The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ljp6043, 2021-09-09 03:20:11

BUKU LOG - KADET REMAJA SEKOLAH

BUKU LOG - KADET REMAJA SEKOLAH

BUKU LOG KRS  Kulit / PVC hitam bertumit 2‟‟ dan berstokin
Kasut hitam
Nama
Service ribbon  Tanda nama(di sebelah kanan, hitam dan
tulisan putih-tempa)

 Border berwarna putih

 Tengah-tengah di atas poket baju kiri

 Pakaian kadet / murid
Pakaian dan peralatan kadet No.3 putera

Beret  Sherwood dark green
Lanyard  Lencana KRS (logam)
Baju
warna emas-pelapik merah
Apulet pangkat
(jenis sulam)  Merah(single-line)
Seluar
Kasut  Light green(No.L109)
Nama  Lengan Pendek
 Kolar dot (epoxy bulat)
Tali pinggan  Lencana poket (di sebelah

kiri poket)
 Butang baju 7 biji-warna

hijau muda

 Pangkat berwarna putih
borderline berwarna merah
dan apulet berwarna
sherwood dark green

 Seluar sekolah(olive
green)/sherwood dark
green/tiada plat

 Kulit/PVC hitam dan bertali
dan berstokin hitam

 Tanda nama (di sebelah
kanan, hitam dan tulisan
putih-tempa)

 Border berwarna putih

 Kanvas berwarna hijau
 Berkepala warna emas dan

berlogo KRS

43

BUKU LOG KRS
 Pakaian dan peralatan kadet No.3 puteri

Beret  Sherwood dark green
Lanyard  Lencana KRS (logam) warna emas-pelapik merah
Baju
 Merah(single-line)
Apulet pangkat
(jenis sulam)  Light green(No.L109)
Seluar / Kain  Lengan Panjang
 Kolar dot (epoxy bulat)
Kasut  Lencana poket (di sebelah kiri poket)
Nama  Butang baju 7 biji-warna hijau muda
 Pangkat berwarna putih borderline berwarna merah

dan apulet berwarna sherwood dark green

Seluar
 Sherwood dark green

Kain
 Sherwood dark green
 Bersusun di belakang

 Kulit/PVC hitam dan bertali dan berstokin hitam

 Tanda nama (di sebelah kanan, hitam dan
tulisan putih-tempa)

 Border berwarna putih

44

BUKU LOG KRS

 Pakaian dan peralatan kadet No.4 putera

Beret  Sherwood dark green
Lanyard  Lencana KRS (logam) warna emas-pelapik

merah

 Merah(single-line)

Baju  Warna sherwood dark green
 Lengan Panjang
Lencana  Kolar dot (epoxy bulat)
 Lencana poket (di sebelah kiri poket)
Apulet pangkat (jenis  Butang baju 7 biji
sulam)
Seluar / Kain  Lencana sulam KRS (kanan & kiri)
 “Shoulder Title” KRS (kanan) dan negeri (kiri).
Tali pinggan
Kasut Tulisan berwarna emas
Nama
 Pangkat berwarna putih borderline berwarna
Alatan tambahan merah dan apulet berwarna sherwood dark
(majlis rasmi) green

 Sherwood dark green, tiada plat
 “Pacat” seluar kecil & “Pacat” seluar besar

 Kanvas sherwood dark green
 Berkepala warna emas dan berlogo KRS

 Spike boot hijau / spike boot “full leather”/ drill
boot dan berstokin hitam

 Tanda nama(di sebelah kanan, hitam dan
tulisan putih-tempa)

 Border berwarna putih

 Hackle(jambul) merah
 Mafla merah
 Sarung tangan putih

45

BUKU LOG KRS

 Pakaian dan peralatan kadet No.4 puteri

Beret  Sherwood dark green
Lanyard  Lencana KRS (logam) warna
Baju
emas-pelapik merah
Lencana
 Merah(single-line)
Apulet pangkat (jenis sulam)
Seluar / Kain  Warna sherwood dark green
Kasut  Lengan Panjang
Nama  Kolar dot (epoxy bulat)
Alatan tambahan (majlis rasmi)
 Lencana poket (di sebelah kiri
poket)

 Butang baju 7 biji

 Lencana sulam KRS (kanan &
kiri)

 “Shoulder Title” KRS (kanan)
dan negeri (kiri). Tulisan
berwarna emas

 Pangkat berwarna putih
borderline berwarna merah
dan apulet berwarna
sherwood dark green

 Sherwood dark green, tiada
plat

 “Pacat” seluar kecil & “Pacat”
seluar besar

 Spike boot hijau / spike boot
“full leather”/ drill boot dan
berstokin hitam

 Tanda nama(di sebelah
kanan, hitam dan tulisan
putih-tempa)

 Border berwarna putih

 Hackle(jambul) merah
 Sarung tangan putih

46

BUKU LOG KRS

 Baju T & Seluar Trek Putera

Beret  Sherwood dark green
Baju-T  Lencana beret (logam) warna emas-pelapik
Lencana
merah
Di belakang
Seluar  Warna sherwood dark green, round neck
berkolar(boleh lipat ke dalam)

 Lengan Panjang
 Poket pen di lengan kiri

 Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print). Border
berwarna putih

 Bersulam / embroidery
 Tulisan TUNAS berwarna putih di atas lencana

bersaiz 3 X 5

 Hanya tulisan “KADET REMAJA SEKOLAH”
dilengkongkan dan “MALAYSIA” mendatar.

