HSL 333: ISU-ISU TERPILIH DALAM SEJARAH ASIA
TAJUK 2:
NILAIKAN KEBANGKITAN TAPING (1850-1864) YANG
MERUPAKAN KEBANGKITAN TERBESAR RAKYAT CHINA PADA
AKHIR WANGSA QING ITU DARI SEGI KEJAYAAN PADA TAHAP
AWAL DAN KEGAGALAN PADA PENGHUJUNGNYA.
NAMA NO MATRIK KAD PENGENALAN NO TELEFON
HASNI BT RAMLI
142711 980702-12-6422 016-5925769
FATIN NURAZWA 142670 980717-02-5878 018-4676370
BT ZAINORDIN
DISEDIAKAN UNTUK: DR TAN CHEE SENG
PENGENALAN
• Pemberontakan Taiping merupakan satu pemberontakan yang terbesar dalam
sejarah negara China kerana meninggalkan kesan yang mendalam
• terutamanya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi negara China.
Pemberontakan ini berlaku pada 11 Januari 1851 hingga 1864 yang dilakukan oleh
tentera dan pemerintahan sipil yang dipimpin oleh Hong Huoxiu / Hong Xiuquan
apabila beliau telah mengasaskan Kerajaan Perdamaian Agung atau Taiping
Tien-Kuo.
• Pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Manchu
dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru.
• Pemberontakan Taiping telah mencapai kejayaannya pada peringkat awal
disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat China terhadap dinasti Manchu
• yang diakibatkan daripada kegagalan China dalam Perang Candu I dan II.
Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut tidak bertahan lama dan ia mulai
merosot selepas tahun 1855 dan berakhir sepenuhnya pada tahun 1864.
LATAR BELAKANG
• Hung Hsiu-Chuan merupakan seorang anak petani dari Selatan China yang
berketurunan Hakka dan lahir di Kwangtung pada 1 Januari 1814.
• Keluarga beliau menaruh harapan yang tinggi agar beliau menjadi salah
• seorang pegawai tadbir China yang terkenal.
Pada usia 15 tahun beliau (1827), beliau telah menduduki peperiksaan awam
kerajaan di peringkat sheng-yuan. Namun, setelah gagal 5 kali dalam
peperiksaan tersebut beliau telah bosan dengan kerajaan dan keadaan
China.
• Dua peristiwa yang telah mempengaruhi hidup beliau iaitu pertama semasa
berada di Canton, beliau telah berjumpa dengan paderi Protestan dan
mengambil masa dua bulan untuk mempelajari doktrin Kristian.
• Peristiwa kedua pada 1838, beliau telah jatuh sakit selama empat hari dan
semasa dalam koma beliau mendapat gambaran yang dirinya diangkat ke
syurga.
• Setelah bertemu dengan ahli psikologi, Hung Hsiu-chuan telah membuat
kesimpulan bahawa dua orang lelaki tua yang ditemuinya dalam mimpi
adalah Tuhan dan Jesus Christ dan beliau sendiri sebagai anak bongsu
kepada Tuhan.
LATAR BELAKANG
• Beliau juga beranggapan bahawa kejahatan yang digambarkan dalam mimpi
beliau ialah masyarakat China yang menyembah patung di tokong dan perasaan
gembira yang digambarkan adalah beliau dan Li Ching-Fang telah memeluk
agama Kristian.
• Hung Hsiu-chuan akhirnya menyebarkan agama Kristian dan membentuk versi
• baru doktin Kristian yang mengemukakan idea berkaitan Negara Syurga.
Pada tahun 1847, beliau telah mengumpul pengikutnya dalam kalangan orang
Hakka yang miskin dan menjadikan mereka sebagai pemuja tuhan.
• Beliau turut mengkritik dan cuba membuang berhala dan meja-meja Konfusius di
• sekolah sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan guru pada 1844.
Beliau turut mengajak penduduk Chuna menentang pihak kerajaan pada masa
itu untuk mewujudkan dunia yang aman damai.
• Antara pengikut utama beliau ialah Yang Hsiu-ch’ing, Hsiao Ch’ao-kuei, Wei
• Ch’ang-hui dan Shih Ta-k’ai.
