Bendera Malaysia: Jalur Gemilang
BULAN SABIT BINTANG PECAH 14
• Menunjukkan perpaduan 13 negeri
• Melambangkan dan Wilayah Persekutuan di negara
Agama Islam sebagai
agama persekutuan JALUR PUTIH
negara • Melambangkan
kesucian, keikhlasan
& kesungguhan
Rajah 9
BIRU TUA KUNING JALUR MERAH
• Melambangkan • Pada bulan & • Bukti keberanian
perpaduan bintang dan kesediaan
rakyat dalam melambangkan dalam menghadapi
negara yang kedaulatan Raja pelbagai rintangan
berbilang kaum Berpelembagaan dan cabaran
Lirik Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Bendera Negeri Pahang & Lagu
Warna putih
• melambangkan kedaulatan dan
pemerintahan negeri meliputi perkara-
perkara berkenaan adat resam, adat
istiadat, undang-undang, tatasusila dan
kuasa-kuasa seorang Sultan yang
memerintah negeri ini
Rajah 10
“ALLAH SELAMATKAN SULTAN Warna hitam
KAMI”
• warna kebesaran Bendahara pada
Ya Allah Yang Maha Kuasa masa lampau yang pernah
memerintah negeri ini
Lanjutkan usia Duli Yang Maha
Mulia Lagu Negeri Pahang
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku
Raja kami
Rajah 11
- Istiadat Laung Agung dilakukan pada permulaan dan akhir setiap perjumpaan Pek
Pengakap Kanak-Kanak (PKK) di seluruh dunia
- Arahan dan cara pengendalian:
1. Akela berteriak PEK! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan
seterusnya dalam keadaan sedia).
2. Akela berteriak PEK! PEK! PEK! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu
yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela
lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela
mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.
4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela
menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan
sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di
sisi luar kedua belah peha lalu berteriak 'AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ".
Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dalamm keadaan sedia
menghadap Akela.
5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan
mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " (intonasi menyoal).
PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ".
6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (PKK tidak turunkan tangan
mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
Istiadat-istiadat Pengakap
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Rajah 12
Tujuan diadakan:
• Sebelum memulakan sesuatu majlis.
• Bagi menanda pemilikan bagi sesuatu kawasan yang sedang menjalankan aktiviti.
• Bagi menunjukkan identiti sesuatu pasukan.
• Bagi menaikkan semangat perpaduan atau kecintaan dalam satu pasukan.
Cara Melaksanakannya:
1) Sebelum istiadat dimulakan, bendera telah dilipat dan diikat awal pada bahagian
hujung tiang bendera.
2) Setelah istiadat bermula, Akela akan berteriak "BENDERA". Semua PKK mengadap
bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) akan terus keluar berjalan
(berkawad) menuju ke tiang bendera.
3) Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di
hadapan tiang bendera.
4) Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera
untuk "memecah bendera" yang telah diikat awal sebelum istiadat dimulakan.
5) Kemudian, terus bergerak selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera
serta diikuti pemimpin dan PKK lain. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke
tempat asalnya dengan berkawad.
6) Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan
lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap
kembali ke dalam bulatan seperti asal.
7) Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata
"up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing.
Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai
isyarat turunkan tangan.
8) Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau
minta menjalankan tugas lain.
9) Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan memeriksa kesilapan uniform
PKK sebelum membuat pengumuman.
ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1) Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam
keadaan sedia.
2) AKELA berteriak "BENDERA"
3) Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4) AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5) Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang
dan memberi hormat. Semua yang hadir memberi hormat.
6) Petugas balik ke tempat asal.
7) Semua menyanyi lagu Pengakap.
8) Membaca doa.
9) Akela memberi arahan "SENANG.....DIRI"
10) Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA
Rajah 13
Kedudukan:
Peserta: Dalam bulatan
Jurulatih: Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta
Perjalanan Upacara:
1) Petugas memberi arahan “PEK…Sedia”
2) Petugas memberi arahan “Bendera”. Semua PKK akan menghadap bendera.
3) Dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti dan bersedia di hadapan
tiang bendera. Seorang PKK yang berada di hadapan akan menurunkan bendera
dan seorang lagi di belakang akan memastikan bendera agar tidak mencecah tanah
(sangkut pada bahu).
4) Kemudian, bendera dilipat menjadi segi tiga.
5) Setelah selesai, hanya PKK di hadapan sahaja membawa bendera kepada
pemimpin, beri hormat dan serahkan bendera.
6) Setelah PKK masuk baris, upacara bacaan doa dijalankan dan pemimpin akan
memberi ucapan.
7) Seterusnya, arahan keluar baris diberikan.
ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK)
Rajah 14
Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.
1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu
2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera
3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah
bulatan)
4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima
5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat
6. Akela menyematkan lencana
1. Lencana Kemajuan di kiri lengan baju
2. Lencana Kepandaian di kanan lengan baju
Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.
7. PKK tabik hormat
8. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima
lencana
9. PKK balik ke sekawan masing-masing.
ISTIADAT MENINGKAT NAIK (PKK KE PM)
• Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan dan menggembirakan bagi
PKK meningkat naik ke Kumpulan PM. Istiadat ini penting bagi Akela/Pemimpin dan
Penolong yang telah melatih PKK itu.
