The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memberikan beberapa tips bagaimana ingin memilih pakaian bagi bayi dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Syazrain, 2022-05-06 06:07:25

TIPS PEMILIHAN PAKAIAN KANAK-KANAK

Memberikan beberapa tips bagaimana ingin memilih pakaian bagi bayi dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Keywords: Tips pemilihan pakaian kanak-kanak

NURUL SYAZRAIN BINTI MOHD AZRAAI

Tips Pemilihan Pakaian Bayi

Secara umumnya, untuk pemilihan
terbaik bagi menentukan pakaian yang
sesuai untuk bayi adalah bergantung

kepada ciri-ciri fabrik yang dipilih.
Sebagai ibu bapa, adalah menjadi
tanggungjawab untuk memastikan
fabrik tersebut selesa dipakai. Antara

tips pemilihannya ialah:



#1 – Pastikan Pakaian Itu Mudah Dibasuh Dan Warna Tidak Luntur
Ketahuilah bahawa saiz baju bayi akan berubah dalam tempoh beberapa
minggu. Maka, pilihlah baju bayi yang mudah dibasuh dan fabrik yang
selesa. Fabrik yang baik pasti tidak akan ada masalah warna luntur setelah

dicuci beberapa kali.

#2 – Pilihlah Pakaian Yang Mempunyai Pengaliran Udara Yang Baik
Dalam tempoh 5 bulan pertama, bayi akan membesar dengan cepat.
Pakaian bayi yang mempunyai pengaliran udara yang baik sangat
membantu untuk mengelakkan masalah ruam badan dan memastikan

bayi berada dalam keadaan selesa.

#3 – Pilih Pakaian Bayi Yang Longgar
Elakkan dari memilih pakaian bayi yang ketat. Pemilihan pakaian bayi
yang longgar sangat membantu terutamanya ketika mereka melakukan
pergerakan. Di samping itu, pakaian yang longgar sudah pasti dapat

dipakai dengan lebih lama sesuai dengan tumbesaran bayi.

#4 – Pemilihan Pakaian Bayi Dari Kain Kapas
Tidak dinafikan betapa sensitifnya kulit bayi. Untuk itu, ibu bapa perlu
cuba untuk menggunakan pakaian bayi dari fabrik jenis kapas kerana ia
membantu untuk mengelakkan daripada masalah kulit. Selain itu juga,

kain kapas mampu untuk menyerap peluh dengan baik.

Tips Pemilihan Pakaian Kanak-kanak Lelaki Dan
Perempuan

Tips pemilihan pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak
begitu rumit berbanding bayi. Ini kerana kulit bayi begitu sensitif
dan seeloknya fabrik jenis kapas digunakan berdasarkan kualiti
materialnya. Untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, antara tips
yang oleh diikuti ialah:

#1 – Pilihan Warna Yang Cerah
Bagi kanak-kanak, warna yang paling sesuai ialah warna cerah dan ringkas
coraknya. Ia akan memperlihatkan kesan yang lebih baik, selesa dan tampak
lebih bersih untuk dipakai sepanjang hari. Sekiranya memilih baju bercorak-

corak, pastikan corak tersebut tidak melebihi dari 3 warna.
#2 – Pakaian Dari Fabrik Kapas

Sama seperti pemilihan baju bayi, pakaian dari fabrik kapas adalah paling terbaik
untuk dipakai oleh kanak-kanak. Meskipun mereka bukan lagi bayi, mereka juga
memerlukan keselesaan dan bebas dari rasa gatal-gatal badan kesan daripada

fabrik yang tidak sesuai.

#3 – Pemilihan Warna Pakaian Berdasarkan Jantina
Pilihan warna yang sesuai dengan jantina anak-anak juga penting untuk
menyerlahkan keperibadian mereka. Umumnya mungkin menggunakan baju T
bersama denim yang majority berwarna biru atau warna gelap untuk anak lelaki.
Manakala untuk anak perempuan, biasanya warna yang sering mendapat tempat
ialah warna merah jambu atau warna cerah berbanding pakaian laki-laki.

#4 – Pakaian Kanak-kanak Yang Sesuai Dengan Iklim Malaysia
Sudah pasti tips ini 100% tepat kerana dengan iklim Malaysia sekarang,
pemakaian jaket kulit atau jaket sejuk dengan ropol-ropol yang mengganggu
amat tidak sesuai. Meskipun ia kelihatan lebih bergaya untuk kanak-kanak,

keselesaan mereka juga harus diambil kira.

#5 – Pakaian Kanak-kanak Dipilih Berdasarkan Umur Mereka
Untuk tips yang seterusnya, ibu bapa perlu mengelakkan daripada terlalu

mengikut fesyen sehinggakan baju kanak-kanak yang dipilih itu tidak
mengikut kesesuaian umur mereka. Adalah lebih baik jika pakaian yang
dipilih itu seiring dengan umur mereka supaya tampak lebih kemas dan

selesa.

#6 – Elakkan Dari Mengenakan Kombinasi Warna Yang Pelik
Tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu bapa yang sekadar memberikan
pakaian kepada anak tanpa menilai samada kombinasi warna itu sesuai
ataupun tidak. Boleh jadi ia merupakan fesyen yang pelik jika tidak diteliti
dengan baik. Maka, perlu ada sedikit perancangan berkenaan pemilihan

fesyen dan kombinasi warna yang sesuai untuk anak-anak.

Thanyoku


Click to View FlipBook Version