 Tulisan berwarna putih

 Trek bottom-berwarna biru gelap

Kasut  Kasut getah / kasut sukan berwarna hitam dan
berstokin hitam

47

BUKU LOG KRS
 Baju T & Seluar Trek Puteri

Beret  Sherwood dark green
Baju-T  Lencana beret (logam) warna emas-pelapik merah

Lencana  Warna sherwood dark green, round neck
berkolar(boleh lipat ke dalam)
Di belakang
Seluar  Lengan Panjang
Kasut  Poket pen di lengan kiri

 Di sebelah kiri di hadapan (sulam / print). Border
berwarna putih

 Bersulam / embroidery
 Tulisan TUNAS berwarna putih di atas lencana

bersaiz 3 X 5

 Hanya tulisan “KADET REMAJA SEKOLAH”
dilengkongkan dan “MALAYSIA” mendatar.

 Tulisan berwarna putih

 Trek bottom-berwarna biru gelap

 Kasut getah / kasut sukan berwarna hitam dan
berstokin hitam

48

BUKU LOG KRS
TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI
 PERANCANGAN TAHUNAN

 Persediaan Untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah Dan Sekolah
 Perujian Dan Pentauliahan Pangkat Kadet
 Perkhemahan
 Rombongan / Program Perdana
 Perancangan Aktiviti Perjumpaan Mingguan 18 kali perjumpaan
 Perbincangan guru penasihat Pembinaan modul perjumpaan
 Penting untuk menarik kadet menyertai perjumpaan

49

BUKU LOG KRS

CONTOH

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS

BULAN MINGGU AKTIVITI
Januari
1 Orientasi/ Suaikenal/ Pendaftaran

Februari 2 Mesyuarat Agung
Mac Pelantikan AJK

April 3 KETATANEGARAAN
• Mengenal dan memahami Sejarah TKRS, Logo KRS,
Bendera KRS
• Menghafaz dan menyanyikan Lagu KRS

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

4 KETAHANAN DIRI
• Menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri
• Melakukan kawad asas dengan baik

5 SIMPULAN DAN IKATAN
• Simpulan buku sila
• Simpulan bunga keti
• Simpulan manuk
• Simpulan pengail

BANTU MULA
• Mengenal komponen dalam penti bantu mula

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

6 KEUSAHAWANAN
• Mengenal peralatan dapur, kegunaan, penjagaan dan
keselamatan
• Mengetahui dan menghasilkan jenis masakan ringkas
seperti telur mata kerbau, sandwich dan „scramble eggs‟.

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

7 KEBUDAYAAN
• Menyertai atau mempersembahkan satu persembahan
kebudayaan seperti nasyid, koir, pantun, dikir barat, syair
dll.

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

8 KHIDMAS & ALAM SEKITAR
• Menyertai satu aktiviti gotong-royong di sekolah
• Menamakan jenis-jenis pokok hiasan yang terdapat di
sekolah

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

50

BUKU LOG KRS

Mei 9 KETAHANAN DIRI
• Kawad asas
10 • Menyertai perkhemahan selama 1 hari
Jun 11
KEBUDAYAAN
12 • Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia
12 • Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di
Julai 13 Malaysia

KEUSAHAWANAN
• Pengenalan alat jahitan
• Pengenalan asas jahitan

IKHTIAR HIDUP
• Mengenali tanda-tanda isyarat
• Menyalakan api
• Menyediakan menu makanan

ALAM SEKITAR
• Menamakan jenis-jenis pokok hiasan dan tumbuhan yang
terdapat di sekolah

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

DISIPLIN DAN KEROHANIAN
• Membaca dan menghafaz surah 3 Qul

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

DISIPLIN DAN KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL
• Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan
Rukun Iman
• Membaca dan menghafaz mana-mana 3 doa harian
• Memahami dan menghafal Prinsip-prinsip Rukun
Negara
• Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

DISIPLIN DAN KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL
• Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan
Rukun Iman
• Membaca dan menghafaz mana-mana 3 doa harian
• Memahami dan menghafal Prinsip-prinsip Rukun
Negara
• Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL TKRS

14 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

DISIPLIN DAN KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL

• Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama/ Moral

51

BUKU LOG KRS 15 PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
Ogos • Tangungjawab terhadap diri
• Memelihara kesihatan tubuh badan
September • Pengurusan diri
Oktober
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

16 KETAHANAN DIRI DAN
KEBUDAYAAN KOMUNIKASI
Kaedah-kaedah;
• Lisan
• Bertulis
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

17 KETAHANAN DIRI DAN
KEBUDAYAAN IKLIM
• Cuaca
• Suhu
• Hujan
• Tanda-tanda hujan

18 KETAHANAN DIRI
• Menyertai perkhemahan selama 1

hari KETAHANAN DIRI DAN
KEBUDAYAAN

• Kawad asas

19 KETAHANAN DIRI DAN
KEBUDAYAAN KEBOMBAAN
• Pengenalan asas
• Pengenalan alat pemadam api di persekitaran
sekolah KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
• Kawad asas

20 PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM
SEKOLAH REKREASI
• Keyakinan di air

52

BUKU LOG KRS

02. Kemahiran Perkhemahan

2.1 Kraf Perkhemahan
※ Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran
alam semula jadi dalam kegiatan luar.
※ Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan

2.1.0.1 Objektif Perkhemahan
※ Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam kegiatan luar.
※ Memahami habitat dan alam semula jadi dan mengetahui cara untuk hidup
apabila berada di dalam hutan.
※ Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang sepatutnya.

