TAJUK : ISU BERKAITAN MAKANAN HALAL
BIODATA
PENGHARGAAN
PENGENALAN
DEFINISI
TUJUAN
HUKUM
PERANAN SYARIAT ISLAM
ABSTRAK
KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
NUR IRDINA BINTI ZALFAIZAL IZZANA SAFFIYA BINTI DZUL NUR ALIA ARISHA BINTI
03DTP21F1002 BAHAR NOOR HISHAM
03DTP21F1053
03DTP21F1012
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bag subjek Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Dalam Islam ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Pan Ruslinawati Binti Abdul
Ghani kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada say untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan in terutamanya kepada pensyarah
saya Puan Ruslinawati atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bag
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
saya hargai kerana tapa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik.
Halal adalah istilah yang menggambarkan bahan yang dianggap 'murni dan bersih' yang
dibenarkan oleh umat Islam menurut undang-undang Islam. Kualiti makanan halal (dibenarkan)
dikehendaki mematuhi kehidupan harian orang Islam.Walau bagaimanapun, industri
pemprosesan makanan pada abad ke-20 dan ke-21 telah mendedahkan komuniti umat Islam
kepada pelbagai bahan tambah yang berpotensi dari sumber haiwan seperti Lcysteine, gelatin,
renet, plasma darah, transglutaminase, alkohol dan makanan ubahsuaian genetik diperkenalkan
dalam produk makanan atau minuman yang timbul daripada kemajuan teknologi sains makanan.
Hasilnya dalam banyak kes, umat Islam menghadapi kesulitan untuk memastikan produk mana
yang dibenarkan atau tidak di bawah undang-undang Islam. Ia juga mempengaruhi komuniti lain
seperti orang Yahudi, alergi terhadap ramuan ramuan dan vegetarian. Selain itu, isu halal juga
dibangkitkan dalam sembelihan, pengurusan sisa dan haiwan ternakan makan najis yang
semakin berleluasa. Sertu dalam industri makanan diperkenalkan dalam industri makanan
khususnya untuk memastikan pembersihan dilakukan dapat membuang sifat najis sepenuhnya.
Oleh itu, kertas kajian ini adalah untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada
pengguna, penyelidik dan usahawan supaya berhati-hati memilih produk makanan dalam
pasaran yang semakin banyak dikomersialkan sejak akhir ini.
Definisi Makanan Halal
Untuk mengetahui definisi makanan halal maka kita perlu meninjau arti dari makanan dan kata halal itu
sendiri. Kata makanan berasal dari kata makan dalam bahasa Arab disebut dengan kata at ta’am atau Al
atimah yang artinya makan makanan. Sedangkan yang disebut dengan kata makan sendiri diartikan
sebagai suatu aktivitas memasukkan makanan kedalam tubuh untuk menjaga kondisi dan kesehatan. Kata
makanan yang berasal dari kata makan adalah segala sesuatu yang dapat dimakan atau dikonsumsi oleh
manusia baik yang berasal dari hewan maupun tumbuhan yang dapat menghilangkan rasa lapar dan
memberikan tenaga bagi tubuh manusia memakannya.
tujuan , menghindarkan diri dari penyakit, meningkatkan iman dan mendapatkan perlindungan,
menjaga akhlak, menjaga kekhusyukan solat dan mendatangkan rezeki yg baik
Halal ialah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai
contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri, makan haiwan yang telah disembelih dengan nama
Allah.
Istilah ini dalam kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan
dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.
Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang
diizinkan menurut hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dll).
Lawan halal ialah haram.
hukum makanan yang disangka halal dan syak pada halalnya
- Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
1. Perbuatan menipu dalam perniagaan adalah haram tanpa syak. Jika menipu barang yang buruk
dengan gambaran yang baik adalah haram dan Nabi s.a.w tidak mengaku pengikut baginda, apatahlagi
menipu bahan yang haram dengan gambaran ia bahan yang halal. Pasti dosanya lebih besar.