Pada 1850, pengikut Hung Hsiu-chuan bertambah sehingga kira-kira 10,000 orang
dan beliau telah membina ibu pejabatnya di Chin-t’ien dan menyeru semua ahli
pemuja tuhan menjual harta mereka untuk diserah kepada perbendaharaan
awam di ibu pejabatnya.
LATAR BELAKANG
• Pada hari lahir Hung Hsiu-chuan ke 37, mereka menyambutnya di Chin-
t’ien dengan mengisytiharkan revolusi di China.
• Hung Hsiu-chuan diisytiharkan sebagai Raja Syurga (Heavenly King atau
• Tien-wang) untuk memerintah Negara Kemakmuran Syurga.
Beliau juga telah bersekutu dengan pertubuhan sulit dan cuba
membawa mereka menyertai golongan Taiping untuk mengukuhkan
kekuasaannya.
• Golongan Taiping ini telah memulakan Gerakan kebangkitan pada Julai
• 1850 di sebuah kampung di Sungai Barat Kwangsi.
Mereka berjaya menawan Yung-an pada 25 September 1851 dan
mengumpulkan kekuatan dengan menambah jumlah tentera kepada
37,000 orang.
• Golongan Taiping telah mengisytiharkan kalender baru dan
mengeluarkan pengisytiharan negara yang mengutuk penindasan orang
Manchu ke atas orang China, mengkritik amalam rasuah dalam
kerajaan dan menyeru rakyat menundukkan Dinasti Qing.
KEJAYAAN PEMBERONTAKAN TAIPING
MENAWAN KOTA-KOTA WUHAN
• Tentera Taiping telah menawan kota Yung-an dan berjaya memecahkan kepungan tentera
kerajaan pada April 1852.
• Setelah itu, tentera Taiping juga telah berjaya dalam peperangan di Hunan dan menawan ibu
negeri wilayah Hunan iaitu Changsha. Dalam kejayaan ini telah mengorbankan dua
pembantu Hung Hsiu-Chuan iaitu Raja Selatan dan Raja Barat.
• Gerakan pemberontakan Taiping ini kemudian diteruskan ke utara dengan penawanan
Yochow pada 13 Siptember 1852. Dalam peristiwa itu, tentera Taiping telah merampas
banyak senjata yang ditinggalkan oleh tentera kerajaan.
• Seterusnya, Wuhan pula telah jatuh ke tangan tentera Taiping.
• Selepas itu, , Nanking telah menjadi sasaran tentera Taiping,
• Pada 19-21 Mac 1953, berlaku pertempuran yang membawa kejayaan kepada tentera
Taiping dan akhirnya mereka berjaya menawan Nanking.
• Pada bulan Mac, Hung Hsiu-chuan telah mengisytiharkan Nanking sebagai “Ibu Negeri
Syurga” dan beliau kekal di Nanking selama hampir satu dekad.
• Berdasarkan peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa pemberontakan Taiping
sememangnya berjaya kerana berjaya menawan beberapa buat wilayah / kota Wuhan dan
berjaya melepasi serta mengalahkan tentera kerajaan.
PEMERINTAHAN BERDASARKAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN TRADISIONAL
CINA
• Sistem pemerintahannya merupakan campuran dari sistem Cina kuno dan agama Kristian.
• Hong Hsiu-chuan juga melarang pengambilan candu. Hal ini merupakan satu usaha yang
baik kerana ketagihan candu boleh membawa banyak keburukan kepada kesihatan
penduduk China.
• Mengambil Tindakan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dengan melarang meminum
minuman keras, melarang pengikatan kaki perempuan yang sebelumya merupakan simbol
sebagai wanita terhormat, persamaan darjat antara lelaki dan perempuan, dan
menghukum mati kepada sesiapa yang melakukan penzinaan.
• Hal ini menunjukkan bahawa pemerintahan Hung Hsiu-chuan berpandukan kepada
amalan agama dan ia juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang dapat
membawa kepada kejatuhan sesebuah pemerintahan.
• Selain itu, Hong Hsiu-chuan juga telah memberikan kesempatan kepada para wanita untuk
masuk dalam ketenteraan dan boleh menduduki jabatan dalam pemerintahan.
• Pekara ini memperlihatkan bahawa pemerintahan Hong Hsiu-chuan pada mulanya
sememangnya berniat untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya dan bersikap adil.