53

BUKU LOG KRS

2.1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar.
2.1.1.1 CIRI-CIRI / KAWASAN KHEMAH

※ Mendapatkan kebenaran dan maklumat
※ Kemudahan asas seperti bekalan air.
※ Kawasan lapang
※ Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
2.1.1.2 PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
※ Tanah yang rata (selesa untuk berbaring)
※ Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
※ Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
※ Berlawanan dengan arah tiupan angin
※ Mempunyai pandangan persekitaran yang menarik. (seronok, lapang dan
terhibur apabila melihatnya)
※ Mempunyai hubungan dengan trek supaya memudahkan kita bergerak
semula bagi tujuan kecemasan

54

BUKU LOG KRS

2.1.1.3 JENIS-JENIS KHEMAH
Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:

※ Ridge Tent

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan

dilihat.
※ Frame Tent

- Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan
fleksibel

- Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti
di sekolah dan sebagainya

55

BUKU LOG KRS

※ Dome Tent

- Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga
- Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

※ Bell Tent

- Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
- Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah

jenis“DOME”.
2.1.1.4 PENJAGAAN KHEMAH

※ Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul
※ Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
※ Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci yang

mengandungi bahan kimia.
※ Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada
ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering.
※ Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan

lengkapkan sebelum ia disimpan.

56

BUKU LOG KRS

2.1.2 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
2.1.2.1 TUJUAN MEMBUAT GAJET

※ Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
※ Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
※ Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
※ Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
※ Semangat pertandingan yang sihat.
※ Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
※ “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.
※ Meninggikan mutu perkhemahan.
※ Mengisi K.M.L./S.T.A semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat
gajet-gajet yang berfaedah.
※ Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian
dan maklumat di tapak perkhemahan.
※ Melindungi makanan dari tercemar.
※ Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
※ Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
※ Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
※ Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
※ Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.

2.1.2.2 FAEDAH MEMBUAT GAJET
※ Tidak mencemarkan alam sekitar
※ Menjimatkan kos
※ Memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya.

57

BUKU LOG KRS
※ Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
※ Memanfaatkan sumber alam semula jadi dengan sebaiknya.
Kegunaan Gajet
※ Mercu tanda perkhemahan iaitu pintu gerbang dan tiang bendera
※ Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
※ Penanda kawasan sempadan dan kawasan keselamatan

58

BUKU LOG KRS
2.1.3 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
2.1.3.1 GAJET KAWASAN PINTU (PINTU GERBANG)
Terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
※ Bahagian Pintu Hadapan

Variasi-variasi pintu hadapan:
a. Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
b. Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type)
c. Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis
※ Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan kemas dan teratur
serta adanya kawalan keselamatan
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
※ Bahagian Pintu Belakang

59

BUKU LOG KRS

2.1.3.2 GADJET KAWASAN DAPUR
※ Buat daripada bahan semula jadi
※ Selain membuat gadjet-gadjet dapur, boleh juga membuat gadjet –gadjet
sampingan di dapur seperti:

Jenis Gajet:
※ Rak pinggan mangkuk
※ Rak alatan tajam seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain
※ Meja makan
※ Penyangkut cawan / gelas
※ Rak penyimpan kayu api / tong gas
※ Penyangkut periuk dan cerek untuk memasak
※ Tempat menyimpan bahan-bahan masakan
※ Gajet gerobok (camp larder)
※ Gajet lubang basah dan kering

Kegunaan Gajet:
※ Melindungi makanan daripada tercemar
※ Memudahkan kerja-kerja memasak dan meghidangkan makanan
※ Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
※ Peralatan dapur tersusun rapid dan kemas

60

BUKU LOG KRS

2.1.3.3 GAJET KAWASAN TEMPAT BASUHAN
Jenis Gajet:
※ Tempat meletak besen air
※ Tempat menyimpan alat pergigian
※ Tempat menyimpan sabuh
※ Tempat menggantung tuala mandi
※ Kawasan tempat basuhan

Kegunaan Gajet:
※ Memudahkan penyimpanan dan penyusunan

2.1.3.4 GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

※ Semua gadjet yang dibuat hendaklah diataur / disusun dengan baik, di
samping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.

※ Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti:

Jenis Gajet:
※ Rak kasut
※ Rak beg
※ Rak peralatan
※ Meja tulis
※ Kerusi
※ Papan kenyataan
※ Buaian
※ Penyangkut lampu

61

BUKU LOG KRS

※ Penyapu
※ Fitting room dan lain-lain

Kegunaan Gajet:
※ Tempat menyimpan, menyusun, dan memperagakan bahan, peralatan,

pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan
※ Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
※ Kekemasan dan keselamatan terjamin

2.1.3.5 GAJET KAWASAN PENGERING
Jenis Gajet:

※ Ampaian pakaian

Kegunaan gadjet
※ Menyidai pakaian
※ Menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan

2.1.3.6 GADJET-GADJET LAIN
Jenis Gajet:

※ Tiang bendera
※ Menara pemerhati
※ Gendang/Kantung kem
※ Gadjet pembawa barang (Indian Travois)
※ Gadjet pondok lalang (tempat berteduh)

2.1.3.7 PENEMPATAN GADJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN

62

BUKU LOG KRS
※ Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang
basah dan kering.
※ Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti
kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
※ Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan
tempat letak tongkat.