• Kedudukan: Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu
dengan lain
Cara melaksanakannya:
1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan
pemisah.
2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan
terangkan tujuan istiadat.
3. Apabila arahan "PKK meningkat naik" diberi, PKK akan bergerak satu
langkah ke hadapan, pusing ke kanan pusing dan terus bersalam dengan
PKK lain. Seterusnya, maju ke Akela di garisan pemisah (tali).
4. Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK.
5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela dengan menggunakan
tangan kiri memimpin PKK melangkah pemisah.
6. Seterusnya, PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan
bersalam.
7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol.
8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli
kumpulan.
9. Selesai semua ahli baru dipindahkan semua ahli Troop akan memberi
sorakan “SELAMAT DATANG”.
10. Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan.
ISTIADAT PERLANTIKAN AHLI PKK BARU
Rajah 15
Perjalanan Upacara:
1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong
Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan
sedia.
2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan
3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela.
Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya.
4. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri
di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian.
5. Akela: “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak”
a. PKK baru: “Ya, Akela”
6. Akela: “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap
a. PKK baru: “Ya, Akela”
Kraf Perkhemahan
Pengenalan
• Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang dan
sering dianjurkan oleh sekolah-sekolah.
• Aktiviti ini dilakukan untuk mengajar remaja dan belia hidup berdikari dan kerja
berpasukan.
• Perkhemahan melibatkan beberapa aspek iaitu perancangan, pengurusan dan
penjagaan khemah.
• Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan kenalpasti dahulu tempat perkemahan
dan kemudahan prasarana yang disediakan.
• Pastikan kesihatan fizikal dan mental berada di tahap optima sebelum melakukan
aktiviti perkhemahan.
Kraf Perkhemahan
• Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam
semula jadi dalam kegiatan luar.
• Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf
perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.
Pengurusan dan penjagaan khemah
1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang / tiang khemah berada
dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan
mengeluarkan tiang / perancang.
2. Letakkan pelincir pada zip untuk mengelakkan zip daripada jem dan menyebabkan susah
untuk dibuka.
3. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda.
4. Bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya
dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
5. Pastikan khemah anda kering sebelum simpan.
6. Sekiranya khemah anda basah, elakkan daripada menekan, menarik atau dengan apa
cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
7. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau mengadakan pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah.
8. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri di dalam khemah untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Maksud gajet
• Alat / mesin yang kecil.
• Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar kawasan perkhemahan.
• Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan
perabot rumah semasa di tapak perkhemahan.
Rajah 16
Prinsip membuat gajet
• Gunakan ikatan yang betul dan kukuh.
• Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran.
• Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau
roboh.
• Gunakan bahan semula jadi.
• Mulakan dengan membuat gajet yang mudah dahulu.
Tujuan membuat gajet
• Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan.
• Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
• Melindungi makanan daripada tercemar.
• Meningkatkan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
• Menaikkan semangat kekitaan dalam kumpulan.
Faedah membuat gajet
• Memahami habitat dan alam semulajadi.
• Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan.
• Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanNya.
• Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam kegiatan luar.
Jenis-jenis gajet dan kegunaan Huraian Kegunaan
Jenis-jenis gajet
Gadjet pintu terletak di • Menunjukkan
1. Gajet kawasan pintu bahagian hadapan sekali di kawasan
sesuatu kawasan sebuah
Rajah 17 perkhemahan iaitu: kumpulan
• Bahagian pintu • Kemas dan
hadapan (pilihan) mudah dilihat
• Bahagian pagar • Pembahagi
• Bahagian pintu antara
kumpulan lain
belakang
Jenis kepelbagaian pintu
hadapan:
2. Gajet bahagian pagar • Tulis nama ahli • Menandakan
kumpulan atau nombor kawasan
Rajah 18 kumpulan sempadan,
3. Gajet kawasan dapur suasana
• Bahagian pintu yang perkhemahan
Rajah 19 boleh tertutup sendiri yang teratur
(self-closing type). dan kemas
dan adanya
• Pintu gerbang bukan kawalan
gadjet tetapi projek keselamatan.
perintis.
• Pelbagai jenis pagar
boleh dibuat.
• Direka dengan
menggunakan pokok-
pokok kecil, pokok
menjalar dan
menggunakan batang-
batang kayu.
• Diperbuat dari bahan
semula jadi.
• Selain membuat gajet-
gajet dapur buat juga
gajet sampingan di
dapur seperti:
o Rak pinggan mangkuk
o Rak alatan tajam
seperti pisau, parang
dan kapak.
Meja makan
penyangkut cawan /
gelas.
o Rak menyimpan kayu
api / tong gas.
Rajah 20 o Gadjet gerobok (camp
4. Gajet Kawasan tempat tinggal larder).
Rajah 21 o Gadjet lubang basah
dan kering.
o Meja makan
o Tempat memasak air
o Tempat letak cawan
o Dapur
o Rak meletak pingan
dan sudu
o Tempat letak peralatan
kerja
• Semua gajet yang
dibuat hendaklah diatur
/ susun dengan baik,
disamping menjaga
kebersihan dan
kekemasan diri di
kawasan
perkhemahan.