• Sekiranya sikap dan pemerintahan beliau tidak berubah pastinya pemerintahan ini akan
bertahan lebih lama dan kemungkinan dapat menjatuhkan pemerintahan Qing.
KUASA BARAT MENGAKUI KEHEBATAN TAIPING
• Pada awal kerajaan Nanking di bawah pemerintahan Hung Hsiu-chuan, Nanking dilihat
sebagai sebuah kerajaan yang Makmur.
• Barat turut mengakui kehebatan dan kemakmuran yang dicapai oleh kerajaan Hung Hsiu-
chuan serta mengakui bahawa Nanking mempunyai kehidupan yang selesa.
• Kehebatan dan kemakmuran yang dicapai oleh Nanking pada Ketika itu telah berjaya
menarik minat dan kepercayaan Barat apabila mereka telah menghantar agama ke
Nanking seperti Booham dari Britain, de Bourboulon dari Perancis dan McLane dari AS.
• Pada masa itu, kemakmuran Nanking boleh diukur dengan simpanan beras yang
berjumlah jutaan pikul.
• Hal ini jelas menunjukkan kejayaan Gerakan Taiping apabila kuasa luar telah mengakui
sendiri kehebatan mereka dan berhasrat ingin bekerjasama walaupun pada akhirnya
kepercayaan tersebut tidak membantu dalam menentang kerajaan malahan menjadi
musuh dalam membantu menjatuhkan Taiping.
FAKTOR KEJAYAAN PEMBERONTAKAN
TAPING 1850-1864
PENYEBARAN FAHAMAN/IDEOLOGI KRISTIAN
• Hong Hsiu-chuan menggunakan agama Kristian sebagai ideologi dalam pemberontakan
Taiping.
• Propaganda beliau berkisarkan kepada kebangkitan untuk melawan “kejahatan” dan sebagai
suatu keluarga yang aman dan harmoni berdasarkan dengan ajaran agama Kristian untuk
merealisasikan cita-citanya bagi menjatuhkan kerajaan Manchu.
• Hong Hsiu-chuan juga menubuhkan satu persatuan untuk mengumpul pengikut-pengikutnya
yang diberi nama Bai Shang Di Hui atau dikenali sebagai Worship God Society.
• Hong Hsiu-chuan juga dengan mudah mendapatkan ramai pengikut daripada kumpulan
Hakka dan penduduk di kawasan Kwangsi kerana kumpulan ini sememangnya menganuti
agama Kristian serta hidup dalam kemiskinan.
• Beliau menuntut bahawa dia telah diberikan mandate daripada Tuhan untuk menyelamatkan
manusia iaitu melakukan pembaharuan dengan menggulingkan pemerintahan Qing.
• Sesiapa yang mengikuti pemberontakan ini akan diberkati oleh Tuhan dengan berkat-berkat
seperti mengerjakan tanah-tanah sebagai sumber pendapatan.
• Hal inilah yang menarik minat golongan miskin untuk turut serta dalam pemberontakan
tersebut bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik selepas ini.
KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHU
• Kelemahan pentadbiran Manchu berlaku disebabkan oleh sikap pegawai
• atasan orang Manchu yang sentiasa mencurigai pegawai-pegawai Cina.
Pegawai-pegawai Cina juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan
yang tegas, pada masa yang sama turut dipersalahkan sekiranya berlaku
• sesuatu kelemahan dalam pentabiran.
Selain itu, berlaku gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran
• Manchu.
Hal ini boleh dilihat pada akhir zaman pemerintahan Maharaja Chien-lung
apabila Ho-shen menjadi simbol rasuah terbesar dalam kerajaan Qing apabila
beliau dikatakan memiliki harta berjumlah kira-kira 800 juta tahil.
• Disamping itu, ketamakkan pegawai-pegawai Manchu dalam pentadbiran
turut mendorong kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.
• Ini kerana tindakan menjual gelaran dan jawatan penting telah berlaku.
Terdapat pegawai-pegawai yang bertindak mendapatkan jawatan dengan
cara membeli jawatan yang akhirnya melahirkan pegawai yang tidak
berkualiti sehingga menyebabkan pegawai2 ini mengabaikan tanggungjawab
• berkhidmat untuk rakyat, sebaliknya asyik menambah kekayaan diri sendiri.
