The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sermy77, 2021-04-09 03:25:37

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH


































TARIKH MASA

APRIL 9:30 PAGI
10
2021



TEMPAT
 Dewan Seri Teja Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
 Kediaman masing-masing


KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
SESI 2020/2021




Salam Sejahtera
Salam Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik , Negara Cemerlang
Salam KTETF Tekun Fokus dan Cemerlang

Saya berterima kasih kepada pihak KTETF kerana telah memberi peluang kepada saya
dalam menyampaikan kata alu-aluan dalam Buku Program ini. Walaupun kita
berhadapan dengan cabaran yang paling besar iaitu Pandemik Covid 19, namun kita
masih mampu meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-51 dalam bentuk norma
baru iaitu Aplikasi Google Meets. Hal ini telah cukup membuktikan bahawa pihak kolej
sangat komited dalam menjalinkan hubungan kerjasama antara guru dan ibu bapa
demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam segenap aspek tidak kira dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Bagi pihak PIBG sekolah, saya rasa amat bersyukur dan berbangga dengan
synergi ahli jawatankuasa dan guru-guru dalam menjayakan program seumpama ini
demi kepentingan bersama. Kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan mengalami
banyak perubahan dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik
pada masa kini. Walau apa jua cabaran yang kita alami pendidikan sepanjang hayat
akan tetap diteruskan demi melahirkan warga KTETF yang cemerlang dari segi ilmu,
kemahiran, sahsiah dan personaliti yang berkualiti sebagai pewaris pemimpin pada
masa hadapan. Hasrat ini tidak akan tercapai jika hanya satu pihak sahaja iaitu pihak
kolej saja yang berperanan sebaliknya memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak
sama ada dari Top to Bottom atau daripada Bottom To Top. Oleh itu saya mengambil
kesempatan ini menyeru komuniti ibu bapa agar sama-sama menggembleng tenaga
tidak kira dari segi bantuan fizikal, bantuan kewangan, sokongan moral dan sebagainya
untuk mencapai kecemerlangan pelajar-pelajar dari segi akademik dan kokurikulum.

Apa yang kita lihat pada hari ini walau keadaan kolej amat terhad sebelum
ini dan seakan dhaif namun pihak pengurusan dan warga pendidik KTETF terutamanya
bersama PIBG telah berkolabrasi dalam menambah baik infrastruktur dan prasarana
kolej, menceriakan kawasan sekolah, menaik taraf ruang yang tidak digunakan supaya
menjadi ruang yang lebih bermanfaat. Hal ini telah melahirkan satu persekitaran yang


kondusif dan selamat untuk melestarikan PdPc dan aktiviti kokurikulum. Saya amat
percaya dan berasa yakin dengan barisan pentadbir dan warga pendidk yang sanggup
bekerja keras mengorbankan masa dan tenaga demi kecemerlangan kolej.

Di pihak PIBG kami akan sentiasa memastikan segala program yang
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat menambah lagi
kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Akhir kata semoga anak-anak didik KTETF terus
menerajui kecemerlangan dan mengharumkan nama kolej.

Sekian, terima kasih.
MAK CHEE KIN
YDP PIBG
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
Melaka


KATA ALU-ALUAN
PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH





Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
Salam Sejahtera

Salam Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam KTETF Tekun Fokus Cemerlang

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan izin-Nya, mudah-mudahan kita
dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKDD bagi kali ke- 51 pada
tahun ini. Saya juga amat berbesar hati jika ramai ibu bapa dapat hadir ke mesyuarat
ini. Mesyuarat kali ini akan dijalankan secara normal baharu iaitu secara HIBRID. Ini
bermaksud guru-guru akan berada di sekolah dan bermesyuarat secara bersemuka
sementara ibu bapa pula berada di rumah dan bermesyuarat secara atas talian

dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Model pelaksanaan mesyuarat
seumpama ini diambil adalah bersesuaian dengan ketetapan dalam Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 serta mematuhi
SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Saya amat berharap agar perjumpaan dalam medium Mesyuarat Agung PIBG
ini akan mewujudkan kesepakatan yang kukuh antara guru-guru dan ibu bapa.
Kesepakatan ini amat perlu dalam usaha menghasilkan pelajar KTETF yang cemerlang
dari segi akademik serta sahsiah diri. Oleh itu, sumbangan ibu bapa dari segi material,
idea-idea yang bernas dan sokongan moral sangat diperlukan untuk menjayakan
semua aktiviti baik untuk pembangunan pendidikan mahupun untuk pembangunan
prasarana di KTETF.

Akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 serta semua
ibu bapa yang telah memberi sokongan dari segi tenaga mahupun buah fikiran dalam
memajukan KTETF. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada


semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung kali ini khasnya guru-
guru KTETF yang telah bekerja menyediakan segala keperluan dan peralatan bagi
mesyuarat ini. Semoga mesyuarat ini akan berjalan lancar dan dapat menghasilkan
keputusan yang diharapkan.


Sekian, terima kasih.
#ktetfjenamakerajaanno.1

Saya yang menjalankan amanah,
HAJAH NOR AFZAN BINTI MAT SALLEH
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
7 APRIL 2021.


VISI



"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,


Negara Sejahtera"




MISI



"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang

Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi


Memenuhi Aspirasi Negara"




MOTO



TEKUN, FOKUS, CEMERLANG


ISI KANDUNGAN




Bil Perkara M/S

Surat Jemputan ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali
1 1 - 4
ke-51 Tahun 2021
2 Atur Cara Majlis 5

Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG SMKDD
3 6 - 7
ke-51 Tahun 2021
4 Anugerah - Anugerah Tahun 2020 8 - 13

Analisis keputusan STPM 2019 dan Keputusan STPM 2020
5 14 - 16
(Semester 1 & Semester 2)

6 Ahli Jawatankuasa PIBG SMKDD Sesi 2020/2021 17

7 Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG bagi Sesi 2020/2021 18


8 Agenda Mesyuarat Agung PIBG SMKDD ke-51 Tahun 2021 19

9 Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKDD ke-50 Tahun 2020 20 – 27


10 Laporan PIBG Sepanjang Tahun 2020 28 – 34


11 Laporan Program Sekolah Sepanjang Tahun 2020 35 – 40
Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan PIBG bagi Tahun
12 41 - 43
Berakhir 31 Disember 2020
Usul-Usul Yang Dikemukakan Daripada Ibu bapa bagi
13 44
Mesyuarat Agung PIBG SMKDD Kali ke-51 Tahun 2021
14 Penghargaan 45


PERSATUAN PIBG SMK DURIAN DAUN,
LORONG TUN FATIMAH, 75400 MELAKA.
KOD SEKOLAH : MEB 2103 NO TEL: 06-2831803
E-MAIL: [email protected] NO FAX: 06 292270

“TEKUN FOKUS CEMERLANG”
Rujukan kami : KTETF100-13/1/4(2)

Tarikh : 23 MAC 2021
Kepada:
ibu bapa / Penjaga Pelajar B21
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
75400 Melaka.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 SESI 2021/2022

Adalah dengan hormat dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 Sesi
2021/2022 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 10 APRIL 2021
Masa/Hari : 9:00 pagi (SABTU)
Tempat : DEWAN SERI TEJA KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat
tersebut. Agenda Mesyuarat adalah seperti dilampirkan.

4. Bersama-sama ini dilampirkan juga kertas cadangan usul dan slip kehadiran
tuan/puan untuk dikembalikan kepada Setiausaha PIBG melalui guru
tingkatan selewat-lewatnya pada 25 MAC 2021 (KHAMIS).

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

............................................
(Ee Joo Suang )
Setiausaha PIBG SMKDD Melaka.




1


BORANG KEHADIRAN & PENYATAAN USUL

Kepada,
Setiausaha PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK DURIAN DAUN, Lorong Tun Fatimah,
75400 Melaka.
Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-51
Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….bapa/ibu/
penjaga kepada pelajar bernama...................................................................
dari tingkatan ..............................

* akan hadiri/tidak hadir di majlis tersebut.
* sila GARISKAN mana yang berkenaan.

