Definisi Etika dan
Peradaban
DISEDIAKAN OLEH :
WAN MUHAMMAD IKHWAN BIN WAN ZAHARI (28DDT21F2027)
MUHAMMAD SUHAYL AZRI BIN SAMSUDDIN (28DDT21F2028)
Pengenalan
- Etika dan peradaban merupakan satu elemen yang sangat
penting dalam pembentukan diri, keluarga, komuniti, masyarakat
dan negara. Etika dan peradaban juga perlu difahami dan dihayati
oleh segenap lapisan masyarakat agar terbinanya sebuah
masyarakat, bangsa dan negara yang bertamadun dan beradab.
- Etika dan peradaban juga penting dalam sesebuah masyarakat
supaya hidup akan saling hormat-menghormati, dapat
membentuk hidup yang harmoni dan juga berkeperibadian yang
tinggi.
Definisi Etika
Perkataan etika berasal dari perkataan ethos (Yunani), atau mores
(Latin) iaitu hukum, adat resam, adat tradisi, sopan santun dan
sebagainya.
Bahasa : Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan
santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia.
Sosiologi : Satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah
yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia
dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada
masyarakat.
Contoh Etika
- Mengembalikan barang milik orang yang telah dipinjam
- Tidak membuang sampah sembarangan
- Menghormati orang yang lebih tua
- Bersikap jujur dalam kehidupan sehari-hari
- Tidak datang terlambat ke sekolah atau tempat kerja
Definisi Peradaban
Berasal dari kata dasar ‘ adab ‘ yang diberi imbuhan pe dan an
sehingga terbentuk kata nama peradaban
Bahasa : Budi bahasa yang halus, tingkah laku yang baik serta
berbudi bahasa
Beradab : Baik budi bahasanya serta sopan
Contoh : Orang yang beradab tidak akan meninggikan suara
apabila berkata-kata dengan ibu bapanya.
Adat Resam
Bahasa : Adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum
ataupun daerah
Adat resam juga dikenali sebagai undang-undang atau hak yang
tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara
turun-temurun sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Ia
adalah sesuatu yang ramai orang lakukan, dan telah dilakukan untuk
jangka masa yang lama.
Contoh Adat Resam
Adat Resam kaum Melayu : bertunang dan
juga majlis perkahwinan
Contoh Adat Resam
Adat Resam kaum Cina : Mayat disapu
minyak wangi & disolek untuk harumkan si
mati di akhirat
Contoh Adat Resam
Adat Resam kaum India : Kunyit disapu pada
mata & duit syiling diletakkan di atas dahi si
mati.
Adat Istiadat
Bahasa : Berbagai-bagai adat yang diikuti.
Berbagai-bagai adat dan kebiasaan. Majlis rasmi untuk menyambut
sesuatu peristiwa seperti pertabalan dan sebagainya.
Contoh Adat Istiadat
Majlis pertabalan di Raja dan Adat Istiadat Minang Kabau
Etos
Etos ialah perkataan bahasa Yunani bermaksud "watak" yang
digunakan untuk mempamerkan kepercayaan ciri yang menjadi
pedoman yang menggambarkan ciri suatu masyarakat, bangsa, atau
ideologi. Orang Yunani juga menggunakan perkataan ini untuk merujuk
kepada kuasa muzik mempengaruhi emosi, tingkah laku, dan juga
moral.
Bahasa : Sifat ciri sesuatu bangsa dan budaya.
Sosiologi : Usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu,
keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, bahasa,
agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas
negara atau bangsa.
Etiket
Adat dan peraturan serta kesopanan terutamanya dalam kehidupan
sosial atau dalam profesion tertentu.
Etiket adalah tata cara dan sopan santun dalam masyarakat yang
beradab guna memelihara hubungan baik antar sesama.
Contoh Etiket di Rumah
- Memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang betul.
Contoh : kakak, adik, abang
- Menerima nasihat dan tidak menyinggung perasaan keluarga
- Berbahasa sopan dan lembut ketika berbicara semasa bertutur.
- Memberi layanan yang baik kepada yang lebih tua kepada kita.
Contoh Etiket di Meja Makan
- Jangan bercakap semasa makanan sedang penuh dalam mulut kita. Juga
jangan bertanya sesuatu kepada tetamu yang mulutnya sedang penuh
dengan makan kerana ia akan menjadi serba salah untuk menjawab.
- Tutup mulut semasa mengunyah makanan untuk mengelakkan berbunyi dan
dilihat sebagai tidak sopan.
- Jangan mula makan sebelum tetamu utama mula makan. Jika di meja bulat,
tunggu semua tetamu di meja kita sudah dapat hidangan barulah mula makan
(sekiranya menu di dihidang oleh pelayan).
Perbezaan antara Etika dan Peradaban
Etika Peradaban
Etika merupakan prinsip moral Peradaban merupakan
atau nilai-nilai akhlak yang kemajuan sosial dan
menjadi pegangan seseorang kebudayaan sesuatu bangsa.
Individu atau sekumpulan
manusia.
Perbezaan antara Etika dan Etiket
Etika Etiket
Menetapkan norma perbuatan, Menetapkan cara perbuatan,
apakah boleh dilakukan atau tidak; menunjukkan cara yang tepat, baik
contohnya masuk rumah orang dan benar sesuai dengan apa yang
tanpa izin diharapkan.
Bersikap absolut; tidak dapat Bersifat relatif; dianggap tidak
ditawar-tawar; contohnya jangan sopan dalam sesuatu kebudayaan
membunuh, jangan mencuri dan ada yang dianggap sopan
dalam sesuatu kebudayaan lain.
Memandang manusia dari segi
dalam Memandang manusia dari segi
luaran
Etika menunjukkan seluruh sikap
manusia yang bersifat jasmaniah Etiket menitik beratkan pada sikap
mahupun rohani perbuatan yang lebih bersifat
luaran sahaja.
Kepentingan Menghayati Etika dan
Peradaban
- Akan melahirkan warganegara yang mampu mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan secara menyeluruh.
- Terbinanya sifat-sifat nilai murni dalam setiap diri anggota
masyarakat.
- Membina negara bangsa dan masyarakat yang bertamadun
- Membina sebuah kehidupan yang harmoni
Terima Kasih.