2. Mana-mana pihak yang bersekongkol dengan penipuan daging yang haram ini, maka dia terlibat
dalam dosa tersebut. Lebih ramai yang tertipu, lebih besar dosa yang ditanggung. Pihak Yang Ditip
3. Pihak yang ditipu, sehingga menyangka bahan yang haram itu halal, tidak menanggung apa-apa dosa
dan kesalahan di sisi agama. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh ALLAH dalam al-Quran:
maksudnya“Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi
(yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh jantung hati kamu. Dan (ingatlah) Allah
itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” Nabi s.a.w dalam hadis :Sesungguhnya Allah memaafkan
umatku atas kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atasnya” (Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban dll. Ia
disahihkan oleh al-Albani dan lain-lain). Dalam al-Quran, ALLAH mengajar akan kita berdoa kepadaNYA
supaya tidak diamabil tindakan ke atas apa yang kita lupa atau silap. Firman Allah : maksudnya) "Wahai
Tuhan kami! Jangan ENGKAU mengambil tindakan ke atas kami jika kami lupa ataupun kami
tersilap"[Surah Al-Baqarah 286]
Daging Dari Orang Muslim
4. Berhubung dengan daging yang dihidangkan atau diberikan oleh seorang muslim tetapi diragui
statusnya, hal ini telah dijelaskan dalam hadis sahih, di mana Nabi s.a.w telah ditanya tentang hal ini:
Mereka bertanya:“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya di sini (Madinah) terdapat kaum-kaum yang baru
sahaja (meninggalkan) kesyirikan (baru menganut Islam) yang membawa kepada kami daging yang
kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak ke atasnya (semasa sembelihan). Apakah boleh
kami memakannya? Sabda Nabi s.a.w.:“Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari,
al-Nasai, Abu Daud dan lain-lain)
Ertinya, Nabi s.a.w mengizinkan daging itu dimakan dan disunatkan kita membaca bismillah semasa
makan. Kata al-Syeikh ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad dalam Syarh Kitab al-Sunnah min Sunan Abi Daud:
“Hadis ini menunjukkan bahawa tidak wajib bertanya atau seseorang tidak perlu bertanya apakah
disebut nama ALLAH atau tidak? Jika dibuka pintu ini, maka akan ditanya pula:“Apakah penyembelih itu
memenuhi syarat atau tidak? Apakah dia menggunakan alat sembelihan yang sah atau tidak? Maka akan
muncul soalan-soalan yang tidak perlu sedangkan asalnya ia selamat (iaitu daging dari orang muslim).
Maka tidak perlu untuk memayah-mayahkan dan bertanya soalan-soalan yang tiada keperluan. Justeru
itu Nabi s.a.w menjawab dengan jawapan yang jelas dalam hal ini, iaitu mereka boleh makan dan
membaca bismillah semasa makan”.
5. Maka, berdasarkan hadis di atas, seseorang muslim tidak berdosa apabila dia memakan sembelihan
yang pada zahirnya halal, sekalipun dia tidak pasti atau syak status halalnya yang sebenar. Ini seperti
kita memakan hidangan daging yang dihidangkan atau dijual oleh seorang muslim sekalipun kita tidak
tahu secara pasti atau syak status sebenar daging yang dihidangkan. Memadai keislaman pihak yang
memberikan daging itu untuk kita menganggapnya halal.
Maqasid al-shari’ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi’iyy dalam
usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan. Salah satu cabang fiqh ialah tentang hukum halal makanan dan
minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan pensijilan halal hari ini. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang
majoriti penduduknya bermazhab Syafi’i, penetapan standard dan prosedur pensijilan halalnya banyak didasarkan kepada
fiqh mazhab Syafi’i.Walau bagaimanapun, mutakhir ini terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa mazhab ini agak kaku
dan kurang sesuai dalam menangani isu-isu baru termasuklah isu-isu makanan halal. Namun begitu, apabila ditinjau
perkembangan ilmu maqasid al-shari’ah yang meletakkan ukuran maslahah dan mafsadah sebagai asas penetapan hukum,
pada peringkat awalnya, kebanyakan karya berkaitan dengannya ditulis oleh ulama yang bermazhab Syafi’I seperti al
Juwayni, al Ghazali, Fakhruddin al Razi, Saif al din al Amidi dan ibn ’Abd al-Salam. Bahkan Imam Syafi’i sendiri dianggap
tokoh terawal yang telah meletakkan asas ilmu maqasid al-shari’ah dalam bentuk penulisan. Sehubungan dengan itu, kajian
ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi’I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada
ukuran maqasid al- shari’ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari’ah oleh Imam Syafi’i dan
kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal yang berkaitan dengan
makanan halal. Kajian ini adalah berdasarkan kepada metode kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah daripada
bahan-bahan bertulis berkaitan dengan pendapat-pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi’I dan pelbagai dokumen
yang berkaitan. Analisis pula adalah berdasarkan kepada metode induktif dan komparatif. Hasil analisis menunjukkan
bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari’ah dalam ijtihad Imam Syafi’ terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya
pula tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi’.
