MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
PGT 434 : PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH
RISNAH. HASNI. ANIS SUHAILA. NORFADILA. MAS NORSHAHERA. HADIZAH
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. ABDUL JALIL BIN ALI
TARIK PENGHANTARAN :
04 FEBRUARI 2022
GAMBAR AHLI KUMPULAN :
BUTIRAN
NAMA : RISNAH BINTI HARIS
NO. MATRIK : 140989
NO.TEL : 01135352143
NAMA : HASNI BINTI RAMLI
NO. MATRIK : 142711
NO. TEL : 0165925769
NAMA : NUR ANIS SUHAILA BINTI ABDUL
SANI
NO. MATRIK : 141044
NO. TEL : 01127671633
NAMA : NORFADILA BINTI HASSAN
NO. MATRIK : 141044
NO. TEL : 0122963076
NAMA : MAS NORSHAHERA BINTI ALI
NO. MATRIK :141003
NO. TEL : O165724285
NAMA : SITI HADIZAH BINTI MAIL
NO. MATRIK : 140873
NO. TEL : 0194003960
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
PRAKATA
Modul Panduan Pengurusan Tingkah Laku Tidak Amanah dihasilkan se-
bagai satu panduan kepada pihak yang terlibat dalam mengendalikan isu buli.
Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah terutama guru-
guru dalam mengatasi tingkah laku tidak amanah dengan lebih berkesan.
Modul ini mengandungi tiga unit yang akan membincangkan topik-topik
yang berkaitan dengan tingkah laku tidak amanah. Unit pertama modul ini akan
memaparkan pengenalan secara terperinci berkaitan tingkah laku tidak amanah.
Seterusnya, unit kedua modul ini akan menghuraikan kategori dan jenis
tingkah laku tidak amanah. Dalam unit ini juga akan dijelaskan faktor-faktor yang
mendorong tingkah laku tidak amanah.
Unit Ketiga pula akan memaparkan pengurusan menangani tingkah laku
tidak amanah serta hukuman yang sesuai dikenakan mengikut orientasi yang
ditetapkan.
PANEL PENULIS
Hasni Rami
Nur Anis Suhaila Abd Sani
Norfadila Hassan
Mas Norshahera Ali
Risnah Haris
Siti Hadizah Mail
Modul Panduan Pengurusan Tingkah Laku Tidak Amanah
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PEN-
YANG
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat, kurnia dan hi-
dayah serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang diberikan, penulis dapat menyiap-
kan Modul Tingkah Laku Tidak Amanah ini
Terlebih dahulu penulis dengan rasa rendah diri penulis ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah Dr Abdul Jalil
kerana sudi memberikan tunjuk ajar serta bimbingannya sepanjang kami menyiap-
kan modul ini dengan jayanya. Di kesempatan ini juga, kami ingin mendedikasikan
ribuan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberikan sokongan moral,
kewangan dan menjadi pemudah cara untuk menyiapkan tugasan ini. Sekalung
penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan beker-
jasama menyumbangkan idea, tenaga dan waktu serta maklumat yang berguna se-
hingga kajian ini berjaya disiapkan.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang sudi
membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan modul ini.
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA HALAMAN
1.0 1-2
2.0 Prakata 3-6
3.0 Penghargaan 7 – 12
4.0 Pengenalan 13 - 25
5.0 Definisi Tingkah Laku Tidak Amanah 26 – 30
6.0 Kategori Kes Kesalahan 31 – 37
7.0 3.1 Kod Kategori Kes 38 – 40
8.0 41
9.0 3.2 Senarai Kesalahan/Kes Khas -
10.0 42 – 44
Tingkah Laku Tidak Amanah 45 - 52
3.3 Contoh Jenis-Jenis Kesalahan
Faktor-Faktor Yang Mendorong Tingkah Laku
Tidak Amanah
4.1 Dalam Bilik Darjah
4.2 Luar Bilik Darjah
4.3 Luar Sekolah
Langkah Mengatasi Tingkah Laku Tidak Amanah
5.1 Langkah Yang Perlu Dilakukan oleh Ibu
Bapa
5.2 Langkah Yang Perlu Dilakukan oleh Sekolah
5.3 Langkah Yang Perlu Dilakukan oleh PIBG
Hukuman Bagi Tingkah Laku Tidak Amanah
6.1 Hukuman Pembuangan Sekolah
6.2 Hukuman Penggantungan Sekolah
6.3 Hukuman Dera (Corporal Punishment)
6.4 Hukuman Penahanan (Detention)
6.5 Hukuman Amaran
6.6 Hukuman Denda
Carta Alir dan Instrumen Penilaian
Rumusan
Rujukan
Lampiran
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
UNIT 1
1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah meletakkan satu kayu ukur
yang ingin dicapai daripada pendidikan yang dirangka di Malaysia. Antara
matlamat atau misi yang ingin dicapai daripada FPK di Malaysia adalah dengan
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Hal ini demikian
menunjukkan bahawa setiap dasar Pendidikan yang dirancang pada masa hadapan,
bukan sahaja mementingkan perkembangan dari segi ilmu pengetahuan tetapi ia
juga merangkumi pembangunan yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, akhlak
keterampilan diri dan banyak lagi. Justeru demikian, dapat dikatakan bahawa
bidang pendidikan merupakan satu agen yang bertanggungjawab penuh untuk
merealisasikan falsafah yang diketengahkan oleh FPK.
Cita-cita bagi melahirkan modal insan yang berkualiti yakni insan yang
iilaku dalam kalangan pelajar tidak diatasi dengan baik. Keadaan ini memerlukan
kerahan tenaga yang besar dan meluas dari pihak pendidikan termasuklah pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), para guru, para ibu bapa dan segala
pihak yang memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Hal ini demikian,
bidang Pendidikan sendiri telah menghadapi pelbagai tingkah laku murid selama
bertahun-tahun dan perkara ini bukanlah mudah untuk diatasi tanpa Kerjasama
yang baik dari semua pihak. Antara tingkah laku murid yang telah direkodkan
termasuklah tingkah laku jenayah, tingkah laku ponteng, tingkah laku lucah,
tingkah laku tidak amanah dan banyak lagi. Setiap tingkah laku ini amatlah penting
untuk diatasi agar harapan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dapat
direalisasikan.
Menurut Mohammad Aziz Shah dan Nazariah (2012), dapat dikatakan
bahawa pelajar yang bermasalah adalah disebabkan oleh gangguan emosi. Hal ini
demikian, apabila individu tersebut terlalu memikirkan masalah atau peristiwa yang
1
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
tidak dapat dilupakan, kurang kasih sayang dan perhatian yang menyebabkan
konflik dalam diri murid. Bukan itu sahaja, ia juga dapat dikatakan terdorong dari
sifat murid yang tidak ceria dan mengalami kemurungan. Keadaan-keadaan ini juga
disebabkan oleh kehendak diri murid yang tidak dipenuhi dan terlalu memendam
perasaan mereka. Oleh demikian, penting bagi pihak sekolah untuk mengambil
berat akan hal demikian agar tingkah laku dalam kalangan murid dapat dikurangkan.
Kini, pelbagai kes yang melibatkan pelajar sekolah sering ditayangkan
dalam media massa mahupun media elektronik. Hal ini bukanlah satu kebanggaan
melainkan satu hal yang memalukan kerana ia menunjukkan sedikit sebanyak
kegagalan dalam bidang pendidikan. Tingkah laku tidak amanah merupakan antara
tingkah laku yang semakin menjadi-jadi dan meningkat di sekolah. Hal ini
demikian, tingkah laku ini sering dipandang remeh dan tidak dipedulikan.
Hakikatnya, tingkah laku ini juga mempunyai kaitan yang sangat dekat dengan jati
diri dan akhlak seseorang murid dan perlu untuk ditelitikan juga dengan lebih
mendalam.
Tuntasnya, pengurusan disiplin dalam kalangan murid tidak boleh
dipandang remeh sebaliknya menggalankan kepada satu usaha yang bersepadu.
Oleh demikian, idea bagi mewujudkan satu modul pengurusan yang bersifat khusus
telah diketengahkan dan sedang diusahakan yakni penulisan modul tersebut adalah
bersifat lebih spesifik terhadap sesuatu tingkah laku. Justeru, pendokumentasian
modul ini telah dilakukan adalah sebagai rujukan ringkas tapi padat yang akan
menerangkan berkaitan dengan tingkah laku tidak Amanah dalam kalangan murid.
Penulisan modul ini adalah berteraskan kepada pengurusan disiplin yang telah
digariskan oleh pihak KPM dimana ia dapat dipraktikkan untuk dijadikan sumber
rujukan. Perbincangan yang diketengahkan dalam modul ini adalah sejajar dan
relevan untuk digunakan kini kerana ia berpandu kepada rujukan yang terkini yang
dikeluarkan oleh KPM.
2
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
2.0 DEFINISI TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘tingkah laku’ bermaksud gerak geri,
kelakuan dan perbuatan. Tingkah laku juga boleh ditakrifkan sebagai semua
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan
yang boleh dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Menurut Lewis M. Beaker (2001) menyatakan bahawa tingkah laku adalah
apa yang kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas terhadap
persekitaran. Manakala menurut menurut Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah
laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi
dari segi teknik, aktivti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Secara umumnya, tingkah laku itu adalah apa sahaja
yang diperkatakan atau dilakukan oleh seseorang individu.
