MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER BALOI, PONTIAN
KALI KE-34 TAHUN 2020
Tarikh : 16 Februari 2020
Hari : Ahad
Masa : 3.45 petang
Tempat : Dewan Seri Bestari, SMK Ayer Baloi
1.0 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG SMK Ayer Baloi (Y. Bhg. Tn. Hj. Peros b. Abdul Aziz)
1.1 Y. Bhg. Tn. Hj. Peros b. Abdul Aziz selaku YDP PIBG SMK Ayer Baloi
memulakan mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli-
ahli PIBG SMK Ayer Baloi ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 tahun 2020 dan
berharap agar Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan pada hari ini dapat berjalan
dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
2.0 Taklimat atau Pesanan oleh Pengetua SMK Ayer Baloi (Y. Berusaha, Tn. Hj. Ismail
b. Rosdi)
2.1 Y. Berusaha, Tn. Hj. Ismail b. Rosdi selaku Pengetua dan Penasihat PIBG SMK
Ayer Baloi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga atas
kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi kali ke-34 tahun 2020.
2.2 Beliau menyatakan bahawa jumlah terkini pelajar SMK Ayer Baloi ialah 860 orang
manakala jumlah guru pula 83 orang.
2.3 Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Kemasyarakatan iaitu Ustaz Mat Sharif b. Mat
Othman telah berpindah ke Terengganu dan jawatan tersebut belum diisi oleh mana-
mana guru di sekolah ini atau guru dari sekolah lain.
2.4 Pihak sekolah telah mengedarkan borang Bantuan Awal Persekolahan RM100.00 yang
perlu diisi dan dilengkapkan oleh para pelajar yang layak mendapat bantuan tersebut.
2.5 Pada bulan Mac nanti akan diadakan penetapan mata pelajaran SPM untuk tahun 2020
dan sesi penerangan akan dijalankan kepada calon SPM tahun 2020. Terdapat 22 mata
pelajaran teras dan elektif yang ditawarkan kepada calon SPM pada tahun ini.
2.6 Keputusan SPM Tahun 2019 dijangka akan diumumkan pada awal Mac 2020 nanti.
Oleh itu, calon SPM tahun 2019 boleh menjelaskan sumbangan PIBG dan lain-lain
sumbangan sekiranya belum menjelaskan semua sumbangan tersebut sebelum men-
duduki Peperiksaan SPM Tahun 2019.
2.7 Program Akademik dan Kokurikulum yang telah dirancang akan diteruskan sehingga
1
peperiksan awam dan peringkat sekolah demi kecemerlangan para pelajar sekolah ini
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
2.8 Buat masa sekarang, sekolah mengalami kekurangan staf dalam pengurusan sekolah
kerana terdapat staf yang bersara iaitu En. Sakiman b. Sahid dan seorang lagi menga-
lami kecederaan akibat kemalangan jalan raya iaitu En. Mohd. Fuad b. Abdul Hamid.
2.9 Selain itu, pihak sekolah juga telah melaksanakan pelbagai program pada bulan-bulan
Islam dan Silang Budaya seperti Sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
3.0 Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi
kali ke-33 tahun 2019 oleh Setiausaha Kehormat PIBG SMK Ayer Baloi.
3.1 En. Makmur b. Salbani selaku Setiausaha Kehormat PIBG SMK Ayer Baloi
membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi kali ke-33 tahun
2019 mulai muka surat 12 hingga muka surat 17 untuk makluman dan pengesahan
daripada ahli-ahli mesyuarat.
3.2 En. Ariffin b. Omar mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer
Baloi yang lalu disahkan.
3.3 En. Zamani b. Mustafa telah menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
4.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SMK Ayer Baloi tahun 2019
hingga 2020 oleh Setiausaha Kehormat PIBG SMK Ayer Baloi
4.1 En. Makmur b. Salbani selaku Setiausaha Kehormat PIBG SMK Ayer Baloi
sekali lagi membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SMK Ayer Baloi
Tahun 2019 hingga 2020 pada muka surat 18 dan 19 untuk makluman ahli - ahli
mesyuarat.
4.2 En. Ariffin b. Omar sekali lagi mencadangkan agar laporan aktiviti tahunan tersebut
disahkan.
4.3 Pn. Noriah bt. Zainuddin telah menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
5.0 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG oleh Bendahari Kehormat
PIBG SMK Ayer Baloi.
2
5.1 Pn. Junaidah bt. Sulaiman selaku Bendahari Kehormat PIBG SMK Ayer
Baloi membentangkan Penyata Kewangan PIBG dan Program 3K SMK Ayer
Baloi dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun 2019 mulai muka surat 20 hingga
muka surat 22 untuk makluman dan pengesahan daripada ahli-ahli mesyuarat.