63

BUKU LOG KRS

2.2.0 IKHTIAR HIDUP
Teknik yang digunakan dalam keadaan yang membahayakan (natural disaster) untuk
menyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain.

2.2.0.1 Tujuan Ikhtiar Hidup
※ Menyediakan keperluan asas kehidupan manusia

Air
Makanan
Tempat Tinggal
Habitat
※ Keupayaan untuk berfikir
※ Memberi isyarat
※ Mengembara dengan selamat
※ Mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang
※ Menyembuhkan apa-apa kecederaan

2.2.1 MASAKAN SOLAR/RIMBA/KELOMPOK

2.2.1.1 MASAKAN RIMBA
※ Memasak tanpa peralatan
※ Gantian: daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat / lumpur

Kaedah Masakan Rimba
※ Memasak menggunakan makanan sebagai bekas

- Ubi kentang, bawang besar, capsium, tomato, labu, nanas dipotong dan isi
dikeluarkan, bahagian atas digunakan sebagai penutup

- Bekas makanan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara
api

- Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda

64

BUKU LOG KRS

※ Memasak menggunakan daun
- Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan (ayam & ikan)
- Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak / bara api
- Daun yang boleh digunakan: daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kubis dan
kulit jagung

※ Memasak menggunakan ranting dan dawai
- Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang
- Ranting tidak boleh berasal dari pokok beracun
- Dawai / penyangkut baju boleh dibentuk mengikutkeperluan bagi memanggang
makanan

※ Memasak menggunakan kepingan batu
- Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
- Api dihidup atas permukaan batu dan biarkan selama 30minit
- Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh
atasnya
- Bersihkan permukaan batu dengan kain
- Boleh menggoreng telur dan ikan

※ Memasak menggunakan buluh
- Buluh sesuai digunakan sebagai bekas memasak
- Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang

65

BUKU LOG KRS
2.2.1.2 MASAKAN SOLAR
※ Menjadi tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif
※ Menggunakan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman
bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas
※ Masakan sola sesuai digunakan di negara beriklim panas dan membuat aktiviti
gerak kerja luar
Cara Menyediakan Dapur Solar
Bahan yang diperlukan:

※ 1 tin cat sembur yang sesuai untuk bermukaan aluminium
※ Panci / periuk nipis
※ Pelekat kertas
※ Keranjang aluminium
※ Kotak besar

66

BUKU LOG KRS

Ukuran Dapur Solar

Menu Solar
 Telur Sosej (Campuran semua dalam potongan kecil)

3 batang sosej
6 biji telur
1 batang lobak merah
1 paha daging ayam (dicincang)
1 labu bawang besar
Sedikit garam
 Kek Lobak Merah
1 kotak tepung kek Nona (3 cawan)
4 biji telur
1 cawan mentega
3 batang lobak merah (parut – 2 cawan)
 Puding Roti
1 paket santan serbuk
1 tin susu pekat
2 kotak kecil kismis
1 packet gula kastor
1 buku roti
4 sudu marjerin

67

BUKU LOG KRS

2.2.2 MEMBUAT PERANGKAP
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau
binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di
dalam hutan.

Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

PERANGKAP ATAU JERAT PELANDUK
※ Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
※ Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

(i) kayu pelentik;
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii) kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-dua belah
hujungnya;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) alas pemijak.

※ Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-
daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.

PERANGKAP ATAU JERAT AYAM HUTAN
※ Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat
sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan- bahan yang
digunakan ialah:

(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii) dua batang kayu yang bercabang;
(iii) tali pesawat;
(iv) dua batang kayu pelepas;
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
(vi) beberapa batang kayu pemijak.

※ Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.

68

BUKU LOG KRS

PERANGKAP ATAU JERAT HEMPAP DAN JERUT
※ Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang.
※ Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa jenis
bahan yang perlu disediakan ialah:

i. tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
ii. umpan;
iii. tali pemberat tambahan;
iv. batang kayu penghempap;
v. dua batang kayu penghalang hadapan;
vi. dua batang kayu penghalang belakang;
vii. kayu pesawat;
viii. dua batang kayu pelepas; dan
ix. beberapa batang kayu pemijak.

※ Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut
serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk
mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung
berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.

PERANGKAP ATAU JERAT KURUNGAN
※ Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan
hidup-hidup.
※Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil
masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan
yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah :

(i) Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang,
tiang pintu dan sebagainya;
(ii) umpan;
(iii) gelang rotan;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) tali pesawat.
※ Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

69

BUKU LOG KRS

2.3 KEBUDAYAAN
Definisi

※Merupakan suatu aktiviti yang membolehkan ahli-ahli kadet untuk
mempersembahkan bakat ataupun kebolehan mereka dalam perkhemahan.
※ Memahami kebudayaan adalah salah satu elemen dalam aktiviti KRS
※ Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kebudayaan
kebangsaan.
※ Matlamat: Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental,
mempunyai daya tahan, berpotensi, berketerampilan dan mampu
menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk.
Objektif
※ Memupuk, mencungkil bakat dan menggalakkan potensi yang sedia ada
dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
※ Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan masalah
secara bijaksana.
Kebaikan /faedah Kebudayaan
※ Mengenal asal-usul, adat resam dan kebudayaan kaum di Malaysia
※ Mempertahankan kebudayaan kebangsaan
※ Menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional

