MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KAJIAN GUNA TANAH (PENTADBIRAN) DI
ANAK BUKIT,ALOR SETAR,KEDAH
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
NAMA:MUHD.ADAMSOFIAN SANY SANURI
KELAS:3ITQAN
NAMA GURU:ARHAMNI BINTI ROBIAN
• 1. Tajuk Kajian
• 2. Senarai kandungan m/s2
• 3. Penghargaan m/s3
• 4. Pendahuluan m/s4
• 5. Objektif kajian m/s5
• 6. Kaedah kajian m/s6
• 7. Kawasan kajianm/s7
• 8. Dapatan kajian Latar belakang kawasan kajian Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan
guna tanah di kawasan kajian Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji Tiga cadangan usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut
• 9. Rumusan m/s 18
• 10. Lampiran
• 11. Rujukan
• PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton
Binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana
telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala
peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya Cikgu
Arhamni Binti Robian atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran
dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya
dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu
bapa saya iaitu Sany Sanuri Bin Mohd Mokhtar dan Rozita Binti
Arshad yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan
kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk
menolong saya mengumpulkan maklumatmaklumat tentang kajian
guna tanah yang saya kaji
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Saya merupakan
salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajianKajian Guna Tanah (Pertanian) di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Tujuan saya memilih kawasan Anak Bukit ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal
saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan
sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.
Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 2 orang responden yang terpilih
untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan kajian dengan tepat disamping
mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut
terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat
menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya
ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang
kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsirk peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam
sekitar di kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan
guna tanah tersebut.
KAEDAH KAJIAN
PEMERHATIAN
Saya ada menonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan
RUJUKAN
Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di Internet
Media
Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti Internet, majalah-
majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut
mengenai tajuk kerja lapangan yang saya pilih dan mendapatkan kefahaman yang jelas
mengenainya
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Anak Bukit Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu
negeri Kedah. Terdapat 32 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Salah sebuah mukim
yang terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Anak Bukit.
Ia dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana istana dan kediaman rasmi Sultan Kedah,
Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga dikenali sebagai tempat kelahiran Almarhum
Sultan Kedah dan bekas Yang Di Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah yang memerintah dari tahum 1958 hingga kemangkatanya pada bulan September
2017.
Pada bulan Februari 2009, istana ini mengalami perolehan RM70 juta sempena ulang
tahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ini melibatkan pembinaan
bangunan baru yang menempatkan penonton baru dan dewan makan yang dapat
menampung 1.400 orang pada satu-satu masa. Ia menggantikan ruang hadirin dan ruang
makan yang sedia ada yang hanya boleh memuat kurang dari 1,000 orang. Bangunan ini
siap dibina pada Oktober 2007.
Di belakang istana terdapat aliran sungai yang disebut Sungai Anak Bukit dan mengalir
melalui Alor Setar yang dihubungkan oleh Sungai Kedah (Sungai Kedah) ke muara Kuala
Kedah.
Terdapat juga kebun binatang mini di tengah-tengah flora taman diraja yang berwarna-
warni. Pengunjung dibenarkan masuk ke taman diraja.
Selain itu, Anak Bukit juga dikenali sebagai "Putrajaya" Kedah oleh penduduk
tempatran.Ini kerana fungsinya hampir serupa seperti Putrajaya.Menurut Rancangan
Malaysia Kesembilan, Anak Bukit dirancang untuk menjadi ibu kota pentadbiran baru
Kedah, menggantikan Alor Setar.Walaubagaimanapun, Alor Setar akan terus menjadi ibu
kota dan pusat komersial negeri ini.
Oleh kerana itu, Anak Bukit melihat pertumbuhan infrastruktur yang besar.
Perkembangan utama termasuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri yang baru,
balai polis Anak Bukit baru, bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (Jabatan
Pendaftaran Negara) yang baru.
Sebuah steses keretapi baru juga dibina sebagai sebahagian daripada Projek Elektrik
dan Pengesanan Berkembar Ipoh-Padang Besar dan mula beroperasi pada tahun
2014. Ia dilancarkan oleh kereta api ETS Transit.
hartanah juga muncul di bandar ini kerana akan menjadi pusat
pentadbiran baru. Dengan populasi penduduk yang semakin
bertambah harga rumah dan tanah meningkat beberapa tahun
kebelakangan.
Salah satu projek perumahan yang lebih mewah adalah Villa Seri
Tunku. Ia disebut-sebut sebagai kehidupan mewah dalam suasana
desa, yang terdiri daripada 27 unit banglo kampung moden
bersebelahan dengan Istana anak Bukit. Unit-unit tersebut,
berharga antara RM400,000 dan RM1.2 juta, telah habis terjual.
Projek perumahan itu telah dibuka oleh Sultan Kedah ketika ini.
Terdapat beberapa sekolah yang dibina. Antaranya adalah Sekolah
Kebangsaan Taman Aman,Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Malik Sekolah-sekolah ini
terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.
Selain itu, di kawasan Anak Bukit juga terdapat kawasan pertanian. Pada
mulanya kawasan pertanian ini merupakan kawasan pertanian sangat
luas. Kawasan pertanian ini ditanam dengan padi basah. Apabila
kawasan Anak Bukit mula dibangunkan, tanah-tanah pertanian tersebut
diubah kepada pembangunan kawasan
pentadbiran. Tanah-tanah pertanian itu dibeli dan di ambil alih oleh
kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang inging menggunakan tanah
tersebut. Oleh itu, kawasan pertanian di Anak Bukit mula berkurangan
Guna tanah lain di kawasan Anak Bukit ini adalah mempunyai kemudahan
seperti berdekatan Lapangan Terbang Domestik Sultan Abdul Halim dan juga
kemudahan ETS(Electric Train Service)yang disediakan oleh KTM berhad.