Pada masa yang sama juga, pegawai kerajaan membuat pemerasan dan
paksaan kepada penduduk China untuk mendapatkan wang menyebabkan
penduduk China jatuh miskin dan menjadi pengemis lalu akhirnya melakukan
• jenayah.
Hal ini berlaku disebabkan ketiadaan usaha dalam meningkatan kuota
• pekerjaan bagi pemegang sarjana yang sudah lulus dalam peperiksaan klasik.
Jelaslah bahawa keadaan politik yang tidak stabil ditambah dengan sikap
pegawai yang tidak menjalankan tanggungjawab, penyelewengan dan
penindasan menyebabkan pentadbiran kerajaan Manchu semakin lemah.
• Akhirnya pemerintahan tidak dapat mengawal para pemberontak yang
semakin agresif dan berjaya meluaskan kuasa.
GERAKAN ANTI-MANCHU
• Semenjak orang-orang Manchu berjaya menjatuhkan Dinasti Ming dan
mengambil ahli kuasa untuk menubuhkan Dinasti Manchu, orang-orang Cina
• sentiasa berusaha menjatuhkan Dinasti Manchu.
Hal ini kerana orang Cina tidak mahu untuk menerima orang-orang Manchu
sebagai orang Cina kerana menganggap kuasa mereka akan semakin
tergugat.
• Gerakan anti –Manchu berkembang disebabkan sikap kerajaan Qing yang
menjalankan dasar diskriminasi terhadap orang China.
• Misalnya, Dorgan yang membantu Maharaja Shuh-chih (1644-1661) telah
bertindak merampas tanah hak milik orang China.
• Tindakan kerajaan Qing ini telah melahirkan perasaan marah dan tidak puas
hati dalam kalangan masyarakat China sehingga mereka telah
berkerjasama dengan persatuan anti-Manchu dan menubuhkan pertubuhan
politik anti-Manchu seperti “Heaven and Earth Society”
• Mereka menentang arahan yang dikeluarkan oleh Dinasti Manchu dalam
tahun 1644 yang telah memaksa setiap orang lelaki haruslah mencukur
bahagian depan rambut dan harus memakai lencana sebagai lambang
kesetiaan kepada Dinasti Manchu.
• Orang Cina tidak berpuas hati kerana mereka beranggapan bahawa
• perkara tersebut telah mencemarkan maryah mereka.
Selain itu, orang Manchu juga menetapkan bahawa hukuman pancung
akan dikenakan sekiranya orang-orang Cina enggan mematuhinya dan
disebabkan oleh itu, satu rusahan antu-Manchu telah berlaku yang
dipimpin oleh Huang Tsung-His (1619-1696).
• Namun begitu, rusuhan tersebut dapat dihapuskan dan kira-kira 80,000
• daripada orang yang mengikuti rusuhan ini dikatakan telah terbunuh.
Disamping itu juga, orang Cina tidak mahu Dinasti Manchu yang
mentadbir pemerintahan Cina. Oleh itu, mereka telah menggunakan
cogan kata “Fan-Ching, Fu-Ming” yang bermaksud “Jatuhkan Ching dan
kembalikan Ming”.
KELEMAHAN TENTERA MANCHU
• Kelemahan tentera Manchu telah merosot sejak sebelum berlakunya Perang Candu
lagi.
• Pegawai-pegawai tentera juga telah menyalahgunakan wang tersebut untuk
kegunaan tentera sehinggakan pemerintah Manchu terpaksa mengambil masa lam
untuk menghapuskannya.
• Kelemahan tentera Manchu juga dapat dilihat apabila mereka dikalahkan oleh orang
Inggeris dalam perang Candu (1839-1842) yang mana melalui keadaan ini
menyebabkan orang-orang Cina yang anti-Manchu meneruskan perjuangan dalam
mengulingkan pemerintahan Manchu.
• Selain itu, kelemahan tentera Manchu juga dapat dilihat dalam peristiwa
pengepungan tentera pemberontak di Yuan-an iaitu apabila pasukan pemberontak
Taiping berjaya memecahkan kepungan tersebut pada April 1852.
• Jelas bahawa kelemahan tentera Manchu telah memudahkan tentera-tentera
Gerakan pemberontakan Taiping memenangi setiap peperangan menentang tentera
Manchu dan akhirnya menawan beberapa buah kota.