Carl Rogers (1999), telah menekankan bahawa seseorang individu
bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya seseorang
individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka seseorang itu akan
berupaya beriteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Manakala dari perspektif
Islam, Al-Ghazali menyatakan bahawa tingkah laku manusia mempunyai tujuan
agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah
berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi. Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian
3
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
yang amat luas. Oleh itu, tingkah laku boleh disimpulkan sebagai perangai, gerak-
geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan motor seperti berjalan,
berlari, bergerak, berinteraksi dan memberi respon atau tindakbalas terhadap
sesuatu sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Malahan tingkah laku juga
sebenarnya mencakupi mengenai emosi dan mental seseorang.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku murid merupakan salah satu
perbuatan atau kelakuan murid sama ada yang mendatangkan kesan yang positif
mahupun negatif. Tingkah laku yang positif adalah tingkah laku yang membawa
kesan atau manfaat yang baik kepada murid itu sendiri, proses pengajaran dan
pembelajaran dan persekitaran. Manakala tingkah laku yang negatif adalah satu
tindakan yang membawa kesan buruk sama ada kepada diri sendiri, persekitaran
dan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengurusan tingkah laku dalam
kalangan murid sekolah perlu dititikberatkan kerana tingkah laku murid membawa
kesan yang besar dalam melahirkan murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
Sekiranya tingkah laku murid tidak dikawal dan diurus dengan baik, maka perkara
ini menjadi pendorong utama kepada masalah disiplin yang lebih teruk dalam
kalangan murid di sekolah.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keeempat (1996), amanah membawa
beberapa maksud antaranya (1) merupakan sesuatu yang dipercayakan kepada
seseorang sebagai contoh diserahkan sesuatu untuk disimpan (2) kepercayaan yang
diletakkan kepada seseorang. Amanah juga boleh dikatakan sebagai
tanggungjawab yang diberikan sebagai satu prinsip untuk tidak mengambil
kesempatan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sedia ada (Mumtaz,
Norzaini & Mohammed Sani, 2010). Amanah secara etimologis (pendekatan
kebahasaan) dari bahasa Arab bererti dapat dipercaya. Amanah menurut pengertian
terminology (istilah) pula, disebutkan sebagai sesuatu yang harus dipelihara dan
dijaga agar sampai kepada yang berhak memilikinya. Dalam konteks yang lebih
jelas, amanah boleh dibahagikan kepada aspek amanah manusia kepada orang lain
dan amanah manusia terhadap dirinya sendiri. Dalam hal ini, konsep amanah
4
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
menurut perspektif tingkah laku adalah lebih kepada dapat dipercayai dan sering
berlaku jujur (Solahuddin Ismail, 2010) seterusnya komitmen pada tugas dan
tanggungjawab yang diberikan (Dale Carnegie, 2014).
Amanah boleh disimpulkan sebagai satu tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh setiap inidividu. Namun, amanah akan terjejas jika individu tidak
melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Perkara ini dianggap sebagai
perbuatan tidak amanah yang melanggar prinsip integriti dalam diri setiap individu.
Sebenarnya, tidak amanah membawa pengertian yang luas, iaitu sama ada individu
itu tidak melakukan tanggungjawab yang teah diberikan kepadanya, tidak jujur,
berbohong dan sebagainya. Dalam konteks pendidikan yang menjurus kepada
murid, tidak amanah adalah tingkah laku yang tergolong dalam tingkah laku
disiplin yang boleh membawa kepada kehilangan kepercayaan dan integriti dalam
diri seorang murid. Amanah sebagai seorang murid adalah menuntut ilmu dengan
sebaiknya, menjalankan tanggungjawab atau tugas yang telah diberikan,
menghormati guru dan ibu-bapa serta mematuhi setiap peraturan sekolah. Namun,
sekiranya amanah ini tidak dilaksanakan dengan sebaiknya maka terhakislah sikap
tanngungjawab dalam diri seorang murid.
Justeru, dalam erti kata lain, tingkah laku tidak amanah boleh diterangkan
sebagai perbuatan tidak jujur murid-murid yang mengambil kesempatan terhadap
tanggungjawab sebenar mereka sebagai murid dalam menuntut ilmu yang
sepatutnya atau semasa dalam proses membentuk sahsiah diri dalam menjadi insan
yang berguna. Secara umumnya, tingkah laku disiplin merujuk kepada tingkah laku
yang melanggar peraturan-peraturan yang telah diterapkan oleh pihak sekolah
seperti berkelakuan tidak baik atau menyimpang.
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa tingkah laku merupakan
perbuatan atau tindakan manakala tidak amanah pula boleh diertikan seseorang
yang tidak melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
Ringkasnya, tingkah laku tidak amanah adalah perbuatan seseorang yang tidak
menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dengan sebaiknya.
5
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Tindakan ini merupakan salah satu tindakan yang tidak baik dan ia mendatangkan
kesan yang sangat buruk. Sebagai seorang murid, tingkah laku tidak amanah ini
merupakan salah satu kesalahan disiplin yang boleh dikenakan hukuman. Tingkah
laku murid yang tidak amanah adalah satu tindakan yang membawa kesan buruk
bukan sahaja kepada diri sendiri malahan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sehingga boleh mendatangkan gangguan kepada persekitaran sekolah.
Hal ini dikatakan demikian kerana tingkah laku amanah merupakan tindakan yang
boleh menyebabkan hilangnya integriti diri dalam kalangan murid sehingga
mendorong mereka melakukan kesalahan-kesalahan disiplin yang lebih berat atau
teruk. Sebagai contohnya, perbuatan berbohong yang dilakukan oleh seorang murid
boleh mencetuskan pergaduhan besar dan memporak-perandakan keadaan
persekolahan. Jelaslah bahawa tingkah laku tidak amanah ini merupakan salah satu
tindakan yang buruk dan boleh mendatangkan kesan yang lebih besar sekiranya
perkara ini tidak dapat dibendung.
Oleh itu, semua murid perlu sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan
ini bagi memastikan diri terhindar dari perbuatan yang tidak baik dan menimbulkan
kekacauan. Sebagai seorang murid, tindakan menjalankan amanah dapat melatih
diri untuk mejadi seorang yang lebih bertanggungjawab, jujur, ikhlas kepada diri
sendiri, keluarga dan msyarakat. Hal ini akan mendorong murid menjadi seorang
yang lebih fokus dalam menimba ilmu dan keberkatan ilmu akan dapat dirasai.
Disamping itu, murid juga akan mendapat kepercayaan daripada pelbagai pihak
terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah dalam
menjalankan sesuatu tugas. Perkara ini boleh membantu dalam melahirkan murid
yang lebih bersifat matang dan bertanggungjawab
6
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
UNIT 2
3.0 KATEGORI KES KESALAHAN
3.1 Kod Kategori Kes
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), terdapat 12 kod kategori kes
bagi kesalahan tingkah laku yang melibatkan disiplin murid-murid di setiap sekolah.
Dalam hal ini, kod kategori kes bagi penyediaan modul ini adalah ber fokuskan
kepada kod kategori kes H iaitu tingkah laku tidak amanah.
Kod H – Tingkah Laku Tidak Amanah
Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru seharusnya berperanan bagi
mengikuti langkah-langkah yang berikut dalam menguruskan sebarang jenis
tingkah laku bermasalah termasuklah kategori tingkah laku tidak amanah. Dalam
hal ini, guru hendaklah membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu
tingkah laku, mengenal pasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini,
menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah
laku yang positif secara konsisten. Manakala bagi tingkah laku negatif, guru
perlulah membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod tingkah laku
murid sebagai bahan rujukan guru. Oleh yang demikian, sebelum menentukan
sesuatu, guru diharuskan untuk mengenal pasti terlebih dahulu kategori kes tingkah
laku. Berhubung dengan tingkah laku tidak amanah iaitu kod kategori kes H,
terdapat beberapa jenis kesalahan atau tingkah laku di bawah kod kategori kes
tersebut berdasarkan senarai yang direkodkan dalam SSDM.
3.2 Senarai Kesalahan/Kes Khas - Tingkah Laku Tidak Amanah
Terdapat beberapa jenis senarai kesalahan atau tingkah laku yang telah
dikenalpasti di bawah kod kategori kes H iaitu tingkah laku tidak amanah yang
terdapat dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Antaranya seperti berikut,
7
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
3.2.1 H101 – Pecah Amanah
Pecah amanah merupakan salah satu jenis kesalahan tingkah laku tidak
amanah yang dikategorikan dengan kod H101. Maksud pecah amanah ialah
kegagalan seseorang individu dalam memenuhi tanggungjawab menjaga,
mengendalikan dan mengawal amanah yang diserahkan kepadannya. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat, pecah amanah juga boleh ditakrifkan sebagai
perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (menipu dsb). Dalam
konteks pengurusan disiplin murid, kesalahan pecah amanah sangat jarang berlaku
dalam kalangan murid-murid di sekolah. Ini kerana, kesalahan pecah amanah sering
kali dikaitkan dengan kehilangan atau penyelewengan sejumlah besar wang ringgit.
Oleh itu, murid-murid tidak mempunyai sebab yang utuh untuk terlibat dalam
keadaan ini disebabkan keadaan-keadaan tertentu.
3.2.2 H102 – Berbohong
Mitchell (1996) mendefinisikan perilaku berbohong sebagai bentuk
komunikasi yang salah serta cenderung untuk menguntungkan komunikator.