70

BUKU LOG KRS
2.3.1 NYANYIAN / LAGU PERKHEMAHAN
2.3.1.1 TUJUAN
※ Bersuka ria sesama ahli Kadet setelah seharian bekerja dalam perkhemahan.
※ Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli Kadet
※ Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu KRS
dengan baik.
2.3.1.2 PANDUAN MENGAJAR NYANYIAN
※ Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek,
mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
※ Melodi irama dan lirik yang menarik senang diingati.
※ Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum
mengajar kepada para kadet.
※ Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
※ Nyanyikan dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
※ Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para kadet supaya
mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
※ Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya
walaupun menggunakan Bahasa lain atau dialek daerah.

71

BUKU LOG KRS

2.3.1.3 CONTOH NYAYIAN Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Rasa Sayang
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang, hey!
Hey, lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang, hey!
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang, hey!
Hey, lihat nona jauh, Rasa sayang sayang, hey!

Cik Mamat Parang Tajam
Cik Mamat si parang tajam.
E-I-E-I-O
Parang tajam siapa punya?
E-I-E-I-O
Cik Mamat di mana diam?
E-I-E-I-O
Kampung Baru tempat tinggalnya.
E-I-E-I-O
Aduhai Cik Mamat,
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam,
E-I-E-I-O
Aduhai Cik Mamat
E-I-E-I-O
Cik Mamat si parang tajam.

72

BUKU LOG KRS

Are you Sleeping Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Are you sleeping, are you sleeping
Brother John, Brother John?
Morning bells are ringing
Morning bells are dinging
Ding-dang-dong, ding-dang-dong
Frère Jacques, Frère Jacques
Dormez-vous, dormez-vous?
Sonnez le matines, sonnez le matines
Ding-dang-dong, ding-dang-dong
Are you sleeping, are you sleeping
Brother John, Brother John?
Morning bells are ringing
Morning bells are dinging
Ding-dang-dong, ding-dang-dong

Row row row your boat
Row, row, row your boat
Gently down the stream
Merrily merrily, merrily, merrily
Life is but a dream
Row, row, row your boat
Gently down the stream
Merrily merrily, merrily, merrily
Life is but a dream
Row, row, row your boat
Gently down the stream
Merrily merrily, merrily, merrily
Life is but a dream
Row, row, row your boat
Gently down the stream
Merrily merrily, merrily, merrily
Life is but a dream

73

BUKU LOG KRS

2.3.2 PERMAINAN
Maksud

※ Satu aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan.
※ Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menerapkan penguasaan kemahiran,
semangat kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping memberi elemen
keseronokan kepada ahli.

API UNGGUN
※ Api Unggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka
※ Api unggun dinyalakan waktu malam.
※ Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu
tersebut dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar.
※ Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah
dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.

TARIK TALI
※ Pertandingan melibatkan dua regu dengan 5 atau lebih peserta.
※ Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta
memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan
※ Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu

yang berlawananmelepasi garis batasan.
※ Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah
※ Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan Tarik dan
pertahanan tumpuan kaki di tanah.
※ Biasanya, pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali
untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat
penarikan.

74

BUKU LOG KRS

“BALOO” DI MANA KAMU / PERMAINAN NENEK SI BONGKOK
※ Ahli membuat satu bulatan dan duduk
※ Mowgli diberikan surat khabar yang berulang untuk dijadikan sebagai
pemukul dan matanya ditutup dengan skaf
※ Alatan: Senaskan surat khabar yang diikat dan digulung
※ Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa
pengetahuan Mowgli.
※ Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “ Baloo, di
mana kamu ” dan juga hanya boleh menggunakan gulungan surat khabar
untuk memukul sebanyak 3 kali sahaja.
※ Baloo hanya menjawab “ di sini ” setiap kali mendengar pertanyaan
Mowgli.
※ Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari
tempatnya.

LAKONAN BISU
※ Alatan: Kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang
perlu dilakukan oleh ahli)
※ Satu patrol menghantar seorang wakil dan wakil tersebut dikehendaki
mencabut satu kertas.
※ Setelah membaca kandungannya, wakil tersebut hendaklah beraksi di
hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

HARTA TERSEMBUNYI
※ Ahli Kadet disuruh keluar mencari beberapa objek/ benda yang telah
ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput- rampai, buah-buahan dan
lain-lain.
※ Pemimpin akan memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari.
※Setiap ahli akan mencari benda yang tersembunyi itu mengikut ciri-ciri yang
dinyatakan
※ Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin
dianggap pemenang.

75

BUKU LOG KRS

MALAM KEBUDAYAAN
※ Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti
perkhemahan,iaitu di dalam acara temasya unggun api.
※ Amalan kebudayaan merupakan malam yang amat ditunggukan oleh
setiap Kadet Remaja Sekolah.
※ Ia diadakan di waktu malam ketika sekumpulan kadet sedang duduk
dalam satu bulatan atau bentuk tapak kuda dan di tengahnya terdapat
unggun api yang sedang menyala.
※ Malam kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi
faedah kepada perkembangan jiwa ahli-ahli KRS.