2.Bersama-sama ini saya ingin menyatakan beberapa usul untuk dibahaskan
dalam Mesyuarat Agung tersebut :-
i)...........................................................................................................................
.................................................................................................................
ii)..........................................................................................................................
.................................................................................................................

iii)..........................................................................................................................
................................................................................................................
*Segala usul hendaklah diserahkan sebelum 25 MAC 2021. Ibu bapa yang
mengemukakan usul WAJIB hadir untuk membolehkan usul dibahaskan.

Sekian, dimaklumkan.
Yang Benar,

....................................................
( )






2


PERSATUAN PIBG SMK DURIAN DAUN,
LORONG TUN FATIMAH, 75400 MELAKA.
KOD SEKOLAH : MEB 2103 NO TEL: 06-2831803
E-MAIL: [email protected] NO FAX: 06 292270

“TEKUN FOKUS CEMERLANG”
Rujukan kami : KTETF100-13/1/4(6)

Tarikh : 7 APRIL 2021
Kepada:
Ibu bapa / Penjaga Pelajar B21
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
75400 Melaka.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMKDD KALI KE-51 SESI 2021/2022
SECARA HIBRID
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 Sesi 2021/2022
secara HIBRID akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 10 APRIL 2021
Masa/Hari : 9.30 pagi (SABTU)
Tempat : Dewan Seri Teja Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
Aplikasi : Google Meet
Kehadiran : 1) Bersemuka (Semua Guru)
2) Atas Talian (Ibu bapa/ Penjaga)
Pautan Aplikasi : Akan dikongsikan 1 jam sebelum sesi bermula di Telegram PIBG
2020/2021,Kumpulan pelajar B21 dan Channel Parents KTETF)

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut
secara Atas Talian (Google Meet). Agenda Mesyuarat adalah seperti dilampirkan.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(EE JOO SUANG )
Setiausaha PIBG SMKDD Melaka.



3


ATUR CARA MAJLIS
Tarikh : 10 APRIL 2021
Hari : SABTU
Masa : 8:30 Pagi
Tempat : - Bersemuka (Semua Guru) di Dewan Seri Teja
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
- Atas Talian (Ibu bapa/ Penjaga “Google Meet” di kediaman
masing-masing)
Masa Atur cara Majlis

8:30 pagi Pendaftaran dan Sarapan Pagi

Berkumpul di Dewan Seri Teja Kolej Tingkatan Enam
9:15 pagi
Tun Fatimah

Majlis bermula
(Bacaan Doa)

Ucapan YDP PIBG
9:30 pagi (ENCIK MAK CHEE KIN)

Ucapan Perasmian Oleh Pengetua Kolej Tingkatan Enam
Tun Fatimah, Melaka
(PUAN HAJAH NOR AFZAN BINTI MAT SALLEH )

Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-51
-Ucapan Pengerusi mesyuarat
-Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahun yang lalu
-Membentang dan menerima Laporan Tahunan
-Membentang dan menerima Penyata kewangan yang
10:00 pagi
berakhir pada 31 Disember 2020
-Meluluskan kutipan sumbangan PIBG tahun 2021
-Membahaskan usul
-Hal-hal lain
-Ucapan Penangguhan

12:00
Majlis dijangka tamat
tengah hari



4


ATUR CARA MAJLIS



Tarikh : 10 APRIL 2021
Hari : SABTU
Masa : 8:30 Pagi
Tempat : - Bersemuka (Semua Guru) di Dewan Seri Teja
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah)
- Atas Talian (Ibu bapa/ Penjaga “Google Meet” di kediaman
masing-masing)

Masa Atur cara Majlis
8:30 pagi Pendaftaran dan Sarapan Pagi

Berkumpul di Dewan Seri Teja Kolej Tingkatan Enam
9:15 pagi
Tun Fatimah
Majlis bermula (Bacaan Doa)

Ucapan YDP PIBG
(ENCIK MAK CHEE KIN)
9:30 pagi
Ucapan Perasmian Oleh Pengetua Kolej Tingkatan Enam
Tun Fatimah, Melaka
(PUAN HAJAH NOR AFZAN BINTI MAT SALLEH )

Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-51
-Ucapan Pengerusi mesyuarat
-Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahun yang lalu
-Membentang dan menerima Laporan Tahunan
-Membentang dan menerima Penyata kewangan yang
10:00 pagi
berakhir pada 31 Disember 2020
-Meluluskan kutipan sumbangan PIBG tahun 2021
-Membahaskan usul
-Hal-hal lain
-Ucapan Penangguhan

12:00
tengah hari Majlis dijangka tamat





5


AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG
PIBG SMKDD KE-51, TAHUN 2021

PENASIHAT PN HJH NOR AFZAN BINTI MAT SALLEH (PENGETUA)

PENGERUSI EN MAK CHEE KIN (YDP)
TIMBALAN PENGERUSI EN DINESH JOHN LOIUS (NYDP)
NAIB PENGERUSI 1 CIK TEE SIEW FONG (GPK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 EN AZMAN BIN HARUN (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 3 EN ARAVINA ASLA BIN YAACOB (GPK KOKU)
SETIAUSAHA PN EE JOO SUANG
BENDAHARI PN YEE MEI HAR
URU SETIA 1. EN V. VARATHARAJU A/L VALLIAPPAN 4. PN QUEK MEI SYAN
2. PN NURUL ANIS SIIM BINTI ABDULLAH 5. EN MOHD RIZAL BIN PAVEL
3. PN SHARIFAH NOORIN BINTI ALHABSHI 6. EN RAHSOL BIN ABU
Penyelaras : NORFAZILA BINTI GHAZALI

AJK Jemputan Ibu bapa AJK Pendaftaran Guru
EE JOO SUANG (YDP, NYDP & AJK PIBG) PANG YEE JIEA (K)
GUNAVATHY A/P PERIASAMY ZAINON NOOR BINTI MAHMUD
(Ibu bapa Pelajar Tingkatan 6) CHNG MEI MEI
AJK Buku Program AJK Pemilihan Usul
SER MEI YIN (K) ONG KWEE HOON (K)
GOH BEE PENG HAJAH WAN ZABARIAH BINTI YUSUF
LAU SIEW CHIN CHEN CHEE SIM
TEO MEI YEN

AJK Teks Ucapan / Kata alu-aluan (Buku Program)
JESAN KAUR A/P NASIB SINGH (Teks Ucapan YDP)
LOY IN TIAU (Teks Ucapan PENGETUA)
ROZILAH BINTI KAMARUDIN (Kata Alu-aluan YDP)
HAJAH HAZIMAH BINTI RIFIN (Kata Alu-aluan Pengetua)

Juru Acara Majlis
JAI SHREE A/P BIPINCHANDRA
SHAMSHUL BAHARI BIN KADIR




6


Penyelaras : SHALEYATI BINTI MOHAMED
Bacaan Doa AJK Pencatat Minit Mesyuarat
MOHAMMAD SANI BIN RABIN NUR AZURA BINTI IKBAL AHMAD (K)
ROGAYAH BINTI HASHIM
AJK Jamuan (Guru) KHOO WAN TENG
MARIAH BINTI ABBAS (K) NORINA BINTI WAHAB
AIDA BINTI YUSOP HAJAH WAN ZABARIAH BINTI YUSUF
ROBIAH BINTI ISMAIL



Penyelaras : BAKHTIAR BIN BAHIR
Pengurusan Tempat Persiapan tempat mesyuarat
(sebelum majlis bermula & Selepas SAIFUL NAZRI BIN ARIF (K)
majlis) MOHD FARIDZUAN BIN MALEK
SUYATI@MOHD SAYUTI BIN MANAN (K)
HAJI ZULKIFLI BIN MAT TALIP
NURULLASHIKIN BINTI REE
MOHD KHALIS BIN ALIAS



Penyelaras : TAN SZE CHUAN

AJK Siaraya AJK Pengendalian Mesyuarat “Google
KOH FONG TIAN (K) Meet”
TAY ENG ONG AZLINA BINTI ABDULLAH (K)
AFFENDY BIN MD ZAHARI MOHD KHAIRUL NAIM BIN SALLEH
MOHAMAD HAIRONIZAN BIN SUKRI
NADZIRAH BINTI MOHAMED BASUKI

AJK Dokumentasi AJK Fotografi
TEH YING TING (K) SUHAIR REDDY BIN ABDULLAH
CHOO YEN LIN

