The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM - TAJUK : ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL (K4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irdinanur217, 2022-06-14 14:24:40

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM - TAJUK : ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL (K4)

TAJUK : ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL

 BIODATA
 PENGHARGAAN
 PENGENALAN
 DEFINISI
 PRINSIP MAKANAN HALAL
 PERANAN SYARIAT ISLAM
 PANDANGAN
 KESIMPULAN
 RUJUKAN
 LAMPIRAN

NUR IRDINA BINTI ZALFAIZAL IZZANA SAFFIYA BINTI DZUL NUR ALIA ARISHA BINTI
03DTP21F1002 BAHAR NOOR HISHAM
03DTP21F1053
03DTP21F1012

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bag subjek Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Dalam Islam ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Pan Ruslinawati Binti Abdul
Ghani kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada say untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan in terutamanya kepada pensyarah
saya Puan Ruslinawati atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bag
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
saya hargai kerana tapa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik.

Halal adalah istilah yang menggambarkan bahan yang dianggap 'murni dan bersih' yang
dibenarkan oleh umat Islam menurut undang-undang Islam. Kualiti makanan halal (dibenarkan)
dikehendaki mematuhi kehidupan harian orang Islam.Walau bagaimanapun, industri
pemprosesan makanan pada abad ke-20 dan ke-21 telah mendedahkan komuniti umat Islam
kepada pelbagai bahan tambah yang berpotensi dari sumber haiwan seperti Lcysteine, gelatin,
renet, plasma darah, transglutaminase, alkohol dan makanan ubahsuaian genetik diperkenalkan
dalam produk makanan atau minuman yang timbul daripada kemajuan teknologi sains makanan.
Hasilnya dalam banyak kes, umat Islam menghadapi kesulitan untuk memastikan produk mana
yang dibenarkan atau tidak di bawah undang-undang Islam. Ia juga mempengaruhi komuniti lain
seperti orang Yahudi, alergi terhadap ramuan ramuan dan vegetarian. Selain itu, isu halal juga
dibangkitkan dalam sembelihan, pengurusan sisa dan haiwan ternakan makan najis yang
semakin berleluasa. Sertu dalam industri makanan diperkenalkan dalam industri makanan
khususnya untuk memastikan pembersihan dilakukan dapat membuang sifat najis sepenuhnya.
Oleh itu, kertas kajian ini adalah untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada
pengguna, penyelidik dan usahawan supaya berhati-hati memilih produk makanan dalam
pasaran yang semakin banyak dikomersialkan sejak akhir ini.

Definisi Makanan Halal
Untuk mengetahui definisi makanan halal maka kita perlu meninjau arti dari makanan dan kata halal itu sendiri.
Kata makanan berasal dari kata makan dalam bahasa Arab disebut dengan kata at ta’am atau Al atimah yang
artinya makan makanan. Sedangkan yang disebut dengan kata makan sendiri diartikan sebagai suatu aktivitas
memasukkan makanan kedalam tubuh untuk menjaga kondisi dan kesehatan. Kata makanan yang berasal dari
kata makan adalah segala sesuatu yang dapat dimakan atau dikonsumsi oleh manusia baik yang berasal dari
hewan maupun tumbuhan yang dapat menghilangkan rasa lapar dan memberikan tenaga bagi tubuh manusia
memakannya.
Menurut istilah pula :
Kata halal berasal dari bahasa Arab membolehkan, memecahkan, membebaskan dan lainnya. Secara
terminologi atau istilah kata halal diartikan sebagai segala sesuatu yang apabila dilakukan tidak mendapat
hukuman atau dosa dengan kata lain apa halal dapat diartikan sebagai perbuatan atau segala sesuatu yang
diperbolehkan dalam syariah agama Islam.
Makanan halal diartikan sebagai segala sesuatu makanan yang dapat dikonsumsi oleh manusia dan
diperbolehkan dalam syariat Islam serta makanan tersebut bukanlah yang disebutkan oleh Allah dalam Al
Quran. Di dalam al-quran sendiri Allah memberikan petunjuk tentang makanan halal dan syarat-syarat
makanan halal. Kata makan disebutkan dalam Al Quran oleh Allah subhanahu wa ta’ala sebanyak 109 kali
sedangkan kata makanlah yang merupakan kata perintah didebutkan dalam al-qur’an sebanyak 27 kali.

Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengikut ayat 145 dalam surah al-An’am, ayat 157
dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah seperti berikut:
Prinsip Pertama:
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasullullah S.A.W Halal.
Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:
1- Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tersebut dianggap
elok oleh orang arab,
2- Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh
orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syarak.
Prinsip Kedua:
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Binatang tersebut seperti
anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram
dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali.
Prinsip ketiga:
Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan. Binatang tersebut seperti ular, kala jengking, gagak, tikus
dan semua binatang yang memudharatkan.

Maqasid al-shari’ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi’iyy dalam
usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan. Salah satu cabang fiqh ialah tentang hukum halal makanan dan
minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan pensijilan halal hari ini. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang
majoriti penduduknya bermazhab Syafi’i, penetapan standard dan prosedur pensijilan halalnya banyak didasarkan kepada
fiqh mazhab Syafi’i.Walau bagaimanapun, mutakhir ini terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa mazhab ini agak kaku
dan kurang sesuai dalam menangani isu-isu baru termasuklah isu-isu makanan halal. Namun begitu, apabila ditinjau
perkembangan ilmu maqasid al-shari’ah yang meletakkan ukuran maslahah dan mafsadah sebagai asas penetapan hukum,
pada peringkat awalnya, kebanyakan karya berkaitan dengannya ditulis oleh ulama yang bermazhab Syafi’I seperti al
Juwayni, al Ghazali, Fakhruddin al Razi, Saif al din al Amidi dan ibn ’Abd al-Salam. Bahkan Imam Syafi’i sendiri dianggap
tokoh terawal yang telah meletakkan asas ilmu maqasid al-shari’ah dalam bentuk penulisan. Sehubungan dengan itu, kajian
ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi’I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada
ukuran maqasid al- shari’ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari’ah oleh Imam Syafi’i dan
kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal yang berkaitan dengan
makanan halal. Kajian ini adalah berdasarkan kepada metode kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah daripada
bahan-bahan bertulis berkaitan dengan pendapat-pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi’I dan pelbagai dokumen
yang berkaitan. Analisis pula adalah berdasarkan kepada metode induktif dan komparatif. Hasil analisis menunjukkan
bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari’ah dalam ijtihad Imam Syafi’ terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya
pula tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi’.

Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang menyebut tentang
binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan menetapkan 10 jenis binatang yang haram.
Ayat ini menjadi panduan dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan dan produk disamping ayat-ayat
lain yang hanya menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram.
Ringkasnya: Secara umumnya binatang yang diharamkan untuk dimakan itu ada empat jenis, dan secara
terperincinya sebanyak sepuluh jenis iaitu
Makanan Pertama: Bangkai
Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja
disembelih atau dengan berburu.
Makanan Kedua: Darah Yang Mengalir
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang orang kemudian
berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang
mengalir.
Makanan Ketiga: Daging Babi
Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Maka tepatlah apa yang
ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud : "Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-
kotor." (al-A'raf: 156)

Makanan Keempat:
Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, misalnya
nama berhala Kaum penyembah berhala (watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut
nama nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain Allah dan menyembah kepada
selain asma' Allah yang Maha Besar. Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah di sini
ialah semata-mata illah agama, dengan tujuan untuk melindungi aqidah tauhid,dan kemurnian aqidah.
Kesimpulannya hanya empat jenis binatang dan makanan sahaja yang disebutkan di atas tetapi diperincikan dalam surah al-
Maidah ayat 3 dengan ditambah enam jenis lagi yang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 10 jenis seperti dibawah:

Makanan Kelima:Al-Munkhaniqah
Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun
meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.

Makanan Keenam: Al-Mauqudzah
Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

Makanan Ketujuh: Al-Mutaraddiyah
Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati.Yang seperti ini ialah binatang yang jatuh
dalam perigi.

Makanan Kelapan: An-Nathihah
An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.

Makanan Kesembilan: Maa akalas sabu
Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati.
Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan makanan dari bilangan 5 sampai bilangan 9 ini kemudian Allah menyatakan
"Kecuali binatang yang kamu sembelih," yakni apabila binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka
sembelihlah. Oleh itu, binatang-binatang tersebut menjadi halal sekiranya ia disembelih.