2.3.2.1 TUJUAN PERMAINAN
※ Dapat mencungkil bakat kadet dari segi lakonan,nyayian dan lawak
jenaka.
※ Melatih kadet supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk
menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.
※ Bersuka ria sesama ahli setelah seharian berkerja, mengembara dan
kegiatan-kegiatan lain
※ Menerangi kawasan di waktu malam,dan bagi menjauhkan dan
menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau
bukit.

2.3.2.2 TEMPAT
※ Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakan
atau merbahaya kepada tanah,harta benda dan alam semula jadi.
※ Jauh dari tempat-tempat orang ramai,seperti masjid,hospital,balai raya

dan sebagainya.
※ Jika tempat atau kawasan itu basah,letakkan zink kemudian bubuh sedikit
tanah atau di atasnya. Kemudian baru nyalakan unggun api(jika dibuat di
hutan).
※ Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada ,boleh
gunakan elektrik di kawasan tanah lapang.

76

BUKU LOG KRS

2.4 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
2.4.1 TUJUAN

※ Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dan sebagainya)
※ Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
※ Untuk menikmati keindahan alam di hutan
※ Menambahkan pengetahuan, pengalaman, ilmu, kemahiran dan
mematangkan diri.
※ Mendisiplinkan diri dan patuh kepada arahan
※ Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan

2.4.2 PERATURAN & PERSEDIAAN
SEBELUM AKTIVITI

※ Menentukan tujuan pengembaraan dan persediaan yang diperlukan.
※ Mendapatkan kebenaran daripada pihak seperti ibu bapa atau penjaga
dan sekolah
※ Memaklumkan kepada pihak berkuasa
※ Mengambil kira kesesuaian aktiviti dengan musim semasa
※ Membuat senarai semak bagi barang yang perlu dibawa
※ Penggunaan beg Ransel / haversack untuk memuatkan barang-barang
keperluan

Cara Mengisi Barang Dalam Ransel / Haversack
※ Berat, tidak mudah pecah dan lambat digunakan simpan di bahagian
bawah
※ Bahan tajam dibalut dengan teliti atau dimasukkan ke dalam sarung
※ Baju dan kain dilipat dua lalu digulung kecil untuk menjimatkan ruang
(Travel light menjadi petua)
※ Melengkapi diri dari segi kemahiran, latihan dan stamina (cergas dari segi
fizikal dan mental)

77

BUKU LOG KRS

SEMASA AKTIVITI
※ Pengembara harus berhati-hati sepanjang aktiviti terhadap persekitaran
dengan menggunakan deria
※ Memastikan peti kecemasan lengkap dengan ubat-ubatan dan dibawa
sepanjang
pelaksanaan aktiviti
※ Memakai topi yang sesuai dan membawa bekalan air dan makanan yang
mencukupi
※ Menunjukkan disiplin dan kerjasama yang tinggi
※ Jaga tingkah laku, jangan bising / menjerit / bergurau belebihan sepanjang
aktiviti
※ Berpakaian sopan dan selesa

Isyarat dan Pandu Arah Semasa Mengembara
※ Isyarat dan pandu arah digunakan untuk memberitahu pengembara lain
laluan yang dilalui dan menentukan arah perjalanan
※ Untuk membuat isyarat, guna bahan yang mudah diperoleh di sekitar
laluan seperti batu dan ranting.
※ Arah mata angin utama iaitu utara, selatan, timur barat boleh ditentukan
berpandukan unsur semula jadi seperti matahari, bayangan dan bulan.
SELEPAS AKTIVITI
※ Membuat laporan dan refleksi diri serta post mortem

78

BUKU LOG KRS

2.4.3 PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
2.4.3.1 PERSEDIAAN ALATAN
※ Persediaan alatan perlu dilakukan dengan awal supaya tiada alatan yang tercicir
ataupun rosak.
※ Pemeriksaan alatan sebelum kembara perlu dilakukan untuk memastikan
alatannya lengkap.
※ Contoh peralatan yang diperlukan:

Beg galas, baju lengan panjang, seluar panjang, kasut bertapak kasar, topi,
bekalan air, makanan ringan, peti kecemasan, parang, kompas, tali (10m),
lampu suluh, wisel dan sebagainya

2.4.3.2 ORGANISASI KUMPULAN
※ Penyusunan ahli kumpulan dilakukan dengan cara memberi nombor kepada
setiap ahli.
※ Tujuan utama adalah untuk memudahkan kawalan terhadap semua ahli.
※ Susunan perintis jalan

2.4.3.3 POSISI DAN JARAK PERGERAKAN
※ Posisi dalam pergerakan kembara adalah mengikut urutan nombor ahli dan
jawatan.
※ Dari segi jarak, jarak antara ahli adalah 2 meter
※ 5 meter antara juru pandu arah dengan perintis jalan

2.4.3.4 FORMASI PERGERAKAN
※ Bergantung kepada bentuk bumi
※ Tujuan untuk mengelakkan ahli daripada tercicir
※ Terdapat 3 jenis formasi

Formasi sebaris
Formasi dua baris
Formasi berselerak

79

BUKU LOG KRS

2.4.3.5 REHAT DAN RAWAT
※ Take five semasa kembara
※ Berhati-hati dengan keadaan tempat hentian tersebut.
※ Mendapat kebenaran daripada ketua kumpulan sebelum melakukan sesuatu
tindakan atau keputusan.
※ Semasa melakukan rawatan, elakkan daripada menjadi penonton.
2.4.4 MEMBACA KOMPAS/GLOBALPOSITIONING SATELITE (GPS)
2.4.4.1 TUJUAN
※ Untuk menentukan arah perjalanan
※ Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di
dalam hutan
※ Untuk mendapatkan arah yang tepat daripada sesak jalan semasa kembara
2.4.4.2 JENIS KOMPAS
Kompas Bearing Sudut
 Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudut adalah 360 darjah.

