Nama Ahli Kumpulan MATLAMAT YANG DIIDAMKAN Muhammad Izzudin Hilmi Pensyarah Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban Edisi 20 / Oktober / 2023 Penghayatan Etika Dan Peradaban Politeknik Sultan Idris Shah FARAH FARISHA BINTI KAMARUZZAMAN (17DHF23F1084) NUR ALIYA SOFEA BINTI MOHD AZIZI (17DHF23F1080) SYAUQI ADAM BIN SAIFUDDIN (17DHF23F1063) MUHAMMAD AL-AFIQ MUQRI BIN MOHD KHAMIS (17DHF23F1070) MUHAMMAD IQBAL BIN IDRIS (17DHF23F1108) Politeknik Sultan Idris Shah Bin Mohamad Zaini Apakah itu perpaduan? 01 SEMENANJUNG RM30.00 SABAH & SARAWAK RM35.00
NAMA AHLI KUMPULANFARAH FARISHA BINTI KAMARUZZAMAN (17DHF23F1084) NUR ALIYA SOFEA BINTI MOHD AZIZI (17DHF23F1080) SYAUQI ADAM BIN SAIFUDDIN (17DHF23F1063) MUHAMMAD AL-AFIQ MUQRI BIN MOHD KHAMIS (17DHF23F1070) MUHAMMAD IQBAL BIN IDRIS (17DHF23F1108) 2 0 2 3 02
KANDUNGAN OBJEKTIF MUKA S U RAT 4 NO.1 MAKSUD PERPADUAN MUKA S U RAT 5 MAKSUD DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN MUKA S U RAT 6-20 KESIMPULAN DAN CADANGAN MUKA S U RAT 21 SUMBER RUJUKAN MUKA S U RAT 22 03
OBJEKTIF Mengurangi konflik dan ketegangan yang mungkin timbul kerana perbezaan Menciptakan harmoni dalam pelbagai konteks seperti dalam keluarga,masyarakat atau hubungan internasional Meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak yang berbeza Memberikan perbezaan detik perpaduan kaum yang diidamkan 04
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. APAKAH MAKSUD PERPADUAN ? 05
APAKAH MAKSUD DETIK PERPADUAN DAN PERBEZAAN ? Detik Perpaduan: Saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan mucul perpaduan adalah detik - detik ketika pergaulan dipasar, mengadakan majlis perkhawinan dan memberi bantuan ketika bencana. Detik Perbezaan: Terdapat juga beberapa perbezaan yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia khasnya berkaitan dengan budaya dan bangsa. Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan kaum lain. 06
DETIK PERPADUAN PERAYAAN Dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan agama setiap agama yang pelbagai. Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang tertentu. 9 Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum. Buktinya, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, nasi lemak yang dibuat oleh orang melayu turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. selain itu, roti canai yang berasal dari india juga kini menjadi makanan kegemaran masyarakat majmuk di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aildilfirti untuk umat muslim. Pada pagi perayaan tersebut, semua umat muslim akan solat sunat aidilfitri secara berjemaah dan akan diteruskan dengan sesi bersalam-salaman denga ahli keluarga. 07
PERAYAAN Dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan agama setiap agama yang pelbagai.Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciriciri yang tertentu. Contohnya, Hari Raya Aildilfirti untuk umat muslim. Pada pagi perayaan tersebut, semua umat muslim akan solat sunat aidilfitri secara berjemaah dan akan diteruskan dengan sesi bersalam-salaman denga ahli keluarga. 08
MAKANAN Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum. Buktinya, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, nasi lemak yang dibuat oleh orang melayu turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. selain itu, roti canai yang berasal dari india juga kini menjadi makanan kegemaran masyarakat majmuk di Malaysia.. 09
SUKAN Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap atlet negara membuktikan acara sukan mampu menyatupadukan rakyat. Detik-detik perpaduan dapat dilihat menerusi rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan parti politik yang memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan. Contoh paling mudah apabila jaguh badminton negara, Lee Chong Wei bertanding dan memenangi pingat di temasya sukan Olimpik. Semua rakyat tanpa mengira kaum, dan perbezaan politik duduk bersama-sama memberi sokongan padu kepada beliau. Inilah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia dan sehingga kini diteruskan dalam mana-mana acara sukan sekalipun. 10
KEAGAMAAN Di Malaysia terdapat pelbagai agama kerana adanya rakyat yang berbilang kaum. Contohnya, agama islam, buddha dan hindu. Oleh itu , kita seharusnya sentiasa menghormati dan tidak mengkritik adat atau budaya agama lain. Hal ini demikian kerana dengan adanya sikap hormat- menghormati agama lain ia dapat mengukuhkan lagi landasan perpaduan pada masa akan datang . Selain daripada sikap hormat- menghormati kita juga perlu menerapkan sikap toleransi , perkongsian dan menghargai perbezaan antara satu sama lain. Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap atlet negara membuktikan acara sukan mampu menyatupadukan rakyat. Detik-detik perpaduan dapat dilihat menerusi rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan parti politik yang memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan. Contoh paling mudah apabila jaguh badminton negara, Lee Chong Wei bertanding dan memenangi pingat di temasya sukan Olimpik. Semua rakyat tanpa mengira kaum, dan perbezaan politik duduk bersama-sama memberi sokongan padu kepada beliau. Inilah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia dan sehingga kini diteruskan dalam manamana acara sukan sekalipun. 11