• Gajet-gajet yang biasa
dibuat di kawasan
tempat perkhemahan
seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja
tulis, kerusi, gadjet
katil, papan kenyataan,
buaian, penyangkut
lampu, penyapu,
tempat letak beg,
tempat ampaian, tiang
bendera dan lain-lain.
5. Gajet tempat menjemur kain • Ampaian yang kekal
tidak boleh digerak
Rajah 22 dibina di kawasan
6. Gajet kawasan tempat tempat membasuh.
membasuh • Gajet tempat meletak
besen air
Rajah 23
7. Gajet-gajet lain • Gajet tempat
menyimpan alat
pergigian
• Gajet tempat
menyimpan sabun
• Gajet mengantung
tuala mandi
• Gajet kawasan tempat
basuhan
• Tiang Bendera
• Menara Memerhati
• Gajet pondok lalang
• Gendang / Kantung
Kem
• Dan lain-lain…….
Rajah 24
Ikhtiar Hidup
Pengenalan
• Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live, to outlive, state of continuing to live.
• Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau
keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
• Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus
dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.
• Ikhtiar hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di
hutan sekiranya tersesat, ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
• Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
o Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
o Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
o Terselamat dalam nahas udara atau laut.
• Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan
untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan
untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat
demikian.
• Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
Situasi ikhtiar hidup
1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2. Ancaman binatang.
3. Masalah perlindungan.
• Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan
dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal
(kecergasan,stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan, pakaian dan bekalan).
Prinsip-prinsip asas ikhtiar hidup
1. Kemahuan:
➢ Segala daya usaha untuk terus hidup termasuklah kemahuan mencari sumber
makanan dan minuman melalui pemasangan jerat, perangkap dan sebagainya
2. Mengatasi ketakutan:
➢ Ketakutan datang dari kelemahan diri sendiri. Antaranya takut kepada ancaman liar,
ketiadaan makanan dan minuman serta takut dengan benda yang tidak pernah
ditemui
3. Alat-alat ikhtiar hidup:
➢ Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup,
maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali mengadakan kegiatan luar sama ada
di darat atau air.
➢ Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air.
Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan
ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan, perubatan
dan alat-alat kegunaan.
Alat-alat Huraian
1. Makanan
• Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan
2. Perubatan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi.
3. Alat kegunaan
• Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi
keperluan selama 24 jam.
• Cadangan:
➢ 2 keping coklat, 2 bungkus sup segera, 4 sudu quaker oat,
dan sebungkus garam 40gm.
• 5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan
ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji
antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll
• Alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-
alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.
• Antara alat-alat yang sesuai:-
2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3
m)
1 @2 batang lilin
1 kotak mancis api/1 pemetik api
1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
Pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar
hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam
bahagian hulunya.
• Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas
kecil dll.
• Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila
sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan
tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.
4. Undang-undang ikhtiar hidup:
▪ Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam
perjalanan.
▪ Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak dibina dalam sehari. Jangan cuba berjalan
sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh
dielakkan.
▪ Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya,
cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
▪ Elakkan dari merasa risau. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita
sahaja. Fikirkan apakah masalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu
lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang
mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-
perkara lain.
▪ Berhenti awal di siang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa
untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat.
5 elemen utama dalam ikhtiar hidup Huraian
Elemen-elemen
▪ Berfungsi sebagai pemanas badan & elemen
1. Fire (Api) untuk meindungan survivor daripada
diancam binatang buas daripada mendekati
Rajah 25 tapak perlindungan mereka.
2. Food & Drink
▪ Digunakan untuk membekalkan cahaya,
(Masakan & Minuman) memanaskan suhu badan, keselesaan,
memasak dan sebagainya.
3. Shelter (Tempat Perlindungan)
▪ Api juga digunakan sebagai isyarat untuk
memberitahu kepada orang lain tentang
kedudukan survivor semasa berada dalam
hutan.
• Penggunaan makanan & minuman haruslah
digunakan secara berjimat cermat bagi
survivor yang sudah mempunyai
perancangan perjalanan.
• Bekalkan makanan yang ringkas tetapi
berprotein, bertenaga dan berglokosa tinggi
untuk menyimpan tenaga dalam badan.
• Sekiranya makanan yang dibekalkan sudah
habis, elakkan mengambil makanan liar
yang tidak pasti untuk mengelakkan
daripada keracunan.
• Tempat untuk melindungi diri daripada
panas matahari, cuaca sejuk, hujan & angin.
• Tempat yang berteduh seperti gua untuk
mengurangkan penggunaan tenaga.
Rajah 26
4. First Aid • Memberi bantuan semasa kecederaan.
• Tindakan asas ikhtiar untuk terus hidup
Rajah 27
5. Signaling (Memberi isyarat) dalam keadaan terancam dengan keadaan
sekeliling.
• Kaedah STOP sekiranya kecemasan
berlaku:
o S – Seating
o T – Thinking
o O– Observer
o P – Planning
• Survivor boleh menggunakan lampu suluh,
penanda berwarna cerah, wisel, pemancar
cahaya keselamatan (emergency strobe)
dan cermin untuk menarik perhatian.
