The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syathira.anas, 2022-05-20 23:06:28

Skim Syarikat Takaful

Skim Syarikat Takaful

Skim Syarikat Takaful

Apa Itu Skim Takaful?

• Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013),
takaful ni diistilahkan sebagai

“sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama
yang di bawahnya ahli takaful bersetuju menyumbang kepada
sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat
kewangan bersama yang kena dibayar kepada ahli takaful itu atau
kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang
dipersetujui terdahulu.”

Berlandaskan hukum Syariah, Skim Takaful ni dikira salah satu alternatif
untuk kita selain perlindungan insurans konvensional yang dipercayai
membawa unsur ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah
(Riba) yang tak selari dengan ciri-ciri Takaful:

• Patuh Syariah
• Sumbangan At-Tabarru'at
• Pelaburan halal
• Majlis Pengawasan Syariah
• Tiada unsur riba
• Tiada unsur maisir
• Tiada unsur gharar
• Al-mudharabah (Perkongsian keuntungan)

Bagaimanakah Skim Takaful Berfungsi?

Apakah Jenis-jenis Perlindungan Dibawah
Skim Takaful

(Kenderaan, Rumah & Kemalangan Diri)

• Konsep Takaful Am adalah untuk menyediakan satu
bentuk pengurusan risiko yang mematuhi undang-
undang Syariah berdasarkan kepada prinsip
perkongsian risiko untuk melindung peserta-peserta
daripada mengalami kerugian kewangan, liabiliti atau
kecederaan akibat atau berikutan ditimpa musibah
atau kemalangan kepada harta, aset atau orang.
Takaful Am juga dikenali sebagai Takaful Harta &
Kasualti.

2- Takaful Keluarga (simpanan,
pendidikan dan persaraan)

Takaful Keluarga biasanya merupakan polisi jangka masa panjang yang
mana kebanyakkan ahli yang bertujuan untuk menabung demi keperluan
jangka panjang seperti pendidikan anak-anak, pencen dan juga pampasan
untuk tanggungan mereka.

Takaful jenis ini mempunyai jangka masa panjang dari sepuluh hingga 30
tahun. Untuk Takaful Keluarga, pengendali biasanya membahagikan
sumbangan kepada 2 bahagian iaitu dana pelaburan ahli (dana simpanan)
dan dana risiko ahli (dana Tabarru’).

Akaun kedua digunakan jika terdapat kes kerugian dari ahli lain yang akan
dibayar pampasan mengikuti kadar seperti yang telah dipersetujui
sebelumnya.

Kedua-kedua akaun ini perlu dilaburkan dalam sekuriti-sekuriti yang patuh
Syariah dan pengendali Takaful boleh memperolehi pendapatan sama ada
melalui bayaran yuran atau berkongsi sebahagian daripada keuntungan
pelaburan.

Faedah Takaful

1. Perkongsian Risiko 2. Berkongsi Keuntungan (no claim cashback)

• Tiada Konflik ‘Kepentingan Diri Semasa • Kalau takde sesiapa buat apa-apa
Tuntutan’ oleh Pengendali Takaful untuk tuntutan, ahli-ahli Takaful boleh dapatkan
mengurus dan mengatasi risiko sebahagian daripada lebihan duit yang
menyebabkan Takaful lebih adil dipulangkan dalam bentuk pulangan
berbanding insurans konvensional yang tunai.
menggunakan konsep kontrak jualan dan
pemindahan risiko. Kontrak Takaful
mengamalkan bantuan bersama sebab,
pengendali Takaful tak dapat
keuntungan dari duit yang tak dituntut.

Kesimpulan

Dalam takaful, pemahaman dari maksud takaful merupakan satu agenda penting. la diterapkan
kepada semua orang yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-
menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah.
Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarya mempunyai persamaan dengan insurans
konvensional, Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib
baik kerana ditimpa musibah.
Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu car yang moden untuk memindahkan
risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang
sanggup menerima pemindahan risiko in. Takaful menjadikan perlindungan risiko yang patuh
syariah


Click to View FlipBook Version