KEMISKINAN
• Abad ke-19 menyaksikan perubahan yang ketara dalam kehidupan
penduduk China apabila ia mulai merosot.
• Petani yang merupakan kumpulan majoriti menghadapi kehidupan
yang susah akibat pertambahan penduduk yang tidak seimbang
dengan tanah pertanian yang sedia ada.
• Buktinya, pada zaman dinasti Qing, 150 tahun sejak penubuhan dinasti
ini boleh dianggap zaman kemakmuran dan keamanan namun,
disebabkan ini penduduk juga semakin bertambah.
• Pertambahan ini tidak disertai dengan pertambahan tanah yang
• subur.
Keadaan bertambah buruk dengan bencana alam seperti kemarau
yang panjang di Hunan dalam tahun 1847, banjir besar di Sungai
Yangtze dalam tahun 1849 dan banjir di Shantung pada 1852 yang
melanda kawasan pertanian, sekali gus telah mengurangkan tanah
yang subur.
• Keadaan ini menambahkan lagi kesusahan para petani sehingga
mereka terpaksa menjual tanah dan menjadi penyewa kepada tuan
tanah. Tanah yang telah dijual pula sukar untuk ditebus semula kerana
tuan tanah mengenakan harga yang tinggi.
• Selain itu, berlaku juga pemerasan oleh saudagar kaya dan kedai pajak
gadai terhadap pinjaman yang dibuat oleh petani.
• Tambahan lagi, saudagar kaya ini tidak perlu membayar cukai yang banyak
tetapi para petani miskin ditekan dengan cukai yang berat dan
membebankan.
• Petani membayar cukai sebanyak 50 peratus daripada hasil tanaman
• kepada tuan tanah dan 30 peratus lagi untuk cukai.
Pendapatan yang sedikit setelah membayar kesemua cukai tidak
mencukupi bagi seorang petani untuk menyara kehidupan keluarganya.
• Kehidupan petani semakin buruk apabila pegawai kerajaan yang
bertanggungjawab membantu petani telah melakukan penyelewengan
bantuan kewangan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk memulihkan
bencana alam di China.
• Akhirnya, petani ini terpaksa mencari pekerjaan lain dengan menjadi buruh,
pelaut, berhijrah ke luar negara dan ada juga yang terjebak dengan aktiviti
jenayah.
• Keadaan ekonomi penduduk Cina yang miskin dan ditindas ini
menyebabkan ramai di antara mereka mengikuti gerakan pemberontakan
untuk mendapatkan jaminan kehidupan yang lebih baik.
• Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan jumlah pengikut dan
ketenteraan gerakan pemberontakan Taiping sehingga akhirnya mereka
mampu mengalahkan tentera-tentera kerajaan yang lemah.
KEGAGALAN YANG DIHADAPI OLEH KERAJAAN TAIPING
1. Kehilangan Wilayah Taklukan
• Titik perubahan dalam kebangkitan mula tercetus pada tahun 1860.
• Pihak kuasa barat melihat bahawa kerajaan Taiping mengancam kepentingan mereka
kerana kejayaan Raja Setia menawan Hangchow dan Sochoow menimbulkan keresahan
dalam kalangan orang Barat.
• Shanghai dikatakan mungkin menjadi sasaran seterusnya kerana Shanghai merupakan
salah satu pusat perniagaan dan perdagangan di China.
• Manakala orang Barat, mempunyai kepentingan perdagangan dan penempatan di Shanghai.
• Tindak balas mereka daripada ancaman Taiping ialah penubuhan tentera asing di bawah
pimpinan Federick Townsend Ward untuk mempertahankan diri daripada serangan tentera
Taiping.
• Tentera di bawah Ward mencapai kejayaan demi kejayaan dengan menawan beberapa
bandar taklukan Taiping.
• Tseng Kuo Fan dan Tso Tsung-t’ang iatu pegawai kerajaan san Li Hung -Chang dihantar
untuk melawan pemberontakan Taiping.
• Li Hung Chang ditugaskan membentuk tentera baru iatu tentera Huai dan berjaya
menyerang kedudukan Taiping di sekitar Shanghai dan Soochow.
• Sokongan daripada Ever-Victororius Army, beliau berjaya menawan wilayah Kiangsu.