80

BUKU LOG KRS
Kompas Mata Angin
 Berpandukan empat mata angin yang utama iaitu utara, selatan, barat dan timur.

Mata Angin Pokok

81

BUKU LOG KRS
Mata Angin Sekunder
Mata Angin Tertier

82

BUKU LOG KRS

Perkara Penting Semasa Menggunakan Kompas
※ Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arahnya
betul dan tepat.
※ Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya dapat terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya, pokok besar, benda yang ganjil atau
batu besar yang berada di sekitar

Langkah mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata
ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya,
misalnya A dan B
iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan
dengan melukis garisan selari dengan mana-mana garisan gred yang
berhampiran.
iv. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut
arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-
dua titik tersebut

2.4.5 KOMUNIKASI RADIO AMATUR /UHF VHF
Maksud Radio Amatur
※ Radio Amatur atau ‘Ham Radio’ ialah hobi berkenaan berkomunikasi melalui
radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur saling berhubung dengan rakan-rakan
mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2.4.5.1 TUJUAN RADIO AMATUR
 Radio amatur atau dikenali sebagai ham radio merupakan penggunaan

spektrum frekuensi radio khas untuk tujuan rekreasi persendirian, pertukaran
mesej bukan kormersial, eksperimen-eksperimen wayerles, latihan dan
komunikasi kecemasan.
 Istilah “amatur” digunakan untuk menunjukkan individu yang berminat dalam
teknik radio semata-mata untuk tujuan peribadi dan tanpa kepentingan
kewangan dan bagi membezakan ia daripada penyiaran komersial, keselamatan

83

BUKU LOG KRS

awam seperti polis dan bomba atau perkhidmatan profesional radio dua hala.
(ARRL, 1914)
VHF (Kekerapan Sangat Tinggi)

※ Julat frekuensi radio 30 – 30 MHz
※ Kegunaan umum (sinaran radio FM, siaran televisyen, stesen bergerak
darat seperti kecemasan, perniagaan dan ketenteraan).
※ Kurang terjejas oleh gangguan dari peralatan elektrik daripada frekuensi
yang lebih rendah.

UHF (Frekuensi Ultra Tinggi)
※ Gelombang elektromagnet dengan frekuensi antara 300 MHZ dan 3000
MHz.
※ Digunakan secara meluas oleh agensi-agensi perkhidmatan awam.
※ Mengawas dan mengawal rangkaian pengagihan kuasa.

2.4.5.2 CIRI-CIRI RADIO AMUTUR
※ Komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif
selain dari telefon bimbit dan internet
※ Lebih 3 juta pengendalian berpeluang berhubung antara satu sama lain
※ Ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki peperiksaan Radio
Amatur atau RAE
※ Umur minimum bagi peperiksaan tersebut adalah 14 tahun.

2.4.5.3 STATISTIK RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Komunikasi 2 Hala
 Peraturan Yang Dibenarkan

※ Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.
※ Berkomunikasi menggunakan radio VHF/ UHF.
※ Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
※ Perbuatan radio, pancaran, penerimaan dan antenna.
※ Menjalankan kajian berkaitan.
※ Hantar gambar menggunakan faksimili.
※ Mengambil pertandingan radio amatur.
※ Aktiviti mencari dan menyelamat.

84

BUKU LOG KRS

 Kelebihan Radio Amatur

※ Dihargai oleh orang ramai kerana sifatnya mudah didekati dan mesra.
※ Masyarakat merasakan komuniti rasio sentiasa dapat memberi info yang
berguna.
※ Pendengar amatur radio tidak memerlukan celik huruf.
※ Banyak responder boleh dicapai dan mendapatkan maklumat dalam masa
yang dinyatakan.
※ Masyarakat luar Bandar tanpa elektrik dan telefon dapat
menggunakannya untuk menjalankan komunikasi penting yang berkaiatan
dengan kehidupan harian mereka.

 Kelemahan Radio Amatur
※ Ada negara mengehadkan pengeluaran.
※ Lesen atau proses permohonan rumit.
※ Ada negara yang mengharamkan penggunaan radio amatur.
※ Ada negara mengehadkan kepada tentera sahaja.
※ Kepakaran teknikal operasi dan penyiaran yang diperlukan mungkin tidak
disediakan.

