BATU BELAH BATU BERTANGKUP BATU BELAH BATU BERTANGKUP BALIK SITI NURFATIMAH | ISMAHANIS | NURULMAZLYENI (PISMP JUN 2020 BMSK1)
Mak Tanjung tinggal bersama-sama anaknya Melur dan Pekan di kaki Bukit Berapit. Sejak suaminya meninggal dunia, Mak Tanjung menjadi muram dan pendiam. Dia asyik bersedih hati .
Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul . Dia pun pergi ke sungai untuk menangguknya. Sungguh riang hatinya apabi la dapat menangguk seekor ikan tembakul .
Sampai di rumah, Mak Tanjung terus menyiang ikan itu dan memberikannya kepada Melur untuk dimasak gulai . “Masaklah ikan dan telur tembakul ini . Emak teringin makan telurnya, ” kata Mak Tanjung lalu keluar mencari kayu api .
Namun, Melur terlupa mengasingkan separuh telur tembakul untuk ibunya. Adiknya, Pekan yang kelaparan terus memakan gulai tersebut sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pulang dan mahu makan gulai telur ikan tembakul . “Mana telur tembakul?” tanya Mak Tanjung. “Sudah habis, emak. Pekan makan semuanya, ” jawab Melur perlahan. “Sampai hati kamu berdua, ” kata Mak Tanjung keci l hati .
Mak Tanjung berasa sedih dan merajuk dengan anak-anaknya lalu masuk ke hutan. Melur berasa susah hati dan mengajak Pekan untuk mencari ibu mereka bersama-sama di hutan. Maka bermulalah pengembaraan mereka mencari Mak Tanjung.
Dalam perjalanan, mereka terjumpa Sang Kanci l yang sedang kelaparan. Mereka ingin menolong Sang Kanci l . “Terdapat buah rambutan yang telah ranum di pohon seberang sana. Sang Kansi l boleh memakannya tetapi tiada jambatan untuk menyeberangi sungai, ” kata Melur. “Pekan ada akal, ” kata Pekan. “Apa kata kita panggi l Sang Buaya dan rakan-rakannya. Katakan pada mereka bahawa Raja Sulaiman menitahkan Sang Kanci l untuk mengira jumlah buaya yang ada dalam sungai ini untuk jemputan ke jamuan hutan, ” cadang Pekan.
Sang Kanci l berlakon mengikut cadangan Pekan dan Melur. “Wahai Sang Buaya dan rakan-rakan yang gagah perkasa! Aku berada di sini atas perintah Raja Sulaiman. Raja Sulaiman telah menitahkan aku untuk mengira jumlah buaya yang tinggal di dalam sungai ini . Raja Sulaiman mahu mengajak kamu semua untuk ke jamuan hutan yang akan diadakan nanti .” seru Sang Kanci l . “Wah, jamuan! Baiklah Sang Kanci l, setakat mengira, aku pun boleh! Tak perlu bantuan kamu pun!” kata ketua Sang Buaya. Dia pun cuba mengira semua rakan-rakannya namun gagal . Dia hanya pandai mengira sampai tiga sahaja. “Alamak, nampaknya aku tak boleh mengira lebih daripada tiga! Kamu sajalah yang kira Sang Kanci l, ” kata Sang Buaya.
Sang Kanci l tersenyum gembira lalu mengarahkan mereka untuk berbaris. Dia mula mengira buaya-buaya tersebut sambi l melompat di atas belakang buaya satu demi satu sehingga berjaya menyeberangi sungai bersama-sama Melur dan Pekan. Sang Kanci l berterima kasih kepada Pekan dan Melur kerana telah membantunya untuk mencari makanan pada hari itu. “Apakah tujuan kamu berdua masuk ke dalam hutan ini? Saya ingin membantu kamu berdua kerana kamu berdua telah membantu saya, ” kata Sang Kanci l . Melur menceritakan tujuan mereka memasuki hutan dan Sang Kanci l bersetuju untuk turut bersama membantu mencari Mak Tanjung. Mereka pun meneruskan perjalananan mencari Mak Tanjung.