Krauss (1981) memberi batasan perilaku dan menipu sebagai sebuah tindakan yang
diniatkan mempengaruhi orang lain akan sesuatu hal yang sesungguhnya tidak
benar. Ekman (1992) pula menjelaskan perilaku berbohong adalah suatu keputusan
yang disengaja untuk mengecoh lawan bicara tanpa memberi informasi bahawa ia
berniat melakukan kebohongan. Bagi Vrij (2001), definisi yang tepat mengenai
perilaku berbohong merujuk kepada suatu percobaan yang disengaja, baik berhasil
atau tidak, namun perbuatan itu dilakukan tanpa peringatan untuk membentuk
keyakinan kepada diri orang lain, di mana si penyampai pesan (komunikator)
sesungguhnya menyadari dan mengetahui bahawa hal yang disampaikan tersebut
tidak benar. Perilaku berbohong dapat terjadi apabila setidaknya terdapat dua orang
yang terlibat di dalam sesuatu perbualan tersebut iaitu melibatkan penyampai pesan
dan penerima pesan.
8
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Dalam konteks tingkah laku tidak amanah, kesalahan berbohong dalam
disiplin murid kebiasaannya tidaklah melibatkan pembohongan yang terlalu besar
sehingga memberi stigma buruk terhadap sekolah. Ini kerana, kelaziman kesalahan
berbohong ini hanya melibatkan penipuan yang kecil sahaja seperti berbohong
tidak hadir ke kelas, berbohong tidak membawa telefon bimbit ke sekolah dan
sebagainya. Vrij (20001), seseorang individu itu berbohong untuk berbagai alasan
iaitu yang pertama, berbohong dalam rangka membuat kesan positif terhadap orang
lain atau untuk melindungi dirinya dari perasaan malu atau penolakan dari individu
lain. Kedua, individu berbohong dalam rangka mendapatkan keuntungan. Ketiga,
berbohong dilakukan bagi menghindari hukuman. Kesalahan berbohong ini dalam
konsep disiplin di sekolah masa kini ada kemungkinan mencatatkan rekod yang
tinggi namun begitu perilaku ini mungkin masih dalam skala yang kecil. Namun
begitu, bukanlah bererti guru tidak menjalankan tanggungjawab mereka dalam
menguruskan tingkah laku ini kerana setiap tindakan yang diambil perlu dilihat
terlebih dahulu perkara yang menjadi punca atau pendorong kepada perbuatan
tersebut, maka barulah hukuman atau tindakan dikenakan.
3.2.3 H103 – TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Kesalahan tidak bertanggungjawab merujuk kepada ketidakupayaan dan
keengganan seseorang untuk memenuhi kewajiban, komitmen atau tugas yang telah
diberikan. Sikap tidak bertanggungjawab sering digunakan untuk menunjukkan
kesan apa-apa perbuatan yang dilakukan tanpa pertimbangan sebelum daripada
keputusan mereka. Dalam erti kata lain, orang yang bertindak tidak
bertanggungjawab ini mempunyai skala nilai dan keutamaan yang tidak tersusun.
Kadang kala, orang yang bertindak tidak bertanggungjawab terhadap tugas-tugas
tertentu, kemungkinan mereka adalah individu yang belum matang dan tidak
mampu memikul tanggungjawab mereka. Berhubung dengan tingkah laku tidak
amanah bagi kesalahn tidak bertanggungjawab ini di sekolah, lazimnya dapat
dilihat apabila murid-murid tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang
9
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
aktiviti akademik mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja
tidak bertanggungjawab terhadap kewajiban mereka sebagai pelajar untuk masa
depan diri sendiri, bahkan tanggungjawab mereka sebagai pelajar di sekolah.
3.2.4 H104 – TIDAK JUJUR
Kesalahan tidak jujur atau ketidakjujuran adalah ketiadaan integriti dalam
menangani perka-perkara yang membebankan seseorang individu. Dalam hal ini,
orang yang tidak jujur kerap kali mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang tidak konsisten dan tidak benar. Seseorang yang tidak jujur juga sering
memperdaya orang lain untuk mendapatkan keuntungan dan mencapai tujuan dan
keinginan mereka sendiri. Kesalahan tidak jujur juga boleh dikatakan sebagai
perlakuan yang tidak boleh dipercayai dan sering berkait rapat dengan
pembohongan. Oleh itu, orang yang tidak jujur tidak mempunyai akhlak yang baik
kerana dilihat tidak mematuhi standard etika dan boleh menanggung kesalahan lain
seperti pembohongan, kepalsuan, tipu daya dan sebagainya. Tingkah laku tidak
amanah bagi kesalahan tidak jujur dalam konteks disiplin murid pula membawa
takrifan terhadap perlakuan yang melibatkan wang dan kepercayaan.
3.3 Contoh Jenis-jenis Kesalahan
3.3.1 Pemalsuan/Tipu/Subahat
Kategori kesalahan bagi jenis ini adalah amat berat. Tindakan
daripada jenis kesalahan pemalsuan ini merangkumi perbuatan seperti:
• memperdayakan mana-mana individu dalam bentuk kewangan atau aset
atau kemudahan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan mana-
mana pihak; atau
10
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
• memalsukan tandatangan pada dokumen atau maklumat mana-mana
individu; atau
• memalsukan dokumen rasmi atau maklumat rasmi atau
memalsukan/mengubah markah peperiksaan; atau
• menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti pengetua atau guru
atau pegawai kerajaan untuk kepentingan diri sendiri; atau
• melindungi atau bersubahat dengan seseorang yang disyaki bersalah seperti
menyembunyikan maklumat atau penyaksian atau enggan memberi
kerjasama atau memberi maklumat palsu.
3.3.2 Meniru/Tiru/Subahat
Jenis kesalahan juga boleh dikategorikan sebagai amat berat. Antara
jenis kesalahan bagi perlakuan ini adalah seperti:
• menipu atau meniru atau bersubahat meniru dalam sesuatu ujian
atau peperiksaan atau mencuri soalan peperiksaan; atau
• melindungi atau bersubahat dengan seseorang yang disyaki bersalah
seperti menyembunyikan maklumat atau penyaksian atau enggan
memberi kerjasama atau memberi maklumat palsu.
3.3.3 Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah
nasihat dan amaran diberikan
Kesalahan ini adalah termaktub sekiranya murid didapati mengu-
langi kesalahan yang sama setelah mendapat hukuman atau atau amaran
ketika melakukan kesalahan tersebut sebelumnya.
11
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
TINGKAH LAKU
TIDAK AMANAH
SUMBER: Faizatul
Farhana Farush Khan.
Berita Harian. (2018).
Meniru Dalam
Peperiksaan. Diakses
pada 30 Januari 2022
daripada
https://www.pressreader
.com/malaysia/berita-
harian-
malaysia/20180215/281
964608186715
12
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
UNIT 3
4.0 FAKTOR- FAKTOR YANG MENDORONG TINGKAH LAKU TIDAK
AMANAH
Tingkahlaku tidak amanah yang berlaku dalam kalangan pelajar masa kini didorong
oleh faktor-faktor yang datangnya dari dalam bilik darjah, luar bilik darjah dan luar
sekolah.
13
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
4.1 DALAM BILIK DARJAH
4.1.1 Diri murid sendiri
Murid yang takut dengan guru di sekolah akan cenderung untuk melakukan
masalah sebagai contoh berbohong. Hal ini diterangkan oleh Teori Pelaziman
Emosi bahawa seorang pelajar pada mulanya tidak memperlihatkan emosi takut
mereka kepada guru disiplin. Namun, apabila melihat guru disiplin mendenda dan
menengking pelajar yang melakukan kesalahan mereka secara tidak langsung akan
takut kepada guru disiplin atau guru yang garang. Pelaziman emosi takut ini terjadi
akhirnya menyebabkan pelajar melakukan tingkahlaku tidak amanah. Buktinya
dapat dilihat dalam beberapa senario yang selalu berlaku di sekolah. Senario
pertama ialah pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah yang diamanahkan kepada
mereka. Bagi mengelakkan mereka dimarahi guru mata pelajaran bagi subjek yang
tidak disiapkan mereka akan sedaya upaya untuk berbohong dan menipu guru.
Bermula saat tersebut, pelbagai alasan yang berunsurkan penipuan akan diberikan
dengan tujuan untuk melindungi diri daripada dikenakan denda atau dimarahi.
Lama kelamaan pelajar akan semakin terbiasa dengan tingkahlaku tidak amanah ini.
Menurut Duke (1980), tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan
sendiri. Bagi pelajar yang baru pertama kali terlibat, sudah tentu akan terpengaruh
dengan keadaan sekeliling. Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura (1977)
menekankan bahawa faktor diri murid sendiri yang mudah terpengaruh dengan
persekitaran dan interaksi kognitif. Dalam masa yang sama, teori pembelajaran
sosial juga menekankan tentang penilaian kognitif dan emosi. Oleh hal yang
demikian, teori in juga memperlihatkan pengaruh sosial ke atas personaliti remaja
dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.
Malcom et al. (2003) dan Kinder et.al (1996) menyatakan murid
menghadapi tekanan, stress, mempunyai self-esteem rendah, perasaan marah, ingin
memuaskan kepuasan peribadi dan mempunyai masalah pembelajaran akan
cenderung untuk melanggar disiplin misalnya tidak jujur dalam peperiksaan
(meniru). Selain itu, Zulkifli (2006), menyatakan bahawa wujudnya masyarakat
14
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
pada hari ini yang kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam
kalangan dan masyarakat. Rentetan daripada penyataan ini menyatakan bahawa
kurangnya pegangan agama dalam diri juga akan terjerumus dalam semua bentuk
tingkahlaku yang tidak amanah. Oleh itu, didikan sikap jujur, amanah dan
bertanggungjawab perlu diterapkan dalam diri para pelajar.