• Tso Tsung T’ang pula menyerang dan menawan kedudukan Taiping di Chekiang untuk
memutuskan bekalan makanan ke Nangking.
• Oleh sebab itu, Nangking berjaya dikepung dengan lebih hebat oleh tentera kerajaan.
• Dengan kedudukan genting ini, Hung Hsiu Chuan mengambil tindakan bunuh diri.
• Sementara itu, tentera kerajaan di bawah pimpinan Tseng Kuo Chuan telah berjaya
memasuki Nangking dan membunuh semua pengikut Taiping .
• Raja Setia dapat ditangkap tetapi dilayan dengan baik oleh Teseng Kuo Fan.
• Akhirnya, pemberontakan Taiping dipadamkan pada akhir tahun 1864.
2) GAGAL MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA MASYARAKAT TEMPATAN.
• Ideologi Taiping adalah satu campuran idea Kristian, falsafah Confucius dan Taoisma
yang dicampuradukkan bersama dengan tujuan untuk menghapuskan adat resam dan
kepercayaan-kepercayaan lama yang karut.
• Pada teorinya, ideologi ini dianggap sebagai mendahului masa dan tidak sesuai dengan
taraf pemikiran masyarakat pada masa itu.
• Lebih-lebih lagi pegawai yang menjalankan tugas-tugas ini tidak mempunyai kebolehan dan
sudah tentu propaganda yang mereka jalankan tidak mencukupi dan mungkin menyalahi
ideologi yang sebenarnya yang harus disampaikan kepada umum.
• Akibat daripada keadaan ini, ideologi mereka dianggap dahsyat dan tidak sesuai.
• Ianya juga dianggap sebagai percubaan untuk menghancurkan tamadun China.
• Adalah jelas sekali, bahawa masanya terlalu awal untuk memperkenalkan ideologi ini di
negeri China dan ianya sukar untuk diterima oleh masyarakat China kurun ke-19.
• Oleh kerana pemimpin-pemimpin Taiping tidak meneliti dengan cermat dan melaksanakan
dengan cara berkesan, maka segala matlamatnya tidak mendapat sambutan ramai.
FAKTOR -FAKTOR KEGAGALAN PEMBERONTAKAN TAIPING
1) PEMIMPIN TIDAK MEMPUNYAI KEBOLEHAN
- Pemimpin Taiping seperti Hung, Yang, Shih dan Li tidak mempunyai pelajaran dan kebolehan yang
mencukupi.
- Hung Hsui-Chuan sendiri tidak lulus peringkat ijazah yang paling rendah walaupun mencuba beberapa kali.
- Pemimpin-pemimpin tidak mempunyai kebolehan, pelajaran tinggi- terdapat kekacauan dlm negeri berpunca
dari perebutan kuasa spt pembunuhan beramai-ramai ke atas Yang, We dan tentera mereka pada tahun 1856.
- Bukan sahaja pemimpinnya tidak mempunyai kebolehan tetapi pegawai-pegawai dan pegawai tentera yang
bertugas menjalankan dasar Kerajaan tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan.
- Kebanyakan daripada mereka adalah buta huruf. Justeru segala dasar dan polisi kerajaan tidak dapat
dilancarkan bersama dan matlamat sebenar dasar itu tidak tercapai.
- Pemimpin yg mempunyai fikiran tidak waras membawa - rasuah dalam politik terutama selepas Nangking
ditakluki.
- Pemimpin Taiping hidup dgn cara yang mewah - tidak senonoh bertentangan dgn sumpahan mereka dahulu.
- Hung dikatakan mempunyai antara 30-300 orang isteri. Oleh kerana pemimpin agung, Hung berbuat demikian,
maka pemimpin lain dan pegawai bawahan megikuti perkara yang sama.
- Disiplin dan moral menjadi longgar, perbuatan rogol dan culik menjadi suatu perkara yang biasa.
- Sikap Hung Hsiu-Chuan sendiri telah menyebabkan keruntuhan kerajaan Taiping. Beliau mengamalkan
nepotisma- inginkan ahli keluarganya sahaja yang memerintah. Umpamanya, beliau telah melantik anaknya
sendiri sbg Raja.
- Akhir pemerintahannya, Hung jarang sekali keluar berperang dan membuat perhubungan dengan masyarakat
umum. Beliau cuma asyik tinggal dan bersuka ria dalam istananya sahaja.
