The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memahami dan menilai bahan atom, bahan molekul dan bahan ion

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suraini Mdyusof, 2020-05-14 00:30:12

UNSUR DAN BAHAN

Memahami dan menilai bahan atom, bahan molekul dan bahan ion

Keywords: unsur

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
KM 3, JALAN TITI,

71600 KUALA KLAWANG,
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN 1

PROGRAM PENDIDIKAN UMUM

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL SAINS MODUL 7 UNSUR DAN BAHAN

KOMPETENSI MEMAHAMI DAN MENILAI BAHAN ATOM, BAHAN
MOLEKUL DAN BAHAN ION

STANDARD 7.1 Asas Jirim
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF MODUL Di akhir modul ini, pelajar akan dapat menerangkan bahan
atom, bahan molekul dan bahan ion serta contoh-contoh
bahan tersebut serta dapat menjalankan eksperimen bagi
menentukan jenis bahan atom, molekul dan ion

NO. KOD / CODE NO A04101/MO7 Page : 1 of 7
NAMA PELAJAR : KELAS :

TAJUK : ASAS JIRIM

KRITERIA PENCAPAIAN :
Pelajar dapat :

7.1.1 Menerangkan dengan contoh bahan atom, molekul dan bahan ion
7.1,2 Menjalankan eksperimen bagi menentukan jenis bahan atom,bahan molekul dan

bahan ion

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 2 of 7

7.1 ASAS JIRIM

 Semua bahan terdiri daripada jirim
 Jirim terbina daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit
 Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas

Jadua menunjukkan perbezaan antara sifat pepejal, cecair dan gas

Sifat Pepejal Cecair Gas

Bentuk Tetap Ikut bekas Ikut bekas

Isipadu Tetap Tetap Isipadu ikut bekas

Susunan zarah Rapat dan teratur Kurang padat Berjauhan
Pergerakan zarah Bergetar Bergerak bebas Bergerak secara
rawak
Daya tarikan antara Sangat kuat Sederhana Lemah
zarah Rendah
Kandungan tenaga Tinggi Sederhana Tinggi
kinetik
Ketumpatan Sederhana Rendah

Kebolehmampatan Sukar dimampatkan Sukat dimampatkan Mudah
dimampatkan

 Zarah-zarah ini boleh wujud dalam tiga jenis iaitu
(a) atom
(b) molekul
(c) ion

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 3 of 7

7.1.1 BAHAN ATOM , MOLEKUL DAN BAHAN ION
Rajah pengelasan bahan kepada bahan atom, bahan molekul dan bahan ion

BAHAN

Bahan atom Bahan atom Bahan ion

 Mengandungi zarah  Mengandungi zarah molekul  Mengandungi zarah ion.
atom.  Zarah ion terdiri daripada
 Molekul ialah satu kumpulan
 Semua logam adalah atom yang mengandungi dua ion positif dan ion negatif.
bahan atom. atau lebih atom  Ion positif terbentuk

 Contoh: Kuprum, Besi  Molekul mungkin terdiri daripada atom logam.
daripada satu atau lebih jenis  Ion negatif terbentuk
Susunan atom dalam atom berlainan atau atom
kuprum yang sama daripada atom bukan
logam.
 Boleh wujud dalam keadaan  Wujud dalam keaaan
pepejal. cecair dan gas pepejal pada suhu bilik
 Contoh: Natrium klorida

 Bahan yang  Bahan yang + +++ +
molekulnya terdiri molekulnya terdiri - --- -
daripada gabungan daripada dua atau + +++ +
dua atau lebih jenis lebih jenis atom.yang
atom dikenali sebgai berbeza dikenali + ion positif
unsur molekul sebagai sebatian - ion negatif
molekul
 Contoh: Hidrogen, Susunan atom dalam
Oksigen, nitrogen  Contoh: air, karbon natrium klorida
dioksida,ammonia
satu molekul hidrogen
CC
HH
Satu molekul karbon
dioksida

Satu molekul air

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 4 of 7

Jadual menunjukkan sifat bahan atom, bahan molekul, dan bahan ion.

- -

ASPEK BAHAN ATOM BAHAN MOLEKUL BAHAN ION

Keadaan  Pepejal (untuk Pepejal, cecair atau gas Pepejal
pada suhu semua logam
bilik kecuali merkuri)

 Gas (untuk
semua gas
nadir)