4.1.2 Keadaan Kelas
Keadaan kelas juga mempengaruhi tingkah laku tidak amanah dalam
kalangan pelajar. Keadaan pelajar yang sesak dalam bilik darjah yang kecil juga
mendatangkan masalah tekanan dan disiplin dalam kalangan mereka. Tambahan
lagi, bilangan murid yang terlalu ramau menyebabkan guru tidak dapat mengawal
kelas dengan bilangan murid yang ramai lebih lagi murid yang mempunyai tahap
kebolehan yang berbeza-beza. Keadaan kelas yang panasn dan sempit mendorong
pelajar untuk keluar daripada kelas dan tidak mengikuti pembelajara malah
mengelilingi sekolah dengan bebasnya. Hal ini menjadi salah satu tingkah laku
tidak amanah yang sering dilakukan oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar akan
meminta izin untuk keluar ke tandas tetapi mereka lakukan perkara sebaliknya. Ini
adalah bukti perbuatan pelajar menipu guru hanya menginginkan untuk bebas
daripada keadaan kelas. Bagi pelajar yang lemah, mereka akan ketinggalan atau
tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Mereka akan melakukan aktiviti-
aktiviti yang mengganggu rakan lain dan bergerak kesana-sini (Shahabudin Hashim,
Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
15
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Faktor guru iaitu hubungan guru dengan pelajar yang tidak baik juga akan
mengundang kepada masalah disiplin pelajar. Young dan Meteraud (2014)
menyatakan guru yang melabel pelajar sebagai ‘bodoh’, ‘bermasalah’ dan ‘tidak
cekap’ serta hanya memuji pelajar yang pandai sahaja akan menyebabkan masalah
tidak amanah dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pelajar akan berusaha sedaya
upaya untuk meraih perhatian guru walaupun dengan cara yang tidak jujur. Hal ini
selalu berlaku dalam peperiksaan. Pelajar meniru untuk memperoleh markah yang
tinggi agar guru tersebut memuji mereka. Bukan itu sahaja, pelajar yang terlibat
dalam masalah disiplin ini boleh dianggap sebagai pelajar yang tidak amanah
kerana mereka sepatutnya ke sekolah untuk belajar tetapi malah terlibat dalam
gejala yang tidak baik. Menurut Azizi Yahya etal. (2007), pelajar yang terlibat
dalam masalah disiplin ini akan menjadi lebih sering apabila guru tidak berusaha
untuk menarik minat murid terhadap proses pembelajaran. Shahabudin Hashim,
Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2007) menambah lagi bahawa pengajaran
guru yang tidak menarik akan menyebabkan murid kurang berminat untuk
mengikuti sesuatu mata. Pendapat ini disokong oleh Ng (2005) dalam kajiannya
yang mendapati bahawa penagajaran guru yang membosankan antara penyebab
berlakunya masalah ponteng sekolah. Sekiranya hal ini terus berlaku, semakin
bertambah pelajar akan menjadi seorang pelajar tidak amanah.
4.2 LUAR BILIK DARJAH
4.2.1 Rakan Sebaya
Pelajar yang juga terdiri remaja sering menganggap bahawa rakan sebaya
ialah golongan yang mempunyai keinginan dan pendapat yang sama dengan
mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan merekka menganggap semua perkara yang
dilakukan oleh rakan mereka adalah baik dan betul. Pelajar sebenarnya lebih
banyak menghabiskan waktu mereka bersama rakan sebaya berbanding ibu bapa.
Maka tidak hairanlah, pengaruh rakan sebaya dikatakan menjadi pengaruh yang
16
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
sangat kuat untuk mempengaruhi seorang pelajar sama ada untuk melakukan
perkara yang ataupun sebaliknya. Rakan sebaya yang tidak baik akan mendorong
seorang pelajar melakukan tingkah laku yang tidak amanah kerana terlibat dalam
masalah disiplin seperti mencuri, berjudi, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah,
vandalisme dan masalah disiplin lain. Pelajar terdorong menjadi amanah apabila
mereka berani menipu ibu bapa dan guru dengan tujuan untuk ponteng sekolah.
Ponteng akan mendorong kepada pembentukan peribadi pelajar yang suka menipu
dan lari dari tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Golongan remaja akan berasa selesa bersama rakan sebaya apabila diiktiraf.
Berdasarkan kajian Othman Md Johan & Norazmah Mohamad Roslan (2011),
mendapati remaja cenderung untuk bersama-sama rakan-rakan mereka yang
mempunyai tingkahlaku yang sama. Hal ini akan mendorong semua untuk
membentuk kumpulan sendiri dan mempunyai peraturan dalam kumpulan mereka.
Hal ini menyebabkan pelajar sanggup melakukan apapun asalkan diterima menjadi
ahli dalam kumpulan. Sebagai contoh, pelajar A diarahkan untuk mencuri sebelum
masuk dalam kumpulan yang diiktirafkan. Maka pelajar A akan melakukan hal
tersebut. Secara tidak langsung, pelajar ini sudahpun terlibat dalam kes disiplin.
Pelajar yang terlibat dalam kes mencuri ini jarang sekali akan mengaku malah
mereka akan terus berbohong dan menipu untuk melindungi diri sendiri. Tindakan
berbohong dan menipu ini jelas lagi nyata adalah satu tingkahlaku yang tidak
amanah. Sekiranya tidak diatasi dengan cara yang sesuai pelajar akan cenderung
melakukan penipuan secara berterusan sekaligus beranggapan peraturan sekolah
sudah tidak penting lagi. Berdasarkan kajian daripada Asmak (2006), mendapati
remaja akan terpengaruh dengan rakan-rakan yang menganggap peraturan sekolah
adalah tidak penting dan mereka akan membentuk kumpulan serta peraturan
tertentu.
Sifat remaja yang gemarkan keseronokan mendorong mereka untuk
melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan terhadap perlakuan mereka.
Mereka sanggup untuk melakukan sesuatu perkara yang salah semata-mata untuk
17
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
mendapatkan kepuasan dan keseronokan bersama rakan sebaya. Hal ini kerana,
kepuasan yang mereka lakukan dan perolehi bersama-sama adalah sesuatu yang
menggembirakan kerana mereka mudah menerima tingkah laku rakan-rakan
mereka. Kajian Noraini (2000), mendapati keinginan remaja untuk menikmati
kesenangan telah mendorong mereka untuk melakukan apa sahaja demi
mendapatkan kemewahan misalnya mencuri, merompak dan berjudi.
4.2.2 Sekolah
Suasana sekolah yang tidak kondusif dan menyumbang kepada masalah
disiplin pelajar. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku tidak amanah
berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak menyenangkan. Menurut
Noraini Zulkifi (2010), berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Azhar b.
Hamzah (2003), mendapati bahawa 47.2% responden telah bersetuju bahawa
persekitaran sekolah mendorong pelajar untuk ponteng sekolah dan mendorong
kepada tingkah laku tidak amanah dalam kalangan pelajar. Selain itu, sistem
kawalan dan penyeliaan di sekolah yang tidak efisien dan telus menyumbang
kepada kadar pertambahan masalah disiplin. Sebagai contoh, sistem kawalan
keluar-masuk kelas dan sistem keluar-masuk sekolah tidak dijalankan dengan baik.
Hal ini menyebabkan pelajar sesuka hati keluar dari kelas dan merayau tanpa arah
di sekolah. Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan pelajar melupakan
amanah yang sepatutnya mereka lakukan iaitu belajar.
18
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Bukan itu sahaja, kekurangan ceramah motivasi yang berkaitan tingkahlaku
tidak amanah dalam kalangan pelajar dianjurkan oleh sekolah. Sekolah seharusnya
menjadi medium untuk mendidik pelajar baik dari segi ilmu mahupun akhlak
pelajar. Amanah adalah satu sifat yang penting untuk diterapkan dalam diri pelajar.
Sekiranya pelajar terus bertingkah laku tidak amanah tidak hairanlah kes dan
masalah disiplin terus meningkat di sekolah. Pelajar yang amanah akan berasa diri
mereka mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Secara tidak
langsung, mereka tidak akan membiarkan diri mereka terus terjebak perkara-
perkara yang tidak baik. Sifat amanah ini seharusnya menjadi satu sifat yang dapat
membantu pelajar lebih fokus serta menjadi pemangkin terhadap pembelajaran
mereka. Kefahaman terhadap sikap amanah dalam diri pelajar penting untuk
memastikan mereka tetap berada dalam satu jihad menuntut ilmu.
Kebanyakan tingkah laku disiplin di luar bilik darjah melibatkan kerosakan
harta benda sekolah, vandalisme, ponteng, bergaduh, melawan guru dan sebagainya.
Menurut Azizi Yahaya dan Rohaya Ahmad (2010), dalam kajian Boysen (1973)
dan Jordon (1974) mendapati bahawa persekitaran persekolahan yang mempunyai
kawalan ketat akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin murid-murid kerana
mereka akan menentang kawalan ketat ini. Implikasinya pelajar akan bertindak
untuk melawan guru bahkan mengugut untuk memancitkan tayar kereta. Tindakan
ini sudah jelas pelajar terdorong dalam tingkah laku tidak amanah. Bukan itu sahaja,
terdapat juga pelajar yang terlibat dengan aktiviti aktiviti vandalisme dengan
menconteng perkataan-perkataan tidak senonoh di dinding-dinding bangunan
sekolah dan merosakkan harta benda sekolah seperi mematahkan meja, kerusi,
merosakkan papan putih sebagai tanda protes dengan disiplin sekolah yang terlalu
ketat dalam memberikan hukuman. Hal ini menunjukkan kelemahan dalam sistem
pengurusan sekolah juga menjadi faktor pelajar melakukan masalah disiplin dan
seterusnya terdorong kepada tingkahlaku tidak amanah.
