The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haikellred, 2023-10-15 06:23:05

Black Doodle Group Project Presentation_20231015_170141_0000

aslm

Geobencana Fenomena 1 KUALITI - NUR AREEFA DALILA - NURUL AIDA HASYIEZAL - - ATHIRAH ADRIANA - ALEESYA KAMILA -


1. Penghargaan 2. Objektif tugasan 3. Pengenalan 4. Fenomena geobencana 5. Kesan geobencana 6. Kesimpulan 7. Rujukan 8. Lampiran 123 4 - 25 26272829 muka Isi kandungan surat


Penghargaan Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sains kami,Puan Yuslennywati binti Che Yaakob di atas tunjuk ajar tanpa putus asa kepada kami untuk menyiapkan projek ini.Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi dorongan dan galakan demi memastikan projek dapat dijalankan dengan sempurna.Seterusnya,terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Athirah,Aleesya,Areefa dan Aida kerana telah bersama-sama menyumbangkan idea,memberi maklumat,menghasilkan projek dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses projek ini berlangsung. 1


i Menyatakan definisi geobencana dan contoh-contoh bencana ii Menyediakan gambar berkaitan geobencana iii Menerangkan punca kejadian geobencana iv Menyatakan langkah dan alat untuk menghadapi geobencana v Menyatakan kesan-kesan geobencana terhadap kehidupan alam sekitar Objektif tugasan: 2


Pengenalan Geobencana bermaksud kejadian atau proses geologi semula jadi bersifat endogen yang dapat menyebabkan kemudaratan dan bahaya kepada manusia,haiwan,harta benda serta alam sekitar. Contoh kejadian geobencana termasuklah gempa bumi, tsunami, tanah runtuh,tanah jerlus,hujan asid,volkanisme,pemanasan global dan lubang benam. 3


Hujan Asid Hujan yang turun mengandungi tahap keasidan yang tinggi kerana kelarutan gas berasid di dalamnya seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. 4


Cara - Cara Hujan Asid Tebentuk Hujan asid berlaku apabila hujan udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk,terutamanya di kawasan perindustrian. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum di stesen jana kuasa dan ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta sulfur dioksida dan nitrogen dioksida ke atmosfera. Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida terbebas ke atmosfera ini akan bertindak balas dengan oksigen dan wap air dalam udara untuk membentuk asid,iaitu asid sulfurik dan asid nitrik. Asid-asid ini larut di dalam air hujan dan turun ke bumi dalam bentuk hujan asid. 5


Langkah - langkah bagi mengurangkan hujan asid Penguatkuasaan undang - undang Hadkan pelepasan asap Mengawal aktiviti manusia Pemasangan pengubah bermangkin Pulihkan tasik dan sungai 6


Pemanasan Global Peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca. 7


Cara-cara Pemanasan Global Terbentuk Pemanasan global berlaku disebabkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan ozon. Kesan rumah hijau merujuk kepada peningkatan suhu atmosfera akibat peningkatan kuantiti karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau lain seperti metana dan nitrus oksida yang memerangkap haba dan udara. Peningkatan gas-gas ini akan menyebabkan lebih banyak haba terperangkap di permukaan bumi dan menyebabkan suhu atmosfera meningkat. Karbon dioksida yang terbebas ke atmosfera setiap tahun melalui pembakaran bahan api fosil telah meningkatkan suhu seluruh dunia melalui kesan rumah hijau. Penggunaan klorofluorokarbon(CFC) juga meningkatkan suhu atmosfera kerana klorofluoron ini bukan sahaja boleh menterap haba tetapi boleh juga menyebabkan penipisan lapisan ozon. 8


Langkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan global Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui Pembangunan lestari Mengamalkan kitar semula Mendidik tentang kesan pemanasan global Menanam pokok dengan lebih banyak Penguatkuasaan undang-undang 9


Tanah Jerlus Lapisan berpasir yang tidak stabil,di mana pasir ditahan dalam keadaan ampaian dan dapat mengalir di bawah pengaruh tekanan hidrostatik.Penenggelaman secara perlahan atau mendadak permukaan bumi kerana kehilangan air bawah tanah atau perlombongan. 10


Cara-cara Tanah Jerlus Terbentuk Tanah jerlus berlaku apabila air di bawah tanah mengalir ke atas dan membasahi kawasan dengan keadaan tanahnya agar longgar sehingga tanah tersebut bergerak-gerak. Tanah jerlus biasanya terjadi di sekitar tasik,kawasan paya atau persisiran pantai. Apabila pemangsa terpijak tanah jerlus,kakinya akan terbenam dan disedut ke dalam pasir jelus dan gagal menyelamatkan diri. 11


Lubang Benam Lubang besar disebabkan keruntuhan lapisan permukaan bumi ke dalam rongga kosong di bawahnya.Biasanya berlaku di kawasan batu kapur. 12