5.2 Pn. Azizah bt. Md. Yusof mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG dan Program
3K SMK Ayer Baloi yang lalu disahkan.
5.3 En. Abdul Razak b. Kaab telah menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman Ahli-ahli PIBG
6.0 Perbincangan cadangan daripada ibu bapa dan AJK PIBG SMK Ayer Baloi sempe-
na Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi Kali Ke-34 Tahun 2020.
6.1 Pn. Sumini bt. Buradi dari Kampung Ayer Baloi mencadangkan agar pihak sekolah
melalui kelab atau persatuan yang sesuai mengadakan lawatan kecil ke Klinik
Kesihatan dan Balai Polis Ayer Baloi kerana ramai pelajar tidak tahu apa yang ada di
kedua-dua tempat tersebut.
Seterusnya, Puan Sumini turut memohon pihak sekolah agar menukar waktu larian
Merentas Desa daripada sebelah petang ke sebelah pagi atau sebelum tengah hari
sebagaimana kebanyakan sekolah menengah dan sekolah rendah yang lain kerana
cahaya mata hari sebelah pagi mengandungi vitamin D berbanding panas sebelah
petang terutama selepas zohor yang boleh membahayakan kesihatan pelajar seperti
terkena stroke haba dan demam mengejut.
Terima kasih kepada Pn. Sumini bt. Buradi atas cadangan yang baik lagi bernas. Insya-
Allah, Unit Kokurikulum melalui kelab atau persatuan yang sesuai akan melakukan
lawatan kecil di kedua-dua tempat tersebut.
Sememangnya pihak sekolah maklum akan hal ini dan insya-Allah pihak pentadbir
sekolah akan berbincang dan membuat keputusan yang lebih sesuai pada tahun
hadapan dalam pelaksanaan program tersebut demi kebaikan, kesihatan dan kesejahte-
raan para pelajar sekolah ini.
6.2 En. Saharuddin b. Hj. Tamrin dari Kampung Pulai Sebatang memohon jasa baik
pihak sekolah agar memberi kebenaran kepada Kelab Ping Pong Ayer Baloi untuk
menggunakan Dewan Seri Bestari bagi aktiviti sukan pada sebelah malam seperti
permainan ping pong. Sehubungan dengan itu, Kelab Ping Pong Ayer Baloi boleh
membantu pihak sekolah dengan melatih para pelajar yang berminat dengan
permainan ini terutama pelajar-pelajar yang berbakat dalam permainan ping pong
untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah mahupun negeri.
Terima kasih kepada En. Saharuddin b. Hj. Tamrin atas permohonan dan cadangan
yang baik terutama demi kebaikan pelajar-pelajar sekolah ini yang berminat serta ber-
potensi dalam permainan ping pong. Usaha murni ini juga dilihat dapat mengharum-
kan dan seterusnya menaikkan nama sekolah di peringkat daerah mahupun negeri
3
dalam permainan tersebut.
Sehubungan dengan itu, permohonan tersebut boleh diajukan kepada pihak sekolah
dan pihak sekolah akan memaklumkan perkara - perkara yang perlu dipatuhi demi
kebaikan kedua-dua belah pihak. Cuma dalam hal ini, pihak sekolah amat menekankan
tentang keselamatan pelajar yang terlibat semasa pergi dan pulang dari sekolah untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sehingga menyusahkan banyak
pihak. Oleh itu, sebaik-baiknya latihan tersebut dijalankan pada sebelah petang dengan
dipantau oleh guru dan pihak lain yang berkenaan.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
6.3 En. Aminulrashid b. Arshad dari Kampung Tengah, Ayer Baloi meminta pihak
sekolah memantau serta memberi teguran kepada pengusaha kantin sekolah berkenaan
harga makanan serta minuman yang dirasakan agak tinggi berbanding harga makanan
serta minuman di luar terutama bagi para pelajar. Rungutan dalam perkara ini bukan
sahaja dalam kalangan pelajar bahkan dalam kalangan guru juga. Oleh itu, pengusaha
kantin diharap dapat menetapkan harga yang berpatutan lagi sesuai dengan pelajar
sekolah ini yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Selain itu, En. Aminulrashid juga meminta pihak sekolah agar mengambil tindakan
berkenaan masalah terputus bekalan elektrik yang sering berlaku di kelas 1 Aminuddin
Baki dan kelas 1 Burhanuddin Al-Helmy. Masalah ini dikatakan sudah berlarutan sejak
tahun 2019.
