The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syathira.anas, 2022-05-21 21:08:16

Skim Syarikat Takaful 2

Skim Syarikat Takaful 2

Skim Syarikat
Takaful

NAMA AHLI KUMP.: NUR SYATHIRA BINTI ANAS
(04DAT21F1006)

NURUL NAQIYAH BINTI
AHMAD ZAKI (04DAT21F1003)

NUR DALILIE SOFEA BINTI
HAMDAN (04DAT21F1084)

SAZILIAYANA BINTI MOHD
HANAFI (04DAT21F1066)

NAMA PENSYARAH : PN. RASIDAH BINTI MD
NOR

Apa Itu Skim Takaful?

• Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 (IFSA 2013), takaful ni diistilahkan
sebagai
“sesuatu perkiraan yang berasaskan
pertolongan secara bersama yang di
bawahnya ahli takaful bersetuju
menyumbang kepada sesuatu kumpulan
wang sama yang menyediakan manfaat
kewangan bersama yang kena dibayar
kepada ahli takaful itu atau kepada
benefisiari pada masa berlaku sesuatu
kejadian yang dipersetujui terdahulu.”

• Berlandaskan hukum Syariah, Skim Takaful ni
dikira salah satu alternatif untuk kita selain
perlindungan insurans konvensional yang
dipercayai membawa unsur ketidakpastian
(Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba)
yang tak selari dengan ciri-ciri Takaful:

• Patuh Syariah
• Sumbangan At-Tabarru'at
• Pelaburan halal
• Majlis Pengawasan Syariah
• Tiada unsur riba
• Tiada unsur maisir
• Tiada unsur gharar
• Al-mudharabah (Perkongsian keuntungan)

Bagaimanakah Skim
Takaful Berfungsi?

• Pada asasnya, sistem takaful berteraskan
konsep kerjasama, tanggungjawab,
jaminan, perlindungan dan saling
membantu di kalangan ahli-ahlinya. Skim
takaful bukan sahaja melibatkan
perlindungan untuk diri sendiri malah
melibatkan ahli-ahli takaful yang lain.

• Dengan mencarum sejumlah wang,
sebahagian daripadanya akan disalurkan ke
dalam dana takaful atas dasar Tabarru’
(derma/sumbangan) untuk memberikan
perlindungan bersama harta dan
menawarkan perkongsian risiko bersama
sekiranya salah seorang ahli takaful
mengalami kerugian.

Apakah Jenis-jenis
Perlindungan Dibawah Skim
Takaful

• 1- Takaful Am
(Kenderaan, Rumah &
Kemalangan Diri)

• Konsep Takaful Am
adalah untuk
menyediakan satu
bentuk pengurusan
risiko yang mematuhi
undang-undang Syariah
berdasarkan kepada
prinsip perkongsian
risiko untuk melindung
peserta-peserta
daripada mengalami
kerugian kewangan,
liabiliti atau kecederaan
akibat atau berikutan
ditimpa musibah atau
kemalangan kepada
harta, aset atau orang.
Takaful Am juga dikenali
sebagai Takaful Harta &
Kasualti.

2- Takaful Keluarga
(simpanan, pendidikan dan
persaraan)

• Takaful Keluarga biasanya merupakan
polisi jangka masa panjang yang mana
kebanyakkan ahli yang bertujuan
untuk menabung demi keperluan
jangka panjang seperti pendidikan
anak-anak, pencen dan juga pampasan
untuk tanggungan mereka.

Takaful jenis ini mempunyai jangka
masa panjang dari sepuluh hingga 30
tahun. Untuk Takaful Keluarga,
pengendali biasanya membahagikan
sumbangan kepada 2 bahagian iaitu
dana pelaburan ahli (dana simpanan)
dan dana risiko ahli (dana Tabarru’).

Akaun kedua digunakan jika terdapat kes
kerugian dari ahli lain yang akan dibayar
pampasan mengikuti kadar seperti yang
telah dipersetujui sebelumnya.

Kedua-kedua akaun ini perlu dilaburkan
dalam sekuriti-sekuriti yang patuh Syariah
dan pengendali Takaful boleh
memperolehi pendapatan sama ada
melalui bayaran yuran atau berkongsi
sebahagian daripada keuntungan
pelaburan

Faedah Takaful

1. Perkongsian Risiko

Tiada Konflik ‘Kepentingan Diri Semasa
Tuntutan’ oleh Pengendali Takaful untuk
mengurus dan mengatasi risiko
menyebabkan Takaful lebih adil
berbanding insurans konvensional yang
menggunakan konsep kontrak jualan dan
pemindahan risiko. Kontrak Takaful
mengamalkan bantuan bersama sebab,
pengendali Takaful tak dapat keuntungan
dari duit yang tak dituntut.

2. Berkongsi Keuntungan (no claim
cashback)

Kalau takde sesiapa buat apa-apa
tuntutan, ahli-ahli Takaful boleh
dapatkan sebahagian daripada lebihan
duit yang dipulangkan dalam bentuk
pulangan tunai.

Kesimpulan

• Dalam takaful, pemahaman dari maksud takaful
merupakan satu agenda penting. la diterapkan
kepada semua orang yang mengambil
perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi
saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika
ditimpa musibah.

• Secara amnya, objektif dalam industri takaful
sebenarya mempunyai persamaan dengan
insurans konvensional, Kedua-duanya
merupakan instrumen untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik kerana
ditimpa musibah.

• Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini
merupakan satu car yang moden untuk
memindahkan risiko yang berlaku dan sudah
menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi
kepada pihak yang sanggup menerima
pemindahan risiko in. Takaful menjadikan
perlindungan risiko yang patuh syariah

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version