L I N K E - B O O K : PEMAKANAN ATLET SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PERTANDINGAN
PENGENALAN DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF PERBINCANGAN PERNYATAAN MASALAH METODOLOGI KAJIAN 04 08 05 10 07 12 RUMUSAN ISI KANDUNGAN CADANGAN RUJUKAN
PENGENALAN Pemakanan bagi atlet merupakan aspek penting dalam meningkatkan prestasi dan kesihatan mereka. Sebelum menjadi atlet, pemakanan mungkin tidak begitu diberi perhatian khusus, tetapi selepas menjadi atlet, pemakanan menjadi faktor penting dalam mencapai prestasi yang optimum. Prestasi dalam sukan juga didorong oleh faktor penjagaan makanan yang seimbang bagi seseorang atlet. Menurut ceFadlih, A., Anwar, N. I., Hasyim, M., Sutriawan, A., & Nurulita, R. (2023). Psikoregulasi Asupan Gizi Dalam Peningkatan Prestasi Atlet. Musamus Journal of Physical Education and Sport (MJPES), 5(02), 196-200 mengatakan bahawa Prestasi atlet yang optimal memerlukan pengaturan yang tepat dalam pola pemakanan. Salah satu faktor penting dalam mencapai prestasi yang tinggi. Sebelum menjadi atlet, seseorang mungkin tidak mengambil berat tentang pemakanan secara khusus. Mereka mungkin memakan makanan yang mereka suka tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap prestasi atau kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, setelah menjadi atlet, kesedaran terhadap pemakanan yang seimbang dan berkualiti menjadi penting. Makanan bukan hanya sebagai bahan bakar untuk aktiviti fizikal, tetapi juga sebagai penyokong pemulihan, pembinaan otot, dan peningkatan prestasi. Pemakanan untuk atlet memainkan peranan penting dalam prestasi sukan mereka, pemulihan selepas latihan, dan kelestarian kesihatan keseluruhan. Pemakanan seimbang bagi atlit adalah untuk memastikan keperluan tenaga yang diambil mencukupi.Atlet memerlukan sumber tenaga yang mencukupi untuk aktiviti fizikal yang . Mereka biasanya memerlukan jumlah karbohidrat yang mencukupi untuk memberi tenaga sepanjang hari. Bijirin, nasi, roti, dan pasta adalah sumber karbohidrat yang penting. Keperluan tenaga yang mencukupi akan memastikan prestasi atlit menjadi lebih baik. Seterusnya, pemakanan bagi atlet adalah penting kerana untuk pemulihan selepas kecederaan dalam sukan. Contohnya, protein untuk pemulihan, protein berperanan penting dalam pemulihan otot selepas latihan atau pertandingan. Sumber protein berkualiti seperti daging tanpa lemak, ikan, telur, dan kacang-kacangan membantu memperbaiki dan memulihkan tisu otot. Akhir sekali, pemakanan yang disesuaikan dengan keperluan atlet secara individu adalah penting untuk prestasi mereka dalam sukan. Mereka sering bekerjasama dengan pakar pemakanan atau jurulatih bagi merancang diet yang sesuai dengan keperluan fizikal dan prestasi mereka. Oleh itu, pemakanan yang baik dan seimbang akan memastikan prestasi dilakukan dengan tahap yang optimum.
PERNYATAAN MASALAH 1 A D A K A H P E M A K A N A N Y A N G S E I M B A N G A K A N M E M P E N G A R U H I P R E S T A S I A T L E T ? 2 A P A K A H J E N I S N U T R I S I A T A U P E M A K A N A N Y A N G D I P E R L U K A N D A L A M P O L A M A K A N A N A T L E T ?
1. Mengenalpasti makanan yang diambil sebelum, semasa, dan selepas latihan pertandingan bagi meningkatkan prestasi. OBJEKTIF 2. Mengenalpasti makanan yang boleh membantu mengurangkan risiko cedera dan mempercepat pemulihan bagi prestasi yang lebih baik.
NAMA: NURUL AIN BINTI MOKTHAR UMUR: 23 TAHUN SUKAN: OLAHRAGA (SHORT DISTANCE) PERINGKAT: NEGERI DAPATAN KAJIAN
• Berdasarkan temu bual yang dijalankan, atlet menyatakan bahawa jenis makanan yang sering beliau ambil adalah bergantung kepada waktu latihan dan pertandingan. Kebiasaannya, beliau mengambil makanan yang tidak terlalu berat tetapi memberi tenaga yang mencukupi kepada tubuh . Contohnya, roti oatmeal bersama telur dan pisang. Makanan ini mengandungi Karbohidrat Kompleks dan Protein. Beliau mengatakan bahawa makanan ini diambil kerana akan memberi kenyang yang lama dan kandungan tenaga yang tinggi. Apakah jenis makanan yang biasa anda amalkan sebelum berlatih atau pertandingan?