Selain itu,Bandar Anak Bukit juga terletak kurang daripada 7km ke pusat
bandar Alor Setar.Bandar Anak Bukit juga terletak diantara bandar yang pesat
seperti Jitra dan Alor Setar.
Terdapat juga kemudahan seperti gerai pantai Johor yang tersedia seperti kedai
serbaneka 7Eleven,Kedai gunting rambut,kedai perabot dan lain-lain.
IMEJ DARI GOOGLE MAP SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MELUKIS PETA LAKAR
PETA KAWASAN KAJIAN ANAK BUKIT ALOR SETAR
Mentafsir Peta Lakar
Peta menunjukkan l Taman Kancil dan kawasan persekitarannya yang terletak
di kawasan tanah pamah yang rata
Terdapat sebatang sungai di kawasan Anak Bukit sekitarnya yang mengalir dari
timur ke barat
Terdapat juga padi di tengah-tengah kawasan perumahan taman ini
Terdapat beberapa petempatan di dalam peta. Selain daripada Taman kancil
terdapat juga, Taman laman kuda, Taman berlian, Taman pelanduk dan Taman
Rusa
Di antara kemudahan awam yang terdapat di kawasan anak Bukit ialah sekolah
balai polis jalan stesen kereta api
MENGENALPASTI DAN MENGHURAIKAN TIGA KESAN TANAH
TERHADAP ALAM SEKITAR
Tiga kesan guna tanah terhadap alam sekitar
Kepadatan penduduk
Kawasan penduduk semakin ramai yang menyebabkan jalan raya
semakin pesat dan pencemaran udara
Longgokan sampah yang tidak tersusun
Penduduk yang padat menyebabkan longgokan sampah secara
berlebihan
Pembakaran secara terbuka
Pembakaran terbuka tidak tentu dan tidak terancang
TIGA CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH
Antara q cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah seperti
mengurangkan projek-projek penambakan perumahan pihak kerajaan
bertanggungjawab untuk mengurangkan desakan daripada pihak swasta
untuk projek-projek tersebut
Selain itu, pihak berkuasa yang wajib perlu menyediakan lebih banyak
tong 3R agar longgokan sampah tidak akan berlaku lagi serta mengadakan
kempen kesedaran tentang alam sekitar.
Akhir sekali, pihak berkuasa perlulah memperketatkan undang-undang
sedia ada seperti memberi denda yang lebih besar kepada penduduk yang
melanggar waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk pembakaran
terbuka.
LAMPIRAN Mahkamah
Syariah Anak Bukit Syariah Anak Bukit
Pintu Istana Anak Bukit
Mahkamah Syariah Anak Bukit
Balai polis Anak Bukit
Lapangan Terbang Sultan
Abdul Halim
Stesen Ktm Anak Bukit
Rumusan
Kajian yang telah dijalankan di Anak Bukit ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna
kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah di Anak Bukit.
Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa disebalik definisi dan
maksud guna tanah. Begitu kajian mengenai faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan
pentadbiran dan pertanian di Anak Bukit. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan Saya juga
dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di kawasan kajian iaitu Anak
Bukit
Selepas mengumpulkan segala maklumat, kami dapat memberikan beberapa usaha-usaha dan
kesenangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang sedang Dan telah
berlaku di anak Bukit.
Akhir kata, Saya berharap agar penduduk tempatan menjalankan aktiviti guna tanah dengan
sebaik mungkin agar tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan flora dan
fauna akibat daripada tindakan penduduk sendiri
Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian ini kerana
mempunyai kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan kualiti kehidupan
mereka. Saya berharap semua penduduk dan responden di kawasan kajian tersebut dapat
dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.
Sumber Rujukan
Internet
https://en.wikipedia.org/wiki/Anak_Bukit
https://ms.wikipedia.org/wiki/Anak_Bukit
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4
MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN:
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Geografi.
Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi
kepentingan kajian.
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: TANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.
1) JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
2) KAUM
MELAYU CINA
INDIA LAIN-LAIN
NYATAKAN……………………………..
3) UMUR
15 HINGGA 24 TAHUN 25 HINGGA 34 TAHUN
35 HINGGA 44 TAHUN 45 TAHUN DAN KE ATAS
4) STATUS
PELAJAR KAKITANGAN KERAJAAN
SURIRUMAH KAKITANGAN SWASTA
LAIN-LAIN
NYATAKAN...........................
5) TARAF PENDIDIKAN
SRP/PMR STPM
SPM DIPLOMA
IJAZAH/DEGREE LAIN-LAIN
NYATAKAN……………..……………
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4
MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN:
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Geografi.
Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi
kepentingan kajian.
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: TANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.
1) JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
2) KAUM
MELAYU CINA
INDIA LAIN-LAIN
NYATAKAN……………………………..
3) UMUR
15 HINGGA 24 TAHUN 25 HINGGA 34 TAHUN
35 HINGGA 44 TAHUN 45 TAHUN DAN KE ATAS
4) STATUS
PELAJAR KAKITANGAN KERAJAAN
SURIRUMAH KAKITANGAN SWASTA
LAIN-LAIN
NYATAKAN...........................
5) TARAF PENDIDIKAN
SRP/PMR STPM
SPM DIPLOMA
IJAZAH/DEGREE LAIN-LAIN
NYATAKAN……………..……………