• Sekiranya tiada alatan, nyalakan unggun api
dalam susunan segi tiga yang menandakan
anda dalam keadaan memerlukan
pertolongan.
Rajah 28
Masakan Solar
▪ Masakan solar amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia
▪ Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif
yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai
ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas
▪ Masakan solar ini sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti
perkhemahan
Menyediakan dapur solar
Bahan untuk membuat dapur:
-1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium / 1 can aerosol paint ( for
alimunium)
-panci atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue
-pelekat kertas /paper binding tape
-foil aliminium / aliminum foil
-kotak besar / big size empty boxes
Rajah 29 Rajah 30
Masakan Rimba
▪ Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas
dapur
▪ Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh
digunakan
▪ Dikenali sebagai ‘backwoodsman; atau masakan rimba
▪ Kerajang aluminium, tin, dawai digunakan
Kaedah memasak rimba:
1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas.
2. Memasak menggunakan daun
3. Memasak menggunakan ranting dan dawai
4. Memasak menggunakan kepingan kepingan batu
5. Memasak menggunakan buluh
Memasak menggunakan makanan sebagai bekas
1. Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup
2. Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api
3. Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut
Rajah 31 Rajah 32 Rajah 33
Memasak menggunakan daun
1. Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan
ikan.
2. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api
3. Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun
pandan, kobis dan kulit jagung
Rajah 34 Rajah 35
Memasak menggunakan ranting dan dawai
1. Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal
dari pokok beracun
2. Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu
3. Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan
Rajah 36 Rajah 37
Memasak menggunakan kepingan batu
1. Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
2. Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit. Permukaan batu
dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya.
3. Bersihkan permukaan batu dengan kain.
4. Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang panas itu.
Rajah 38
Memasak menggunakan buluh
1. Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak
2. Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang
Rajah 39 Rajah 40
Membuat Perangkap
Perangkap terbahagi kepada dua:
• Perangkap Berumpan
▪ Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak
menggunakan umpan
▪ Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap
supaya masuk ke dalam perangkap
▪ Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang
sesuai bagi binatang tersebut.
• Perangkap tanpa umpan
▪ Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik
perhatian binatang
▪ Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada
kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut
mencari makan atau minum
▪ Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
▪ Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang,
kijang,landak,rusa dan sebagainya
.
JERAT BIDAS
1. Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak
2. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali
sebagai penjerat
3. Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung
dan juga tupai.
Malam Kebudayaan dan Permainan Pengakap
Pengertian
• Malam Kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan dalam
satu-satu perkhemahan, korobori, jambori, perhimpunan pengakap dan aktiviti
pengakap sama ada peringkat kumpulan, daerah atau negeri.
• Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian, menari dan
berlakon.
• Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas.
• Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi kini
bertukar dengan penggunaan lampu gasolin atau letrik.
Tujuan
• Dapat menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah.
• Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di kalangan ahli pengakap.
• Dapat mencungkil bakat, kreativiti dan menguji lencana kepandaian pengakap.
• Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah diri, malu dan sikap
negatif di kalangan ahli.
• Boleh memeriahkan aktiviti dalam pergerakan pengakap.
• Menonjolkan kebudayaan setiap kaum, dan memperkenalkan kebudayaan negara dan
mempererat hubungan antara kaum.
Persediaan Sebelum
• Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada bekalan
letrik. Lampu gasolin yang sempurna.
• Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program.
• Jemputan tetamu kehormat
• Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman awal
dan syarat tertentu).
• Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria : suara yang baik, banyak
idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan dan kreatif untuk
mengelak kebosanan peserta.
• Alat pembesar suara.
Persiapan tempat
• Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai
dan tidak menganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat.
• Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah tumbang
atau patah (kawasan yang selamat).
• Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan.
• Kalau dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan.
• Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau
berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak.
• Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan.
Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan pentas
susunan mengikut protokol untuk tetamu.
• Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan.
Tertib Program
Juru acara malam kebudayaan / ketua perlu memberi taklimat ringkas kepada peserta supaya
perjalanan majlis dan acara berjalan lancar. Beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian
adalah seperti berikut :
• Setiap patrol perlu mengambil bahagian dan melantik seorang ketua untuk
pengawasan.
• Masa tidak terlalu lama iaitu antara 5 hingga 10 minit bagi setiap persembahan.
• Persembahan tidak menyinggong perasaan mana-mana pihak. Tidak sensitif,
menyentuh atau menghina agama, bangsa, kebudayaan kaum, peribadi, lucah dan
makna yang kotor.
• Pengacara perlu menetapkan jumlah persembahan tetapi setiap patrol mesti
mendapat peluang yang sama.
• Ketua patrol perlu menyerah tajuk persembahan dua jam sebelum acara bermula.
Kemudian juru acara akan menyusun mengikut keperluan yang seimbang dan menarik.
• Masa persembahan kebudayaan keseluruhannya lebih kurang satu setengah jam.
Bermula jam 9.00 malam.
• Selepas sahaja perasmian dilakukan, acara dimulakan dengan dua atau tiga lagu
pengakap yang rancak untuk menghidupkan suasana malam kebudayaan pengakap.