19
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
4.2.3 Kerajaan
Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang sedikit sebanyak telah
menyebabkan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah
merupakan badan kerajaan yang berkait rapat dengan disiplin pelajar. Dalam hal ini
dapat dilihat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 yang dikeluarkan pada 29
Oktober 2003 yang memperuntukkan mengenai Kuasa Guru Merotan Murid.
Kategori kesalahan murid juga telah dibahagikan kepada tiga iaitu kesalahan kecil,
kesalahan sederhana dan kesalahan berat. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas itu
juga, pelajar yang terlibat dalam tingkah laku tidak amanah seperti tidak amanah,
mencuri, menipu, berbohonh dan meniru ketika peperiksaan termasuk dalam
kategori kesalahan sederhana. Oleh itu hukuman yang boleh dikenakan adalah
merotan pelajar dengan kuasa guru (Ordinan Pelajaran, 1957).
Isu dalam menghukum pelajar bersabit kesalahan disiplin menjadi rumit
dengan adanya campur tangan daripada pihak keluarga terutamanya ibu bapa.
Terdapat ibu bapa yang mengambil tindakan untuk menyaman pihak sekolah dan
kerajaan hanya disebabkan emosi apabila tidak dapat menerima anak mereka
dikenakan tindakan disiplin meskipun garis panduan telah termaktub. Oleh itu,
pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak memburukkan lagi keadaan
dengan membenarkan hanya guru besar, penolong kanan dan guru disiplin yang
diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman dan merotan pelajar yang melakukan
masalah disiplin. Hal ini bermakna, guru-guru lain tidak dibenarkan untuk
menjatuhkan hukuman disiplin terhadap pelajar tanpa kebenaran daripada pihak
pentadbir. Kelonggaran peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian ini
sedikit sebanyak menyebabkan sebilangan guru tidak mengambil berat tentang
masalah disiplin pelajar (Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad, 2010). Bukan itu sahaja,
terdapat juga pelajar yang semakin berani untuk melakukan kesalahan disiplin
terutamanya apabila berhadapan dengan guru-guru biasa.
20
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
4.3 LUAR SEKOLAH
4.3.1 Ibu bapa
Hubungan kekeluargaan mempengaruhi kognisi, emosi dan kelakuan anak-
anak. Suasana rumah tangga ibu bapa pelajar yang mengalami krisis misalnya
pergaduhan, perpisahan, perceraian atau kematian ibu bapa menggalakkan pelajar
bertindak secara agresif di kawasan luar sekolah. Arieff dan wardah (2006)
menjelaskan ketiadaan persefahaman antara ibu baoa akan menyebabkan konflik
berlaku dan mereka saling bertengkar dan bergaduh. Kesannya pelajar merasa tidak
ada perhatian terhadapnya lalu menjebakkan diri dengan pelbagai masalah disiplin.
Bukan itu sahaja, kebanyakan ibu bapa yang mengalami keretakan rumah tangga
ini sering mengabaikan anak mereka. Mereka langsung tidak memperhatikan
tingkahlaku anak mereka ataupun mengambil tahu perangai dan sikap anak mereka
di sekolah. Tambahan pula, mereka tidak pernah bertanyakan keadaan anak mereka
atau memberikan perhatian agar anak mereka berasa dikasihani.Ibu bapa sebegini
hanya tahu mengharapkan tugas mendidik kepada sekolah sahaja. Menurut Chin
Pek Lian, Low Li Chueen & Vivian Low Yen Yeong (2005), terdapat segelintir
sikap ibu bapa yang menyerahkan segala urusan berkaitan disiplin kepada pihak
sekolah. Bagi mereka, sekolah yang bertanggungjawab untuk mendisiplinkan anak-
anak mereka. Namun begitu, hakikatnya amat sukar untuk guru-guru dapat
mengawal pelajar ketika di luar sekolah. Selain itu, akhlak institusi keluarga juga
mempengaruhi akhlak pelajar. Dalam hal ini, sekiranya pelajar berasal daripada
keluarga yang mempunyai akhlak tidak baik misalnya sering menipu, berbohong
kerap melakukan pecah amanah. Secara tidak langsung, pelajar tersebut juga
21
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
berkelakuan sedemikian. Kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental
yang tidak sihat dan sukar untuk membuat keputusan.
Di samping itu, keadaan ekonomi keluarga pelajar juga mempengaruhi.
Keadaan kemiskinan dan kekurangan kelengkapan persekolahan dan perbelanjaan
sekolah telah menyebabkan pelajar terdesak untuk mendapatkan wang perbelanjaan.
Kebanyakan daripada mereka akan mengambil jalan yang cepat untuk mendapatkan
kewangan iaitu dengan mencuri, merompak dan mengugut pelajar lain. Ibu bapa
yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam
memantau perkembangan anak-anak menyebabkan anak-anak merasakan diri
mereka tidak dipeduli. Kajian daripada Wan Norasiah Wan Ismail (2003),
mendapati bahawa pengabaian ibu bapa dari sudut kasih sayang dan kurangnya
komunikasi yang berkesan antara anak-anak khususnya remaja dengan ibu bapa
adalah punca utama pelajar terdorong dengan tingkah laku yang tidak amanah. Ibu
bapa menganggap anak-anak yang telah mencapai usia remaja dianggap matang
untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa
pengawasan dan pengawalan daripada keluarga. Hal ini akhirnya menyebabkan
kebanyakan pelajar berani untuk melakukan masalah sosial di luar sekolah dan
menerapkan tingkahlaku tidak amanah dalam diri masing-masing yang boleh
membawa padah di masa hadapan. Justeru ibu bapa juga memainkan peranan
penting dalam membentuk akhlak pelajar.
22
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
4.3.2 Media Massa
Media massa terbahagi kepada dua jenis iaitu media massa berbentuk
elektronik dan bercetak. Media massa bertindak sebagai penyalur budaya, sosial,
maklumat, nilai dan norma dari satu generasi ke satu generasi secara berterusan
dan tanpa batasan. Pada era teknologi ini, media massa berbentuk elektronik
seperti televisyen dan internet lebih banyak mempengaruhi pemikiran golongan
muda khususnya pelajar. Penggunaan media massa secara berleluasa dan tanpa
pemantauan akan menjerumuskan pelajar ke perkara yang negatif. Dalam hal ini,
boleh dilihat media massa memberikan pengaruh buruk kepada pelajar
terutamanya drama atau movie yang berunsurkan perkara negatif. Pelajar yang
gemar melihat perkara atau informasi di media sosial kadang kala mereka berasa
terpanggil untuk mencubanya. Hal yang membimbangkan perbuatan seperti
menipu, membohong, mencuri dan sebagainya mudah mempengaruhi dan secara
tidak langsung mereka akan lakukannya bergantung kepada keadaan dan waktu
yang mendesakkan mereka. Kajian daripada Norhasilah Mat Nor, Aspaniza
Hamzah dan Nurul Farhana Junus (2012), mendapati pengaruh media elektronik
menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi gejala ponteng dalam kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Hal ini
demikian kerana internet telah menjadi satu ketagihan dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, terdapat pelajar yang sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk pergi
ke ‘cyber cafe’ untuk melayari internet. Apabila pelajar kerap ponteng sekolah,
maka mereka juga akan kerap berbohong kepada ibu bapa dan guru. Boleh jadi
23
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
mereka hanya menjadikan sekolah hanya persinggahan dan bukannya tujuan
sebenar.
Menurut Orestes (2002), media cetak dan eletronik banyak
menyebarkan fahaman yang tidak baik. Aplikasi seperti Instagram, Tik-Tok,
Twitter dan Facebook sering disalahgunakan oleh pelajar. Aplikasi tersebut
sering menayangkan video-video yang merosakkan akal pelajar misalnya taktik
melakukan peniruan dalam kelas, strategi untuk keluar daripada sekolah semasa
waktu pembelajaran dan sebagainya yang mendorong kepada tingkahlaku tidak
amanah. Menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf
(2012), kelakuan dan penglibatan artis dalam gejala sosial memberikan kesan
negatif terhadap psikologi, persepsi, perlakuan peminat dan anggota masyarakat.
Oleh itu, artis yang memaparkan perlakuan yang tidak baik akan menyebabkan
pelajar terpengaruh dan meniru perlakuan negatif tersebut
Bukan itu sahaja, ramai pelajar yang menggunakan aplikasi tersebut untuk
perkara yang tidak berfaedah seperti buli siber, memuat naik video dan gambar
yang tidak senonoh serta menggunakan kata-kata kesat di media sosial. Tindakan
ini langsung tidak menggambarkan seorang pelajar yang bertanggungjawab.
Mereka tidak memperlihatkan kewibawaan sebagai seorang pelajar yang baik dan
amanah. Bukan itu sahaja, televisyen yang menayangkan filem atau adegan ganas
serta kurang bermoral ditonton golongan pelajar secara berterusan dan
berulangkali telah menyebabkan jenayah bertambah dan akhlak remaja kian rosak.
Hal ini menyebabkan ramai pelajar yang terlibat dengan kes-kes jenayah di luar
sekolah seperti merompak, mencuri, gengsterisme, ahli kongsi gelap dan
pencabulan. Peranan artis dalam media sosial juga tidak dapat dinafikan dapat
mempengaruhi proses pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.
