SINOPSIS
Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon
rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak
Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda
kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana menelefon
untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah
langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.
Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah
terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi
tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut
dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke
pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak
Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah
pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku
kepada Mak Piah.
"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta
"saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada
"saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk.
"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali
kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan
alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.
Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.
Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa Nubhan,
abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah
tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu
mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan
kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak
Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu.
"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh "saya"
menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung
dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah mencuci
dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin untuk
pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada
anaknya, Nana.
Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak
Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai
sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa
hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari
sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya
semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya
mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong
kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.
TEMA
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang
mendalam dalam kehidupan seseorang.
Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-
anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang
menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu
kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya" pula
mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada Yang
Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya" dengan Mak Piah
menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati
"saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk "saya"
melepaskan rindu terhadap emaknya.
PERSOALAN
a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang
menjenguknya.
(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa
seseorang.
Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk
selama-lamanya.
(c)Kasih ibu tidak berbelah bahagi.
Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji
Nana di hadapan jiran-jirannya.
(d) Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah
pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.
(e) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka
membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat
terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu
mereka sendiri.
PLOT
(a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan
nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu
kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan
mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik
ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah
memutuskan talian telefonnya.
(b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak
berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah
tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya
Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat
hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan keadaan Mak Piah dalam
suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah
mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah
meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi
begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon.
"Saya"datang ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di
hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak
perempuannya, Nana.
(c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam panas
selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai
sedang berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah,
usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah
perkuburan.
(d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana
tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka
meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan
rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.
LATAR TEMPAT Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian
(a) Kampung. banjir.
(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah.
( c ) Rumah Mak Piah.
(d) Tanah perkuburan. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan.
Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.
LATAR MASA Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam.
(a) Empat hari empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir
(d) Lima hari. yang melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras
dada.
Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera
ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah
meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.
LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan
masyarakat yang tinggal di kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat tentang
keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka
bertanggungjawab. hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar
atau menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan
dengan rumah emaknya.
(d) Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui
mementingkan kasih sayang. anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada
dalam keadaan baik..
(e) Masyarakat yang terlalu Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang
merindui ibunya. telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa
dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
"Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.
Mak Piah
(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.
Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran Contoh
( a) Kasih Kita mestilah menghargai kasih Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
sayang sayang ibu bapa terhadap anak- mengambil berat tentang
anak mereka. kehidupannya di kampung, Mak Piah
masih mengingati dan menyayangi
anak-anaknya.
(b) Kita hendaklah mengamalkan sikap "Saya" sanggup mengharungi banjir
Keprihatinan.
perikemanusiaan dan tolong- untuk melihat keadaan hidup Mak Piah
menolong sesama manusia. yang tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan makanan
(d) Simpati. dengan membantu golongan warga untuk Mak Piah yang telah terputus
emas. bekalan makanan akibat kejadian
banjir.
Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati dengan keadaan
golongan yang susah. Mak Piah yang tinggal keseorangan
serta keadaan Mak Piah yang terlalu
merindui anak-anaknya.