DETIK PERBEZAAN sukan apabila adanya perlawanan bola sepak rakyat Malaysia akan berpusu-pusu akan pergi ke stadium bola sepak tidak kira agama, bangsa dan keturunan untuk menyokong perlawanan tersebut tanpa kira bangsa dan agama. Hal ini, rakyat Malaysia akan bersatu padu dan terus berdisiplin untuk mengekalkan perpaduan dengan lebih erat lagi. Contoh seterusnya, apabila adanya hari sukan negara, rakyat Malaysia akan datang bersama untuk memeriahkan suasana dan bersapa antara kaum lain. Hal ini dilihat, rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dalam negara walaupun berbeza agama dan bangsa. 12
1. Sambutan Perayaan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah -Melayu -Cina -India -Iban -Melanau -Kadazan-Dusun Setiap kaum mempunyai perayaan masingmasing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia, detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka dan berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan semua kaum di Malaysia. i. Melayu Orang Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah. Sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah bulan Ramadhan dimana setiap muslim harus berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Mereka tidak boleh makan dan minum sehingga matahari terbenam. Asal Hari Raya Aidilfitri Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, didapati pada masa itu, masyarakat Arab Jahiliyah ada menyambut perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang mereka. Terdapat dua jenis perayaan iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Pada zaman itu, setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing. Rasulullah s.a.w memberitahu orang Arab di Madinah bahawa Islam menggantikan dua perayaan yang mereka rayakan dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kalimah ‘Fitri’ bermaksud kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Pada Hari Raya Aidilfitri, Muslim saling bermaafmaafan dan akan memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni untuk berdoa atau mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan, dan juga untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. 13
1ii. Cina Salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina ialah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama setiap tahun mengikut kalender Cina. Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan dan pesanannya iaitu: -Tikus -Lembu -Harimau -Arnab -Naga -Ular -Kuda -Kambing -Monyet -Ayam -Anjing -Khinzir Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ahli keluarga akan berkumpul untuk upacara makan besar. Selepas makan, semua ahli keluarga akan menjalankan upacara ‘shou sui’ kerana mempercayai akan memanjangkan umur seseorang. Pada pukul 12.00 malam, mercun dan bunga api akan dinyalakan bermaksud Tahun Baru Cina bermula. Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama 15 hari. Pada hari Tahun Baru Cina, orang cina akan menziarahi ke rumah saudara mara dan mengucapkan ‘gong xi fa cai’ kepada orang lain. Orang Cina akan memakai pakaian baharu tetapi mengelakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana bermaksud tidak beruntung. Para penatua akan memberi ‘ampau’ kepada generasi muda yang mewakili berkat kepada generasi muda. Selain itu, mereka juga akan mengajak saudara-mara dan rakan-rakan ke rumah mereka. Asal Tahun Baru Cina Legenda mengatakan bahawa di China purba mempunyai seekor raksasa yang disebut ‘nian’. Ia hidup jauh di bawah laut selama bertahuntahun. Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ia akan naik ke darat untuk makan haiwan dan juga membahayakan nyawa manusia. Ia membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Oleh itu, manusia mencari cara untuk membunuh ‘nian’. Akhirnya, mereka mengetahui ‘nian’ paling takut warna merah, api dan letupan. Sejak itu, pada setiap Tahun Baru Cina, setiap keluarga akan memasang kopet merah dan menyalakan mercun. 14
iii. India Perayaan yang disambut oleh kaum India ialah Deepavali. Deepavali adalah perayaan Hindu yang bermaksud "menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan dengan kebaikan". Seperti orang India, mereka juga akan mengunjungi ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, mereka akan pergi ke kuil untuk berdoa dahulu sebelum pergi ke rumah para penatua. Untuk menyambut Deepavali, orang India akan melakukan pembersihan umum untuk membersihkan kediaman mereka. Keluarga India juga akan membeli beberapa lampu atau hiasan yang dirancang secara unik berdasarkan corak pencahayaan untuk menghias rumah. Asal Deepavali Legenda mengatakan bahawa pada zaman dahulu, ada iblis Narakasura di India. Di bawah pemerintahannya, kehidupan manusia sangat menyakitkan, dan manusia tidak mempunyai mata pencarian. Kemudian, dewa Tuhan Khrishna membunuh raja iblis yang jahat untuk rakyat. Ramai orang sangat gembira, dan mereka menyalakan lampu untuk meraikannya. Sejak itu, orang menganggap hari ini sebagai Deepavali, memuji semangat "Kejahatan tidak dapat mengatasi kebenaran". Untuk meraikan Deepavali, orang India juga akan memakai pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala wanita memakai pakaian gaya Sari atau Punjabi. Gadis kecil biasanya memakai Pavadai. Seperti orang Cina, orang India juga mengelakkan memakai pakaian hitam pada Hari Deepavali, kerana ini adalah warna yang tidak beruntung. 15