Lagu itu hendaklah boleh dinyanyi oleh semua peserta. (contoh – Disini kita berkumpul,
Saya dari Malaysia, ke Malam Pengakap)
• Selepas itu dijemput persembahan dari patrol atau kumpulan atau Daerah atau Negeri
atau Negara.
• Aturcara persembahan biarlah diselang-seli bentuk persembahan yang berlainan agar
tidak menjemukan. Contohnya :
o Nyanyian beramai-ramai (nyanyian untuk semua diselang seli agar kerancakan
dapat dikekalkan)
o Nyanyian kumpulan (solo, berduet, kumpulan)
o Lakonan pendek/sketsa/lawak jenaka.
o Stunt
o Nyanyian pusingan (round song)
o Tarian/tarian kebudayaan tradisional (kuda kepang, tarian asli, ulik mayang,
dikir barat)
• Selepas selesai sesuatu item atau persembahan, sebagai penghargaan kepada
patrol/kumpulan yang membuat persembahan hendaklah diberi “Yell” (sorakan
pengakap). “Yell” yang diberi hendaklah positif dan tidak mengandungi ejekan atau
memperagakan barangan. Contoh yell :
o Baik! Baik! Baik sekali !
o Syabas! Syabas! Syabas!
o Bravo! Bravo! Bravo!
• Lagu yang memerlukan aksi semua ahli boleh dimasukkan untuk merancakkan acara
seperti lagu Potong Be Be Angsa, Tarian Gajah dan sebagainya.
• Acara yang paling menarik disusun di bahagian akhir.
• Malam kebudayaan elok ditamatkan ketika peserta paling seronok atau acara sedang
berada di kemuncak.
• Penutup malam kebudayaan hendaklah dilakukan dengan nyanyian lagu "Negaraku"
Pelaksanakan Upacara Perasmian
• Semua peserta mengambil tempat masing-masing di tempat yang telah ditetapkan
mengikut patrol masing-masing.
• Ketibaan tetamu dan jemputan.
• Ketibaan tetamu khas (orang yang akan merasmikan malam kebudayaan). Semua
peserta bangun memberi hormat disertakan dengan sorakan "Selamat Datang"
• Pengerusi majlis memberi pengumuman dan menjemput tetamu khas merasmi majlis.
Apabila tetamu merasmi dengan lafaz "Saya isytiharkan malam kebudayaan
pengakap dibuka dengan rasminya". Semua peserta beramai-ramai memberi tepukan
dan pengacara akan mengepalai nyanyian beramai-ramai dengan tiga lagu rancak
pengakap sebagai pembuka gelanggang seperti lagu :
o Di sini Kita Berkumpul,
o Kalau Rasa Gembira,
o Saya Dari Malaysia.
• Majlis perasmian perlulah ringkas dan bermakna.
• Selepas nyanyian beramai diikuti dengan persembahan kumpulan. Diikuti dengan
"Yell", persembahan dan diselang seli dengan lagu rancak.
Garis Panduan Persembahan • Semua orang boleh menyanyikan lagu tersebut.
Lagu Beramai-ramai • Semua peserta mengambil bahagian.
• Boleh dinyanyikan dalam kumpulan kecil.
Round Song • Kalau perhimpunan besar, bahagikan kepada
kumpulan kecil dan setiap kumpulan nyanyikan lagu
beramai-ramai.
• Kalau perhimpunan antarabangsa, lagu negara
masing-masing dengan irama yang sama, semua
nyanyikan dalam bahasa masing-masing. Contoh :
➢ Rasa sayang
➢ Kalau rasa gembira.
• Satu latihan untuk bertatatertib
• Ketua yang mengendalikan ‘round song’ perlu mahir
cara menjalankan iaitu nyanyian secara beramai
dahulu dan bahagian-bahagian dinyanyikan oleh
Lakonan kumpulan dan disatukan bahagian akhirnya secara
serentak. Contoh: lagu Sudah Tidurkah Belum
Tarian • Semua mesti ikut rentak yang sama
Cerita • Dibuat untuk kumpulan kecil, misalnya 50-100 orang
atau lain-lain jumlah mengikut kesesuaian jumlah
peserta
• Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10
minit.
• Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam
agama, bangsa dan kebudayaan kaum-kaum tertentu.
• Jangan libatkan isu-isu sensitif.
• Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang
bahaya.
• Contoh :
o Lakonan bisu
o Lakonan spontan
o Pantomen
o Lakonan cerita binatang atau cerita hutan.
