The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

apa itu sel?
apa itu tisu?
jenis - jenis tisu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ichika 85, 2024-02-14 09:33:04

TOPIK 2: SEL DAN TISU

apa itu sel?
apa itu tisu?
jenis - jenis tisu

ANATOMI DAN FISIOLOGI (STK 20062) TOPIK 2.0 SEL DAN TISU KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA 1


PENGENALAN SEL SEL: JENIS, STRUKTUR DAN FUNGSI • Sel adalah satu unit asas organisasi manusia. • Bermula daripada 1 sel dan seterusnya menjadi zigot (hasil gabungan sperma dan ovum) yang mana masing-masing membawa separuh kandungan sel ayah dan ibu • Daripada 1 sel, zigot membahagi beberapa kali sehinggalah membentuk organism manusia (multiselular) • Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel. Komposisi Asas Sel 1. Plasma membrane (mengelilingi struktur dalaman sel) 2. Protoplasma (sitoplasma & nukleoplasma): cecair yg meliputi sel 3. Organel: organ kecil yang berfungsi seperti nukleus, mitokondria, ribosom, endoplasmic, reticulum dan lainlain 2


• Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel. • Setiap sel adalah berbeza saiz, jangka hayat, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya melaksanakan tugas-tugas tertentu. • Pembahagian sel baru (mitosis) penting bagi mengantikan struktur lama; sama ada di bahagian stem cell atau daripada sel-sel lama • Contoh jenis-jenis sel yang biasa dijumpai dalam badan manusia: ✓Sel saraf. ✓Sel darah merah. ✓Sel epitelium. ✓Sel sperma (pembiakan lelaki). ✓Sel otot rangka. ✓Sel tulang. 3


• Fungsi am yang dijalankan oleh pelbagai SEL adalah menghasilkan aktiviti yang selaras supaya manusia dapat hidup dengan sempurna • Sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama dipanggil TISU • ORGAN adalah dari beberapa jenis TISU yang bertindak bersepadu dalam menjalankan fungsi yang khusus • Gabungan ORGAN membentuk satu SISTEM yang khusus yang berfungsi bagi menjalani fungsi hidup manusia 4


FUNGSI SEL DAN KOMPONENNYA 1. PLASMA MEMBRANE • Terbentuk daripada: ✓2 lapisan fosfolipid (kepala: hidrofilik; ekor: hidrofobik) yang bersifat membran telap memilih (semi permeable) ✓Protein yang terselit antara fosfolipid yang bersifat specific receptor (hormone, enzyme & chemical) ✓rantaian karbohidrat dan kolestrol bagi memberi kestabilan • Fungsi: ✓melindungi bahan dalam sel ✓memisahkan cecair intraselular dengan extraselular ✓Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel (Bahan tertentu sahaja yang boleh telap) 5


2. PROTOPLASMA • Terdiri daripada bahan seperti jeli/ cecair/ medium yang meliputi bahan di dalam sel • Terdapat 2 jenis : ✓Cytoplasma : di luar nukleus yang mana organel terletak ✓Nucleoplasma: di dalam nukleus • Fungsi: ✓Menyokong fungsi organel dalam sel 6


3. NUKLEUS • Semua sel mengandungi nukleus kecuali erythrocytes (RBC); skeletal muscle cell: multinucleus • Organel terbesar yg mengawal fungsi sel yang dikelilingi oleh nuclear envelope (sama seperti plasma membrane); Terdapat nucleolus di dalamnya • Fungsi: ✓Tempat penyimpanan maklumat genetik (46 kromosom; DNA: deoxyribonucleic acid) dan terima arahan bagi sintesis protein 7


4. MITOKONDRIAN • Mitokondrion (mitochondrion) adalah organel kecil berbentuk sfera atau silinder, dan terlibat dalam respirasi sel. • Respirasi sel – membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion. • Tenaga yang dibebaskan akan disimpan dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat) dan sedia digunakan oleh sel. • Sel yg mempunyai banyak mitochondria (active cell) : sel hati (liver), sel otot dan sperma 8


5. RIBOSOM • Organel kecil yang kaya dengan granul RNA dan protein yang berbentuk sfera. • Banyak terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar (rough endoplasmic reticulum) atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma (cytoplasm) • Terdiri daripada asid ribonukleik (RNA) dan protein. Sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom. • Ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam kromosom untuk menghasilkan protein • Bilangan ribosom bergantung pada aktiviti penghasilan protein dalam sel seperti globin, enzim, hormone dan lainlain 9


6. ENDOPLAMIC RETICULUM (ER) (JALINAN ENDOPLASMA) • Jaringan membrane berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan bersambung secara fizikal dengan membrane nucleus (tapak si ntesis bahan) • Terdapat 2 jenis jalinan endoplasma: i. Jalinan Endoplasma Kasar (Rough Endoplasmic Reticulum) ii. Jalinan Endoplamsa Licin (Smooth Endoplasmic Reticulum) 10


i. Jalinan Endoplasma Kasar (Rough Endoplasmic Reticulum) ✓Mempunyai ribosom pada permukaannya, dan mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom ✓Protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus dalam vesikel ✓Protein kemudiannya diangkut dari satu bahagian sel ke bahagian sel yang lain 11


ii. Jalinan Endoplasma Licin (Smooth Endoplasmic Reticulum) ✓Jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya. ✓Merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sistesis lipid dan penyahtoksikan dadan dan racun 12