24
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
4. 3.3 Masyarakat
Masyarakat yang mengamalkan sikap individualisme juga boleh
menyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Sikap sesetengah masyarakat yang
tidak prihatin terhadap keadaan persekitaran yang menyebabkan urusan berkaitan
akhlak pelajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Persekitaran
masyarakat yang negatif seperti mementingkan diri sendiri akan menggalakkan
golongan remaja untuk melakukan kesalahan disiplin di luar sekolah. Malah,
mereka lebih berani kerana berpendapat bahawa perbuatan mereka diterima oleh
masyarakat sekeliling. Tambahan pula, remaja atau pelajar yang tinggal di rumah
setinggan, flat, pangsapuri mempunyai persekitaran yang menggalakkan golongan
pelajar untuk melakukan masalah mencuri, pecah amanah dan sebagainya.
Masyarakat khususnya jiran terdekat pula tidak melaporkan kepada pihak
berkuasa mengenai tingkahlaku pelajar tersebut dan lama kelamaan pelajar akan
terus melakukan perkara tersebut. Sikap tersebut akan terbawa-bawa sekolah
sekaligus menjadikan mereka sebagai pelajar yang tidak amanah. Masyarakat
seharusnya menjadi mata telinga dan bertanggungjawab untuk memantau
pergerakan pelajar di kawasan persekitaran. Hal ini bagi membantu sekolah untuk
memberikan didikan yang sepatutnya agar tingkahlaku pelajar tidak amanah ini
dapat diatasi dan diberikan penyelesaian yang sepatutnya.
25
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
5.0 LANGKAH MENGATASI TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Amanah merupakan satu nilai terpuji yang boleh membentuk seseorang
individu itu terpimpin dalam prinsip berintegriti. Nilai amanah ini boleh dilihat
dalam diri seseorang individu ketika dia melaksanakan tanggungjawab yang boleh
mewujudkan perasaan percaya dan yakin orang lain apabila individu tersebut
melaksanakan pekerjaan yang diberikan dengan baik, telus, sempurna dan yang
paling penting tepat pada tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, setiap diri
individu hendaklah mempunyai nilai amanah dalam diri mereka supaya orang lain
akan berasa selesa dan memberi sepenuhnya kepercayaan untuk melaksanakan
tanggungjawab, pekerjaan dan apa-apa perkara yang disuruh tanpa adanya element
penyelewengan. Namun, pada masa ini, kita menyedari bahawa nilai amanah ini
semakin tipis dalam diri seseorang individu. Dalam konteks kehidupan di sekolah
tingkah laku tidak amanah ini sering kali terjadi disebabkan oleh beberapa faktor
yang tertentu. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan bagi
mengatasi tingkah laku tidak amanah ini daripada terus menular yang boleh
memberi kesan buruk yang berpanjang dalam institusi pendidikan di sekolah
menengah.
5.1 Langkah Yang Perlu Dilakukan oleh Ibu Bapa.
Langkah pertama yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tingkah
laku tidak amanah ini adalah dengan memberi fokus kepada tindakan ibu bapa
dalam membentuk dan mendidik anak-anak mereka dengan menunjukkan kasih
sayang. Umum mengetahui semua ibu bapa sudah pasti inginkan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna, berakhlak tinggi dan mempunyai nilai-nilai murni
yang teguh dalam diri mereka. Anak-anak inilah yang menjadi harapan keluarga
dan bangsa untuk menjadi warganegara yang boleh memberi sumbangan dan bakti
kepada negara tercinta. Harapan ini sudah pasti memerlukan tindakan dan didikan
daripada ibu bapa yang bersulamkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
Didikan ini juga seharusnya dilakukan sejak mereka dari kecil lagi bak kata pepatah
26
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, dengan didikan dan kasih sayang
yang secukupnya ini anak-anak akan menunjukkan tingkah laku yang sangat baik
dan nilai amanah dalam diri mereka dengan sendirinya akan terpahat dalam jiwa
mereka. Tambahan itu juga, kasih sayang yang diberikan hendaklah seimbang
walaupun terdapat kajian yang menyatakan kasih sayang seorang ayah memberi
impak yang sangat tinggi kepada perkembangan seorang kanak-kanak (Rohner,
Ronald P Veneziano dan Robert, 2001).
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak merupakan
satu proses pembelajaran yang pertama sekali yang dialami oleh manusia (Chin Pek
Lian et al. 2005). Sentuhan yang diberikan kepada anak-anak juga membolehkan
anak-anak berasa tenang atau relax dan ia akan memberi rasa selamat walaupun
pada ketika itu anak-anak mengalami perasaan dan situasi yang takut kepada
sesuatu (Lain Ehman, 2001). Ibu bapa juga boleh menunjukkan kasih sayang
melalui perkataan seperti ucapan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka
telah melakukan tindakan yang baik (Jayesh Maniar, 1998). Oleh itu, dengan
tindakan memberi kasih sayang dengan mencukupi ini para pelajar akan merasa diri
mereka lebih dihargai dan perkara ini secara tidak langsung akan membentuk
peribadi yang unggul dalam diri mereka. Anak-anak tidak akan mengemis meminta
belaian dan kasih sayang dengan orang lain seperti rakan sebaya atau sebagai.
Sekiranya pengaruh rakan sebaya adalah negatif ia secara langsung akan
mempengaruhi diri pelajar tersebut untuk melakukan tindak laku yang salah seperti
tidak amanah dan nilai-nilai negatif lain yang boleh merosak minda dan akhlak
mereka. Oleh hal yang demikian, tindakan dalam memberi kasih sayang ini perlu
dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak dapat dibentuk dengan akhlak yang
terpuji dan dapat menjauhkan diri daripada nilai yang tidak beretika berkenaan.
Seterusnya, bagi mengatasi tingkah laku yang tidak beramanah ini ibu bapa
juga boleh berkomunikasi secara baik dengan anak-anak. Ibu bapa yang sering
melakukan hubungan komunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan anak-anak
akan mudah menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka kerana ibu bapa itu
sendiri mengambil perhatian dan tidak mengabaikan anak-anak mereka. Selain
27
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
melaksanakan komunikasi yang baik ini juga, ibu bapa juga hendaklah
menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak apabila di rumah.
Hal ini kerana, anak-anak akan mengikuti jejak ibu bapa apabila ibu bapa mereka
melakukan amalan-amalan baik seperti melaksanakan amanah dan pekerjaan yang
telah dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Oleh itu, dengan contoh teladan
yang telah dilihat oleh anak-anak ia akan menjadi ikutan untuk kehidupan seharian
mereka.
5.2 Langkah Yang Perlu Dilakukan Oleh Sekolah
Gejala sosial yang berlaku pada masa ini saban hari semakin meningkat.
kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah sangat
membimbangkan dan perkara ini sangat sukar untuk dibendung apabila tiada
tindakan dan langkah yang diambil untuk mengatasinya. Walaupun tingkah laku
tidak amanah ini tidak dikategorikan dalam jenayah yang berat, tetapi tindakan
tingkah laku ini melibatkan integriti seseorang individu dan sekiranya perkara ini
tidak diatasi pada peringkat sekolah ia akan menjadi barah dan memberi kesan yang
tidak baik sekiranya pelajar sudah menamatkan zaman persekolahan. Oleh itu,
langkah bagi mengatasi tindakan tingkah laku tidak amanah ini boleh diambil
perhatian pihak sekolah melalui proses pendidikan. Para pelajar perlu diajar dan
dididik supaya menerima dan menghayati nilai-nilai yang terdapat dapat dalam
masyarakat. Pendidikan moral perlu diajar kepada pelajar bukan Islam, manakala
pelajar Islam pula mempelajari moral atau akhlak dalam mata pelajaran Islam yang
telah dimasukkan dalam silibus sekolah. Selain itu juga, mata pelajaran sivik telah
diperkenalkan supaya membentuk pelajar yang boleh membantu masyarakat
mencapai keharmonian, toleransi dan kefahaman yang mendalam mengenai
tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang beretika dan berakhlak tinggi.
Dalam isu tingkah laku tidak amanah ini juga, pihak sekolah boleh
melaksanakan tindakan disiplin dengan tegas. Strategi melaksanakan dan
mengawal disiplin perlu bersesuaian dengan pelajar kerana pelaksanaannya
memerlukan pendekatan yang berlainan. Tanggungjawab menegakkan disiplin
28
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
tidak terhad kepada guru disiplin atau pengetua sahaja tetapi tindakan ini perlulah
dilaksanakan oleh semua pihak. Hal ini kerana, semua guru adalah guru disiplin.
Tindakan tingkah laku tidak amanah seperti berbohong, tidak amanah, tidak jujur
dan pecah amanah juga boleh diatasi dengan cara melaksanakan program
bimbingan dan kaunseling. Dalam hal ini, pihak kaunselor sekolah hendaklah
memainkan peranan yang cukup besar dalam melaksanakan strategi-strategi
pemulihan dan kesedaran kepada para pelajar yang melakukan tingkah laku
tersebut. Unit Bimbingan dan Kaunseling ini juga boleh melaksanakan aktiviti
seperti kem motivasi kepada pelajar-pelajar supaya boleh meningkatkan kesedaran
diri mereka. Guru-guru juga boleh mengambil tindakan dalam mengatasi masalah
tingkah laku tidak amanah ini dalam kalangan pelajar. Untuk memastikan guru itu
boleh menjadi pendidik yang baik, seorang guru hendaklah mempunyai sikap yang
tegas dan penyayang. Tegas untuk memastikan para pelajar menghormati mereka
sebagai seorang yang memberi ilmu. Sikap tegas itu juga dilakukan bertujuan
memastikan peraturan dan prinsip yang telah diselaraskan oleh pihak sekolah dapat
dipatuhi oleh para pelajar. Oleh itu, dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak
sekolah ini diharap masalah yang melibatkan tingkah laku tidak amanah ini dapat
diatasi dan pihak sekolah boleh melahirkan para pelajar yang berkualiti yang
mempunyai pekerti yang mulia.