2) KESILAPAN MERANCANG STRATEGI KETENTERAAN
- Kesilapan pertama yang telah dilakukan oleh pemimpin Taiping ialah mereka tidak menguatkan
kedudukan mereka di bandar Wuhan, tempat yang penting dari segi kedudukan tentera dan sebagai
anak kunci perhubungan di bahagian tengah Yangtze begitu juga bandar Changsa- ibu kota wilayah.
- Sebaliknya mereka lebih berminat untuk menguasai bandar Nangking.
- Ketiadaan pertahanan yang kuat di kawasan tersebut telah memberi peluang kepada kerajaan Manchu
untuk menyusun kembali pasukan tentera dan menguatkan pertahanannya untuk menyerang Taiping.
- Buktinya, antara tahun 1860-1861, gerakan Taiping bertubi-tubi menyerang Shanghai yang tidak ada
faedahnya daripada mengutamakan kempen untuk menawan Peking yang merupakan bandar penting
bagi Dinasti Manchu.
- Bandar Shanghai merupakan bandar penting untuk Hung mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa
Barat. Hung tidak mengambil berat ke atas bandar Shanghai yang telah pun dikuasai oleh Small Sword
Society sejak tahun 1853, mungkin disebabkan oleh perselisihan Hung dengan pertubuhan tersebut.
- Sekiranya pihak Taiping
menguatkan kedudukan mereka sejak awal lagi kemungkinan hubungan dapat menerangkan dan
menyakinkan perjuangannya kepada pihak Barat. Tetapi malangnya Hung lebih menumpukan
kedudukannya di Nangking yang ternyata terputus dengan dengan dunia luar.
3) BANTUAN BARAT KEPADA MANCHU
- Pada awalnya pihak Barat cuba memberi bantuan dan sokongan kepada kerajaan Taiping dengan
harapan pihak Taiping akan memberi layanan baik daripada yang diberikan oleh pemerintahan kerajaan
Mancu.
- Selain itu, penerimaan pihak Barat terhadap kerajaan Taiping didasarkan gerakan Taiping tidak
bersifat anti-asing sebaliknya pemimpin Taiping menggunakan institusi Barat dalam urusan pentadbiran.
- Pada tahun 1853-1854 pihak Barat seperti Inggeris, Perancis dan Amerika Syarikat mempunyai
hubungan yang baik dengan kerajaan Taiping. Tetapi keadaan ini berubah kemudiannya. Pihak Barat
mula menarik diri dan memberi sokongan kepada kerajaan Mancu memandangkan pergerakan Taiping
lebih membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.
- Kejadian ini tidak sahaja menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan pihak Barat terutamanya
golongan saudagar malah menakutkan masyarakat Cina sendiri.
- Mengikut Catatan terdapat 600 buah bandar telah musnah dan menjejaskan kira-kira 16 wilayah
semasa pergerakan Taiping.
- Negara-negara Barat iaitu Inggeris, Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis menyatakan sikap
‘berkecuali’ tetapi di samping itu secara sulit mereka telah memberi bantuan kepada pemerintah Mancu
untuk menentang gerakan Taiping.
- Campur tangan Barat secara langsung berlaku pada tahun 1860 bila satu pasukan tentera ditubuhkan di
bandar Shanghai. Pasukan tentera ini telah dipimpin oleh Frederick T. Ward yang mana kewangannya
dibiayai oleh golongan saudagar.
- Ward merupakan seorang yang berbangsa Amerika, telah berkhidmat sebagai pegawai pertama di kapal
meriam Cina yang bernama “ Confucius”.
- Ia telah menyusun dan melatih pasukannya dalam cara Barat dan menggelar pasukan ini “Tentera
Sentiasa Berkemenangan”.
- Ward telah cedera parah dalam bulan September 1862 dan tempatnya diambil alih oleh Major Gordon,
seorang pegawai British.
- Kemenangan pertama yang dicapai oleh pasukan Tentera Sentiasa Berkemenangan ialah mereka
berjaya mengalahkan tentera Taiping dan berjaya menawan bandar Chungkiang. Major Gordon dengan
kerjasama Tseng Kuo-Fan dan Li Chung-Chang telah berjaya memberi sumbangan besar kepada
pemerintah Mancu dalam usaha menghancurkan gerakan Taiping
4) KETIADAAN SOKONGAN GOLONGAN SARJANA NINGRAT/BANGSAWAN
- Wolfgang Franke dalam bukunya “ A century of Chinese Revolution 1851-1949” dan Fairbank dalam
bukunya “ East Asia : Modern Transformation” menegaskan kerajaan Manchu telah diselamatkan daripada
pemberontakan Taiping oleh golongan sarjana ningrat.