o Lakonan cerita sejarah
• Tarian kebudayaan tempatan/ tradisional/ binatang
• Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang
malam persembahan
• Contoh:
o Joget
o Zapin
o Kuda kepang
o Tarian gajah
• Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik
• Boleh diaksi
• Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak
• Memek muka sesuai dengan cerita
• Ada peralatan yang sesuai / kostum
• Ada pengajaran
Jenis-jenis Malam Kebudayaan
• Malam Kebudayaan Pengakap Kumpulan
• Malam Kebudayaan Pengakap Daerah
• Malam Kebudayaan Pengakap Negeri
• Malam Kebudayaan Pengakap gabungan kumpulan
• Malam Kebudayaan Pengakap semasa perhimpunan / latihan
• Malam Kebuyaan Pengakap semasa jambori, korobori, kempori, perkhemahan dan
kursus-kursus pengakap
Rajah 41 Rajah 42
Permainan Pengakap
Aktiviti terbahagi kepada dua jenis:-
• Aktiviti Dalam
a. Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den)
• Aktiviti Luar
a. Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap
AKTIVITI DALAM AKTIVITI LUAR
Lakonan Bisu Mendirikan Khemah
Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan Pengakap diberi latihan mendirikan khemah
atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan supaya mereka cekap dan mahir mendirikan
oleh Pengakap) khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan
khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh
• Satu patrol menghantar seorang
Pengakap menutup mata mereka dengan
wakil dan dia dikehendaki mencabut
skaf dan bayangkan pada masa itu sudah
satu kertas.
malam dan keadaan gelap gulita.
• Setelah membaca kandungannya,
dia hendaklah beraksi di hadapan
patrolnya dan mereka cuba meneka
lakonan yang dipamerkan.
‘Baloo’ di mana kamu Elak Bola dalam Bulatan
Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu)
dan digulung. • Pilih dua patrol untuk membentuk
• Pengakap membuat satu bulatan satu bulatan yang besar. Patrol lain
dan duduk. Dua orang dipilih; berdiri di dalam bulatan yang
seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) ditandakan. Ahli Pengakap yang
dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. berada di dalam bulatan akan
Mowgli diberikan surat khabar yang direjam dengan bola dan sekiranya
bergulung untuk dijadikan sebagai terkena Pengakap tersebut dikira
pemukul dan matanya ditutup `MATI’. Rejaman hanya sah
dengan skaf. Baloo dikehendaki sekiranya terkena di bahagian
berdiri di mana-mana dalam bulatan bawah lutut Pengakap yang berada
tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. dalam bulatan. Pengakap yang
Mowgli hanya diberi peluang `terkena’ rejaman itu iaitu sudah
sebanyak 3 kali untuk bertanya `MATI’, hendaklah mengambil
“Baloo, di mana kamu?” dan boleh tempat dengan segera di garisan
memukul dengan gulungan surat bulatan dan dibenarkan mengambil
khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. bahagian merejam bola. Lontaran itu
Baloo hanya menjawab “di sini” hendaklah dibuat bertubi-tubi
setiap kali mendengar pertanyaan dengan seberapa cepat dan
Mowgli. Baloo boleh mengelak hendaklah digalakkan ketepatan
pukulan Mowgli tetapi tidak boleh memandang. Permainan bolehlah
bergerak dari tempatnya. diteruskan hinggalah hanya seorang
Pengakap sahaja berada dalam
bulatan dan dia diisytiharkan sebagai
pemenang.
Kiri – kanan Harta Karun
Alatan: Topi dan skaf Pengakap Alatan: Peta lakaran, peta topo,
arahan/tugasan, kompas, objek seperti
• Pengakap berdiri dalam bulatan
kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).
(atau duduk) dengan rapat. Bila
terdengar arahan “Kiri”, mereka akan • Satu peta kasar (dengan bertanda X)
merebut topi/skaf pengakap yang yang menunjukkan tempat sesuatu
duduk/berdiri disebelah kiri mereka. objek disembunyikan diletakkan di
“Kiri-Kanan” boleh digantikan satu tempat, misalnya: di kawaasan
dengan perkataan lain seperti Kiri– padang. Pada peta itu, boleh
Perak; Kanan–Perlis dan perkataan- disertakan arahan lain untuk
perkataan boleh ditambah untuk dijalankan oleh Pengakap itu.
mengelirukan Pengakap yang Bereng kompas boleh diberi untuk
mengambil bahagian. panduan Pengakap mencari arah
lain sehingga terjumpanya `Harta
Karun’ itu.
Melukis gadjet/projek perintis Latihan Kecemasan
• Pengakap disuruh melukis gadget- • Sebelum mengadakan aktiviti ini;
gadget yang terdapat dalam satu
perkhemahan ke dalam buku log pastikan semua Pengakap sudah
mereka. Selain daripada melukis
dilatih dengan kemahiran
pertolongan cemas. Tuliskan
gadget, mereka boleh melukis beberapa kemalangan seperti
projek-projek perintis (pioneering) kemalangan jalan raya, kebakaran,
seperti menara, jambatan, pintu lemas dll pada kertas tugasan dan
gerbang dll. serahkan kepada ketua patrol untuk
menjalankan aktiviti tersebut
bersama patrolnya.
Ilmu Pengakap Mata Angin
• Sediakan beberapa soalan • Sebelum itu, tentukan arah mata
mengenai Pengetahuan Am angin yang betul iaitu UTARA<
Pengakap, misalnya, sejarah SELATAAN< BARAT dan TIMUR.