Terima kasih kepada En. Aminulrashid b. Arshad atas cadangan dan teguran membina
demi kebaikan warga SMK Ayer Baloi khususnya para pelajar sekolah ini. Perkara ini
memang disedari oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang turut merasai kenaikan
harga makanan serta minuman berbanding pengusaha kantin sebelum ini. Pihak sekolah
melalui Unit Hal Ehwal Murid juga telah mengadakan perbincangan dengan pengusaha
kantin sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi
kebaikan bersama. Insya-Allah, pihak sekolah akan memantau hal ini dari semasa ke
semasa.
Dalam masalah terputusnya bekalan elektrik yang sering berlaku di kelas 1 Aminuddin
Baki dan kelas 1 Burhanuddin Al-Helmy, ianya berpunca daripada gangguan wayar
kabel di blok berkenaan. Pihak sekolah telah berurusan dengan pihak TNB untuk
mendapat bantuan dalam menyelesaikan masalah ini yang sememangnya menimbulkan
keadaan tidak selesa kepada para pelajar dan guru-guru ketika cuaca panas mahupun
hujan lebat apabila cuaca menjadi gelap. Semoga masalah ini dapat diselesaikan sece-
pat yang mungkin. Dalam hal ini, pihak sekolah juga telah mendapat peruntukan seba-
nyak RM70,000.00 daripada JKR untuk mengatasi masalah tersebut yang melibatkan
jurutera swasta dari luar dalam kerja-kerja pendawaian elektrik.
6.4 En. Zulkifli @ Zoorkapli b. Kamin selaku AJK PIBG mencadangkan agar diwujud-
kan Kumpulan WhatsApp mengikut tingkatan atau kelas agar ibu bapa atau penjaga
dapat mengetahui dan memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru - guru di
sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes pelajar yang tidak
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mata pelajaran di sekolah.
4
Terima kasih kepada En. Zulkifli @ Zoorkapli atas cadangan yang bernas. Insya-Allah
pihak sekolah akan melaksanakan cadangan ini secepat yang mungkin agar ibu bapa
atau penjaga dapat sama-sama memantau dan mengingatkan anak-anak mereka tentang
kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mata pelajaran di sekolah sebagai satu cara
untuk mengukuhkan lagi pengetahuan atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh para
pelajar khususnya calon PT3 dan SPM pada tahun ini.
Selain itu, cadangan ini secara tidak langsung memberi maklumat kepada ibu bapa atau
penjaga tentang keberadaan anak-anak mereka di sekolah iaitu program-program yang
perlu dihadiri pada hari dan masa tertentu seperti kelas tambahan terancang pada sebe-
lah petang hari persekolahan atau hujung minggu. Sebenarnya, telah wujud kumpulan
WhatsApp di kebanyakan kelas atau tingkatan untuk memudahkan guru-guru terutama
guru kelas untuk berhubung dengan pelajar masing - masing bagi menyampaikan
sesuatu maklumat. Semoga kemudahan perhubungan ini tidak disalahgunakan oleh
pihak-pihak yang berkepentingan atau tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan
masalah kepada pihak-pihak tertentu khususnya guru-guru yang sememangnya perlu
melakukan pelbagai tugasan di sekolah bersama-sama para pelajar mahupun di rumah
bersama-sama keluarga tercinta. Sebaik-baiknya,ibu bapa atau penjaga boleh terus ke
sekolah berjumpa dengan pentadbir, kaunselor atau guru-guru yang berkenaan untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang lebih sahih atau tepat demi kebaikan kedua-dua
belah pihak.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
7.0 Ucapan Penangguhan
7.1 Y. Bhg. Tn. Hj. Peros b. Abdul Aziz selaku YDP PIBG SMK Ayer Baloi
mengingatkan ibu bapa atau penjaga berkenaan sumbangan-sumbangan yang perlu
dijelaskan oleh setiap pelajar di sekolah ini sebagaimana yang telah dipersetujui dalam
Mesyuarat Agung PIBG yang lalu iaitu;
Tingkatan/Perkara Tingkatan 1 & 2 Tingkatan 4 Tingkatan 3 & 5
RM15.00 RM15.00 RM15.00
Majalah Sekolah RM40.00 RM40.00 RM40.00
(setiap keluarga) RM30.00 RM50.00 RM120.00
Sumbangan PIBG RM10.00 RM10.00 RM10.00
(setiap keluarga) 5
Program
Kecemerlangan
Akademik
(setiap pelajar)
Program
Kecemerlangan
Kokurikulum
(setiap pelajar)
Program 3K RM10.00 RM10.00 RM10.00
(setiap pelajar) RM105.00 RM125.00 RM195.00
Jumlah
Sumbangan tersebut boleh dijelaskan sepenuhnya atau secara berperingkat mengikut
kemampuan keluarga masing-masing kepada guru kelas anak tuan-tuan dan puan-
puan. Sesungguhnya, sumbangan ini amat diperlukan oleh PIBG dalam membantu
pihak sekolah melaksanakan pelbagai program kecemerlangan akademik dan
kokurikulum.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
7.2 En. Arif b. Raban selaku Pegawai Unit Kokurikulum di PPD Pontian menerangkan
bahawa Program Merentas Desa boleh dijalankan pada hari Sabtu sebelah pagi agar
pihak sekolah tidak perlu memohon Cuti Peristiwa. Jika hendak dijalankan pada hari
persekolahan, program tersebut sebaiknya dijalankan pada sebelah petang iaitu selepas
waktu asar. Sekiranya hari panas, majlis penutupan sukan boleh dijalankan di dalam
dewan agar pelajar tidak panas yang mungkin boleh menyebabkan sebilangan mereka
mengalami demam panas atau demam mengejut dan pengsan.