Tiba-tiba mereka mendengar suara jeritan meminta tolong. "Tolong! Tolong! Ada serigala di sini !” “Serigala? Serigala? Mana? Mana? Mari kita tolong.” kata Pekan. Mereka mel ihat seekor serigala sedang cuba untuk menerkam seekor anak biri-biri . Melur mendapat satu idea untuk menolong anak biri-biri tersebut. "Wahai Sang Serigala, janganlah makan dahulu anak biri-biri tersebut. Sekarang perut anak biribiri tersebut tengah penuh dengan rumput. Jika kamu tunggu sebentar, rumput-rumput tersebut akan dihadamkan. Jadi anak biri-biri tersebut akan lebih sedap dimakan, " beritahu Melur kepada Sang Serigala. Serigala fikir itu perkara yang baik. Oleh itu, ia duduk untuk menunggu. Tidak lama kemudian, serigala kembal i berdiri dan berhasrat untuk menerkam anak biri-biri . “Lama betul . Aku dah lapar ni .” Melur berkata, “Jangan dulu Sang Serigala. Jika kamu benarkan anak biri-biri tersebut menari, rumput di dalam perut akan dihadam dengan lebih cepat." Serigala pun bersetuju dengan permintaan tersebut. Ketika menari, Melur berkata lagi, "Ambi l lah loceng pada leher anak biri-biri tersebut. Jika kamu membunyikan loceng itu sekuat mungkin, ia akan menari lebih rancak dan rumput di dalam perut akan hadam lebih cepat."
Sang Serigala mengambi l loceng, lalu membunyikannya sekuat mungkin. Ketika Sang Serigala membunyikan loceng, Sang Anj ing penjaga biri-biri datang. Salakan Sang Anj ing menakutkan Sang Serigala. Sang Serigala melarikan diri dan anak biri-biri pun selamat. Sang Biri-biri berterima kasih kepada Pekan dan Melur kerana telah menyelamatkannya. Ia bertanya kepada Pekan dan Melur tujuan mereka mengembara sejauh ini . Mereka pun menceritakan perkara yang berlaku. “Adakah ibumu memakai baju j ingga, berkain batik hi jau dan bertudung merah? Aku mel ihat wanita tua itu pergi ke arah batu belah, ” beritahu Sang Anj ing. “Ya, terima kasih Sang Anj ing. Kami akan cuba mencari ibu kami di batu belah. Kami pergi dulu, ” kata Pekan dan Melur.
Akhirnya, Pekan dan Melur tiba di Batu Belah. Mereka mel ihat ibunya sedang menangis di hadapan batu tersebut. “Ibu, maafkan Pekan ibu. Pekan hanya fikirkan diri sendiri dan tak fikirkan ibu, ” rayu Pekan. “Ya, ibu. Maafkan Melur juga kerana tidak menyimpan telur tembakul untuk ibu, ” sambung Melur memujuk Mak Tanjung. “Tiada maaf bagimu! Sampai hati anak-anak lupakan ibu. Ibu pun lapar juga. Biarkan saja ibu kena telan dengan batu belah. Selamat tinggal anak-anakku, ” kata Mak Tanjung. Mak Tanjung mengangkat kedua belah tangannya lalu menyeru, “Wahai batu belah batu bertangkup. Telanlah aku. Makanlah aku. Aku kempunan ikan tembakul .” Angin bertiup kencang. Ki lat sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum di langit. Bumi bergegar lalu batu yang besar tersebut terbelah dua. “Ibu, jangan tinggalkan kami . Kami menyesal ibu, ” pujuk Pekan dan Melur. Mak Tanjung tidak endahkan anak-anaknya dan ingin melangkah masuk namun dihentikan oleh haiwanhaiwan yang telah dibantu Pekan dan Melur sebelum ini .
“Tunggu Mak Tanjung. Pekan dan Melur betul-betul menyesal . Maafkanlah mereka. Berikanlah mereka peluang kedua, ” kata Sang Kanci l . “Ya, betul tu Mak Tanjung. Pekan dan Melur dah berubah jadi anak yang baik. Mereka menolong haiwan-haiwan di hutan ini juga, ” sambung Si Anak Biri-biri . Sang Anj ing mengangguk mengiakan kata-kata Sang Kanci l dan anak biri-biri . Hati Mak Tanjung lembut mendengar pujukan tersebut dan memaafkan Pekan dan Melur. “Wahai batu belah, bertangkuplah bal ik. Aku tidak mahu ditelan olehmu, ” seru Mak Tanjung lalu bertangkup semula batu besar tersebut. Pekan dan Melur lari ke arah ibunya dan berpelukan. “Terima kasih ibu kerana memaafkan kami . Kami akan menjadi anak yang baik dan sentiasa mengingati ibu, ” janj i Pekan dan Melur.
tamat Imbas untuk menyertai Quizizz pemahaman cerita