5.3 Langkah Yang Perlu Dilakukan Oleh PIBG
Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2)(i) telah memperuntukan
semua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Oleh
hal yang demikian, setiap ibu bapa pelajar hendaklah melibatkan diri dan bergerak
aktif dalam PIBG dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Sebagaimana yang telah
termaktub dalam Peraturan Pendidikan 1998, penubuhan PIBG ini berperanan
untuk membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan pendidikan pelajar bagi
meningkatkan imej sekolah yang mempunyai pelajar yang berdisiplin dan
cemerlang dalam bidang akademik.
29
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Bagi masalah disiplin tingkah laku tidak amanah ini pihak PIBG boleh
menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas yang akan mengkaji perancangan dan
strategik yang bersesuaian bagi menangani masalah tingkah laku ini. PIBG juga
boleh menyediakan pelan tindakan yang selari dengan perancangan sekolah supaya
keseragaman dan tindakan yang bakal diambil dapat diselaraskan. Masalah disiplin
tingkah laku ini juga boleh dibaiki dengan melaksanakan program pemantapan
disiplin pelajar seperti Kem Motivasi, Kem Kepimpinan, Kem Kokurikulum dan
sebagainya. Langkah untuk mengatasi masalah tingkah laku ini juga boleh
dilakukan dengan PIBG hendaklah menyusun tindakan dengan melibatkan agensi
Polis, RELA, Pejabat Pelajaran Daerah, Agensi Dadah Kebangsaan, ahli PIBG dan
warga sekolah itu sendiri boleh melibatkan diri melaksanakan operasi pencegahan.
Penglibatan PIBG dalam menangani masalah tingkah laku tidak amanah
dalam kalangan murid ini dilihat menjadi salah satu kepada langkah yang sangat
baik. Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa dan guru-guru dalam usaha
menangani masalah disiplin pelajar akan mempercepatkan lagi masalah ini untuk
diselesaikan. Hal ini dikatakan kerana, apabila PIBG mengetahui masalah yang
berlaku di sekolah dan perkara tersebut melibatkan anak-anak mereka sudah pasti
setiap ibu bapa akan mengambil berat, menasihati dan memastikan anak-anak
mereka tidak terlibat dalam amalan yang tidak berintegriti ini. Oleh hal yang
demikian, perkara tersebut secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah
menangani masalah tersebut dengan segera.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk
mengatasi masalah disiplin tingkah laku tidak amanah dalam kalangan pelajar
sekolah. Tingkah laku tidak amanah ini perlu dibanteras kerana ia boleh memberi
kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Tingkah laku tidak amanah ini
akan dapat diatasi dengan jayanya sekiranya semua pihak iaitu ibu bapa pelajar,
pihak sekolah dan PIBG berganding bahu dan bekerjasama dalam memainkan
peranan masing-masing untuk mengatasi amalan yang negatif ini. Oleh itu, bagi
memastikan masalah tingkah laku tidak amanah ini dapat ditangani, penglibatan
daripada semua pihak amatlah diperlukan.
30
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
6.0 HUKUMAN BAGI TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Hukuman diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu tingkah laku.
Hukuman melibatkan tingkah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ia
bersifat seperti memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang
dihukum seperti guru besar, guru disiplin dan guru. Hukuman juga melibatkan
sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi
tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan atau menafikan sesuatu yang
disukainya. Pengetua atau Guru Besar ataupun guru diberi kuasa dalam memberi
hukuman mengikut kategori tingkah laku murid iaitu kategori tingkah laku ringan,
sederhana dan berat. Hukuman yang diberikan hendaklah mengikut kewajaran
tentang tingkah laku murid. Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah,
Hukuman Dera (Corporal Punishment, Penahanan (Detention), Amaran dan
Denda.
6.1 Hukuman Pembuangan Sekolah
Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati
bersalah bersebait dengan mana-mana kategori tingkah laku berat selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Seseorang murid yang telah
melakikan tingkah laku atau tingkah laku secara berulang kali dan didapati tidak
berubah selepas tindakan untuk memulihnya oleh Pengetuan / Guru Besar atau
tingkah lakunya yang mendatangkan gangguan serius kepada murid-murid lain dan
terhadap keseluruhan disiplin sekolah. Maka, hukuman terhadap tingkal laku yang
dilakukan oleh murid ini sesuai dengan hukuman pembuangan sekolah.
31
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
6.2 Hukuman Penggantungan Sekolah
Hukuman ini merupakan satu larangan kepada murid untuk tidak memasuki
kawasan sekolah. Hukuman jenis penggantungan sekolah bersifat sementara sahaja
dan dalam satu jangka masa yang pendek iaitu tidak melebihi 14 hari persekolahan.
Dalam keadaan ini satu arahan diberikan kepada murid yang berkelakuan liar dan
mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah sementara menunggu hsil
siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapi tingkah laku murid
ini. Pengetua atau Guru Besar berkuasa dalam mengarahkan penggantungan
persekolah murid ini sehingga tidak lebih daripada 14 hari. Penggantungan dibuat
adalah untuk menunggu hasil sesuatu siasatan untuk dibezakan sebagai satu
hukuman yang dijatuh oleh Pengetua atau Guru Besar seperti yang termaktub dalam
Peraturan 8, iaitu Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Semasa
penggantungan ini dijalankan terhadap murid , murid diberi peluang untuk
memberi penjelasan terhadap tingkah laku yang dibuat sehingga membawa kepada
hukuman gantung sekolah.
6.3 Hukuman Dera (Corporal Punishment)
Hukuman dera iaitu hukuman merotan kepada murid. Hukuman ini boleh
dikenakan kecuali ke atas murid-murid perempuan seperti yang tertakluk kepada
syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959. Hukuman ini akan diberikan ke atas murid sebaik sahaja sesuatu
tingkah laku itu dilakukan oleh murid. Hukuman dera dibuat setelah tingkal laku
yang telah dilakukan oleh murid dapat disahkan. Hukuman ini dijalankan samada
oleh Pengetua atau Guru Besar sendiri ataupun oleh seorang guru yang berdaftar
yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut kepada keadaan
Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959. Hukuman dera ini hendaklah dijalankan dengan menggunakan
rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya dibuat pada tapak tangan atau pada
32
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
bahagian punggung pelajar yang berlapik sahaja. Hukuman dera ke atas pelajar
perempuan pula dilarang secara nyata seperti yang termaktub dlaam Perkara 5
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-Peraturan (Disiplin Sekolah) 1959.
6.4 Hukuman Penahanan (Detention)
Hukuman penahanan adalah untuk mengawal para pelajar yang jahat
(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menikmati dan menggunakan masa lapangnya
dengan baik. Hukuman ini hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan
seseorang itu ditahan. Kehadiran kelas penahanan akan mendatangkan kesan
mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain. Aktiviti terhadap
penahanan murid hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan dapat
membina murid.
6.5 Hukuman Amaran
Hukuman amaran adalah hukuman yang sesuai apabila Pengetua atau Guru
Besar yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis tingkah laku
dan kelakuan murid yang telah melakukan tingkah laku. Hukuman ini biasa bagi
tingkah laku ringan yang dilakukan oleh murid kerana berpendapat bahawa adalah
kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi terhadap pelajar yang
melakukan kesalahan ringan. Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1,
Amaran 2 dan Amaran 3 bagi kategori tingkah laku ringan oleh murid. Namun,
hukuman Amaran dan Amaran Keras boleh dikenakan terhadap pelajar bagi yang
melakukaan kategori tingkah laku yang sederhana. Bagi kategori tingkah laku berat
pula, Amaran Keras terus diberikan kepada murid yang melakukan kesalahan ini.
33
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
6.6 Hukuman Denda
Hukuman ini merupakan insentif bagi memperbetulkan tingkah laku murid.
Namun, sebarang dendaan yang diberikan perlulah mengikut jenis dendaan yang
sesuai untuk digunakan. Dendaan yang boleh dikenakan ke atas murid adalah untuk
mengatasi masalah disiplin murid dengan hanya memberi jenis hukuman dendaan
yang biasa dan ringan sahaja. Pengetua atau Guru Besar bertanggungjawab dalam
memberikan hukuman denda terhada murid yang melakukan kesalahan disiplin
tetapi hukuman ini boleh diberi kuasa kepada guru lain atau guru disiplin.
Tingkah laku tidak amanah merupakan tingkah laku kategori sederhana
yang mana kesalahan bagi perbuatan ini membawa kepada gangguan ketenteraman
sekolah tidak sampai mendatangkan kemudaratan kepada sistem pendidikan di
sekolah. Namun, sekiranya kesalahan ini kerap berlaku dan sampai ke tahap yang
membahayakan sehingga menjadi ikutan kepada murid lain, hukuman bagi ketagori
ini akan membawa kepada hukuman yang berat seperti mengantung atau
membuang sekolah. Jadual 1 di bawah merupakan tingkah laku yang terdapat di
bawah jenis tingkah laku tidak amanah dengan penerangan hukuman yang sesuai
dikenakan terhadap jenis kesalahan yang dibuat.