Pengakap, simpulan dan ikatan dll. Tiap-tiap patrol berbaris menghadap
Soalan berbentuk subjektif atau ke arah UTARA. Ketua patrol berdiri
objektif boleh disediakan. Selepas di hadapan dan Penolong Ketua
menjawab semua soalan itu, Patrol berdiri di belakang patrol. Bila
Pengakap menukarkan kertas pengakap mendengar `SELATAN’ –
jawapan dan memeriksa jawapan mereka hendaklah melompat dan
bila pemimpin memberikan jawapan berdiri menghadap ke arah
yang betul bagi soalan itu. SELATAN. Jika didapati Pengakap
itu menghadap ke arah lain maka dia
dikehendaki duduk dan permainan
itu diteruskan semula. Bila didapati
semua Pengakap dalam suatu patrol
itu telah dihukum duduk, patrol itu
diisytiharkan kalah.
Harta Tersembunyi Daftar Alat Perkhemahan
Ahli Pengakap disuruh keluar mencari Pengakap diberi sehelai kertas dan pen.
beberapa objek/benda yang telah ditentukan Pengakap dikehendaki menyenaraikan
oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, seberapa banyak yang boleh peralatan
buah-buahan dll. Pasukan yang pertama perkhemahan. Masa yang diberi adalah
dapat menyerahkan tugasan kepada terhad, misalnya satu setengah minit atau
pemimpin dianggap pemenang. dia minit. Pengakap yang paling banyak
menyenaraikan peralatan dengan
tepat/betul adalah diisytiharkan pemenang.
Jalan Lasak dan Pandu Arah
Tujuan
1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur
yang ditetapkan.
2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
Peraturan dan Persediaan
Kebenaran • Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan,
perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran.
Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu
dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya
kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
Persediaan ✓ Titik kawalan (control point)
Alatan • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta
yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga
dititik.
✓ Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang
betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah
muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik
kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang
(puncher) yang unik.
✓ Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa
bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk
apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan
penamat untuk mencatat masa penamat.
✓ Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
✓ Keterangan Kawalan
•Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan
adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
•Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam
bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
✓ Landasan
•Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan
titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat.
Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin
oleh peserta kemudiannya.
•Tanda yang berkenaan landasan adalah:
-Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
-Titik kawalan dengan tanda bulatan.
-Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
-‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
✓ KOMPAS
• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara
menentukan hala tuju di dalam hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi
mendapatkan arah yang tepat.
• Cth: Kompas bearing sudut, Kompas mata angin 16
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
Letakkan peta di Tandakan kedua-dua Lukiskan kedudukan Sambungkan kedua- Gunakan jangka
atas permukaan tempat yang hendak arah mata angin dua titik A dan B sudut bagi
utara selata. ini dengan satu garis
yang rata. dicari bearing dapat dilakukan lurus. mengukur sudut
sudutnya. misalnya dengan melukis bermula dari utara
garisan yang selari
A dan B. mengkut arah
dengan mana-mana pusingan jarum jam
garisan gred yang sehingga ke garisan
berhampiran.
yang
menyambungkan
kedua-dua titik
tersebut.
PETA TOPOGRAFI
Rajah 43
Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat.
Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan
seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa
kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Mengesan tanda dan symbol
✓ Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dsb.
✓ Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta
LAPORAN PENGGEMBARAAN
✓ Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
✓ Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang
bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa
aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka.
✓ Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan
ataupun melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan.
✓ Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih
terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.
✓ Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. Lakaran
kawasan peta jalan lasak disertakan. Catatan perjalanan. Pembahagian tugasan ahli.
Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.
Khidmat Kesukarelawan
Definisi
• Perkataan ‘kesukarelaan’ bermaksud ‘sikap sukarela’ ataupun dengan kehendak
sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.
• Mereka yang melakukan sesautu dengan sukarela dipanggil ‘sukarelawan’ bagi lelaki
dan ‘sukarelawati’ bagi perempuan.
• Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan
niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan kepada
diri sendiri.
• Biasanya berkonsepkan gotong-royong
Matlamat
• Melahirkan masyarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-
lumba melakukan kerja.
Objektif
• Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif
dalam aktiviti kemasyarakatan.
• Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan
kemasyarakatam antara lapisan masyarakat.
• Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota
masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan
seharian.
Senario Masa Kini • Tahap kesedaran dan kefahaman
• Kerja sukarela kurang sistematik masyarakat rendah
• Pengurusan sukarela lembab
• Para sukarela kurang pendedahan • Sokongan dan komitmen pihak
asas yang penting berkuasa terhad
Bentuk-bentuk Kerja Sukarela • Kebolehan / kemahiran
Kerja sukarela dilaksanakan melalui: • Menyumbang tenaga fizikal
• Pengalaman / kearifan
• Berkongsi idea / fikiran
• Meluangkan masa • Komuniti
• Ilmu pengetahuan • Pertubuhan (organisasi)
• Alam sekitar
Sasaran • Masyarakat umum
• Individu
• Kumpulan – kanak-kanak, pesakit, • Gotong-royong
OKU, mangsa bencana, remaja, • Kerja kumpulan
warga tua • Aneka terapi
• Keluarga
• Mementingkan pihak sasaran
Kaedah • Manusia sebagai sumber utama
• Khidmat nasihat
• Bimbingan (dalam kerja sukarela)
• Kaunseling • Setiap orang boleh menyumbang
• Motivasi
Prinsip-prinsip
• Sedia berkongsi
• Tiada pilih kasih
• Tidak mengharapkan balasan atau
ganjaran material
Minggu Kerja
Satu tugas diberikan
kepada setiap ahli
Pengakap untuk
melakukan kerja amal
pada hujung minggu.