AJK Kebersihan
LILI BT BASMI (K)
CHIN LAN FONG
HAJAH SITI FATIMAH BINTI AHMAD




7


ANUGERAH-ANUGERAH TAHUN 2020


Anugerah Bidang Kurikulum:
PELAJAR B20 YANG MENDAPAT ANUGERAH AKADEMIK PNGK YANG TERBAIK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 3 TAHUN 2020
BIL NAMA PELAJAR KELAS PNGK
1 NUR FATIHAH BINTI ZULKIFLI AL-SIDDIQ 4.00
2 RAIDHATUL AMNI BINTI RUZALEE AL-FARABI 3.9175
3 NUR SARAH IYLIA BINTI KAMAL ZAMAN AL-BUKHARI 3.835
4 NG MEI SZE AL-KHAWARIZMI 3.835
MUHAMMAD SYAHRUL AMINUDDIN BIN
5 AL-SIDDIQ 3.835
SHARUDDIN SHAH

PELAJAR B21 YANG MENDAPAT ANUGERAH AKADEMIK PNGK YANG TERBAIK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 TAHUN 2021
BIL NAMA PELAJAR KELAS PNGK
1 LEE JIA HEE B21-PK1 3.585
2 TAN WEI HANG B21-PHY 3.5
3 KENJI LAW B21-PK1 3.5

PELAJAR B21 YANG MENDAPAT ANUGERAH AKADEMIK BAGI MATA PELJARAN
TERBAIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 TAHUN 2021
BIL NAMA PELAJAR KELAS MATA PELAJARAN
CHEMISTRY
1 TAN WEI HANG B21-PHY
MATHEMATICS T
EKONOMI
2 KENJI LAW B21-PK1
MATEMATIK M
3 AMIRAH BATRISYIA BINTI AZIZAN B21-BM2 PENGAJIAN PERNIAGAAN
KESUSASTERAAN MELAYU
4 DURGASHINI A/P GANESAN B21-BM1
KOMUNIKATIF
5 ILI BINTI JOHAR B21-SEJ SEJARAH
6 LEE JIA HEE B21-PK1 PERAKAUNAN
MUHAMMAD HANIF IKMAL BIN
7 B21-SVS SENI VISUAL
MAT SHAH
8 NOR HAFIZAH BINTI MAT SA’AD B21-PP1 BAHASA MELAYU
NUR FARAHANI BINTI MOHD
9 B21-SS1 SAINS SUKAN
SALLEH
10 RALPH GAN JIA KANG B21-PP2 PENGAJIAN AM
11 SENG JIA HAO B21-PHY PHYSICS
12 TSAI JIA YUH B21-BIO BIOLOGY



8


Anugerah Bidang Hal-Ehwal Murid:

Bil ANUGERAH NAMA
SITI MAISARAH BINTI NAZIF
SYAHINDAH THAQIFAH BINTI AZHAR
NUR NAZLIA BINTI MOHD
KAMARUZZAMAN
AIN NABILA KHARTIKA BINTI AHMAD ZULKIFLI
LIM WEN SHENG
MELISSA FONG XIN YI
NG MEI SZE
Anugerah HEM Kehadiran NGOH XIN YING
1
Penuh Tahun 2020 SOON WEI YE
TAN WEI HENG
NUR ATIKAH BINTI ZAHRI
JANICE YAP PEI CHERN
MUHAMMAD SYAHRUL AMINUDDIN BIN
SHARUDDIN SHAH
NUR FATIHAH BINTI ZULKIFLI
NUR LIYANA SYAZWANI BINTI SAHRIL
LIM ZHI XUAN
Anugerah HEM Ketua
2 HASRUN HARIZ BIN MOHD RIZAL
Tingkatan Terbaik
Anugerah HEM Penolong
3 HOW XUAN YI
Ketua Tingkatan Terbaik
SUHAIMI BIN RAHMAN
Anugerah Tertinggi Amalan
4 MUHAMMAD ALIF IRFAN BIN MOHD HASSAN
Baik (Pelajar Lelaki)
HASRUN HARIZ BIN MOHD RIZAL
PANG YEE XUAN
Anugerah Tertinggi Amalan
5 HOE MIN HUA
Baik (Pelajar Perempuan)
CHONG SHOW CHEN
6 Anugerah Kelas Emas AL-KHAWARIZMI











9


Anugerah Bidang KoKurikulum:

BIL ANUGERAH NAMA
Anugerah Kokurikulum Terbaik
1 PUA WEI KANG
Keseluruhan
Anugerah Kokurikulum Terbaik Badan
2 YEE ZIANN
Beruniform
Anugerah Kokurikulum Terbaik Kelab
3 RAUDHATUL AMNI BINTI RUZALEE
dan Persatuan
Anugerah Kokurikulum Terbaik Sukan
4 CHWA MEI NING
dan Permainan
5 Anugerah Platinum Kokurikulum PUA WEI KANG
YEE ZIANN

LIM WEN SHENG
Anugerah Emas Kokurikulum JESSLYN TAN SHI MAY
6
(PAJSK 9.00 ke atas) TANG ZI HONG
YAM GUO WEI
MAK JUN LE


TEMASYA BAHASA TAHUN 2020 1 JUN HINGGA 31 OGOS 2020 SECARA
DALAM TALIAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

MENULIS ESEI TINGKATAN ENAM
PENCAPAIAN NAMA KELAS

JOHAN RAIDHATUL AMNI BINTI RUZALEE 6A AL-FARABI
NAIB JOHAN LIM WEN SHENG 6A AL-KHAWARIZMI


MENGARANG SAJAK TINGKATAN ENAM
PENCAPAIAN NAMA KELAS

JOHAN LIM WEN SHENG 6A AL-KHAWARIZMI





10


PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH

ESSAY WRITING TINGKATAN ENAM
PENCAPAIAN NAMA KELAS
NAIB JOHAN HAROLYN SABASTIAN SANTHIYAGU 6A AL-IDRIS

KETIGA SHERLY KOH JIE MIN 6A AL-BUKHARI

POETRY WRITING TINGKATAN ENAM

PENCAPAIAN NAMA KELAS
JOHAN YEE ZIANN 6A AL-KHAWARIZMI
KEEMPAT NG MEI SZE 6A AL-KHAWARIZMI

PERTANDINGAN KUIZ ATAS TALIAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT
NEGERI MELAKA (KATEGORI A)
PENCAPAIAN NAMA KELAS
KETIGA SITI NUR FARAHIN BINTI HUSIN 6A AL-ANSYARI
KEEMPAT SITI NUR SYADIYAH BINTI SAIFUL RAHIMI CHUA 6A AL-ANSYARI

SAGUHATI NUR SYAHZANANI AQILAH BINTI MOHD ZAINI 6A AL-TIRMIDHI
SAGUHATI SHARIFAH AINUR FADZLYNDA BINTI SYED ZIN 6A AL-TIRMIDHI
SAGUHATI HEAMAVATHY A/P TIRU AMBAYSAN 6A AL-IDRIS
SAGUHATI NUR NADZIRAH BINTI MOHD REDUAN 6A AL-FARUQ


PERTANDINGAN KUIZ ATAS TALIAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT
NEGERI MELAKA (KATEGORI B)

PENCAPAIAN NAMA KELAS

JOHAN SONG MEI TING 6B21-PP2
NAIB JOHAN MICHELLE LEE MEI XIANG 6B21-PK1
SAGUHATI PANG JIE 6B21-PP2
SAGUHATI EZEN NG 6B21-KMK
SAGUHATI JACK KAN JUN JYE 6B21-PHY





11


PERTANDINGAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DIGITAL
PERINGKAT NEGERI MELAKA

PENCAPAIAN NAMA KELAS
LEE YAN HAO 6B21-PK1
Penyertaan LAW JUN HONG 6B21-PK1
EMILY LIONG JIA WEN 6B21-PK2


TEMASYA BAHASA TAHUN 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN
MENULIS ESEI TINGKATAN ENAM

PENCAPAIAN NAMA KELAS
KEEMPAT RAIDHATUL AMNI BINTI RUZALEE 6A AL-FARABI


POETRY WRITING TINGKATAN ENAM
PENCAPAIAN NAMA KELAS

KETIGA YEE ZIANN 6A AL-KHAWARIZMI


MENGARANG SAJAK
PENCAPAIAN NAMA KELAS
SAGUHATI LIM WEN SHENG 6A AL-KHAWARIZMI

PERTANDINGAN KIJANG ECONOMICS PERINGKAT KEBANGSAAN

PENCAPAIAN NAMA KELAS

CERTIFICATE OF PARTICIPATION KENJI LAW 6B20-PP2
UPPER SECONDARY
HONOURABLE MENTION HANSON TAN JIA SHENG 6B20-PP2
UPPER SECONDARY