Susunan Atom disusun dengan Pepejal – Molekul disusun Ionnya disusun dengan
zarah teratur, padat dan dengan teratur dan rapat. rapat dan teratur dalam
rapat Cecair: Molekul disusun satu struktur raksaksa.
Gerakan dengan longgar dan tidak Ion negatif dan positif
Bergetar pada teratur disusun secara berselang-
Daya tarikan kedudukan tetap Gas: Molekul tidak disusun seli
antara zarah dengan teratur dan terpisah
Atom diikat bersama jauh antara satu sama lain Bergetar pada kedudukan
Takat lebur oleh daya tarikan yang Pepejal – bergetar pada tetap
dan takat sangat kuat. kedudukan tetap
didih Daya tarikan antara Cecair – bergelongsor dan Ion diikat bersama oleh
logam dipanggil ikatan bergolek di atas satu sama daya tarikan elektrostatik
logam lain yang kuat.
Tinggi Gas – bergerak sangat cepat Daya tarikan elektrostatik
Contoh: kromium dan secara rawak antara ion dipanggil ikatan
Takat lebur: 19000C Molekul diikat bersama oleh ionik.
Takat didih: 24800C daya tarikan yang lemah. Tinggi
Daya tarikan antara molekul Contoh: Kalsium florida
dipanggil daya tarikan Van Takat lebur: 14180C
der Waals Takat didih: 25000C

Rendah
Contoh: naftalena
Takat lebur: 800C
Takat didih: 2180C

Kekonduksian Mengalirkan elektrik Tidak mengalirkan elektrik Mengalirkan elektrik dalam
keadaan leburan dan
elektrik dalam keadaan pepejal larutan berair

dan leburan

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 5 of 7

1. Berdasarkan jadual di atas, sifat kekonduksian elektrik dapat digunakan untuk
membezakan antara bahan atom, bahan molekul dan bahan ion.

2. Bahan atom mempunyai elektron bebas disekelilinginya. Oleh itu, bahan atom boleh
mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal dan leburan.

3. Jadual di bawah menunjukkan sifat bahan atom daripada jenis bahan yang berbeza

Jenis bahan atom Logan Bukan logam Gas nadir

Contoh Kuprum, Karbon, fosforus Helium, neon,
argon
ferum,natrium,emas

Keadaan jirim Pepejal kecuali Pepejal dan gas Gas
merkuri dalam
keadaan cecair

Takat lebur dan Tinggi sederhana rendah
takat didih

Kekonduksian Konduktor Bukan konduktor Bukan konduktor
Elektrik kecuali
karbon/grafit

4. Bahan molekul tidak dapat mengalirkan elektrik dalam semua keadaan kerana tidak
mempunyai ion atau elektron yang bebas bergerak.

5. Bahan ion pula dalam keadaan pepejal mempunyai ion bercas yang disusun dalam
keadaan tetap dan tidak boleh bergerak bebas. Ini menyebabkan bahan ion pepejal
tidak dapat mengkonduksikan elektrik.

6. Dalam keadaan leburan dan larutan berair, ionnya dapat bergerak bebas dan dapat
mengkonduksikan elektrik.

7. Secara umum, sifat bahan dipengaruhi oleh:

a) jenis zarah
b) susunan zarah
c) kekuatan daya tarikan antara zarah

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 6 of 7

LATIHAN

1. Rajah 1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk dalam aktiviti untuk mengkaji
kekonduksian arus elektrik bagi bahan yang wujud dalam bentuk atom, molekul dan ion.
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen.

Bahan Pemerhatian (mentol menyala)

X Serbuk pepejal Leburan
Y
Z Tidak Ya

Tidak Tidak

Ya Ya

Rajah 1 Jadual 1
(a) Nyatakan

i. pembolehubah dimanipulasikan: ____________________________

ii. pemboleh ubah bergerak balas: _____________________________

(b) Apakah jenis zarah yang terkandung di dalam

i. Bahan X? ___________ ii. Bahan Y? ____________
iii. Bahan Z? _____________

2.

Bahan A Bahan B Bahan C

Antara bahan di atas, yang manakah terbentuk daripada
a) Atom : ____________
b) Molekul: __________
c) Ion: ______________

3. Kenalpasti jenis zarah yang terkandung di dalam bahan yang berikut:

a) Bromin : __________________
b) Hidrogen oksida : ________________
c) Kalsium bromida: ________________

NO. KOD / CODE NO A04101/MO6 Page : 7 of 7

4. Sifat-sifat fizik bagi bahan X, Y dan Z ditunjukkan seperti di bawah.

Bahan X Y Z
Takat lebur Tinggi Tinggi Rendah
Kekonduksian arus elektrik Boleh Hanya dalam keadaan Tidak boleh
leburan atau larutan

a) Antara bahan di atas, yang manakah wujud dalam bentuk
i. Atom? _________________
ii. Molekul? _________________
iii. Ion? __________________

b) Mengapa bahan Z mempunyai takat lebur yang rendah?

________________________________________________________________________

c) Terangkan mengapa Y tidak dapat mengkonduksikan elektrik dalam keadaan
pepejal?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

d) Berikan satu contoh bahan Y.

________________________________________________________________________

e) Terangkan mengapa bahan Y boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan
leburan atau cecair ?


Click to View FlipBook Version