Abstrak. Al-Quran merupakan sumber primer yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai
panduan bagi kehidupan manusia. Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan asas dalam
penentuan halal haram khususnya produk makanan dan barangan pengguna umumnya.
Dewasa ini, timbul pelbagai isu makanan dalam masyarakat Malaysia, kesan perkembangan
sains dan teknologi. Di antaranya isu melibatkan penggunaan sumber bahan mentah yang
bercampur dengan gelatin, lemak, darah, arak, anggota badan haiwan yang tidak disembelih,
bangkai dan haiwan yang diharamkan seperti khinzir. Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan
di kalangan pengguna khususnya Muslim dalam memilih produk makanan yang dapat
dipastikan kesuciannya. Malah tidak dinafikan terdapat sebilangan pengguna yang tidak
memahami dengan baik konsep makanan halal yang sebenar. Berdasarkan polemik tersebut,
kajian ini akan memfokuskan kepada konsep makanan halal haram menurut perspektif al-
Qur'an. Selain itu, penelitian juga dilakukan terhadap kriteria makanan halal haram yang
dinyatakan di dalamnya serta isu-isu semasa yang berkaitan. Justeru, al-Quran merupakan
sumber asas yang sentiasa relevan dalam menjadi rujukan utama terhadap penentuan halal
haram masa kini. Malah menjadi penanda aras utama ke arah memastikan konsep makanan
menurut syarak tercapai, halal lagi bersih (halalan toyyiba). Pendahuluan Salah satu persoalan
yang sentiasa dibincangkan oleh pengguna khususnya Muslim adalah pemilihan makanan
halal dan haram. Dengan perkembangan sains dan teknologi yang berlaku, produk makanan
yang dihasilkan kini lebih bersifat segera, bervariasi dan menarik
Islam mempunyai garis panduan dan peraturan dalam semua aspek kehidupan termasuklah perkara yang berkaitan dengan
pemakanan halal dan haram. Semua garis panduan itu telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah dan diperincikan
dengan pandangan-pandangan ulama dan cendikiawan. Namun begitu masih terdapat ramai dikalangan masyarakat dan
pengusaha Muslim yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat tentang soal halal haram ini. Sebagaimana hadis
yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari; dari Abu Hurairah katanya: Rasullullah S.A.W bersabda:“ Pada suatu masa akan
tiba yang mana manusia-manusianya tidak lagi memperdulikan dari mana memperoleh sumber kehidupannya, apakah dari
sumber halal atau dari sumber haram”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa adakah kita sebagai salah seorang usahawan
dan pelanggan Muslim termasuk dalam golongan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang tidak mengendahkan
hukum syarak dalam urusan pemakanan dan pembelian sesuatu produk.
Dalam hal ini, kita sebagai usahawan dan pelanggan Muslim haruslah bersama membendung masalah halal haram di
Malaysia, disarankan agar semua pengusaha Muslim diberikan kesedaran betapa pentingnya memahami konsep halal
haram dalam urusan perniagaan terutama dalam sektor Industri Kecil Sederhana samada yang melibatkan pemakanan,
minuman dan barang gunaan Islam. Keperihatinan semua pihak dalam perkara ini akan dapat menyelamatkan umat Islam
daripada terjerumus dengan sumber makanan yang tidak dihalalkan oleh Islam, ini dikuatkan lagi dengan hadis dari Jabir
katanya:“ Rasulullah S.A.W bersabda:“ Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari hasil yang haram, setiap daging
yang tumbuh dari hasil yang haram, maka api nerakalah yang sesuai menjadi tempat tinggalnya”.
Al-Ghazali. 2000. Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Al-Sabuni,Muhamad Ali. 1999. Tafsir ayat al-ahkam min al-Quran.Beirut: Dar al-
Quran al-Karim.
Al-Sais, Muhamad Ali. t.t. Tafsir ayat al-ahkam.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. 2000. Konsep Kesihatan Melalui
Pemakanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Jusuh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam.Kuala
Lumpur. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.