Makanan kesepuluh: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala
Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama dengan Manshub ertinya: yang ditegakkan.
Maksudnya iaitu berhala atau batu yang ditegakkan sebagai tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah
biasanya menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut dengan maksud bertaqarrub kepada
Tuhannya.Binatang-binatang yang disembelih untuk maksud di atas termasuk salah satu daripada jenis penyembelihan yang
dilakukan bukan kerana Allah.

PENDAPAT

Pendapat yang masyhur daripada mazhab Shafie dan Mazhab Hanafi, sekiranya binatang itu
ada menunjukkan tanda-tanda masih lagi hidup seperti pergerakan kaki dan seumpamanya
kemudian disembelih, maka sembelihan itu adalah halal. Sebahagian daripada pengikut
mazhab Hanafi dan Shafie, mereka mensyaratkan bahawa binatang itu hendaklah dalam
keadaan hayat mustaqirrah. Diriwayatkan daripada Malik sekiranya binatang tersebut lebih
hampir kepada mati, maka tidak diharuskan penyembelihan tersebut dan sembelihan itu
tidak halal dimakan.
Kesimpulannya, ulama semua bersetuju bahawa semua binatang yang disebutkan di atas
adalah haram dimakan, walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang 5 jenis
binatang iaitu Al-Munkhaniqah, Al-Mauqudzah, Al-Mutaraddiyah, An-Nathihah dan Maa akalas
sabu. Sebahagian berpendapat selagi mana binatang tersebut menunjukkan tanda tanda
hidup maka diharuskan menyembelihnya dan halal dimakan, manakala pendapat lain pula
mengatakan walaupun binatang itu ada menunjukkan tanda-tanda hidup tetapi lebih hampir
kepada mati maka tidak diharuskan menyembelihnya dan tidak halal di makan

Islam mempunyai garis panduan dan peraturan dalam semua aspek kehidupan termasuklah perkara yang berkaitan dengan
pemakanan halal dan haram. Semua garis panduan itu telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah dan diperincikan
dengan pandangan-pandangan ulama dan cendikiawan. Namun begitu masih terdapat ramai dikalangan masyarakat dan
pengusaha Muslim yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat tentang soal halal haram ini. Sebagaimana hadis
yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari; dari Abu Hurairah katanya: Rasullullah S.A.W bersabda:“ Pada suatu masa akan
tiba yang mana manusia-manusianya tidak lagi memperdulikan dari mana memperoleh sumber kehidupannya, apakah dari
sumber halal atau dari sumber haram”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa adakah kita sebagai salah seorang usahawan
dan pelanggan Muslim termasuk dalam golongan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang tidak mengendahkan
hukum syarak dalam urusan pemakanan dan pembelian sesuatu produk.
Dalam hal ini, kita sebagai usahawan dan pelanggan Muslim haruslah bersama membendung masalah halal haram di
Malaysia, disarankan agar semua pengusaha Muslim diberikan kesedaran betapa pentingnya memahami konsep halal
haram dalam urusan perniagaan terutama dalam sektor Industri Kecil Sederhana samada yang melibatkan pemakanan,
minuman dan barang gunaan Islam. Keperihatinan semua pihak dalam perkara ini akan dapat menyelamatkan umat Islam
daripada terjerumus dengan sumber makanan yang tidak dihalalkan oleh Islam, ini dikuatkan lagi dengan hadis dari Jabir
katanya:“ Rasulullah S.A.W bersabda:“ Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari hasil yang haram, setiap daging
yang tumbuh dari hasil yang haram, maka api nerakalah yang sesuai menjadi tempat tinggalnya”.

 Al-Ghazali. 2000. Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
 Al-Sabuni,Muhamad Ali. 1999. Tafsir ayat al-ahkam min al-Quran.Beirut: Dar al-

Quran al-Karim.
 Al-Sais, Muhamad Ali. t.t. Tafsir ayat al-ahkam.
 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. 2000. Konsep Kesihatan Melalui

Pemakanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
 Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Mohamed Jusuh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam.Kuala

Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.


Click to View FlipBook Version