ARNAB YANG
HEBAT
NAMA: NUR INSYIRAH BINTI MOHD RUSLI
ANGKA GILIRAN: 2021192310122
NO. KAD PENGENALAN:031209-03-0692
KUMPULAN: PPISMP H5 AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU (SK)
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA
TAJUK TUGASAN: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: DR. ZANARIAH
HAMID
TARIKH HANTAR: -03 APRIL 022
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS:
Pagi yang tenang disimbahi dengan pancaran cahaya matahari telah tiba musim bunga, arnab betina
melahirkan anak arnab di dalam hutan. Semua burung dan haiwan datang untuk berjumpa dengannya
kerana mereka adalah anak-anak arnab yang sangat comel. Anak-anak arnab diberi nama Mika, Miko
dan Miki.
Setiap hari mereka bermain bersama-sama. Si ibu amat menyayangi anak-anaknya dan tidak pernah
meninggalkan mereka bersendirian. Apabila usia mereka menginjak setahun Si ibu mereka membawa
mereka ke padang rumput yang sangat cantik dan mereka bertemu dengan arnab kecil bernama Faline.
Mereka sangat suka berkawan dengan Faline dan mereka mula bermain dan berkejaran di seluruh
padang rumput bersama-sama.
Tiba-tiba, mereka mendengar jeritan, "Manusia! Manusia! Semua dalam bahaya!!", rupa-rupanya itu
adalah suara pekikan oleh Sang Gajah. Rusa tua yang menjadi pemimpin hutan telah membawa semua
binatang dan burung ke dalam hutan, Si ibu mula mengarahkan mereka bertiga untuk mencari tempat
yang selamat daripada diburu oleh manusia.
“Sekarang kita semua akan berlindung disini dahulu kerana ia agak jauh daripada ancaman manusia
namun tidak mustahil untuk manusia datang kembali ke hutan ini dalam masa terdekat.”, kata Rusa
tua itu.
Mika mula memahami bahawa manusia adalah musuh utama mereka. Semusim telah berlalu, kini
tibanya musim sejuk. Pada musim ini, hutan yang mereka diami telah kekurangan makanan kerana
telah ditutupi oleh salji. Akhirnya, rusa tua telah memberi kata putus bahawa mereka akan keluar
daripada kawasan tersebut untuk ke hutan sebelah kerana disana salji belum menebal. “Wahai
semua penghuni hutan, hari ini kita akan keluar daripada kawasan ini disebabkan bekalan makanan
kita tidak mencukupi dan untuk kita mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan jadi marilah kita
semua keluar.”
Mereka menuju ke hutan sebelah untuk mencari makanan dan mereka perlu bersedia untuk
membawa bekal dalam perjalanan mencari tempat perlindungan yang selamat.
Tiba-tiba tanpa mereka sedari “Bang!” “Bang!” “Bang!” bunyi beberapa das tembakan memenuhi
kawasan sekitar mereka. Semua haiwan telah melarikan diri masing-masing tanpa mempedulikan
satu sama lain kerana mereka sedar itu merupakan pemburu yang akan membunuh dan menangkap
mereka. "Cepat! Lari ke belukar." kata ibu mereka.
Miko berlari dengan pantas dan berpaling ke belakang untuk membantu ibu mereka yang tercedera disebabkan
ingin menyelamatkan rusa tua itu namun Mika dengan pantas menghalang Miko daripada menyelamatkan
ibunya kerana dia masih mengingati janji yang dibuat kepada ibunya bahawa dia akan melindungi adik-adiknya
dan akan patuh terhadap suruhan ibunya walau apa pun yang berlaku.
Jelas terimbau diingatan tempoh hari dia bersama-sama Miki bermain di hutan dan hampir saja kehilangan Miki
yang secara tidak sengaja telah melalui kawasan jerat untuk binatang seperti mereka. Situasi telur dihujung
tanduk itu berjaya diselamatkan oleh ibu mereka dan ibu arnab berleter kerana tidak mendengar nasihat supaya
tidak pergi di luar kawasan mereka namun disebabkan oleh kedegilannya telah menyebabkan dia dimarahi oleh
ibunya. “Kamu keluar la lagi esok biar hilang semua adik-adik kamu, mudah ibu tidak perlu bersusah payah
untuk mencari makanan untuk kalian!”
Malang tidak berbau itulah pepatah yang sesuai digunakan kerana ibu mereka telah menjadi mangsa senjata
lelaki itu. Apabila Miki sampai di belukar, dia berpaling melihat ibunya. Tetapi ibunya tiada di belakangnya
hanya abang-abangnya sahaja kelihatan berlari dengan pantas. "Ibu!" “Ibu!” Dia memanggil. Rusa tua muncul di
sisinya dan berkata, "Ibu kamu tiada lagi bersama kamu." Sekarang mereka ditinggalkan sendirian dan mula
hidup bersendirian kerana rusa tua telah mati.
