The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliana kimin, 2021-11-01 05:23:38

E Folio Menghurai konsep moral nilai etika dan integriti dalam konteks kehidupan

MPU 13022 pendidikan moral

v

NAMA : ALEXANDER IMMANUEL CHIN QIN
NO. PENDAFTARAN : S05SAT20F508
NAMA SUBJEK : PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH SUBJEK : MISS MEL

PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Dewan (2007), BULI bermaksud perbuatan mendera,
mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana
yang baru atau membuli untuk mempermainkan orang, biasanya orang yang
lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan dan
sebagainya. Buli bersangkut-paut dengan kesantunan kerana buli merupakan
kegiatan negatif yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada orang
yang dibuli sedangkan kesantunan mempunyai konsep melaksanakan sesuatu
tanpa menyebabkan pihak lain terasa hati.

Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah

Walaupun pelbagai peringatan dan nasihat, isu membuli di kalangan murid semakin
menjadi malah semakin meresahkan banyak pihak. Menurut kajian ada 4 jenis buli
1) buli fizikal, 2) buli verbal, 3) buli mental dan 4) buli siber (Ransohoff, Ransohoff &
Brown, 2006). Melalui kajian-kajian dari dalam dan luar negara, buli fizikal dan buli
verbal yang kerap berlaku di kalangan murid sekolah dan ini tidak terkecuali di
Malaysia.

Bagi tujuan e-folio ini, saya akan menggunakan artikel Semua pihak perlu peka isu
buli, Harian Metro 6 Dec 2019 sebagai contoh untuk rujukan.

https://www.hmetro.com.my/WM/2019/12/524305/semua-pihak-perlu-peka-isu-buli

Konsep Baik, Benar dan Patut yang berkaitan dengan artikel.
Individu yang bermoral seharusnya memegang konsep baik, benar dan patut. Malah,
sesuatu tindakan akan dianggap baik dan benar sekiranya tindakan itu selari dengan
tugas dan tanggungjawab dan salah jika tindakan itu bertentangan dengan konsep
baik dan benar. Untuk penerangan tentang konsep baik, perlu dan patut, artikel
tentang buli akan digunakan sebagai contoh.
Seperti mana dalam kes membuli diartikel tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala
Terengganu telah mengambil tindakan untuk memerintahkan sembilan pihak
termasuk 5 bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud membayar
tuntutan RM 616,634.20 kepada mangsa buli yang ketika kejadian buli berlaku,
berumur 14 tahun. Tindakan diambil atas kejadian buli pada 26 April 2015 kerana
ia menampakkan kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di
bilik asrama ketua pengawas.

Konsep Baik
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakanya. Namun
konsep baik adalah abstrak dan membawa maksud yang berbeza menurut konteks
dan pendekatan yang berbeza.
Baik boleh diertikan dari sudut:1
i. Secara fizikal - alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan
ii. kepuasan diri - kepuasan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan
sebagainya
iii. kelakuan - gerak geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi
persetujuan atau sokongan
iv. Penyakit - dalam proses sembuh
Membuli adalah perbuatan yang tidak baik oleh itu tindakan menghukum adalah
konsep yang baik.
Tindakan menghukum pembuli, boleh dianggap sebagai konsep baik (intrinsik) bagi
mangsa untuk menuntut keadilan dalam bentuk pampasan. Hukuman yang
dijatuhkan adalah konsep yang baik dan benar (ektrinsik) sebagai pengajaran untuk
pembuli dan garis panduan

1 konsep asas moral, academia.edu lenovo black

Konsep Benar
Menurut Kamus Dewan (1989) : Betul, tidak salah,tepat dan mengandungi ciri
penjelasan nilai, fakta, sebab dan bukti yang sah dan diterima oleh majoriti.
Perkataan benar boleh dilihat dari segi :2
i. kebenaran mutlak - kepada Tuhan
ii. kebenaran saintifik - kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau
maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik
iii. kebenaran secara relatif - pada sesuatu situasi tertentu yang wujud secara relatif
dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat
Konsep benar di sini adalah kebenaran yang mutlak, iaitu tidak boleh dibahaskan
atau dikaitkan dengan perkembangan sains atau amalan-amalan sosial pada
bila-bila masa. Sikap membuli yang menyebabkan kecedaraan secara fizikal atau
gangguan emosi telah menlanggar tatasusila dan hak asasi mangsa buli.

Konsep Patut
Kamus Dewan (1989) : Baik, layak,sesuai ( melakukan sesuatu), tidak lebih atau
berkurangan.
Moore (1903) menyatakan patut membawa erti yang sama dengan baik kerana
mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana. Konsep patut
menggunakan penilaian intrinsik yang perlu:

➔ memberi pertimbangan terhadap satu standard yang boleh diterima manusia
➔ memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud
➔ memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat yang sama atau sifat-sifat

yang sama
➔ tidak setuju dengan kelakuan
Oleh itu tindakan plaintiff dan keputusan Mahkamah Tinggi adalah patut.

