The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiz Fuad, 2022-06-14 00:13:28

E-FOLIO (SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM)

E-FOLIO ( hafiz, nadia dan asyraaf)

PENGAJIAN ISLAM
MPU23012

SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA
BUKAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: PUAN NAIMAH BINTI ISMAIL

NAMA KUMPULAN:
1. NURUL NADIA IZZATY BINTI NORDIN (16DAT21F1019)
2. MUHAMMAD ASYRAAF BIN NORRIDZUAN (16DAT21F1005)
3. MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD FUAD (16DAT21F1035)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
APA ITU ISLAMOFOBIA ?
SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM.
FAKTOR ISLAMOFOBIA.
FAKTOR ISLAMOFOBIA DARI ASPEK LUARAN.
FAKTOR ISLAMOFOBIA DARI ASPEK DALAMAN.

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, agama Islam merupakan agama yang selalu disalah faham
oleh masyarakat dunia terutamanya yang bukan Islam (non-muslim). Salah faham terhadap
Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan bukan Islam malah sering berlaku dalam
kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, salah anggapan dan kata kata keji
dilontarkan kepada agama Islam yang menggambarkan salah faham masyarakat terhadap
Islam. Ini menyebabkan keunggulan Islam tidak terserlah dan indah dari segi ilmiah dan
amaliahnya. Ini menjadi punca orang bukan Islam tidak tertarik untuk mendekati malah
memusuhi Islam dan yang lebih teruk, ada di kalangan umat Islam meragui dan keliru
terhadap Islam. Justeru, umat Islam perlu ada kesedaran dan bangkit untuk memperbetulkan
keadaan.

Tugas sebagai seorang umat Islam bukan sahaja untuk memulihkan imej agama Islam
pada pandangan orang bukan Islam (non-Muslim), tetapi juga mengembalikan keyakinan di
dalam diri umat Islam tersendiri. Seterusnya, Islam adalah agama yang indah dari segi teori
dan pratikal dalam kehidupan. Tetapi realitinya, keunggulan Islam tidak berlaku secara ilmiah
dan amali, Kerohanian dan material menghadapi krisis seperti gejala social, rasuah, jenayah,
ditindas dan diserang dari pelbagai sudut budaya, ekonomi dan ketenteraan.

Masyarakat kini lebih mempercayai media sosial berbanding dengan ulama. Dengan
itu, banyak salah faham berlaku apabila ada pendapat terpesong daripada akidah Islam.
Apabila berlakunya perkara tersebut, masyarakat lebih memihak kepada kata-kata yanag
dilontarkan di media sosial. Mereka tidak sedikitpun tergerak hati untuk menyelidik lebih dalam
tentang sesuatu isu.

Oleh yang demikian e-folio ini disediakan bertujuan untuk memberitahu situasi
islamofobia di negara-negara bukan Islam. Memahami konsep Islamfobia adalah perkara
yang amat penting sebelum kita dapat membicarakan dengan lebih lanjut aspek lain yang
berkaitan dengannya. Oleh itu selepas ini kita akan memasuki ke dalam maksud islamofobia
dan isi-isi. Penjelasan ini akan dapat memberikan kefahaman sewajarnya mengenai konsep
Islamofobia secara umum.

Apa itu Islamofobia ?

Islamofobia adalah istilah yang telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi ketika baginda
berdakwah dan ramai orang kafir Quraisy menentang ajaran Islam. Islamofobia adalah istilah
kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Namun,
istilah Islamophobia semakin popular sejak peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat yang dilakukan
oleh mereka yang beridentiti Islam. Baru-baru ini, istilah Islamophobia telah diperkatakan
secara meluas di media sosial seperti Twitter, Instagram dan TikTok. Ini kerana terdapat
banyak ulasan dan isi bernuansa Islam yang sebenarnya banyak mendapat respon negatif
kerana dianggap tidak sesuai dengan nilai kemanusiaan sedia ada.

Situasi Islamofobia di negara-negara bukan Islam.

Penularan budaya Islamfobia adalah ancaman terbesar yang dihadapi oleh negara-
negara Barat pada masa ini. Islamfobia telah menjadikan keadaan di Barat tidak lagi selamat
bagi umat Islam dan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram. Wujud ketakutan kepada
umat Islam di Barat untuk berjalan malam, berjalan seorang diri atau bekerja di sector-sektor
tertentu dan banyak lagi.

Islamfobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan iaitu
teroris. Rakyat dari negara Arab termasuklah Malaysia seringkali dicurigai dan sesuatu
perbuatan walaupun seperti melakukan solat di tempat terbuka dianggap melakukan
perbuatan yang mengancam Barat.

Islamfobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, Islam adalah sebuah
agama yang mempromosikan keganasan dari agresif, Islam adalah agama yang berbarik,
seksis dan tidak bertamadun, Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan
negara, Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit
pembayar cukai, Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi
politik.

Faktor Islamofobia.

Kajian yang dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk 'Islamophobia and
Its Origins: A study Among Dutch Youth' terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah
mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang
Islam dan Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat mengenai
faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan dalaman
yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan
atau kebencian mereka terhadap Islam atau umat Islam.

Faktor Islamofobia dari aspek luaran.

 Penghijrahan

Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara factor
terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan hidup
menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju. Situasi ini menyebabkan
persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dan juga menggugat taraf
ekonomi mereka.

 Kurang Ilmu pengetahuan dan pendedahan

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca
Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk
mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu
pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan
tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas
termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabia ianya melibatkan hak-hak
wanita.

Faktor Islamofobia dari aspek dalaman.

Berbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang berpunca
daripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dan kesilapan
serta keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah menyebabkan persepsi
masyarakat yang serong terhadap Islam.

 Kelemahan penyebaran maklumat

Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan kurang penyebaran
maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan
sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif. Didapati juga media tidak
mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh gerakan agama yang lain
bahkan tiada data yang lengkap negara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat
daripada Islamofobia.

 Kebangkitan Negara Islam

Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran dan Turki
juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruh Islam.
Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negara Islam seperti
negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di negara-
negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan ramai terhadap
Islam.

Langkah-langkah mengatasi Islamofobia.

Berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah
Islamofobia :

 Media Massa

Media Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam
membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab
dalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak
menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan
program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia
berdasarkan fakta yang sahih.

 Membina kefahaman

Membina Kefahaman Merangka strategi dan program pendidikan yang komprehensif
adalah amat perlu dalam proses membina kefahaman tentang Islam kepada bukan
Islam dan Muslim. Dalam aspek ini, kesedaran mengenai Islamofobia perlu diserapkan
dalam silibus di sekolah. Islam perlu disebar dan diajar di sekolah dengan kaedah
yang lebih segar dan seterusnya menonjolkan ajaran Islam itu sendiri yang adil dan
sesuai di semua zaman. Dalam masa yang sama, program secara berterusan
memberi kesedaran dan kefahaman mengenai Islamofobia perlu juga dijalankan di
peringkat masjid, daerah, negeri dan kebangsaan.

Kesimpulan

Maka disini sedikit sebanyak dapatlah kita ketahui serba sedikit bahawa
Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini.Islamofobia telah lama berlaku sejak
zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai
suatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah Fakta ini disokong oleh sepotong hadis
Rasullullah SAW. diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

"Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi(sesuatu yang
)asing seperti awalnya maka berbahagialah orang-orang yang asing itu". (Sahih
Muslim, Hadis 145,Bab Iman)

Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa islam juga akan digambarkan
dengan pelbagai pekara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah
Rasulullah. Persepsi melihat islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan
budaya hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan
oleh Rasulullah SAW..Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat islam untuk
berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan islam itu di tempat
yang sepatutnya serta difahami oleh semua masyarat di dunia.

Selain itu,isu-isu yang berlaku di dunia terutamannya yang melibatkan tomahan
dan tanggapan negatif terhadap islam yang dipanggil Islamofobia. Islamofobia berlaku
salah satunya adalah disebabkan agenda orang bukan islam untuk menjatuhkan umat
islam.Bukan sahaja untuk memburukan-burukkan umat islam daripada dipandangan
masyarakat bukan islam,bahkan melemahkan umat islam itu sendiri.Ideologi sekular
yang ingin memecahbelahkan umat islam dan melarikan umat islam jauh dari
tanggungjawabnya yang sebenar.

Lampiran

Rujukan

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia

2. https://dokumen.tips/documents/islamfobia-sainmnt-
group-fila-dah-siap-edit.html?page=5

3. https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2019/12/12/menangani-isu-islamofobia/

4. https://www-astroawani-
com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/berita-
malaysia/ancaman-islamofobia-di-barat-
202582?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&amp=1&usqp=mq3
31AQHKAFQArABIA%3D%3D#aoh=16221291892603&r
eferrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=Fr
om%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.
astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fancaman-
islamofobia-di-barat-202582

5. https://iluminasi.com/bm/memahami-masalah-
islamophobia-di-eropah.html


Click to View FlipBook Version