Dalam hal ini, Tn. Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan
menjalankan sebarang program pada hari Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima
sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Sekiranya
diadakan pada sebelah pagi pula, pihak sekolah perlu memohon Cuti Peristiwa yang
diperuntukkan hanya empat hari dalam setahun.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
7.3 En. Ariffin b. Omar merujuk kepada cadangan En. Sahahruddin b. Hj. Tamrin
yang ingin memohon kebenaran menggunakan Dewan Seri Bestari untuk permainan
ping pong, beliau menjelaskan bahawa En. Saharuddin pernah memohon kepada beliau
untuk tujuan yang sama di Pulai Sebatang, namun setelah diluluskan tiada pula
tindakan lanjut oleh En. Saharuddin dalam hal ini.
Selain itu, En. Ariffin b. Omar selaku Ketua Kampung menyatakan bahawa terdapat
pelajar yang membawa borang Bantuan Awal Persekolahan ke rumahnya untuk
mendapatkan pengesahan pendapatan keluarga namun borang tersebut tidak
ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan. Oleh itu, beliau
mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga agar peka dalam hal ini dan
memastikan borang tersebut telah lengkap diisi serta ditandatangani oleh ibu bapa atau
penjaga pelajar berkenaan sebelum disahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Merujuk kepada Bantuan Awal Persekolahan untuk pelajar yang layak menerimanya
berdasarkan pendapatan keluarga atau isi rumah, Tn. Pengetua menerangkan bahawa
dalam Pekeliling ada menyatakan iaitu bagi pelajar sekolah menengah, mereka boleh
6
mengambil atau menerima sendiri wang tersebut. Walau bagaimanapun, pihak sekolah
telah menetapkan bahawa hanya pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang
dibenarkan mengambil sendiri wang tersebut manakala pelajar tingkatan 1 perlu
diserahkan wang tersebut kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti keciciran atau kehilangan.
Oleh itu, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang
penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan melalui surat rasmi yang akan
diedarkan kelak.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
7.4 Tn. Pengetua selaku Penasihat PIBG SMK Ayer Baloi mencadangkan Cik Endok
Afek bt. Ambo Ulang sebagai Penolong Setiausaha Kehormat PIBG SMK Ayer
Baloi bagi membantu tugas-tugas Setiausaha Kehormat PIBG memandangkan beliau
merupakan anak tempatan Mukim Ayer Baloi. Cadangan Tn. Pengetua ini telah
mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli-ahli PIBG SMK Ayer Baloi.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
7.5 Sebagai penutup Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi pada tahun ini, Tn. Hj.
Peros b. Abdul Aziz selaku YDP PIBG sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ahli-ahli PIBG atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan sepanjang
mesyuarat ini berlangsung. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak khususnya guru-guru dan AJK PIBG yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi
Kali Ke-34 Tahun 2020. Begitu juga, ampun dan maaf dipinta andai kata terdapat
sebarang kelemahan atau kekhilafan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.
Tindakan : Makluman ahli-ahli PIBG
Mesyuarat Agung PIBG SMK Ayer Baloi Kali Ke-34 Tahun 2020 ditangguhkan pada
pukul 5.15 petang.
Disediakan oleh; Disemak oleh;
t. t
t. t
___________________
____________________
(HJ. PEROS B. ABDUL AZIZ)
(EN. MAKMUR BIN SALBANI) Tuan Yang Di-Pertua PIBG,
Setiausaha Kehormat PIBG, SMK Ayer Baloi,
SMK Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Pontian, Johor.
7
8