Cara-cara Lubang Benam Terbentuk Kebanyakan lubang benam semula jadi mengambil masa berthaun-tahun untuk terbentuk dan biasanya terbentuk pada kawasan yang didasari batu kapur. Kejadian kemarau,hujan lebat dan aktiviti manusia seperti mengepam air bawah tanah yang berlebihan dan aktiviti perlombongan telah membawa kepada peningkatan pembentukan lubang benam. Air hujan menterap karbon dioksida di udara dan menjadi asid karbonik.Asid lemah ini akan mengalir ke bahagian permukaan tanah.Apabila asid lemah ini mengalir melalui bahagian batu kapur,asid ini akan bertindak balas dengannya untuk membentuk lubang besar. Lubang semakin bertambah besar dalam tempoh yang agak lama.Apabila lubang bertambah besar sehingga lapisan atas,bahagian pasir dan tanah liat tidak dapat menampung jisim sendiri dan juga beban di atasnya.Maka,permukaan tanah akan runtuh dan membentuk lubang benam 13


Tsunami Tsunami merupakan ombak besar yang bercetus akibat gegaran gempa bumi di dasar laut atau letusan gunung berapi dasar laut. 14


Cara-cara Tsunami Terbentuk Pergerakan antara dua plat di dasar laut secara mengejut menyebabkan terjadinya gangguan pada keseimbangan air laut,lalu terhasilnya gelombang tsunami. Gelombang tsunami yang terhasil akan bergerak merentasi lautan dengan kelajuan yang sangat tinggi,boleh mencapai sehingga 800km sejam di kawasan laut dalam. Apabila gelombang ini menghampiri kawasan laut cetek,ianya menjadi lebih mampat dengan ketinggian gelombang bertambah tetapi had laju semkain berkurangan. Apabila tsunami menghampiri kawasan pantai,ketinggiannya turut bertambah sehingga boleh mencecah puluhan meter dengan keamatan arus yang tinggi. 15


Pelampung tsunami Alat amaran awal tsunami 16


Volkanisme Volkanisme merupakan fenomena letusan magma ke permukaan bumi,planet atau bulan permukaan padat, di mana lava, piroklastik dan gas gunung berapi meletus melalui pemecahan di permukaan yang disebut ventilasi. 17


Cara-cara Volkanisme Terbentuk Volkanisme merupakan kegiatan gunung berapi yang terjadi kerana aktiviti keluarnya magma sampai ke permukaan bumi.Proses ini disebut letusan gunung berapi. Jika dilihat berdasarkan strukturnya,gunung berapi terdiri atas magma,kawah utama,kawah sebelah,kon parasit dan aliran magma. Proses terjadinya volkanisme dipengaruhi oleh aktiviti magma yang menyusup ke litosfera. Apabila penyusupan magma hanya sebatas kulit bumi bahagian dalam dinamakan pencerobohan magma manakala magma sampai keluar ke permukaan bumi disebut penyemparitan magma. 18


Seismometer Alat amaran awal volkanisme 19


Gempa Bumi Gempa bumi merupakan pergerakan mengejut permukaaan bumi disebabkan oleh pergerakan batuan di sepanjang garis sesar atau di atas persempadanan plat tektonik. 20


Cara-cara Gempa Bumi Terbentuk Gempa bumi terjadi apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat.Proses tersebut akan menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat. Kejadian gempa bumi di dasar laut berpotensi mengakibatkan tsunami. 21


Sensor gempa Alat amaran awal gempa bumi 22


Tanah Runtuh Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah,seperti batuan jatuh,kegagalan cerun dan aliran sampah cetek . 23


Cara-cara Tanah Runtuh Terbentuk Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta beralih ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah juga bertindak menjadikan cerun tidak stabil. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempa bumi dan gunung berapi. 24


Langkah-langkah mengatasi tanah runtuh Memastikan pembangunan terancang dilaksanakan Membina sistem perparitan yang efisien Menguatkuasakan undang-undang Menyelenggara parit dan jalan raya Menanam semula pokok-pokok Menyelia syarikat pemaju dan pembinaan 25


4. Tiada tempat tinggal 3. Kerosakan harta benda 2. Boleh menyebabkan penyakit 1. Boleh menyebabkan kehilangan nyawa Kesan Geobencana 26


Kesimpulannya, geobencana adalah penting untuk kita mengambil tahu kerana geobencana dapat membahayakan orang sekeliling atau masyarakat. Geobencana seperti tsunami,gempa bumi, tanah runtuh dan lain-lain boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Kesimpulan Dengan ini,kami dapat pelajari tentang maksud geobencana, punca ia berlaku dan kesannya. Selain itu, kami juga dapat pelajari pelbagai langkah dan alat untuk menghadapi geobencana. Tugasan ini dapat meningkatkan pengetahuan kami semua tentang geobencana. Kami berharap agar semua masyarakat menjaga dan cinta akan alam sekitar. Kita juga haruslah bersimpati dan membantu mangsa-mangsa bencana alam. Diingatkan juga bahawa kita perlu sentiasa bersedia dan berhati-hati jika berlaku sesuatu bencana. 27


1. Buku Teks Sains Tingkatan 1 Rujukan 2. Internet 3. Buku rujukan => Google => Wikipedia => Vengadesh Periasamy,Noraini binti Abdullah dan Fauziah binti Mo'men, Sains Tingkatan 1,karangkraf network sdn bhd 2016 28


Lampiran 1 2 3 29


KASIH TERIMA


Click to View FlipBook Version