J E N A Y A H Definisi jenayah merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Pada era globalisasi ini, kes jenayah semakin meningkat di negara kita. Hal ini amat membimbangkan rakyat Malaysia. Kita sering menerima berita-berita mengenai kes jenayah yang baru melalui di televisyen, media sosial dan juga surat khabar seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan sebagainya Apakah persoalan yang akan timbul di pemikiran kita ketika itu? ‘Apa yang membuatnya melakukan kejahatan?’, ‘Siapa mangsa dan bagaimana keadaannya sekarang?’, ‘Adakah penjenayah itu berjaya menangkap atau melarikan diri?’ atau ‘Bangsa apa penjenayah itu?’. Jika persoalan pertama yang timbul di pemikiran kita adalah ‘Bangsa apa penjenayah itu?’, ini adalah satu sikap yang salah kerana jenayah tidak ada kaitan dengan bangsa. Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang melakukan kesalahan, oleh itu, kita tidak boleh menggunakan bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan suatu bangsa dan agama adalah baik atau buruk. Sebaliknya, jika seseorang mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, maka tidak akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan oleh undangundang. Oleh itu, kita sebagai warganegara haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang kerana hukuman tidak dijatuhkan mengikut agama dan bangsa, namun ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenayah yang kita lakukan. 16
PENGEBUMIAN Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang. Dasar pengebumian Malaysia adalah berdasarkan pada teisme dan menganggap kematian sebagai urusan agama yang ditangani oleh semua etnik dan agama secara bebas. Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, dengan itu wujudlah upacara dan pantang larang pengbumian yang berlainan. 17
Pantang Larang Kematian Pantang larang dalam pengebumian orang Melayu ialah: ²Tidak boleh bercakap kuat ²Kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi ²Tidak boleh mamagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal ²Tidak boleh duduk di atas kuburan Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam agar dapat menuliskan nama si mati, masa dan tempat pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin. Pada masa yang sama, memberitahu kepada saudara-mara, rakan dan jiran. Biasanya, si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari masa kematian. Melayu 18
Cina Orang Cina memberi perhatian kepada feng shui ketika memilih perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk di tanah perkuburan akan memberi kesan buruk kepada generasi muda. Si mati akan dipakaikan dengan pakaian tradisional dan akan dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian. Orang Cina akan membakar wang kertas, rumah kertas, kereta kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada si mati. Selepas itu, semasa setiap festival orang Cina, ahli keluarga si mati akan menyembah si mati. Pantang Larang Kematian Pantang larang yang paling biasa di pengebumian dan masa berkabung Cina adalah: ²Tidak menziarahi saudara- mara dan rakan-rakan ²Bermain dan berhibur ²Menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian orang lain Kurangkan hiburan sosial dan luahkan kesedihan dengan tingkah laku. Masa berkabung orang Cina lalu adalah tiga tahun tetapi sekarang hanya perlu berkabung satu tahun. Selain itu, tidak boleh memakai baju yang berwarna hitam, merah dan warna terang yang lain ketika menghadiri majlis pengebumian. 19
I N D I A Pantang larang kematian orang India yang pertama ialah tetamu yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah. Selain itu, semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan menggunakan kain putih. Seterusnya, ahli keluarga si mati tidak boleh meraikan sebarang sambutan dan majlis dalam masa setahun. Pantang Larang Kematian Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Mayat akan dibakar atau dikebumikan dalam masyarakat India. 20
Kesimpulan untuk matlamat perpaduan yang diidamkan adalah bahawa perpaduan adalah asas untuk mencapai kemajuan dan keharmonian dalam masyarakat. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu mengamalkan nilai-nilai seperti saling hormat-menghormati, toleransi, dan kerjasama antara pelbagai lapisan masyarakat. Dengan perpaduan yang kukuh, kita dapat mencipta masyarakat yang stabil dan sejahtera untuk semua warganegara. K E S I M P U L A N C A D A N G A N 21
SUMBER RUJUKAN https://sites.google.com/view/efoliobab4matlamatpe rpaduan/detik-perpaduan/detik-perpaduan https://anyflip.com/wtous/vfqq/basic https://matlamatperpaduanyangdiidamkan.b logspot.com/2020/10/matlamat-perpaduanyang-diidamkan.html PAGE 15 FINANCE REVIEW INTERVIEW 22