LHE3105:
PENGAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA
NAMA PENSYARAH:
DR. HALIMAH BINTI JAMIL
DISEDIAKAN OLEH:
MUNIRAH AFIFAH BINT MAT BIDIN
(210990)
NURULADIBAH SYUHAIDAH BINTI AHMAD
(210994)
pengenalan
Kemahiran membaca merupakan salah satu
daripada empat kemahiran yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran ini merupakan satu proses yang
memerlukan seseorang itu menterjemahkan
lambang-lambang tulisan kepada lambang-
lambang bunyi serta memahami makna dan
buah fikiran yang hendak disampaikan oleh
seseorang penulis itu. Dalam proses
membaca ini juga, murid akan dapat
mengulas, memahami dan mengkritik teks
yang dibaca. Setelah itu, mereka akan
menjawab beberapa soalan mengenai apa
yang telah dibaca.
DEFINISI DAN KONSEP
MEMBACA
Definisi 'membaca'
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021),
membaca ditakrifkan sebagai memerhati isi
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti
dan memahamkan makna kandungannya sama
ada ahhbar, buku, novel, surat, dsb. Robert Lado
(1964) pula menyatakan bahawa membaca
sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada
bentuk tulisannya.
Konsep membaca
Steinberg (1982) menjelaskan bahawa proses
membaca sebagai satu bentuk komunikasi
dan tujuannya adalah memberi maklumat
melalui bentuk-bentuk bertulis.
Zulkifley Hamid (1994) menyatakan
membaca sebagai proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan,
menterjemahkannya kepada bentuk bunyi
yang dilambangkan dan mendapat makna
bagi bentuk tulisan tersebut.
Morhaini Yusoff (1989) merumuskan proses
membaca sebagai perlakuan yang kompleks
dan tidak dapat diperhatikan.
Dua komponen kemahiran membaca iaitu:
1. Mengenal atau mengecam perkataan.
2.Memahami apa yang dibaca.
Proses membaca:
1.Mengecam atau mengenal lambang atau
perkataan yang dilihat.
2.Mengaitkan lambang atau perkataan
dengan bunyi atau makna.
3.Menterjemah makna perkataan itu dengan
mengaitkan dengan apa yang sedia ada di
kepala.
4.Mengumpul dan mencantumkan idea,
perkataan dan ayat sehingga menjadi
sebuah idea yang lengkap.
5.Mencuba menghuraikan idea kepada
orang lain.
Menurut Solah (1981) dan Abdul Aziz (1993),
kemahiran mendengar dan kemahiran
membaca mempunyai persamaan dari aspek
kefahaman bahasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, masing-masing akan menggunakan
deria pendengaran dan deria penglihatan
apabila melakukan aktiviti mendengar dan
membaca.
kepentingan kemahiran
membaca
Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.
Aktiviti membaca membolehkan seseorang itu
mendapat pelbagai pengetahuan baharu yang
akan memberi manfaat kepada mereka pada
masa-masa yang akan datang.
Meluaskan lagi fahaman terhadap sesuatu perkara
serta membetulkan semula idea-idea yang salah.
Dengan banyak membaca, seseorang itu dapat
mengenal pasti kesalahfahaman terhadap idea-idea
terdahulu sekali gus dapat menambah baik
penguasaan dan kefahaman mereka terhadap
perkara yang dipelajari.
Menyelesaikan pelbagai masalah dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh,
seseorang dapat berurusan di kaunter,
memilih makanan di restoran dan
sebagainya.
jenis bacaan
BACAAN MEKANIS
Bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan
intonasi dan irama mengikut gaya membaca
yang betul.
BACAAN INTENSIF
Bertujuan memperkembangkan kebolehan
meneliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat.
BACAAN EKSTENSIF
Bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan
di luar kelas.
BACAAN
MEKANIS
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
(DSKP)
Kemahiran membaca
Standard Kandungan
2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan
prosa d
an puisi.
Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa
sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan
intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
bahan bantu mengajar
(bbm)
Aplikasi Flipgrid
dan sampul surat
berisi teks
AKTIVITI
Setiap murid diberi pilihan sampul
surat yang mengandungi teks berita
yang berbeza.
Untuk aras rendah, setiap murid
diminta membaca teks dengan
intonasi dan sebutan yang betul
melalui aplikasi Flipgrid.
Bagi aras sederhana, murid
lain diminta memberi komen
atau pandangan ke atas
pembacaan rakan mereka.
Bagi aras tinggi, setiap murid diminta
untuk menyenaraikan bentuk kata
yang berbeza yang terdapat dalam
teks.
BACAAN
INT
ENSIF
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
(DSKP)
Kemahiran membaca
Standard Kandungan
2.2 Membaca untuk memahami makna
perkataan, rangkai kata, istilah, serta ungkapan
dan ayat dalam
pelbagai bahan.
Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca dan menerangkan maksud istilah
yang tepat dalam pelbagai bahan menggunakan
glosari, kamus dan tesaurus dengan betul dan tepat.
bahan bantu mengajar
(bbm)
Papan Permainan
Bahasa dan sampul
surat berisi soalan
AKTIVITI
Murid diberi Papan Permainan Bahasa dan
setiap seorang murid diberi penanda yang
bewarna berbeza.
Murid diminta membalingkan dadu yang
mengandungi nombor 1 dan 2.
Penanda harus digerakkan berdasarkan
nombor yang diperoleh semasa balingan
da
du.
Murid diberi sampul surat yang sama warna
dengan warna petak yang penanda berhenti.
Sampul surat diisi dengan soalan dan murid
perlu menjawab soalan tersebut.
Setiap petak tersebut mengandungi soalan
mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi.
Semakin tinggi peringkat permainan,
semakin tinggi aras soalan.
BACAAN
EKS
TENSIF
DOKUMEN STANDARD
KANDUNGAN DAN PENTAKSIRAN
(DSKP)
Kemahiran membaca
Standard Kandungan
2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk
mengukuhkan penguasaan bahasa dan meluaskan
pengetahuan bagi p
embangunan diri.
Standard Pembelajaran
2.4.1 Membaca dan memahami serta
mengemukakan pendapat yang rasional tentang
pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
bahan bantu mengajar
(bbm)
Menu makanan dan
Kod
QR
AKTIVITI
Murid diberi pilihan menu makanan yang
mengandungi kod QR yang berbeza kepada
murid.
Murid diminta memberi ulasan secara
kreatif dan kritis berkenaan perkara yang
dipaparkan mela
lui kod QR pada menu
makanan yang dipilih.
Setiap perkara yang dipaparkan melalui
kod QR adalah berdasarkan tiga aras iaitu
rendah, sederhana dan tinggi.
Semakin bertambah menu makanan,
semakin meningkat aras perkara yang
dipaparkan.
KESIMPULAN
Kemahiran membaca merupakan salah satu
daripada empat kemahiran bahasa yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Melalui kemahiran membaca, murid
akan memperoleh pelbagai kebaikan
termasuklah meneroka ilmu-ilmu baharu.
Justeru, pengajaran
dan pembelajaran
kemahiran membaca perlulah diberi penekanan
oleh guru. Teknik, pendekatan serta kaedah
pengajaran yang bersesuaian dapat memberi
keberkesanan terhadap proses pembelajaran
murid berkenaan kemahiran membaca.