The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PINGAT OLIMPIK MALAYSIA
MUHAMMAD FAREES HAYQAL BIN MOHD JASYUA
4 ORKID
Sk KIJAL Kemaman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsuzilasaad, 2021-10-09 10:42:22

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM BIDANG SUKAN

SEJARAH PINGAT OLIMPIK MALAYSIA
MUHAMMAD FAREES HAYQAL BIN MOHD JASYUA
4 ORKID
Sk KIJAL Kemaman

KEJAYAAN MALAYSIA DALAM
BIDANG SUKAN

SEJARAH PINGAT OLIMPIK MALAYSIA

Muhammad Farees Hayqal Bin Mohd Jasyua
4 Orkid
Sk Kijal, Kemaman

PINGAT PERTAMA
NEGARA

Penantian negara kita merasa pingat selepas kali
pertama menyertai Olimpik pada tahun 1956,
berakhir pada tahun 1992 selepas pasangan Razif
dan Jalani Sidek berkongsi pingat gangsa dengan
beregu China Li Yongbo dan Tian Bingyi. Tewas
dalam perlawanan separuh akhir sebelum itu, pingat
gangsa menjadi pengubat luka Razif serta Jalani
yang meneruskan lakaran kemenangan skuad
badminton negara.

PINGAT PERAK PERTAMA MALAYSIA

Pada tahun 1996 Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock
menjadi atlet pertama negara yang memenangi
pingat perak olimpik. Mereka ditumpaskan di
perlawanan akhir oleh Ricky Subagja dan Rexy
Mainaky dari Indonesia dalam perlawanan tiga set.
Pencapaian ini telah membanggakan negara
Malaysia.

KEHEBATAN RASHID SIDEK

Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum
tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau
mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan
Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan pilihan utama, Joko
Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan juara
dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6
untuk penentuan pingat gangsa.

LEE CHONG WEI MEMECAH
BADI 12 TAHUN

 Pada tahun 2000 dan 2004, kontinjen negara kita gagal
memenangi sebarang pingat dalam dua temasya Olimpik
di Sydney , Australia (2000) dan di Athens, Greece (2004).
Pada tahun 2008 kita menunggu 12 tahun lamanya untuk
melihat bintang badminton kita Lee Chong Wei memecah
kebuntuan memenangi pingat perak pertama beliau.
Beliau mara ke perlawanan akhir namun tewas kepada
musuh tradisinya Lin Dan dari China dalam perlawanan
yang berlangsung dua set.

LIN DAN SEKALI LAGI JADI
BATU PENGHALANG

Pada tahun 2012 Chong Wei tekad bangkit menebus kehampaan pada edisi 2008. Prestasinya juga
dikemuncak setelah bergelar pemain nombor satu dunia. Chong Wei bertemu pemain berbakat
China, Chen Long dalam perlawanan separuh akhir dan menang dalam permainan dua set.
Kemenangan itu mengatur kembali perseteruannya dengan Lin Dan di perlawanan akhir. Dalam
perlawanan akhir tersebut Chong Wei sekali lagi dikecewakan oleh Lin Dan dari China dalam
perlawanan sengit sebanyak tiga set.

PINGAT PERTAMA
PANDALELA DI
OLIMPIK

 Pada tahun 2012 juga, 5
hari selepas Chong Wei
berpuas hati dengan
pingat perak Olimpik kedua
peribadi, Pandelela Rinong
dari Bau, Sarawak
mencatat percapaian
terbaik selepas memenangi
pingat gangsa dalam
acara terjun 10 meter.
Dengan kejayaan itu,
Pandelela menjadi wanita
pertama negara kita
bergelar pemenang pingat
Olimpik melakarkan sejarah
manis untuk Malaysia

TEMASYA OLIMPIK 2016 YANG GEMILANG

 Pada tahun 2016, pasangan beregu lelaki kita Goh Wei
Shem dan Tan wee Kiong telah memenangi pingat perak
Olimpik dalam karier mereka. Mereka mara ke perlawanan
akhir namun tewas kepada pasangan beregu daripada
China Zhang Nan dan Fu Haifeng

Pada tahun 2016 juga, pasangan campuran Chan
Peng Soon dan Goh Liu Ying memenangi pingat
perak pertama Olimpik dalam karier mereka. Mereka
telah ditumpaskan oleh pasangan dari Indonesia
Tantowi Ahmad dan Liliyana Natsir dalam
perlawanan yang berlangsung sebanyak dua set.

TEMASYA OLIMPIK

2016 YANG

GEMILANG

 Pada tahun 2016, Chong Wei hadir
sekali lagi membawa harapan emas
yang pertama negara, berjaya
mengenepikan Lin Dan dalam
perlawanan separuh akhir yang cukup
sengit. Malangnya, dia berdepan
Chen Long yang ketika itu bergelar
pemain badminton nombor satu
China. Chong Wei tewas untuk kali
ketiga dalam perlawanan akhir
Olimpik dan terpaksa berpuas hati
dengan pingat perak.

TEMASYA OLIMPIK 2016
YANG GEMILANG

 Pandalela Rinong hadir dengan harapan besar, berjaya memperbaiki
pencapaiannya dengan mengutip pingat perak bersama Cheong Jun
Hoong dalam acara terjun 10 meter berpasangan, ini adalah pencapaian
terbaik skuad terjun negara selepas Pandalela Rinong berjaya
memenangi pingat gangsa pada edisi sebelum itu.

PECUTAN YANG MENGHASILKAN PINGAT
UNTUK NEGARA

Pada tahun 2016, Azizul Hasni Awang melengkapkan kutipan
pingat negara selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa
dalam acara kegemarannya iaitu acara keirin, mencatat rekod
sebagai pelumba basikal negara pertama bergelar pemenang
pingat Olimpik.

Pada tahun 2021, di Olimpik Tokyo, Jepun 2020 Azizul Hasni
Awang telah berjaya meraih tempat kedua dalam acara
keirin untuk melayakkan beliau memenangi pingat perak
dalam edisi Olimpik kali ini. Ini adalah pencapaian terbaik
skuad basikal negara sepanjang pembabitan dalam sukan
Olimpik.

PINGAT GANGSA DI TOKYO

Pada edisi Olimpik 2020 yang
diadakan pada tahun 2021 Aaron
Chia dan Soh Wooi Yik mendapat
pingat pertama negara dalam
temasya kali ini, mereka bangkit
semula menewaskan beregu nombor
dua dunia dari Indonesia, Mohammad
Ahsan dan Hendra Setiawan 17-21, 21-
17, 21-14 dalam penentuan pingat
gangsa. Uniknya, pencapaian Aaron
dan Wooi Yik berdepan laluan berliku
selepas tewas lebih awal kepada
pasangan sama pada peringkat
kumpulan


Click to View FlipBook Version