12


PERTANDINGAN E-PROGRAM WIRA ANTIRASUAH SEKOLAH MENENGAH
PERINGKATA KEBANGSAAN TAHUN 2020
PERTANDINGAN SILANGKATA ANTIRASUAH 2020
PENCAPAIAN NAMA KELAS
KESEPULUH PUA WEI KANG 6A AL-KHAWARIZMI


PERTANDINGAN LUKISAN KOMIK ANTIRASUAH 2020
PENCAPAIAN NAMA KELAS
KELIMA MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL RAHMAN 6B20-SEJ


PERTANDINGAN POSTER ANTIRASUAH 2020
PENCAPAIAN NAMA KELAS
PERTAMA GAN KA MAN 6B20-SVS


PERTANDINGAN LOGO WIRA ANTIRASUAH 2020
PENCAPAIAN NAMA KELAS
KETIGA WAN NURFATIHAH BINTI WAN NORZAHRIN 6B20-SEJ

Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran:


Bil ANUGERAH NAMA
MUHAMMAD SYAHRUL
1 Anugerah Tokoh Pelajar (Lelaki)
AMINUDDIN BIN SHARUDDIN SHAH
2 Anugerah Tokoh Pelajar (Perempuan) RAIDHATUL AMNI BINTI RUZALEE
3 Anugerah Sahsiah Pelajar (Lelaki) GAN ZHONG FOOK
4 Anugerah Sahsiah Pelajar (Perempuan) NUR FATIHAH BINTI ZULKIFLI

















13


ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2019


Lulus Penuh 100.00
GPS 2.93
PNGK 3.00 KE ATAS 45.91%

Senarai Nama Pelajar Terbaik:
1. Jerrine Koh Chen Yi (4A : P.Am, Bahasa Melayu, Ekonomi, P.Perniagaan) - 4.00
2. Low Teck Hui (4A : P. Am, Ekonomi, Bahasa Melayu, P.Perniagaan) - 4.00
3. Gan Sin Rui (4A : P.Am, Maths T, Chemistry, Biology ) - 4.00


Mata Pelajaran Jumlah Calon Peratus Lulus GPMP
Pengajian Am 98 90.82 2.87
Bahasa Melayu 62 93.55 3.06
Kesusasteraan Melayu Komunikatif 21 100.00 3.10
Sejarah 43 81.40 2.40
Ekonomi 28 78.57 2.70
Pengajian Perniagaan 28 82.14 2.70
Perakaunan 9 100.00 3.00
Mathematics (T) 27 100.00 3.41
Physics 20 95.00 2.92
Chemistry 27 96.30 3.00
Biology 7 100.00 3.19
Sains Sukan 8 100.00 3.63
Seni Visual 14 100.00 3.43

















14


ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2020 SEMESTER 1


GPS 2.14

Kertas Lulus Penuh GPMP
PENGAJIAN AM 1 154 2.14
(900/1) 70.64%
BAHASA MELAYU 1 143 2.89
(910/1) 89.94%
BAHASA CINA 1 3 2.17
(911/1) 75.00%
BAHASA TAMIL 1 2 2.50
(912/1) 100.00%
KES MELAYU KOMUNIKATIF 1 22 3.05
(922/1) 88.00%
SEJARAH 1 66 1.92
(940/1) 64.08%
EKONOMI 1 52 2.00
(944/1) 55.32%
PENGAJIAN PERNIAGAAN 1 60 1.77
(946/1) 52.17%
PERAKAUNAN 1 19 1.66
(948/1) 51.35%
MATHEMATICS (M) 1 2 1.08
(950/1) 25.00%
MATHEMATICS (T) 1 5 1.64
(954/1) 35.71%
PHYSICS 1 5 2.24
(960/1) 71.43%
CHEMISTRY 1 11 2.57
(962/1) 78.57%
BIOLOGY 1 6 2.67
(964/1) 85.71%
SAINS SUKAN 1 43 2.67
(966/1) 79.63%
SENI VISUAL 1 6
(970/1) 33.33% 1.19




15


ANALISIS KEPUTUSAN STPM 2020 SEMESTER 2


GPS 2.39

Kertas Lulus Penuh GPMP
PENGAJIAN AM 2 138 2.22
(900/2) 65.71%
BAHASA MELAYU 2 110 2.36
(910/2) 72.37%
BAHASA CINA 2 3 2.75
(911/2) 75.00%
BAHASA TAMIL 2 2
(912/2) 100.00% 3.17
KES MELAYU KOMUNIKATIF 2 16 1.96
(922/2) 64.00%
SEJARAH 2 78
(940/2) 78.79% 2.16
EKONOMI 2 35 1.47
(944/2) 38.89%
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 69 2.04
(946/2) 62.16%
PERAKAUNAN 2 32
(948/2) 88.89% 2.69
MATHEMATICS (M) 2 5
(950/2) 71.43% 2.43
MATHEMATICS (T) 2 11
(954/2) 78.57% 2.69
PHYSICS 2 5 2.14
(960/2) 71.43%
CHEMISTRY 2 13
(962/2) 92.86% 2.88
BIOLOGY 2 7 3.33
(964/2) 100.00%
SAINS SUKAN 2 21 1.55
(966/2) 41.18%
SENI VISUAL 2 17 2.47
(970/2) 100.00%




16


AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK DURIAN DAUN
SESI 2020/2021


Penasihat : Pn Hjh Nor Afzan binti Mat Salleh (Pengetua)
Penolong Penasihat 1 : Cik Tee Siew Fong (GPK Pentadbiran)
Penolong Penasihat 2 : En Azman bin Harun (GPK HEM)

Penolong Penasihat 3 : En Aravina Asla bin Yaakob (GPK Koku)
Yang Di Pertua : En Mak Chee Kin
Naib Yang Di Pertua : En Dinesh John Louis
Setiausaha :Pn Ee Joo Suang
Bendahari : Pn Yee Mei Har
Pen. Bendahari : Pn Ser Mei Yin

AJK Guru :
1.En Bakhtiar bin Bahir (Ketua Jabatan Sains Social)
2.Pn Rogayah binti Hashim (Kaunselor)
3.En Chang Cheng Huat ( Guru Ketua Disiplin)
4.En. Suhair Reddy bin Abdullah

AJK Ibu Bapa :
1.En V.Varatharaju a/l Valliappan
2.Pn Quek Mei Syan
3.En Mohd Rizal bin Pavel
4.Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi
5.Pn Nurul Anis Sim binti Abdullah

6.En Rahsol bin Abu
Pemeriksa Kira-kira :Pn Nurullashikin binti Ree








17


PERSATUAN PIBG SMK DURIAN DAUN,
LORONG TUN FATIMAH, 75400 MELAKA.
KOD SEKOLAH : MEB 2103 NO TEL: 06-2831803
E-MAIL: [email protected] NO FAX: 06 292270
“TEKUN FOKUS CEMERLANG”

KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG BAGI SESI 2020/2021

BIL NAMA AJK 13 FEB 2020 19 MAC 2021
1 En Mak Chee Kin (YDP PIBG) √ √

2 En Dinesh John Louis (NYDP PIBG) √ √
3 Pn Nor Afzan binti Mat Salleh (Pengetua) √ √
4 Cik Tee Siew Fong (GPK PENTADBIRAN) √ √
5 En Azman bin Harun (GPK HEM) √ √

6 En Aravina Asla bin Yaacob (GPK KOKU) √ √
En Bakhtiar bin Bahir (Ketua Jabatan
7 √ √
Sains Sosial)
8 Pn Ee Joo Suang (Setiausaha) √ √
9 Pn Yee Mei Har (Bendahari) √ √
10 Pn Rogayah Hashim (Kauseling) √ √
11 En Chan Cheng Huat (Dispilin) √ √