·Ya, beliau mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam pola makanan sebelum dan selepas pertandingan sejak beliau menjadi atlet. Sebelum pertandingan, fokusnya adalah pada pemakanan yang memberikan tenaga tahan lama tanpa memberatkan perut. Saya cenderung untuk mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks, protein dalam jumlah sederhana, dan sedikit lemak sebelum pertandingan. Hal ini kerana, makanan yang mengandungi nutrisi tersebut akan membantu memastikan beliau mendapat tenaga yang diperlukan untuk prestasi tanpa rasa kenyang yang mengganggu. Sebaliknya, selepas pertandingan, tumpuan utama adalah pada pemulihan badan akibat dari kecederaan semasa pertandingan. Oleh itu, beliau cenderung untuk mengambil lebih banyak protein untuk membantu memulihkan otot serta karbohidrat untuk mengisi semula tenaga yang telah digunakan semasa pertandingan. Beliau juga memilih makanan yang kaya nutrien seperti sayuran hijau, buah-buahan, dan sumber lemak sihat untuk membantu dalam proses pemulihan. Oleh hal demikian, walaupun terdapat perbezaan dalam fokus makanan sebelum dan selepas pertandingan, keduaduanya penting untuk menyokong prestasi dan pemulihan atlet. Pola makanan ini membantu saya menjaga tenaga serta memastikan badan mendapat nutrien yang diperlukan untuk prestasi maksimum. Adakah terdapat perbezaan pola makanan sebelum atau selepas pertandingan sejak menjadi atlet?
·Menurut atlet yang saya temu bual, beliau mengatakan bahawa Pemakanan selepas latihan atau pertandingan adalah aspek penting dalam rutin beliau sebagai atlet. Proses pemulihan merupakan aspek yang penting untuk memperbaiki otot yang lelah dan mengisi semula tenaga yang telah digunakan semasa aktiviti fizikal yang berat. Setelah latihan atau pertandingan, beliau akan memberi tumpuan kepada pemakanan yang membantu pemulihan badan dengan cepat dan efisien. Pilihan makanannya adalah gabungan nutrien yang kaya dan mudah dicerna untuk memaksimumkan pemulihan. Selain itu, karbohidrat merupakan nutrisi yang penting dalam proses pemulihan. Beliau memilih karbohidrat kompleks seperti nasi perang, roti wholemeal, atau oatmeal untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan semasa aktiviti fizikal. Malahan pula, beliau juga memastikan untuk mengambil pelbagai buahbuahan dan sayuran yang kaya dengan antioksidan dan nutrien. Ini membantu dalam mengurangkan radikal bebas serta memberi sokongan nutrisi yang diperlukan untuk pemulihan badan.Oleh itu, pemakanan selepas pertandingan akan memberi kesan yang ketara dalam proses pemulihan otot. Hal ini akan membolehkan atlet untuk kembali dalam keadaan yang lebih sihat, bertenaga, dan sedia untuk sesi latihan atau pertandingan seterusnya. Adakah anda mengamalkan pemakanantertentu untuk proses pemulihanselepas latihan atau pertandingan?
· Beliau berpendapat bahawa, pemakanan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan merupakan aspek penting bagi setiap atlet. Sebelum pertandingan, pemakanan yang tepat memberikan bekalan tenaga yang diperlukan untuk prestasi yang optimum tanpa merasa letih atau terlalu kenyang. Semasa pertandingan pula, pengambilan makanan ringan dan minuman yang tepat dapat membekalkan tenaga serta menghindari keletihan. Selepas pertandingan, pemakanan membantu dalam pemulihan otot, mengisi semula tenaga yang hilang, dan mempercepat proses pemulihan. Hal Ini tidak hanya mempengaruhi prestasi semasa pertandingan, tetapi juga kesihatan jangka panjang dan keupayaan atlet untuk pulih dan bersedia untuk latihan dan pertandingan seterusnya. Oleh itu, pemakanan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan merupakan elemen penting dalam strategi keseluruhan bagi prestasi yang baik. Pada pendapat anda, adakah pemakanan sebelum, semasa dan selepas pertandingan penting sebagai seorang atlet?