7. GOLGI APPARATUS (JASAD GOLGI) • Terdiri daripada 1 timbunan kantung pipih yang berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid dan glikoprotein • Vesikel angkutan yang membawa hasil protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membrane jasad Golgi dan protein masuk ke dalam ruang membrane • Protein tersebut diubah suai disepanjang perjalanannya melalui Jasad Golgi • Jasad Golgi kemudiannya akan mengasingkan hasil – hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan. • Vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membrane jasad golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membrane plasma. • Vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membrane plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel. • Fungsi: ✓Mengubahsuai dan memekatkan protein yg terbentuk di Jalinan endoplasma kasar ✓Membungkus kandungan dan membebaskan melalui vesicles untuk dihantar keluar sel 13


14


8. LYSOSOMES (LISOSOM) • Salah satu vesikel yang terbentuk dari Golgi Apparatus • Kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis (hydrolylic enzymes) • Enzim ini menghuraikan bahan organic yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida, dan asid nukleik dan menyigkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baru dapat dihasilkan. • Hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrient untuk kegunaan sel. Lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria. • Fungsi: Mengandungi enzim bagi memecahkan secara fagositosis (penelanan): ✓organel yang rosak/ tidak dperlukan ✓molekul besar (DNA, RNA, karbohidrat dan protein) kepada molekul kecil • Bahan yang dipecahkan akan digunasemula (recycle) atau dibuang keluar sel (waste) • Dalam White Blood cell: mempunyai lysosomes yang besar bagi memusnahkan mikrob (bakteria/ virus) 15


16


9. CYCTOSKELETON • Bebenang protein dalam cytoplasma: ✓Microfilament: fiber halus bagi mengukuhkan dan membentuk sesuatu sel. contoh: muscle cell ✓Microtubule: fiber contractile yang besar bagi membantu pergerakan organel dalam sel terutama chromosome semasa pembahagian sel; pemanjangan sel ✓Centrosome: pecahan dari microtubule (centriole) bagi membantu pembahagian sel 17


PENGENALAN TISU •Tisu merupakan gabungan daripada berjuta-juta sel •Gabungan ini akan menentukan jenis-jenis tisu yang berbeza •Serta melakukan tugas atau fungsi yang berbeza 18


JENIS – JENIS TISU Empat jenis tisu utama : Tisu epitelium (epithelial) ❑Yang menutupi tubuh badan, mengalas kaviti, kelenjar atau tiubtiub Tisu perantara/penghubung (connective) ❑Yang menghubung dan membentuk tisu-tisu lain ❑Sebagai tisu penyokong dan pelindung disekeliling organ-organ yang berongga Tisu otot (muscle) ❑Yang membentuk otot-otot membantu badan dan bahagianbahagian untuk bergerak Tisu saraf (nervous) ❑Sel-sel khusus yang membolehkan keseluruhan system saraf seperti otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang lain berfungsi 19


TISU EPITELIUM (EPITHELIAL) • Epi – di atas atau menyelubungi •Boleh dijumpai dikebanyakan struktur organ dalam badan •Melapisi semua permukaan organ, rongga dan saluran eksternal dan internal tubuh badan •Mengalas kaviti dan kelenjar-kelenjar serta membentuk kelenjar epitelium •Berkaitan rapat sebagai ; ❑ Perlindungan ❑ Penyerapan ❑ Perembesan ❑ Ekskresi ❑ Sensori 20


TISU PERANTARA •sel-sel yang membentuk tisu perantara ini bersebaran dan tidak melekat antara satu sama lain seperti tisu epitelium •Merupakan tisu yang paling banyak dijumpai di dalam tubuh manusia • ada jenis separuh keras (seperti agar-agar) ataupun keras dan kaku • bergantung kepada tempat dan fungsinya •fungsi utama adalah : o membentuk rangka, menyambung, menyokong, mengangkut dam melindungi struktur-struktur tubuh dan mengikat tisu ke tisu, otot ke otot, otot ke tulang dan tulang ke tulang 21


TISU OTOT • Tisu otot adalah tisu lembut yang terdapat dalam semua otot manusia yang membolehkan otot berkontraksi, bergerak atau mengangkat berat • Terdiri daripada 3 jenis: ✓otot tidak berjalur, tidak terkawal atau licin ✓otot jantung ✓otot berjalur, skeletal atau terkawal 22


FUNGSI TISU OTOT 1. Melakukan pergerakan badan 2. Menjaga badan tetap stabil 3. Membina postur 4. Membantu pernafasan 5. Mengepam darah 6. Membantu proses pernafasan 7. Membantu proses pencernaan 8. Membantu proses penghantaran 9. Mengekalkan keupayaan untuk melihat 10. Melindungi organ dalam badan 11. Tetapkan suhu 23


TISU SARAF • Terdiri daripada 100 bilion sel saraf • terdapat 2 jenis: ✓neuron ✓neuroglia • terdapat dengan banyaknya pada sistem saraf pusat • NEURON mengandungi satu badan sel dan axon serta dendrit • ia juga dikenali sebagai saraf • NEUROGLIA merupakan tisu perantara yang menyokong neuron tersebut • berfungsi untuk gerakbalas terhadap rangsangan • menjalinkan utusan melalui fiber-fiber neuron kepada struktur yang lain 24


25


Click to View FlipBook Version