 Perkara yang dilarang
※ Untuk tujuan politik, keagamaan dan unsur-unsur lucah
※ Menyinggung perasaan orang atau pengendalian radio amatur lain
※ Sabotaj individu, negeri dan negara
※ Tiada lesen
※ Salah guna frekuensi

85

BUKU LOG KRS
2.4.6 MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN
2.4.6.1 PETA TOPOGRAFI
※ Peta topografi ialah peta yang menggambarkan pandang darat fizikal dan
pandang darat budaya sesuatu kawasan yang tertentu.
2.6.2 KEGUNAAN
※ Mengenal pasti rupa dan bentuk muka bumi tersebut.
※ Membuat persediaan peralatan yang perlu mengikut bentuk muka bumi.
※ Memberi perhatian terhadap bentuk cerun yang bahaya supaya memastikan
keselamatan ahli kumpulan.
※Menyelesaikan masalah kesesatan di kawasan tersebut dengan ilmu pengetahuan
memerhati bentuk muka bumi kawasan dengan membaca peta topo.
Kontur

※ Garisan yang dilukis pada peta topografi atau peta lakar untuk
menggambarkan dan menyambungkan poin-poin yang sama ketinggian dari
aras laut.
※Garisan kontur yang rendah ialah 15m, 30m, 45m dan seterusnya.
※Garisan kontur yang tinggi ialah 50m, 100m, 150m dan seterusnya.

86

BUKU LOG KRS

Cerun curam
※ Digambarkan di dalam peta topografi dan peta lakar dengan garisan
kontur yang susunan dan jaraknya ang rapat di antara satu sama lain.

Cerun landai
※ Digambarkan dengan garisan kontur yang susunan dan jaraknya yang
jarang di antara satu sama lain di dalam peta topografik.

Cerun bertangga
※ Digambarkan dengan garisan kontur yang susunan dan jaraknya yang
berselang seli antara rapat dan jarang.

Dataran tinggi
※ Susunan konturnya rapat di tepi tetapi tiada garisan kontur di bahagian
tengah.
※ Bersesuaian dengan bentuk bumi dataran tinggi yang rata di tengah dan
bercerun curam di pinggirnya.

Tebing tinggi
※ Cerun yang sangat curam pinggirnya. Garisan konturya rapat dan ada
sebahagiannya yang bertindih terutamanya di bahagian garisan kontur yang
lebih rendah.

Lurah
※ Susunan garisan konturnya berbentuk V. Bersesuaian dengan bentuk
lurah yang merupakan lekunya dalam atau kawasan rendah antara dua tanah
tinggi.

87

BUKU LOG KRS
2.4.7 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
2.4.7.1 Tanda dan simbol
※ Tanda dan simbol yang digunakan semasa penggembaraan di dalam hutan atau
mendaki bukit. Kita perlu mempelajari upaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh
memberikan isyarat supaya ahli lain dapat menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh
dibuat dengan menggunakan batu, rumput, ranting kayu pada tanah.

88

BUKU LOG KRS

2.4.8 LAPORAN PENGEMBARAAN
 Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang

disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan
menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat
pengembaraan. Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman
video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku
log pengembaraan.

2.4.8.1 PERSEDIAAN PERJALANAN
※ Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah
dirancang terlebih dahulu.
※ Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan
kerompok kecil, penempatan orang asli dan tempat-tempat yang memberi
cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
※ Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua, Ketua
hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan
pengurusan pengembaraan itu mengikut cara KRS.
※ Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan.

2.4.8.2 PERKARA PENTING YANG WAJIB ADA
 Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
 Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
 Projek yang dikehendaki perlu dinyatakan dengan projek, lokasi,
penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.
 Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan
sebagainya.
 Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko).

89

BUKU LOG KRS
2.4.8.3 PERINGATAN

 Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu kumpulan di
antara 2 hingga 4 orang sahaja.

 Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran pesuruhjaya Daerah serta
pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan) hendaklah diperoleh sebelum
pengembaraan.

 Calon hendaklah sentiasa menjaga imej KRS dan juga menunjukkan contoh
teladan

2.4.8.4 KAJIAN CUACA
 Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang
pengembaraandengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca
semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian jenis awan dan
lain-lain yang berkaitan dengannya.

90

BUKU LOG KRS

2.5 KHIDMAT KESUKARELAWAN
Definisi
※ Sikap sukarela / kehendak sendiri

Matlamat
※ Melahirkan masyarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-
lumba melakukan kerja
Objektif
※ Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta
aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
※ Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan
kemasyarakatan antara lapisan masyarakat.
※ Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai
anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam
kehidupan seharian.
Khidmas

※ Mengeratkan ikatan silaturahim sesama pelajar
※ Menanam sifat penyayang
※ Memupuk semangat bekerjasama
※ Hormatmenghormati antara pelajar dengan masyarakat
※ Menyediakan pelajar sebagai golongan yang aktif dalam masyarakat
※ Mengurangkan jurang perbezaan antara warga tua dan muda

91

BUKU LOG KRS

Contoh Khidmat Kesukarelawan
1. Gotong-royong membersihkan

Kawasan sekolah
Suaru dan masjid
Tanah perkuburan dan sebagainya

2. Lawatan dan ziarahi ke
Rumah kebajikan, anak-anak yatim dan rumah orang tua
Hospital
Perkampungan Orang Asli
Pondok atau pusat pengajaran dan sebagainya

2.5.1 MINGGU KERJA
( Takwim Dan Rancangan Aktiviti)

CONTOH

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI TKRS

BULAN MINGGU AKTIVITI
Januari
1 Orientasi/ Suaikenal/ Pendaftaran

2 Mesyuarat Agung
Pelantikan AJK

92


Click to View FlipBook Version