Merujuk jadual, prestasi fizikal dapat ditingkatkan melalui pengambilan pemakanan yang seimbang. Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlet. Semasa pertandingan, atlet akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian 100m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan ragbi, glikogen hati dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini. Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalamperut dan bagi memastikan tenaga yang mencukupi agar tidak mudah lesu atau letih. PERBINCANGAN
APAKAH JENIS MAKANAN YANG BIASA ANDA AMALAKN SEBELUM LATIHAN ATAU PERTANDINGAN? Lorem ipsum dolor sit amet, adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Lorem ipsum dolor sit amet, adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. How Your Upbringing Shapes Your Financial Attitudes and Beliefs Lorem ipsum dolor sit amet, adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum. UNDERSTANDING YOUR MONEY MINDSET: EXPLORING YOUR RELATIONSHIP WITH MONEY BY HENRIETTA MITCHELL & OLIVIA WILSON 08 LET'S TALK ABOUT FINANCE BASICS FOR YOUNG WOMEN WWW.REALLYGREATSITE.COM
Sebelum Semasa Selepas Jumlah kalori 300 - 500 - 500-700 Jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang atlet sebelum, semasa, dan selepas pertandingan bergantung pada beberapa faktor seperti jenis sukan, intensiti latihan, berat badan, dan tujuan prestasi atlet tersebut. Sebelum pertandingan, atlet perlu memastikan tubuh mereka mempunyai cukup tenaga untuk memberikan prestasi optimum. Makanan sebelum pertandingan sebaiknya adalah sumber karbohidrat kompleks untuk menyediakan tenaga yang berkekalan. Jumlah kalori sekitar 300-500 kalori mungkin mencukupi, bergantung pada keperluan individu. Manakala, semasa pertandingan penting untuk atlet menyimpan tenaga berbekalkan pemakanan yang dimakan sebelum perlawanan. Seterusnya, Selepas pertandingan, atlet perlu memulihkan tenaga, menggantikan glikogen yang hilang, dan memulihkan otot yang letih. Makanan selepas pertandingan sebaiknya mengandungi campuran karbohidrat dan protein. Kira-kira 500-700 kalori mungkin sesuai, tetapi ini juga bergantung kepada faktor seperti intensiti pertandingan dan masa latihan. Contoh makanan yang baik termasuk smoothie protein, ayam panggang dengan nasi, atau sandwich telur.hal ini untuk mempercepatkan pemulihan otot.
Temu bual • Untuk menjalankan tugasan ini saya menggunakan metodologi kajian melalui temu bual atlet. Kaedah temu bual dilakukan dalam platform zoom. Hal ini kerana, melalui temu bual saya akan menyediakan beberapa soalan yang berkaitan tajuk. Temu bual merupakan instrument yang penting dalam mendapatkan maklumat. Oleh itu, saya memilih platform temu bual bagi menyiapkan tugasan ini. Sorotan kajian lepas • Bagi tugasan ini, saya juga menggunakan kajian-kajian lepas melalui artikel yang telah saya pilih. Melalui sorotan kajian lepas saya dapat menambahkan lagi maklumat maklumat tambahan yang akan membantu untuk mendapatkan maklumat. METODOLOGI KAJIAN
CADANGAN 1. Jadual pemakanan yang lengkap ·Pihak jurulatih mestilah menyediakan jadual pemakanan yang lengkap kepada atlet yang telah mendapat rundingan oleh pakar pemakanan yang dilantik khas bagi membantu proses pemulihan dan peningkatan prestasi sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Melalui jadual pemakanan ini amtlah penting agar atlet mematuhi segala pola pemakanan yangh ditetapkan. Hal ini kerana, untuk memastikan atlet mengambil jumlah kalori yang mencukupi agar membantu proses penyediaan diri untuk pertandingan. 2. Pemantauan Pemakanan: ·Rakam Pemakanan dan Respon Tubuh: Pemantauan terus-menerus terhadap jenis makanan dan minuman yang diambil atlet serta bagaimana tubuh merespon dapat membantu menyesuaikan pola makan. Dengan prmantauan ini ia akan memastikan atlet mengambil jumlah kalori yang mencukupi. ·Konsultasi dengan Pakar Pemakanan:Berkonsultasi dengan ahli nutrisi atau pakar pemakanan untuk mendapatkan panduan yang lebih spesifik sesuai dengan kebutuhan individu dan jenis olahraga.
RUMUSAN Kesimpulannya, Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang atlet yang dinamik dan mencabar, pemakanan memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi terbaik dan memastikan kesihatan keseluruhan yang optimum. Melalui kajian ini, telah diperincikan betapa pentingnya pemakanan yang tepat sebelum, semasa, dan selepas aktiviti fizikal dalam menyokong tenaga, pemulihan, dan prestasi atlet. Pengetahuan tentang jenis makanan yang sesuai, pengurusan hidrasi, dan pemahaman mengenai pengambilan nutrien yang diperlukan telah menjadi titik tumpuan. Dengan merancang diet yang seimbang dan memenuhi keperluan individu, atlet dapat mengoptimakan prestasi mereka dalam sukan. Pemakanan yang seimbang merupakan Kunci untuk Prestasi Optimum. Pemakanan yang terancang dengan baik adalah kunci kepada prestasi atlit yang cemerlang. Melalui pemakanan yang diambil akan membantu memberi tenaga yang mencukupi pada atlit dan memahami keperluan tenaga, nutrien, dan hidrasi adalah penting untuk mencapai prestasi maksimum.
RUJUKAN https://drive.google.com/file/d/1ZGfJqxkPSzg EZD7MHvWKneJ-d4ySk6CG/view? usp=drive_link Link video temu bual adlih, A., Anwar, N. I., Hasyim, M., Sutriawan, A., & Nurulita, R. (2023). Psikoregulasi Asupan Gizi Dalam Peningkatan Prestasi Atlet. Musamus Journal of Physical Education and Sport (MJPES), 5(02), 196-200. MK Noor, (2021), Analisis Makanan Pra Pertandingan Yang Tepat Untuk Atlet, OSF Preprint. Elias, S. S. B. M. (2017). Effects of sports nutrition education on knowledge, attitude and practice of sports nutrition and nutritional status among elite male athletes in malaysia.