Keputusan mahkamah untuk menghukum memang baik dan benar tetapi
adakah ia patut?

Patut kerana buli adalah jenayah dan keadilan mesti dituntut.
Tidak Patut kerana pembuli masih ada masa depan yang cerah dan peluang
untuk memperbaikki sikap melalui pusat reformasi.

2 Konsep asas Moral, academia.edu/5066548

Konsep Moral

Moral berasal dari perkataan Yunani ‘mores’ yang bermaksud tingkah laku yang
sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh yang demikian, perkataan
moral merangkumi nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan
dan berkait rapat dengan peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat mana-mana masyarakat yang
dimaksudkan.3

Apakah kesan atau akibat samada baik dan buruk daripada artikel
berdasarkan konsep moral.

Kesan Baik

1. Mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan adanya portal MyHealth

2. Pendedahan kes buli melalui media sosial mendapat tindakan yang cepat dan
responsif dari semua pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia yang
bersetuju untuk menyerahkan kes buli kepada polis.

3. Tindakan menjatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi berkait rapat dengan
undang-undang dan sikap belas kasihan terhadap mangsa buli.

Kesan Buruk

1. Merosakkan imej sekolah berasrama penuh berkenaan dimana warden, para
guru dan badan pengawas telah melanggar amanah/amanat yang diserahkan
oleh ibu-bapa semasa di sekolah.

2. Menjatuhkan kredibilitas guru yang gagal untuk mengesan dan memantau
gejala buli di kalangan murid

3. Merosakkan kepercayaan murid-guru dan pengawas-murid
4. Masa depan pembuli yang agak ‘gelap’ apabila nama disenarai hitam

KESIMPULAN

Pihak Kerajaan Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah seharusnya menitik berat
isu kes-kes buli ini dalam pelajaran tertentu yang mana boleh dimasukkan kedalam
buku pelajaran. Contohnya, dalam buku Pendidikan Moral, buku Pendidikan Islam
serta Pendidikan Sivik dan sebagainya.

Untuk mengelakkan kes-kes buli,ia juga dapat dielakkan jika mendapat didikan yang
awal dari ibu bapa. Contohnya , jika rumah tangga tersebut mengajarkan anak

3 Konsep asas moral, academia.edu

mereka dari kecil tentang hormat menghormati sudah pasti anak mereka dapat
menanamkan rasa nilai murni kedalam diri mereka kerana selalunya pembuli tiada
mempunyai disiliplin serta kasih sayang yang mencukupi dari ibu bapa mereka yang
mana akan mengakibatkan anak mereka merasakan kekurangan dalam diri mereka.

Pelajar juga harus bijak memilih kawan yang baik agar tidak bergaul dan tidak
mudah terpengaruh dengan perilaku yang tidak baik. Bak kata pepatah “Berbuat
baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.” Pelajar juga harus mempunyai
didikan agama yang kuat.

Kerajaan juga boleh memperketatkan peraturan dan undang-undang yang kuat yang
mana jika terdapat mana mana individu yang terlibat dalam kes-kes membuli mereka
bukan sahaja harus diberi hukuman yang setimpal manakala seharusnya diberikan
kaunseling yang secukupnya oleh para guru yang khas ataupun ahli-ahli agama.

PENUTUP

Konklusinya, terdapat banyak sebab yang boleh meyumbang kepada seseorang
anak ke dalam gejala buli dan kita juga seharusnya kenal pasti beberapa langkah
yang wajar dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala tersebut. Sebaiknya perkara
sebegini diambil dengan berat agar mangsa buli tidak akan merasakan diri mereka
terpencil serta gejala buli ini tidak berleluasa dan merosakkan keharmonian
masyarakat kita. Seperti peribahasa Melayu meluntur buluh biarlah dari rebungnya
yang bermaksud kita hendaklah mendidik anak-anak adat dan budaya yang baik
agar tidak merosakkan akhlak dan tatasusila generasi pada masa hadapan.
Seharusnya, masyarakat harus ambil peduli dan peka dengan isu buli di kalangan
murid sekolah. Prinsip ke-5 Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan harus
ditekankan agar imej negara kita tidak tercemar di mata luar negara .
Selain itu, pemahaman konsep moral akan mempengaruhi segala tindakan setiap
individu.

SUMBER

1. https://baganindah.blogspot.com/2012/06/punca-punca-dan-langkah-la
ngkah.html

2. https://stpm-study.blogspot.com/2016/07/langkah-menangani-gejala-bu
li.html

3. https://www.hmetro.com.my/WM/2019/12/524305/semua-pihak-perlu-p
eka-isu-buli

4. Kamus Dewan
5. https://www.academia.edu/5066548/TAJUK_1_Konsep_Asas_Moral


Click to View FlipBook Version