemerlangan sebelum 20 Julai 2019.
4
Tindakan: Setiausaha Kecemerlangan, Ketua Panitia, Guru Mata
Pelajaran dan Guru Tingkatan
4.4.2 Perkampungan Ilmu Siri 2
Pengerusi memaklumkan bahawa Perkampungan Ilmu Siri II akan diadakan pada 13 dan 27
Julai 2019 ini. Semua guru diminta untuk mempromosikan program ini kepada pelajar supaya
hadir ke sekolah dan memberi markah SSDM: Amalan Baik kepada pelajar yang hadir.
Tindakan: Makluman
4.4.3 Majlis Penghargaan Akademik
Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Penghargaan Akademik akan diadakan pada 15 Julai
2018 di tapak perhimpunan bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar tingkatan 3, 4
dan 5 yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 dalam setiap kelas.
Tindakan: Setiausaha Peperiksaan dan Setiausaha SAPS
4.4.4 Hari Bertemu Pelanggan
Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan Arus Perdana akan diadakan pada
28 Jun 2019 iaitu hari Jumaat. Sesi pagi akan diadakan di kelas masing-masing pada pukul
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari manakala sesi petang diadakan di Dewan Putera pada pukul
2.30 hingga 6.00 petang.
Tindakan: Makluman
4.4.5 Destinasi Jun dan Julai
Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menyelesaikan sukatan mengikut perancangan.
Sekiranya belum selesai, guru hendaklah mengadakan kelas tambahan.
Tindakan : Semua Guru
4.4.6 Gerak Kilat
Pengerusi memaklumkan bahawa Gerak Kilat akan diadakan pada minggu ke 24 untuk pelajar
tingkatan 3 dan 5. Semua Ketua Panitia dan Penyelaras hendaklah menyediakan soalan dan
skema mengikut format PT3 dan SPM sebenar.
Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras
4.5 Buku Latihan Kerja Murid (BLKM)
Pengerusi memaklumkan bahawa semakan buku fasa 2 ialah pada bulan Julai dan Ogos tahun 2019.
Semua guru boleh mula menghantar buku latihan kepada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP) masing-masing. Pengerusi juga mengingatkan semua guru supaya sentiasa
menyemak latihan murid untuk memastikan pelajar benar-benar menyiapkan latihan yang diberi dan
guru tidak syok sendiri mengajar tetapi pelajar tidak belajar apa-apa jika latihannya tidak disemak
dengan teliti.
Tindakan : Semua Guru
5
4.6 Rekod Pencapaian 100% Sukatan
Pengerusi mengingatkan semua guru supaya sentiasa mengamalkan integriti dan amanah pada setiap
masa dengan menghabiskan sukatan pelajaran berdasarkan Rekod Pencapaian 100% Sukatan yang
telah disusun oleh Ketua Panitia masing-masing. Ini penting supaya guru dapat menghabiskan sukatan
yang diberi seiring dengan guru yang lain seterusnya dapat merancang masa sebaiknya untuk
mengulangkaji semula tajuk yang dipelajari.
Tindakan : Semua Guru
4.7 Program MBMMBI, Dual Language Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme ( H.I.P)
4.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa SMK Tinggi Klang telah mendapat kedudukan Band 4
(Band Terbaik) hasil soal selidik Pengetua, guru, murid dan ibu bapa.
4.7.2 Pengerusi meminta kerjasama semua guru dikekalkan dalam menjayakan perhimpunan hari
Khamis yang dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan papan notis HIP yang
memaparkan komen murid terhadap guru dalam bahasa Inggeris.
4.7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Karnival HIP akan diadakan pada bulan Oktober ini. Semua
guru hendaklah memberi kerjasama dalam karnival ini.
Tindakan : Semua Guru
4.8 Modul HEBAT, KBAT, i- Think dan VLE Frog
Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menghayati dan menambah baik semua modul dan
membincangkannya di dalam panitia masing-masing. Pengerusi juga memaklumkan untuk lima bulan
yang pertama pada tahun ini, VLE Frog hanya mencapai 31% sahaja penggunaan. Pengerusi meminta
semua guru supaya memaksimakan penggunaan VLE Frog.
Tindakan : Semua Guru
4.9 Kajian Tindakan
Pengerusi memaklumkan bahawa setakat ini, terdapat 15 proposal Kajian Tindakan telah diterima dan
dihantar ke PPD Klang. Pengerusi mengingatkan supaya guru berkenaan terus menulis laporan dan
menyiapkannya sebelum 30 September 2019.
Tindakan : Guru berkenaan
4.10 Majlis Graduasi
Pengetua memaklumkan bahawa Majlis Graduasi bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 akan diadakan pada
28 September 2019 di Hotel Premier, Klang. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 100.00
sahaja.
Tindakan : Semua Guru
4.11 Pelan Strategik dan OPPM
Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia dan Penyelaras supaya menghitamkan ruangan bulatan
OPPM dan melengkapkan Jadual 3 (Pelan Operasi) berserta laporan bergambar sebagai eviden.
6
Tindakan : Makluman
4.12 Penerapan Kesedaran Sivik dalam kurikulum
Pengerusi memaklumkan bahawa penerapan kesedaran sivik dalam kurikulum melibatkan lima subjek
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Pemantauan
akan diadakan pada minggu akhir setiap bulan mulai bulan Jun hingga November 2019
Tindakan : Makluman
4.13 Pencerapan dan PAK 21
Pengerusi meminta semua pencerap untuk menyelesaikan pencerapan kali kedua berasaskan PAK 21
yang berteraskan elemen 4K dan 1N iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif dan
aplikasi nilai murni dan etika.
Tindakan : Makluman
4.14 Buku Rekod Mengajar
Pengerusi memaklumkan semua guru supaya menghantar Buku Rekod Mengajar pada setiap minggu.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan guru mendapat surat amaran dan boleh diambil
tindakan tatatertib.
Tindakan : Makluman
4.15 Peperiksaan MUET
Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan MUET (Ujian Lisan) akan dijalankan pada 18 hingga 25
Jun 2019 di Bilik Seminar dan Studio Seni Tingkatan 6 manakala peperiksaan MUET (Ujian Bertulis)
akan diadakan pada 29 Jun 2019 (Sabtu)
Tindakan : Makluman
4.16 PCG dan Anggaran Belanjawan Kurikulum 2019
Pengerusi memaklumkan kepada setiap panitia supaya merancang perbelanjaan masing-masing
secara berhemah dan pembelian terakhir ialah pada 30 September 2019.
Tindakan : Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
Pengerusi mengingatkan semua guru agar memastikan semua murid mempunyai buku NILAM dan
menggalakkan murid membaca 20 buah buku setiap orang.
7
6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil 3/2019.
Urus Setia Mesyuarat :
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
SMK Tinggi Klang
Tarikh : 23 Jun 2019
8