E-Sukan Jana Minda, Jana Pendapatan
MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
DISEDIAKAN OLEH :
WAN MUHAMMAD IKHWAN ( 28DDT21F2027)
MUHAMMAD HILMAN ( 28DDT21F2009 )
MUHMMAD FAREED IMRAN ( 28DDT21F2010 )
ISI KANDUNGAN 04 Contoh-contoh
e-Sukan
01 Pengenalan
02 Kebaikan dan 05 Perkembangan
Keburukan e-Sukan di Malaysia
03 Contoh artikel 06 Kesimpulan
01
Pengenalan
Pengenalan
- Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan
yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian.
- E-sukan merupakan salah satu permainan digital yang mampu berkembang sebagai
salah satu industri pada masa akan datang.
- Selain itu, pemain-pemain e-Sukan di Malaysia telah banyak menyertai pertandingan di
serata dunia seperti pertandingan International 3, Dota 2 Championship yang
berlangsung di Amerika Syarikat yang mana pasukan dari Malaysia telah mendapat
tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang RM1juta.
- Justeru itu, satu badan yang memantau sukan elektronik telah melancarkan eSport
Malaysia atau ESM yang didaftarkan atas sokongan FELDA sendiri serta ASUS Malaysia
selaku jenama peralatan yang disyorkan pada Disember 2014 dengan objektif untuk
menaik taraf sukan e-Sukan di Malaysia.
Pengenalan
- Selain daripada itu, terdapat lapan Universiti di Malaysia yang menawarkan dan
mempunyai kelab e-Sukan, antaranya ialah Uitm Shah Alam dan Universiti Putra
Malaysia.
- Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan E-Sport tidak ada
banyak perbezaannya. Aspek yang dinilai persamaanya adalah seperti kemahiran
berkomunikasi berrkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan
02
Kebaikan dan Keburukan
Kebaikan
1. Meningkatkan kemahiran virtual-spatial
- Kemahiran visual-spatial merupakan kemahiran menvisualisasi ruang dan
kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruand, warna dan garisan.
Kemahiran ini diperlukan untuk belajar menari, membaca peta, serta membaca dan
mengira. Sebagai contoh, Minecraft melatih minda untuk bergerak tanpa peta, dan
memahami jarak dan ruang dengan lebih mendalam. Kemahiran ini juga membantu
dalam koordinasi dan pergerakan.
2. Mengajar kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis
- Setiap permainan video direka untuk mencabar minda untuk mengasah pemikiran
kritikal si pemain. Permainan video mendorong anda untuk berfikir dan menyusun
strategi dalam situasi yang tertekan dengan pantas. Sekiranya gagal, permainan
video boleh mendorong semangat kecekalan dan daya tahan diri untuk terus
mencuba dan belajar dari kesilapan sebelumnya.
Kebaikan
3. Meningkatkan kemahiran sosial
- Permainan video merupakan aktiviti sosial yang mementingkan kerjasama dalam
mencapai sesuatu matlamat. Kemahiran berkomunikasi amatlah diperlukan untuk
menyelesaikan misi permainan bersama. Pada masa yang sama, sekiranya dalam
pasukan berlawanan, haruslah ingat bahawa menang kalah adat pertandingan, dan
pemain perlulah mempunyai kawalan emosi dan semangat kesukanan yang tinggi.
4. Mengurangkan stres
- Permainan video terbukti memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental, di
mana ianya mampu mengurangkan stres. Hal ini kerana permainan video adalah
menarik, dan memberikan kepuasan yang tinggi apabila berjaya menyelesaikan
cabaran.
Keburukan
1. Ketagihan permainan video
- Ketagihan permainan video dikenalpasti sebagai penyakit mental dan didefinisikan
sebagai penggunaan permainan video yang berlebihan dan bermasalah. Antara
tanda-tanda ketagihan permainan video adalah seperti kerap berfikir tentang
permainan video, berasa tidak senang hati jika tidak dapat bermain, memerlukan
masa yang banyak untuk berasa puas hati apabila bermain permainan video, tidak
dapat berhenti bermain, hilang minat untuk melakukan aktiviti atau hobi lain, kekal
bermain permainan video walaupun kelakuan tersebut menyebabkan masalah
dalam pekerjaan, pendidikan, mahupun hubungan, berkelakuan tidak jujur dalam
menyatakan jumlah waktu bermain, dan bergantung kepada permainan video
sahaja untuk mengurangkan perasaan tidak senang. Pada jangka masa pendek,
ketagihan permainan video akan menyebabkan keletihan, kurang tidur, kurang
makan, isolasi dan kurang aktiviti sosial. Sekiranya berterusan akan merosakkan
prestasi akademik dan pekerjaan, serta menimbulkan masalah hubungan dan
kewangan.