Tujuan dilakukan untuk
memupuk nilai-nilai
murni dalam diri setiap
ahli Pengakap.
Minggu kerja juga
dilancarkan adalah dengan
harapan dapat mengumpul
dana untuk menjalankan
aktiviti kepengakapan di
seluruh kumpulan
Pengakap setiap daerah
masing-masing.
Bantuan Bencana
• Seseorang pengakap hendaklah sentiasa menjaga keselamatan dan memelihara
barang-barang sendiri, rumah, sekolah, dan masyarakat.
• Seseorang pengakap sentiasa menunjukkan contoh dan teladan kepada orang lain.
• Seseorang pengakap harus mengetahui dan memahami cara dan peraturan
menggunakan buku panduan telefon dan perkhidmatan lain pada waktu kecemasan.
Rajah 44
Rajah 45
Masyarakat
Penyayang
• Unit Pengakap adalah satu pertubuhan yang sentiasa menekankan kepada
kerja-kerja kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan
bantuan:
o Tenaga
o Bantuan Moral
o Buah Fikiran
o Kewangan
• Selain terlibat dalam menjalankan aktiviti serta latihan, perkembangan serta
aspek kebajikan dalam bermasyarakat menjadi satu perkara yang penting
dalam Pergerakan Pengakap Malaysia.
Rajah 46
Hari Peringatan
• Bertujuan memberi kesedaran, penghargaan, memperingati atau meraikan
seseorang atau peristiwa, misi kemanusiaan, pekerjaan, tanggungjawab dan
mencintai alam sekitar.
• Antaranya:
o Hari Kebangsaan Malaysia
o Hari Kanak-kanak Jalanan
o Hari Hutan Sedunia
o Hari Wanita Antarabangsa
Rajah 47
Alam Sekitar
• Dalam usaha untuk melestarikan sumber hutan serta penghijauan alam sekitar
sebagai warisan generasi akan datang, peningkatan kesedaran orang ramai
khususnya generasi muda amat penting sebagai pewaris masa hadapan yang
berwawasan, bertanggungjawab dan prihatin bagi mengurus dan memelihara
sumber hutan secara lestari untuk faedah sejagat bagi masa kini dan akan datang
• Antara aktiviti yang dilaksanakan:
o Mengadakan Program Perkhemahan Alam Sekitar (6th Environmental Camp)
o Program Perutusan Kedamaian
Rajah 48
Rajah 49
Simpulan dan Ikatan
Ikatan
• Memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
• Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti
efektif.
• Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja,
tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai
bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Trekking, Survivor camp, dan
lain-lain.
Ikatan
Silang
Gunting
Ikatan Jenis- Ikatan
lilit jenis Seraya
kacang
Ikatan
Serong
Jenis-jenis Huraian
Ikatan silang gunting
• Bagi membuat jambatan, menara, gejet dan
Rajah 50 menyambung kayu
Ikatan seraya • Digunakan untuk menyambung dua batang
kayu/ buluh bagi membuat kaki yang
bersilang untuk menyambung kayu supaya
menjadi panjang
• Untuk menguatkan batang kayu yang lemah
• Ikatan ini dimulakan dengan simpul manuk
dan diakhiri dengan simpul manuk juga
Teknik:
• Mulakan dengan simpulan manuk pada
sebarang kayu
• Belitkan pada kedua-dua batang kayu itu
dengan ketat
• Belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali
supaya lebih ketat
https://www.youtube.com/watch?v=tFjbKWZaIiE
• Digunakan untuk mengikat dua batang kayu
/dua batang buluh yang bersilang
Teknik:
https://www.youtube.com/watch?v=SvMIq2Zha9U
Rajah 51
Ikatan serong • Digunakan untuk membuat jambatan
Menara dan sebagainya.
Rajah 52
Ikatan lilit kacang Teknik:
Rajah 53 • Mulakan dengan simpulan pengikat balak
pada tempat kayu bersilang.
• Belitkan membujur kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan manok.
https://www.youtube.com/watch?v=vaPacWXwg3A
• Digunakan untuk mengikat batang-batang
kayu/buluh bagi membuat lantai untuk
sesuatu gajet atau projek
• Dimulakan dengan simpul manuk dan
diakhiri dengan simpul manuk juga.
Teknik:
https://www.youtube.com/watch?v=xy1jmYbn-Dg
Asas Kawad Kaki
Pengenalan
• Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan
• Bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi, cergas, dan taat perintah
Asas perbarisan Huraian
Masuk baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh
Sedia ketua perbarisan atau lebih dikenali
sebagai jurukawat. Kedudukan ahli
pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan
perbarisan, pengakap berada dalam tiga
barisan. Apabila masuk baris, ahli
pengakap dikehendaki berada
dalam ’sedia’.
Berdiri dengan kedua-dua tumit
dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua
paha hendaklah dirapatkan, genggaman
tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas
supaya dapat memandang ke hadapan.
Rajah 54