13 En Suhair Reddy bin Abdullah X √
12 V.Varatharaju a/l Valliappan √ √
13 En Mohd Rizal bin Pavel √ X
14 Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi √ √

15 Pn Nurul Anis Sim binti Abdullah √ √
16 En Rahsol bin Abu x X
17 Pn Quek Mei Syan √ √









18


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKDD

KALI KE-51 TAHUN 2021



1. Ucapan YDP PIBG - En Mak Chee Kin


2. Ucapan Perasmian Pengetua Kolej Tingkatan Enam


Tun Fatimah - Pn Hajah Nor Afzan binti Mat Salleh

3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat


Agung Tahun yang lalu


4. Membentang dan menerima laporan tahunan


5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan

PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2020


6. Meluluskan kutipan sumbangan PIBG tahun 2021


7. Membahaskan usul

8. Hal-hal lain


9. Ucapan penangguhan













19


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKDD KALI KE-50, TAHUN 2020
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIAN DAUN, MELAKA

Tarikh : 13 Februari 2020
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Seri Helang
Kehadiran : Ibu bapa - 45 orang, Guru-guru - 67 orang

Agenda 1 : Ucapan Pengetua
(Ucapan Pengetua disampaikan oleh Pn. Hajah Siti Salwa binti Ahmad)
1.1 Pengetua mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Yang
Berhormat Khoo Poay Tiong kerana sudi hadir ke Majlis Perasmian PIBG kali ke- 50.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru kerana sudi
hadir ke majlis pada hari ini. Beliau menambah kehadiran ibu bapa yang ramai
mencerminkan keprihatinan mereka terhadap kecemerlangan pelajaran anak-anak
mereka.
1.2 Pengetua juga menyatakan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah merupakan
Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Melaka. Beliau menyatakan pelajar dari enam
buah sekolah telah disatukan di kolej ini , iaitu SMK St. Francis , SMK Seri Kota , SMK
Yok Bin , SMK Bukit Baru , SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Infant Jesus
Convent.
1.3 Beliau juga menyatakan ketika ini kolej ini mempunyai 75 tenaga pengajar
(termasuk pentadbir) dan 214 pelajar.Pengetua berharap pada bulan Mei 2020 lebih
ramai pelajar akan mendaftar di kolej ini selepas keputusan SPM diumumkan kelak.
1.4 Pengetua menyatakan kejasama antara ibu bapa dan Kolej amat penting
untuk menjamin kecemerlangan pendidikan para pelajar di Kolej ini. Beliau juga
melahirkan rasa bangganya kerana ramai ibu bapa hadir pada hari ini. Beliau menyeru
ibu bapa menggunakan medan ini untuk berkongsi idea dan buah fikiran dalam
membentuk modal insan yang berguna untuk merealisasikan aspirasi negara.
1.5 Akhir sekali, Pengetua menegaskan bahawa tanpa kerjasama yang mantap
antara ibu bapa dan pihak Kolej sukar untuk melaksanakan penambahbaikan segala
program yang dijalankan di Kolej ini.

Agenda 2 : Ucapan Yang DiPertua PIBG (En. Juhari bin Ahmad Salleh)
2.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada para AJK PIBG, para guru dan
para ibu bapa kerana sudi hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke-50 .
2.2 Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada YB Khoo Poay Tiong kerana sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan
mesyuarat PIBG kali ini. Beliau juga menyatakan kehadiran Yang Berhormat dapat
menyemarakkan semangat guru-guru, ibu bapa dan pelajar untuk mencapai
kecemerlangan di Kolej ini.




20


2.3 Seterusnya YDP PIBG menyatakan mesyuarat seperti ini merupakan medan
yang sesuai untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat
yang bernas untuk melonjakkan kecemerlangan Kolej ini.
2.4 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru
-guru yang telah berpindah atas sumbangan mereka terhadap PIBG Kolej ini.
2.5 Akhir kata, beliau menyeru para ibu bapa sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Kolej.

Agenda 3 : Ucapan Perasmian Mesyuarat PIBG kali ke-50 oleh
Yang Berhormat Khoo Poay Tiong
3.1 Yang Berhormat Khoo Poay Tiong merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada pihak Kolej kerana sudi menjemputnya untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-50.
3.2 YB juga menegaskan kepentingan Pendidikan dalam mengubah kehidupan
seseorang. Beliau menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang
amat besar dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.
3.3 YB seterusnya menyatakan bahawa peranan PIBG sangat penting dalam
meningkatkan kecemerlangan pendidikan di sesebuah institusi pendidikan. Hal ini
demikian kerana PIBG dapat membantu pihak kolej dalam menganjurkan pelbagai
aktiviti , mencari dana untuk kebaikan para pelajar dan Kolej.
3.4 YB menegaskan bahawa PIBG berperanan sebagai entiti utama yang
membolehkan kolompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta
maklumat pendidikan semasa dan ‘method’ untuk meningkatkan lagi prestasi
akademik dan kokurikulum pelajar di sesebuah institusi.
3.5 Sebelum mengakhiri ucapan ,YB telah mengumumkan sumbangan ikhlasnya
sebanyak RM 12,000 untuk menambah baik sistem hawa dingin dan RM 3,000 lagi
untuk meningkatkan prasarana di Kolej ini.

Agenda 4 : Pembentangan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang Lepas
4.1 Setiausaha PIBG Pn. Ee Joo Suang telah membentangkan minit mesyuarat
yang lepas dan telah diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Cadangan
mengesahkan minit mesyuarat telah dikemukakan oleh Pn. Hashimah binti Hashim
dan disokong oleh Pn. Siti Rohana Shadan.
4.2 Tiada perkara berbangkit.

Agenda 5 : Pembentangan dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
5.1 Bendahari PIBG Pn. Yee Mei Har telah membentangkan laporan penyata
kewangan yang lepas . Beliau menyatakan setelah tolak dengan semua perbelanjaan
bagi sesi lepas , baki di tangan ketika ini ialah berjumlah RM 18,529.90 . Laporan
penyata kewangan ini telah diluluskan secara sebulat suara. Pengesahan laporan
kewangan telah dicadangkan oleh Pn. Suriana binti Samsuri dan disokong oleh
Pn.Chng Mei Mei.



21


Agenda 6 : Pembentangan Usul – Usul
Usul 1: Masa pengajaran dan pembelajaran yang terlalu panjang
Dari: En Mak Chee Kin
Beliau menyatakan masa pengajaran dan pembelajaran di kolej Tingkatan Enam
terlalu panjang (8 pagi sehingga 4 petang). Beliau telah mendapatkan lebih 100
tandatangan daripada ibubapa yang membantah keputusan pemindaan masa
pengajaran dan pembelajaran baharu ini dan telah memaklumkan kepada pihak
pentadbir tetapi jadual cuma dipendekkan sehingga 3.45 petang. Beliau menyatakan
pemindaan jadual waktu ini tidak mendapat persetujuan ibu bapa dan tidak dibawa
bincang di mesyuarat PIBG dan tiada permohonan ke Jabatan Pendidikan Negara (Unit
Menengah).Beliau mengatakan maklumbalas dari ibubapa terdapat banyak implikasi
negatif dengan jadual persekolahan ini. Antaranya ialah, percanggahan masa
penghantaran anak ke sekolah lain, kebebanan pemberian wang saku tambahan
kepada anak dan ada yang tidak makan sehingga sekolah bersurai .Cuaca dan keadaan
kelas yang tidak kondusif adalah tidak sesuai dan menjejaskan konsentrasi pelajar
untuk belajar. Beliau berharap jadual waktu ini tukar balik ke jadual waktu
2019 .Cadangan beliau disokong sebulat suara oleh ibu bapa yang hadir. Selain itu,
beliau juga memberikan contoh jadual persekolahan beberapa sekolah STPM yang
cemerlang seperti Sekolah Tinggi Melaka (7:40-2:10), Sekolah Menengah Gajah
Berang ( 7:40-2:10), Sekolah Menengah Tun Tuah (7:40 – 2:30) dan akhinya Sekolah
Menengah Munshi Abdullah (7:40-3:00).