03 Contoh Artikel
E-Sukan berpotensi jana pendapatan lumayan
Kota Samarahan, 13 Mac - Profesion e-sukan berpotensi menjana pendaptan lumayan
dengan hanya bermain permainan secara kompetitif.
“ Profesion sukan itu berpotensi menjana pendapatan lumayan kepada golongan muda yang
cenderung menggunakan gajet dalam aktiviti harian “ - kata ADUN Tanjung Datu, Azizul
Annuar Adnan kepada Majlis Perasmian Pertandingan PUBG Mobile Ditech Resources di sini
Sementara itu, menurut beliau kerjaya dalam bidang tersebut dapat membina karier
seseorang yang terlibat aktif dalam arena e-sukan selain mampu menjadi atlet e-sukan
mewakili dan mengharumkan nama negara.
Sambung pembacaan :
https://sarawakvoice.com/2022/03/13/e-sukan-berpotensi-jana-pendapatan-lumayan/
E-Sukan bantu jana pendapatan lelaki lumpuh
Perak, 22 Jun 2021 - Muhammad Azali Abdul Hamid, 23, berkata, dia mula menjana pendapatan
melalui permainan video secara dalam talian awal tahun ini setelah lumpuh separuh badan akibat
kemalangan jalan raya pada 2017.Menurutnya, biarpun tidak mampu bergerak dan hanya berbaring
di katil, internet adalah penghubungnya dengan dunia luar.
“ Saya lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah, jadi internet yang menghubungkan dunia
luar terutama rakan-rakan.Dunia maya juga memberi pendapatan kepada saya melalui permainan
video secara online. Melaluinya, saya dapat menjana pendapatan kira-kira RM400 sebulan. Akibat
lumpuh, ini saja cara saya mencari duit walaupun tidak banyak namun sekurang-kurangnya saya
berusaha “ - katanya ketika ditemui di Perak baru baru ini.
Sambung pembacaan :
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/e-sukan-bantu-jana-pendapatan-lelaki-lumpuh/
E-Sukan membuka pintu rezeki anak muda
USIM, 13 Mac 2021 - Sebelum ini, ramai pihak beranggapan bahawa permainan video adalah
sekadar hobi untuk mengisi masa lapang. Namun begitu, e-sukan telah berjaya membuka peluang
dan kesempatan buat para remaja untuk menjana pendapatan. Kerjaya sukan elektronik juga
semakin berkembang di negara ini malah ia berpotensi untuk menjadi kerjaya yang mempunyai
pendapatan lumayan
PMPL SEA menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 150,000 USD bersamaan dengan RM600,000.
Pasukan Malaysia iaitu Yoodo Gank adalah satu satunya pasukan tunggal negara yang telah
menjuarai kejohanan itu pada musim lepas.Pasukan Team Secret juga berjaya membawa pulang
hadiah sebanyak 17,000 USD semasa kejohanan berlangsung di Dubai ketika pendamik Covid-19
Sambung pembacaan :
https://theinspirasi.my/e-sukan-membuka-pintu-rezeki-anak-muda/
Contoh-contoh e-Sukan
Mobile PUBG Mobile League of
Legends Legends
Perkembangan e-Sukan di Malaysia
Kuala Lumpur, 10 Apr 2017 - Dalam masa beberapa tahun ini, Malaysia telah memperlihatkan
perkembangan eSukan yang pesat. Dengan acara seperti The Legends Circuit, Malaysia Cyber
Games, Selangor Cyber Games dan ESL Genting yang dianjurkan, peminat eSukan dapat
mengisi kalendar mereka untuk menghadiri acara eSukan yang hebat setiap tahun.
Malah dalam peringkat kolej dan universiti, Garena telah memulakan inisiatif nasional yang
dipanggil Garena Student Alliance (GSA), di mana kelab eSukan ditubuhkan di
universiti-universiti tempatan seperti Sunway University. 15 universiti sudah pun mendaftar
kelab eSukan mereka sendiri.
Dengan inisiatif dan acara seperti ini yang dianjurkan di Malaysia, arena eSukan di negara kita
akan terus berkembang. Kita berasa bangga dengan pasukan badminton negara kita. Satu hari
nanti kita akan berasa bangga dengan pasukan eSukan kita sendiri.
Kesimpulan
- Kesimpulannya , jelaslah bahawa bidang ini boleh dijadikan inspirasi
kepada masyarakat sejagat sebagai salah satu punca rezeki dan juga kita
sebagai rakyat Malaysia hentikan pemikiran yang bahawa e-sukan ni
adalah sesuatu yang negatif. Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang
ini menawarkan pendapatan yang lumayan sehingga ada yang berjaya
seperti Fariz Zakaria ataupun dikenali sebagai Soloz yang memiliki kereta
mewah berjenama Mustang dengan menggunakan sepenuhnya
pendapatan dari kerjayanya sebagai seorang “streamer “ di Facebook.