34
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
KESALAHAN HURAIAN HUKUMAN
Mencuri Soalan Termasuk menyimpan, menyalin, Kali 1
Peperiksaan mengedar soalan-soalan yang belum
dijalankan 1)Pengakuan
Bertulis
2)Rotan 1 kali
3)Ibu Bapa/ waris
dihubungi
Kali 2
Rotan 2 kali
Kali 3
Digantung sekolah
tidak melebihi 10
hari
35
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Meniru Meniru tandatangan pengetua, Kali 1
Tandatangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa atau
1)Pengakuan
orang lain. Bertulis
2)Rotan 1 kali
3)Ibu Bapa/ waris
dihubungi
Kali 2
Rotan 2 kali
Kali 3
Digantung sekolah
tidak melebihi 10
hari
Menipu Menipu guru, murid yang Kali 1
Melibatkan melibatkan wang samaada hak
persendirian, kelab atau persatuan. 1)Pengakuan
Wang Bertulis
2)Rotan 1 kali
3)Ibu Bapa/ waris
dihubungi
Kali 2
Rotan 2 kali
Kali 3
Digantung sekolah
tidak melebihi 10
hari
36
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Menipu Menipu guru, murid yang Kali 1
Melibatkan melibatkan kepercayaan samaada
Kepercayaan 1)Pengakuan
hak persendirian, kelab atau Bertulis
persatuan.
2)Rotan 1 kali
3)Ibu Bapa/ waris
dihubungi
Kali 2
Rotan 2 kali
Kali 3
Digantung sekolah
tidak melebihi 10
hari
Jadual 1: Jenis Kesalahan dan Hukuman
37
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
UNIT 4
7.0 CARTA ALIRAN DAN INSTRUMEN PENILAIAN
7.1 Carta Organisasi Pengurusan Disiplin Sekolah
38
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
7.2 Carta Alir Prosedur Tindakan Laporan Isu Disiplin Murid Mengikut
SOP 1-3-7
39
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
7.3 INSTRUMEN PENILAIAN OLEH GURU
Bil PERKARA YA TIDAK CATATAN
1. Pelajar kerap menipu guru.
2. Pelajar sering memberikan alasan ter-
hadap guru.
3. Pelajar melakukan perkara diluar ka-
walan guru.
4. Pelajar tidak berlaku jujur dalam apa
jua aktiviti yang dijalankan.
5. Pelajar tidak berasa selesa dengan
persekitaran kelas
6. Pelajar menepati masa.
7. Pelajar berulang kali terlibat masalah
disiplin.
8. Pelajar tidak mendengar nasihat dan
arahan guru.
9. Pelajar seorang yang bertanggungja-
wab.
10. Pelajar seorang yang berdisiplin
40
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
8.0 RUMUSAN
Tingkah laku tidak Amanah merupakan satu perbuatan yang tidak baik
untuk diamalkan dan penting untuk dikekang dari peringkat awal lagi sebelum ia
menjadi ‘bara yang memarakkan api’. Hakikatnya, tingkah laku tidak Amanah ini
walaupun ia kelihatan seperti bukan masalah yang besar, tetapi ia juga merupakan
satu kesalahan yang tidak boleh dibiar. Hal ini demikian, perlahan-lahan sikap ini
akan menjadi normalisasi dalam diri murid yang pada akhirnya ia juga boleh
mendorong para murid untuk membuat kesalahan yang lebih besar lagi.
Sekiranya tingkah laku yang semakin berakar umbi dalam kalangan murid
ini tidak dikekang dengan baik dan sewajarnya, ia akan mengganggu proses
pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas dan seterusnya ia akan
melambatkan pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Oleh demikian,
amat penting bagi pihak yang berkenaan untuk melaksanakan langkah pencegahan
dan menyediakan program-program sokongan yang kreatif dan inovatif dalam
membendung masalah ini.
Akhir kalam, diharapkan agar pendokumentasian yang ringkas dan padat
akan Modul Tingkah laku Tidak Amanah ini dapat dijadikan sumber rujukan bagi
pihak-pihak yang berkaitan. Bukan itu sahaja, diharapkan juga agar
pendokumentasian modul ini sedikit sebanyak dapat menjadi medium bagi
mengekang tingkah laku yang sedia ada dan ia dapat memberi bermanfaat bagi
mana-mana pihak terutamanya dalam bidang pendidikan agar harapan FPK dapat
dicapai dan direalisasikan.
41
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
9.0 RUJUKAN
Abd Aziz Abd Shukor, Omar Hisham Mohd Baharin, & Eftah Moh @ Ab-
dullah. (2014). Menilai motivasi pencapaian dan kecerdasan emosi pelajar lepasan
PMR yang cemerlang matematik mengikut jantina. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Prosiding Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Antarabangsa 2014.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 26-28 Mei 2014:1-11.
Abd Malek Abdul Rahman. (2013). Kecerdasan emosi dalam kalangan
remaja Malaysia. Jurnal bitara, UPSI.
Anand Raj. (2017). Cara Tindakan Terhadap Salah Laku Murid. Diakses
pada 30 Januari 2022 daripada https://www.scribd.com/embeds/202297703/con-
tent?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=k
Anonymous (2018). Topik 9 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin. Di-
akses pada 28 Januari 2022 daripada http://ffoliokps.blog-
spot.com/2018/11/topik-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_14.html
Asmak Haji Ali. (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan
Penyelesaiannya. UITM Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.
Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad. (2010). Faktor-Faktor Penyebab Masa-
lah Disiplin diSekolah. Diakses pada November 10, 2020 daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/11785779.pdf
Chin Pek Lian, Low Li Chueen, Vivian Low Yen Yeong. (2005). Isu-isu
Masalah Disiplin Pelajar: Pendekatan dan Penyelesaian. https://www.aca-
demia.edu/5148346/Isu_Isu_Masalah_Disiplin_Pelajar_Pendeka-
tan_Dan_Penyelesaian.
Hamdani Halim. (2018). Definisi Konsep Tingkah Laku Bermasalah. Di-
akses pada 20 Januari 2022 melalui https://docplayer.info/71538821-1-0-definisi-
konsep-tingkah-laku-bermasalah.html
Jayesh Maniar, (1998). ‘Our Teens’. Family Fun Website.
James, Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. PTS Publication.
Selangor.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid
42
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Kinder, K., Wakefield, A., & Wilkinson, A. (1996). Talking Back: Pupil
Views Disaffection. Slough: National Foundation for Educational Research
(NFER).
Lain Ehman, (2001). The Importance of touch. Arribella (The magazine of
today’s woman).
Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ng, K. G. (2005). Hubungan Antara Punca-Punca Ponteng Dengan
Tahap Ponteng Sekolah Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Bahagian Pendalaman
Sabah. Unpublished Master’s thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Norhasilah Mat Nor, Aspaniza Hamzah & Nurul Farhana Junus. (2012).
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Jurnal Pendidikan
Psikologi dan Kaunseling, (5), (12-29).
Noraini Ahmad. (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur: Utusan Pub-
lication & Distridutors Sdn. Bhd.
Norsahida Sakira Korman, Mohammad Mujahees Hassan, Farah Husna
Anwar, et. (2021). Faktor Sosialisasi dalam Mempengaruhi Tingkh Laku Indi-
vidu. Malaysian Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), 6 (1). Kuala
Lumpur : Universiti Putra Malaysia.
Nurzatil Ismah Azizah, Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, et.
(2017). Konsep Amanah Menurut Perspektif Hadith. Persidangan Antarabangsa
Pengajian Islmaniyyat Kali Ke-3 (IRSYAD 2017). Selangor : Kolej Universiti Is-
lam Antarabangsa.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad dan Zarina A Rashid. (2017). Peraturan dan
Undang-Undang Kawalan Disiplin Murid di Malaysia. Malaysian Online Journal
of Education Vol. 1, No. 1. Universiti Teknologi Malaysia.
Othman Md Johan & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah
Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Jurnal Pendidikan Psikologi dan Kaunsel-
ing, 4. (115-140).
43
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua, Guru Besar, Guru
Disiplin dan Guru Sekolah. Diakses pada 31 Januari 2022 daripada https://disci-
plineintegrityhonour.weebly.com/uploads/2/0/0/3/20036699/panduan-tatacara-
disiplin-sekolah_1_.pdf
Rohner, Ronald P Veneziano dan Robert. (2001). The Importance of father
love: History and contemporary evidence. American Psychological Association.
Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007).
Strategi dan Teknik Mengajar Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Pub-
lishing Sdn. Bhd
Ungkapan. (2022). Makna Tidak Bertanggungjawab (Apa Itu, Konsep dan
Definisi). Diakses pada 29 Januari 2022 daripada https://ms.encyclopedia-titan-
ica.com/significado-de-irresponsabilidad
Ungkapan. (2022). Makna Ketidakjujuran (Apa Itu, Konsep dan Definisi).
Diakses pada 29 Januari 2022 daripada https://ms.encyclopedia-titanica.com/sig-
nificado-de-deshonestidad
Wan Norasiah Wan Ismail. (2003). Akhlak Remaja di Felda Ulu Beli-
tong. Disertasi Master. Universiti Malaya.
Young, E. & Meteraud, L. (2014). Perceptions of Middle School
Teacher on Teaching. Bullying. Journal of Research, 229-241.
Zakaria Staapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012).
Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri.
Jurnal Hadhari Special Edition. (155-172).
Zulkiffly Ahmad.(2006). Jenayah Seksual. Mostagain Resources Publi-
cations.
44
MODUL TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
10.0 LAMPIRAN
SURAT PEKELILING IKHTISAS BI. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
45