Dari: En Lee Khung Fuk
Masa pengajaran dan pembelajaran yang terlalu panjang dan masa makan yang
terlalu pendek dan tidak sesuai. Pelajar berasa sangat letih terutamnya selepas pukul
2:00 petang. Ini juga mengakibatkan anak En Lee Khung Fuk berasa ingin berhenti
sekolah kebelakang ini disebabkan keletihan yang tidak dapat ditahan oleh anak Lee.

Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan sebab-sebab
memulakan kelas pada pukul 8:00 pagi adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah kelewatan pelajar untuk
hadir ke kolej memandangkan masih terdapat segelintir pelajar yang masih lewat
sampai ke sekolah walaupun masa kolej mula pukul 8:00 pagi. Bagi pelajar yang sam-
pai awal ke sekolah adalah digalakkan bersarapan di kantin sebelum kelas bermula.
Beliau juga memberikan beberapa contoh sekolah yang mempunyai jadual waktu
persekolahan yang lebih lewat daripada kolej ini. Antaranya ialah: SMK Sri Tanjung
(7:40-3:45), SMK Sultan Mahmud (7:40 4:30 petang). Dato Bendahara (7:40 – 4:00
petang). Beliau juga mengatakan jadual waktu ini sebenarnya telah memaklumkan
kepada Dr. Rodziah pada akhir tahun 2019 semasa kunjugan orang jabatan pada masa
itu. Walau bagaimanapun, jadual waktu ini akan dikaji semula mengikut keputusan
mesyuarat ini dan dasar-dasar kementerian.







22


Pertanyaan dari Pn Nurul Anis Sim binti Abdullah
Menyatakan hanya terdapat segelintir pelajar yang sampai lewat ke sekolah dan ini
tidak berkaitan dengan pemindaan jadual waktu sehingga 3:45 petang. Perkara
kelewatan ke sekolah adalah dari masalah disiplin pelajar sendiri dan tidak berkaitan
dengan jadual waktu yang digunakan. Beliau sekali lagi menyeru pihak sekolah supaya
jadual waktu yang membebankan pelajar ini dikaji balik dan ini telah mendapat
sokongan penuh daripada ibu bapa di dalam dewan.

Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan jadual waktu
akan dikaji semula berdasarkan kehendak ibubapa dan dasar-dasar yang mesti
dipatuhi oleh pihak sekolah.

Pertanyaan dari En Mak Chee Kin
Berdasarkan usul usul yang terdapat dimesyuarat ini,beliau menyampaikan bahawa
sekolah SMK Durian Daun adalah tidak sesuai dijadikan pusat Tg Enam. Terdapat
banyak kekurangan dari segi insfrastruktur dan prasarana yang sangat tidak
memuaskan.Kemudahan sekolah perdana anak mereka sebelum ke kolej ini jauh lebih
baik.Beliau menyeru supaya pelajar-pelajar ini dipindahkan sementara ke Maktab
Perguruan yang terletak di hadapan Kolej ini dengan kadar segera,disamping
menunggu penaiktarafan semoga proses pembelajaran pelajar tidak terjejas.
Beliau juga menekan bahawa segala kekurangan sekarang di Kolej Tingkatan Enam
adalah bukan kelemahan atau kesalahan pihak pentadbir mahupun PIBG.

Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan ibu bapa ber-
hak menyuarakan pandangan mereka tetapi pihak sekolah perlu akur kepada arahan
jabatan dan diharapkan PIBG yang baharu nanti boleh memajukan lagi prasarana kolej
kelak nanti.

Usul 2: Masa rehat pelajar yang terlalu pendek. Diminta mengadakan masa makan
tengah hari / solat
Dari: Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi
Pn Sharifah Noorin binti Alhabshi menyatakan masa rehat pelajar yang sebanyak
sekali selama 25 minit adalah tidak mencukupi dan tidak selaras dengan masa
pengajaran & pembelajaran yang baharu ini. Beliau menyeru supaya pihak sekolah
dapat mengkaji semula masa rehat yang setimpa dengan masa pembelajaran &
pengajaran yang sedang digunakan ini. Beliau mencadangkan supaya mengadakan
dua kali masa rehat.

Respon GPK Pentadbiran Pn Siti Salwa binti Ahmad: Beliau menyatakan bahawa jadual
waktu pembelajaran dan pengajaran sekarang adalah merangkumi sebanyak 8 waktu
sehari. Setiap waktu pembelajaran adalah selama 40 minit. Jadi jadual waktu kolej ini
adalah tidak boleh dibandingkan dengan jadual waktu pembelajaran & pengajaran
yang digunakan oleh aliran perdana di sekolah menengah yang lain. Walau
bagaimanapun, pihak sekolah akan mengambil tindakan susulan untuk menilai semula
dimanakah jadual waktu yang paling sesuai yang akan digunakan.


23


Usul 3: Harga makanan kantin yang tidak berpatutan
Dari: Pn Nurul Anis Sim binti Abdullah
Pn Nurul Anis Sim menyatakan harga makanan di kantin adalah sangat mahal dan
meminta dan perlu dipertimbangkan semula oleh pihak sekolah.

Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan telah bawa
berbincang dengan pengurus kantin dan beliau diberitahu bahawa pelajar mengambil
terlalu banyak nasi dan lauk dan ini mengakibatkan harga makan tengah hari itu
menjadi mahal. Walau bagaimanapun, beliau telah meminta pengurus kantin untuk
mempamerkan semua harga makanan dan minuman mereka untuk rujukan semua
pelajar.

Usul 4: Menambahkan meja kerusi di kantin
Dari Zuria binti Sabtu
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan telah
menambahkan meja kerusi di kantin setelah diberitahu terdapatnya usul berkenaan
ini. Beliau memberitahu semua ibu bapa di dalam dewan bahawa meja & kerusi di
dalam kantin sekarang dapat menampung sebanyak 200 orang pelajar.

Usul 5: Penaiktarafan tandas
Dari Nurul Anis Sim binti Abdullah
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan telah membaiki
semua tandas dan pintu tandas di dalam kolej semasa bulan Januari. Beliau
memberitahu bahawa kolej sekarang dalam proses menunggu peruntukan untuk
menaik tarafkan tangki antiseptik.

Usul 6: Kekurangan Tempat Paikir (Motorsikal dicadangkan diletak dalam Kawasan
sekolah untuk mengelakkan kecurian berlaku)
Dari Zuria binti Sabtu
Pn Zuria menyeru supaya pihak sekolah mengikhtiarkan tentang cara menyelesaikan
masalah parkir kereta dan motosikal pelajar.

Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan bahawa pihak
sekolah tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas parkir kenderaan disebabkan
kawasan kolej yang memang kecil dan terhad untuk meletakkan kenderaan pelajar.
Tetapi beliau menyatakan bahawa pihak sekolah telah mengizinkan pelajar untuk
meletakkan kenderaan motosikal mereka di dalam kawasan sekolah selepas
berbincang dengan semua pihak yang berkenaan.

Pertanyaan dari V.Varatharaju a/l Valliappan
En Raju menyatakan tentang keselamatan dalam kawasan yang mempunyai 4 buah
sekolah dan dengan adanya satu jalan keluar masuk. Beliau mengatakan keadaan ini
adalah sangat bahaya jika berlakunya kecemasan dengan jalan yang sangat sesak se-
masa waktu sekolah bermula dan bersurai.


24


Respon YDP En Juhari bin Ahmad Salleh: Beliau bersetuju dengan pandangan En Raju
berkenaan dengan jalan yang sesak di dalam kawasan yang mempunyai 4 buah
sekolah yang terletak di tempat yang sama. Beliau akan membawa hal ini kepada
Pihak Berkuasa Tempatan untuk tindakan yang selanjutnya. Beliau juga mengadu
bahawa terdapat ramai ibu bapa yang tidak berhemah tinggi dan meletakkan
kenderaan mereka tanpa mengikut peraturan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Usul 7: Pengurangan yuran sekolah
Dari Pn Junaidah binti Md Nasir
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan bahawa pihak
sekolah memang tidak mengutip sebarang yuran. Segala yuran yang dikutip adalah
daripada sumbangan PIBG iaitu jumlah yuran yang dipersetujui dalam mesyuarat
agung PIBG dan dipungut selepas mesyuarat berkenaan.