Masa berputar begitu pantas, ketiga-tiga ekor arnab, Mika, Miko dan Miki telah berhijrah bersama-sama
ke sebuah padang rumput berdekatan dengan tebing. Mika merupakan arnab yang paling besar dan
abang yang sulung. Dia adalah arnab yang paling besar dalam ketiga-tiga ekor arnab itu, kuat dan
mempunyai gigi yang tajam serta bulu yang lebat. Miko arnab yang besar adalah anak arnab yang
kedua. Dia mempunyai bulu yang cantik. Miki arnab yang kecil adalah anak arnab bongsu. Dia adalah
seekor arnab yang putih dan comel.
Sejak belakangan ini tumbuh-tumbuhan di tempat tinggal mereka menunjukkan tanda tumbuhan
tersebut tidak boleh dimakan disebabkan berlakunya pembuangan sisa toksik yang telah diserap oleh
akar-akar pokok. Jauh nun disana Miki, arnab yang paling kecil ternampak sebuah hutan yang
mempunyai air sungai yang mengalir nampak begitu menyegarkan menyebabkan dia membuat
keputusan untuk ke sana dengan kadar segera. "Saya mahu makan karot yang besar di kebun itu."
Kata arnab yang besar, "Saya juga, padang rumput di kawasan kita ini telah bertukar kekuning-
kuningan dan tidak mempunyai makanan yang lazat lagi." Mika yang paling besar berkata, "Buah beri di
sana kelihatan sangat sedap." Disebabkan arnab yang kecil itu begitu lapar lalu dia membuat keputusan
untuk menyeberangi sungai dan makan karot itu. Dia berkata kepada abang-abangnya, "Saya akan pergi
untuk dapatkan karot yang disebelah sungai itu."
Arnab yang paling besar memberi amaran kepadanya bahawa, "Hanya ada satu cara untuk
menyeberangi sungai itu adalah berjalan di atas jambatan kayu yang lama. Di bawah
jambatan itu terdapat satu makhluk raksasa yang sangat garang dan suka makan arnab
seperti kita!”
Miko, arnab yang besar juga memberi amaran, "Awak perlu pergi sebelum raksasa terjaga.
Cepat!" Arnab yang kecil tidak takut dan telah memutuskan untuk menyeberangi jambatan.
"Trip, trap, trip, trap" berjalan Miki, arnab yang kecil sehingga dia berada di atas jambatan.
Tiba-tiba, raksasa muncul ke atas dan bertanya dengan suara yang kasar "Siapa yang
berjalan di atas jambatan saya?" Miki berkata, "la hanya saya. Saya arnab yang kecil."
raksasa itu meradang, "Daging kau harus diberi. Biar aku menangkap kau dan menikmati
kau.”
“Tolong jangan makan saya," merayu arnab yang kecil. "Saya kecil dan kurus. Saya
mempunyai seorang saudara yang bernama arnab yang besar. Dia lebih besar dan gemuk
daripada saya. Mengapa tidak anda tunggu sehingga dia melintasi jambatan ini." Raksasa itu
berfikir untuk seketika dan berkata, "Baiklah, kau boleh pergi sekarang." Arnab yang kecil
melompat dengan gembira dan cepat menyeberangi jambatan tersebut.
"Tolong jangan makan saya," merayu arnab yang besar. “Saya mempunyai seorang
saudara yang bernama Mika yang merupakan arnab yang paling besar. Dia lebih besar
dan gemuk daripada saya. Mengapa tidak anda tunggu sehingga dia melintasi jambatan."
Raksasa itu berfikir untuk seketika dan berkata, "Baiklah, kau boleh pergi sekarang."
Arnab yang besar melompat dengan gembira dan cepat menyeberangi jambatan". Arnab
yang besar menyeberangi jambatan dan melangkah keluar ke padang rumput untuk
mencari makanan yang segar. Kedua-dua arnab yang besar dan kecil gembira setiap hari.
Mika, arnab yang paling besar melihat bahawa arnab yang besar boleh menyeberangi jambatan dengan selamat, maka
dia berfikir untuk mengikut langkah kedua-dua saudaranya. Mika, arnab yang paling besar berjalan "Trip, trap, trip,
trap" sehingga dia berada di atas jambatan. Tiba-tiba, raksasa melompat di hadapannya dan meradang dengan
kemarahan, "Siapa yang berjalan di jambatan saya?"
Mika berkata, "lanya saya. Sayalah arnab yang paling besar." Raksasa berkata dengan keras, "Oh! arnab yang paling
besar. biarlah saya makan kau. Ha Ha Ha!" Arnab paling besar tidak takut kepada raksasa. Dia mengejek, "Raksasa yang
hodoh, saya tidak takut kepada kamu."
Raksasa itu terus berdiri di jambatan dan melompat ke arah Mika. Arnab yang paling besar menundukkan kepala.
Kemudian dia melawan raksasa dengan tenaga yang kuat. Lalu, raksasa jatuh ke dalam sungai dan lemas. Kemudian,
Mika, arnab yang paling besar selamat menyeberangi jambatan untuk menyertai kedua-dua saudaranya. Dia makan
buah beri yang sedap manakala arnab yang besar dapat memakan rumput yang segar dan arnab yang kecil dapat karot
yang segar. Sejak hari itu, mereka bertiga hidup bahagia bersama-sama di padang rumput yang baru.
TAMAT