- Golongan ini amat berpengaruh dalam masyarakat China Tradisional.
- Mereka menentang Taiping kerana kerana ideologi Taiping mengandungi konsep Kristian dan juga
kerana Taiping menentang birokrasi Confucius yang dianggap sebagai korup.
- Sistem pentadbiran Taiping mengancam susunan sosial tradisional di mana golongan sarjana ningrat
mempunyai kedudukan yang tinggi dan menikmati pelbagai keistimewaan.
- Akibatnya, ramai sarjana menyokong kerajaan Manchu untuk menumpaskan Taiping.
- Antaranya ialah Tseng Kuo Fan, Tseng Kao Chua, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang.menubuhkan
pasukan tentera moden dan handal di Hunan.
- Beliau berjaya menawan kawasan Yangtze tengah termasuk Hupei dan Hanyang daripada Pemberontakan
Taiping.
- Li Hung Chang pula menubuhkan pasukan tentera yang moden dan dilengkapkan dengan senjata barat di
Anhwei. Dengan bantuan orang-orang Barat, beliau berjaya menawan kawasan Yangtze hilir daripada Taiping.
- Pada 19 Julai 1864, Tseng Kao Chuan telah berjaya menawan Nangking yang merupakan ibu kota dan
kubu terakhir Taiping
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, Kebangkitan terbesar rakyat China dalam Kebangkitan Taiping telah tercetus
akibat daripada beberapa faktor seperti politik, ekonomi dan sosial.
• Pemberontakan yang bertujuan menggulingkan kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan
politik dan sosial yang baru telah mencapai kejayaannya pada peringkat awal seperti penawanan
kota-kota Wuhan, pemerintahan berdasarkan agama dan kehaksamarataan serta kuasa barat
mengakui kehebatan Taiping.
• Namun begtu pada penghujungnya berlaku pemutaran sejarah dalam pemerintahan Taiping.
Misalnya, Tseng Kuo Fan telah dilantik menjadi gabenor jeneral di Kianpu, Chekiang, Anhwei dan
Kiangsi dan ditugaskan untuk menjatuhkan kekuasaan Taiping
• Hal ini disebabkan oleh beberapa kelemahan dalaman dan luaran seperti pemimpin yang kurang
berkebolehan, bantuan barat kepada Manchu, ketiadaan sokongan golongan dan ningrat dan
bangsawan serta ideologi yang tidak sesuai.
• Daripada faktor-faktor kegagalan tersebut, dapat dirumuskan bahawa kejatuhan Kerajaan Taiping
bukannya disebabkan oleh kemasukan dan campurtangan kuasa barat, tetapi kerana kelemahan
yang bergolak dalam pemerintahan Taiping sendiri. Tanpa kuasa luar sekalipun, Kerajaan Taiping
mungkin dihancurkan, memandangkan kedudukannya yang kian ganas dan merosot.
• Kesannya, Pemberontakan Taiping telah membawa kemusanahan dan kesengsaraan dan
mengorbankan 2o Juta nyawa.
RUJUKAN
Ratna Danyati. 2011. Pengaruh Pemberontakan Taiping (1851-1864) Terhadap Sosiologi
dan politis Pemerintahan Dinasti Qing. Indonesia : Universitas Bina Sarana
Informatika.
Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala lumpur : UniversitI Malaya.
T. Rowe, William. 2009. “The Taiping Heavenly Kingdom, 1850-1864” dalam Chinas’s Last
Empire The Great Qing. London : The Belknap Press of Haervard University
Press.
The Political History of China, 1840-1928, by Li Chien-nung, translated and edited by S. Y.
Teng and Jeremy Ingalls. Princeton: Van Nostrand Company, 1956.
(Paperback edition issued by Stanford University Press.)
Y.C. Shih, Vincent. 1967. The Taiping Ideology. Its sources, Interpretation and Influences.
London: University of Washington Press.
Alternative resources