Usul 8: Pelajar tingkatan 6 harus dilayan berbeza dengan pelajar sekolah. Pelajar
harus diberi tunjuk ajar dan bukannya dendaan/paksaan
Dari Sharifah Noorin binti Alhabshi
Respon GPK Hal Ehwal Pelajar Cik Tee Siew Fong: Beliau menyatakan bahawa pihak
sekolah meminta kerjasama ibu bapa supaya pelajar-pelajar Tingkatan enam dapat
sentiasa berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Beliau juga menyatakan
bahawanya telah berjumpa dengan pelajar yang berkenaan dan tindakan telah
diambil.

Agenda 7: Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 dan Pelantikan
Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
7.1 Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 telah dibubarkan secara rasmi oleh Yang
Dipertua PIBG Sesi 2019/2020 En. Juhari bin Ahmad Salleh. En. Azman bin Harun telah
dilantik sebagai pengerusi sementara untuk menjalankan pemilihan Jawatankuasa sesi
2020/2021.
7.2 Keputusan pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021:
1) Yang Dipertua PIBG : En. Mak Chee Kin
(Pencadang : En. Wee Juann Nam Penyokong : Pn. Loy In Tiau)
2) Naib Yang Dipertua PIBG 1: En. Juhari bin Ahmad Salleh
(Pencadang : Pn.Rohana Penyokong : Hashimah binti Hashim)
3) Naib Yang Dipertua PIBG 2: En. Dinesh Loius
(Pencadang : En. Mak Chee Kin Penyokong : En. Wee Juann Nam)
4) Setiausaha : Pn. Ee Joo Suang (Lantikan Dalaman)
5) Pen . Setiausaha : En. N. Rajendran Nallatamby (Lantikan Dalaman)
6) Bendahari : Pn. Yee Mei Har (Lantikan Dalaman)
7)Pen. Bendahari :Pn Aida binti Yusop (Lantikan Dalaman)


25


Ahli Jawatankuasa
1) Pn. Sharifah Noorin binti Alhabshi
(Pencadang : En. Shamshul Bahari bin Kadir Penyokong : Pn. Loy In Tiau)
2) Pn. Quek Mei Syan
(Pencadang : En.Chng Mei Mei Penyokong : Teh Ying Ting )
3) En. Mohd.Rizal bin Pavel
(Pencadang : Pn.Siti Aishah Penyokong : Mohd Fauzan Amir)
4) Pn. Nurul Anis Sim binti Abdullah
(Pencadang : Pn.Loy In Tiau Penyokong : Pn. Ho Sook Peng)
5) EN. V. Varatharaju a/l Valliappan
(Pencadang : En.Mak Chee Kin Penyokong : Teo Mei Yen)

Agenda 8 : Hal – Hal Lain
8.1 En. Mak Chee Kin menyatakan kolej ini sepatutnya dilengkapkan dengan
segala kemudahan sebelum menempatkan pelajar –pelajar dari 6 buah sekolah pada
tahun ini. Sebagai YDP PIBG yang baharu beliau sanggup mengambil cabaran untuk
pindahkan Kolej Tingkatan Enam ini ke IPG yang terdapat berdekatan dengan sekolah.
Alasannya ialah IPG tersebut 70 peratus tidak digunakan kerana kekurangan pelajar.
8.2 En. Azman Harun memberitahu bahawa YDP PIBG yang baru berkemampu-
an membawa perubahan di kolej ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman
dalam memimpin PIBG sekolah sebelum ini.
8.3 Bayaran Tambahan untuk Tahun 2020 . Ahli PIBG sebulat suara bersetuju
terhadap bayaran tambahan yang dikenakan bagi tahun 2020. Bayaran tambahan
tersebut ialah seperti berikut :
Butiran Bayaran
Sumbangan PIBG RM 100.00
Keceriaan Kelas RM 10.00
Kertas dan Peperiksaan RM 10.00

Kecemerlangan STPM RM 100.00

Restu Ibu Bapa RM 10.00

Majlis Graduasi RM 70.00

Jumlah RM 300.00

8.4 Cik Tee Siew Fong menyatakan pihak sekolah akan membantu pelajar yang
tidak mampu membayar bayaran tambahan tersebut daripada dana kebajikan dan
para pelajar dibenarkan membuat bayaran secara ansuran.





26


Agenda 9: Ucapan Penangguhan YDP PIBG
9.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
berharap pihak kolej dan ibu bapa akan memberikan sokongan dan kerjasama yang
padu untuknya bagi melaksanakan pelbagai pembaharuan di kolej ini

Mesyuarat ditangguhkan pada kira-kira jam 5.15 petang.

Dicatatkan oleh :
En. N. Rajendran (Pencatat Minit Mesyuarat)
Pn. Robiah binti Ismail (Pencatat Usul )
Cik. Chen Chee Sim (Pencatat Usul)

Disediakan oleh: Disahkan oleh :



(PN. EE JOO SUANG) (EN. MAK CHEE KIN)
Setiausaha PIBG 2020/2022 YDP PIBG SESI 2020/2022





































27


LAPORAN PIBG SEPANJANG TAHUN 2020

Tempoh Sumbangan
Bil Nama Program Penglibatan
Pelaksanaan (Kos) RM
1 Kerja-kerja baik pulih tandas guru dan murid. Januari 800.00
Majlis Persaraan Pengetua Kolej Tingkatan
2 13 Mac 2020 √
Enam (Puan Hajah Juariah Bt Yunus)
3 Sumbangan Poster Kesedaran Covid 19 23 Jun 2020 √
4 Sumbangan Face Mask 25 Jun 2020 √
5 Sumbangan Face Shield & Sanitizer 26 Jun 2020 √
6 Sumbangan Face Mask 29 Jun 2020 √
Kerja-kerja Penyelenggaraan KTETF
(a)Penyelenggaraan tandas & sinki
7 (b)Menukar saluran paip utama ke tangka. Jun 4890.00
(c)Menukar pintu
(d)Penyenlenggaraan Sistem Siaraya
(PA system)
Kerja-kerja penyelenggaraan tandas, paip dan
8 Jun 1 100.00
memasang sinki
Majlis Persaraan GPK Tingkatan Enam
(Pn Hajah Siti Salwa Bt Ahmad), Guru En Hj
9 9 Julai 2020 √
Nasarudin B Ithnian dan Pn Vivian Haw Ah
Kee.
Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan Enam
10 15 Julai 2020 √
Semester Satu Sesi 2021
11 Kerja-kerja partition Ogos 1 300.00
Kerja-kerja memasang tingkap sliding di Pusat
12 Ogos 3 150.00
Sumber Kolej.
Kerja-kerja melepa dan menambak kasaran di
13 bahagian belakang bengkel untuk dijadikan Ogos 1 500.00
tempat parkir guru.
Kerja-kerja melepa simen untuk laluan
14 Ogos 2500.00
motorsikal
Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Dan Kibar 15 September
15 √
Jalur Gemilang KTETF. 2020
Kerja-kerja menyimen tembok hadapan dewan
16 September 1 300.00
peperiksaan di Blok A.
17 Kerja-kerja baik pulih Wakaf Galeri September 1 000.00
Kerja-kerja menurap sebahagian jalan masuk di
18 September 1 000.00
dalam KTETF
-Sesi penerangan Pihak PIBG Bersama pelajar
yang kenderaannya terlibat dalam kejadian 21 September
19 kebakaran yang berlaku di hadapan SMK Tinggi 2020 √ 600.00
Perempuan.
-Majlis ringkas penyampaian sumbangan
20 Pembelian 2 unit kipas dinding dan kipas siling Oktober 728.00
Kerja-kerja menambak kasaran di bahagian tepi
21 Disember 1 500.00
pejabat untuk dijadikan tempat parkir guru

28


LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM
(PENGLIBATAN JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH, MELAKA
SESI 2020/2021
Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Majlis Persaraan Pengetua Kolej Tingkatan Enam
Aktiviti (Puan Hajah Juariah binti Yunus)
Tarikh Program/
13 Mac 2020
Aktiviti
Masa Program/ 8:00 pagi
Aktiviti
Tempat Program/
Dewan Sri Helang Kolej Tingkatan Enam
Aktiviti
Kehadiran Peserta Semua warga Kolej & AJK PIBG











































29


Perkara Maklumat
Majlis Persaraan
Tajuk Program/ GPK Tingkatan Enam (Pn Hajah Siti Salwa binti
Aktiviti Ahmad), Guru En Hj Nasarudin bin Ithnian dan
Guru Pn Vivian Haw Ah Kee
Tarikh Program/
9 Julai 2020
Aktiviti
Masa Program/ 2:45 petang
Aktiviti
Tempat Program/
Bayview Hotel
Aktiviti
Kehadiran Peserta Semua warga Kolej & AJK PIBG













































30


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan Enam
Aktiviti Semester Satu Sesi 2021
Tarikh Program/
15 Julai 2020
Aktiviti
Masa Program/ 8:00 pagi
Aktiviti
Tempat Program/
Dewan Sri Helang Kolej Tingkatan Enam
Aktiviti
Kehadiran Peserta Pelajar Baru Semester Satu Sesi 2021 dan AJK PIBG

















































31


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur
Aktiviti Gemilang KTETF
Tarikh Program/ 15 September 2020
Aktiviti
Masa Program/
8:00 pagi
Aktiviti
Tempat Program/ Tapak Perhimpunan KTETF
Aktiviti
Kehadiran Peserta Semua Warga Kolej dan AJK PIBG
















































32


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Sumbangan Poster Kesedaran Covid 19
Tarikh Program/ Aktiviti 23 Jun 2020





















Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Sumbangan Face Mask, Face Shield dan Sanitizer
Tarikh Program/ Aktiviti Bulan Jun 2020
































33


Perkara Maklumat
Sesi penerangan Pihak PIBG Bersama pelajar yang
Tajuk Program/ kenderaannya terlibat dalam kejadian kebakaran yang
Aktiviti berlaku di hadapan SMK Tinggi Perempuan
Majlis ringkas penyampaian sumbangan
Tarikh Program/ 21 September 2020
Aktiviti






















































34


LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM SEKOLAH
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH, MELAKA

Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina
Tarikh Program/ Aktiviti 22 Jan 2020
Masa Program/ Aktiviti 8:00 pagi

Tempat Program/ Aktiviti Dataran Cenderakiawan
Kehadiran Peserta Semua warga Kolej & AJK PIBG















































35


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Program Menggapai Bintang

Tarikh Program/ Aktiviti 28 Oktober 2020
Masa Program/ Aktiviti 10:00 – 11:00 pagi
Tempat Program/ Aktiviti Bilik ICT

Kehadiran Peserta Pelajar Cemerlang



















































36


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Program Mengilap Permata
Tarikh Program/ Aktiviti 4 November 2020

Masa Program/ Aktiviti 11:00 pagi
Tempat Program/ Aktiviti Bilik ICT
Kehadiran Peserta Pelajar kategori Permata




















































37


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Program Pembinaan Anjung Seri (Untuk
kegunaan pelbagai pelajar)
Tarikh Program/ Aktiviti November 2020
Masa Program/ Aktiviti -
Tempat Program/ Aktiviti Anjung Seri
Kehadiran Peserta -



















































38


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Program Pemasangan bumbung tambahan di
pondok jaga (Untuk pelajar menunggu ibu
bapa / penjaga semasa Kolej bersurai)
Tarikh Program/ Aktiviti November 2020
Masa Program/ Aktiviti -
Tempat Program/ Aktiviti Pondok jaga di hadapan pintu masuk Kolej
Kehadiran Peserta -

















































39


Perkara Maklumat
Tajuk Program/ Aktiviti Majlis Apresiasi Tahun 2020

Tarikh Program/ Aktiviti 24 Mac 2021
Masa Program/ Aktiviti 12:30-2:30 petang
Tempat Program/ Aktiviti Dewan Seri Teja
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah
Kehadiran Peserta Pelajar yang terlibat sahaja



















































40


PIBG SMK DURIAN DAUN MELAKA
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Nota RM RM
PENERIMAAN
Baki b/b 18,529.90
Tunai di tangan 942.25
Lain-lain penerimaan 165.00
Kutipan 2018 dan 2019 1,240.00
Kutipan 2020 35,080.00
55,957.15
JUMLAH PERBELANJAAN

Program-program sekolah 1 1,675.00
Perbelanjaan penyelenggaraan/ Menaik taraf kolej 2 14,598.00
Kebajikan warga kolej 3 3,047.25
Thermometer dan face mask 4 1,475.00
Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG sesi
2020/2021 5 1,483.20
Jamuan ringan mesyuarat AJK 6 129.80
Belanja am 7 41.80
Caj perkhidmatan bank 8 38.50
Lain-lain belanja 9 3,797.00
26,285.55
Baki h/b 29,671.60


Disediakan oleh,






Disemak oleh,










41


NOTA AKAUN

1 Program-program kolej
Feb-20 Program Jom ke Sekolah RM 125.00
Mac-20 Program Kesedaran Jerawat RM 50.00
Okt-20 Program Gotong-royong RM 1,500.00
RM 1,675.00

2 Perbelanjaan penyelenggaraan / Menaik taraf kolej
Jul-20 Menaik taraf PA system dewan RM 1,100.00
Jul-20 Membaiki & upgrade fasiliti sekolah RM 3,790.00
Aug-20 Menaik taraf pusat sumber sekolah RM 7,450.00
Sep-20 Menurap jalan tar kolej RM 1,000.00
Okt-20 KDK kipas ceiling (2 unit) - Testing RM 288.00
Kipas dinding (2 unit) - Testing RM 440.00
Nov-20 Installation dan change position - Testing RM 530.00
RM 14,598.00

3 Kebajikan warga kolej
Feb-20 Fruits basket - Pn Hjh Juariah RM 60.00
Mac-20 Majlis Persaraan pengetua RM 1,500.00
Hadiah persaraan pengetua RM 87.25
Jul-20 Hadiah persaraan guru (3 orang) RM 300.00
Nurul Nabilah binti Abd Malek (Bapa
Ogos-20 meninggal dunia) RM 100.00
Muhd Syahmin bin Badrul Hisham
Sep-20 (kemalangan-patah tulang pipi) RM 100.00
En Tay Eng Ong (Bapa meninggal dunia) RM 100.00
Sumbangan bantuan - kebakaran van (6
orang pelajar) RM 600.00
Bantuan Nurul Alia B21 -BM2 RM 50.00
Bantuan Wee Tiem Ann 6 Al-Biruni RM 100.00
Suhaimi Bin Rahman (Bapa meninggal
Okt-20 dunia) RM 100.00
Nov-20 Pn Shaleyati (Bapa meninggal dunia) RM 100.00
RM 3,047.25







42


4 Thermometer & Face mask
Jul-20 Thermometer & face mask RM 485.00
Ogos-20 Face mask RM 200.00
Sep-20 Infrated Thermometer (3 unit) RM 790.00
RM 1,475.00

5 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 2020/21
Feb-20 Cenderamata & cabutan bertuah RM 650.00
Dobi langsir dewan RM 69.00
Jamuan mesyuarat akhir RM 670.00
Air minuman RM 44.20
Banner RM 50.00
RM 1,483.20

6 Jamuan ringan mesyuarat AJK
Jan-20 Mesyuarat AJK Kali 1 Tahun 2020 RM 90.00
Jun-20 Mesyuarat AJK Kali 1 SESI 2020/2021 RM 39.80
RM 129.80

7 Belanja am
Jan-20 Fail poket dan fotostat minit mesyuarat RM 32.60
Feb-20 Buku lejar dan sijil RM 9.20
RM 41.80

8 Caj Perkhidmatan Bank
Jan - Dis 20 Caj bank RM 18.50
Jan-20 Penukaran tandatangan RM 10.00
Jul-20 Penukaran tandatangan RM 10.00
RM 38.50

9 Lain-lain belanja
Pembelian printer (Canon) untuk
Jun-20 kegunaan PIBG RM 499.00
Jul-20 Buffet high-tea AJK PIBG (2 orang) RM 80.00
Okt-20 Perkhidmatan mencipta lagu kolej RM 500.00
Komputer set (pejabat)-sumbangan
Dis-20 kpd sek RM 2,718.00
RM 3,797.00
Jumlah perbelanjaan RM 26,285.55



43


Click to View FlipBook Version