ANATOMY DAN PHYSIOLOGY (STK20062) TOPIK 5.0 SISTEM OTOT (MUSCLE) Rohaida Hani Binti Sabarem Kolej Komuniti Kota Melaka
Pengenalan • Otot ialah tisu dalam badan manusia dan haiwan yang berfungsi sebagai alat pergerakan aktif yang menggerakkan tulang • Otot dikelaskan kepada tiga jenis iaitu otot rangka (skeletal), otot licin dan otot jantung (kardiak) • Otot menyebabkan pergerakan sesuatu organisma dan juga pergerakan organ dalam organisma. 2
SISTEM OTOT • Terdiri daripada tisu-tisu otot dalam badan termasuk tendon dan ligamen. • Sistem otot bersama sistem rangka dikoordinasi oleh sistem saraf untuk menghasilkan pergerakan badan. • Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. • 40% hingga 50% berat badan terdiri daripada tisu otot. • Terdapat lebih kurang 620 otot terdapat dalam badan manusia 3
FUNGSI SISTEM OTOT • Menghasilkan pergerakan. • berjalan, pergerakan tangan • Mengawal posisi badan • menyokong badan dari daya graviti. • Mengeluarkan haba • mengekalkan suhu badan. • Melindungi organ dalaman dan menstabilkan sendi. • Pengecutan otot rangka membantu pengaliran darah dan sistem limfa. 4
JENIS-JENIS OTOT Terdapat 3 jenis: 1. Otot licin 2. Otot kardiak / jantung 3. Otot rangka (skeletal) 5
1. OTOT LICIN • Otot di bahagian perut • Dinding salur darah • Tiada jalur • Setiap gentian berbentuk meruncing dan mempunyai satu nukleus di tengah-tengah. • Sel tersusun selari. • Boleh didapati di dalam trakus sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem pembiakan dan sistem uninari. • Otot luar kawal (involuntary) yang mana ia tidak dapat di kawal dengan kemahuan sendiri • Di bawah kawalan sistem saraf autonomik. • Mengecut secara perlahan tetapi boleh mengecut pada tempoh yang lama dan tidak mudah letih. 6
• Terdapat 2 jenis otot licin: 1. Visceral ✓juga disebut otot licin unit tunggal. ✓Otot-otot ini terdiri daripada unit atau sel yang berfungsi bersama. Setiap sel otot viseral saling bergantung dan berfungsi sebagai kumpulan yang mengalami jenis pergerakan yang sama. ✓Sel otot viseral bersifat myogenik dan diatur melalui input neuron motor. Setiap sel mengalami pergerakan terkoordinasi pada otot viseral. ✓terdapat di perut dan, dalam otot arector pilli pada dasar rambut, terutamanya pada bahagian rambut dan bahu di sepanjang spine scapula, rahim, saluran gastrointestinal dan pundi kencing. 7
2. Otot multi-unit ✓Otot licin multi unit mengandungi sel otot yang bertindak secara bebas dalam pergerakan ototnya ✓Dua jenis pergerakan utama sel-sel ini adalah relaksasi dan pengecutan. Oleh itu, pergerakan setiap sel otot licin bebas antara satu sama lain ✓didapati di kawasan otot pada sphincter dan otot pengenduran iris pada mata, otot licin pada dinding pembuluh darah, dan pada paru-paru. 8
2. OTOT KARDIAK/JANTUNG • Membentuk dinding jantung. • Bercabang dan bercantum dengan sel-sel lain. • Berjalur-jalur gelap dan cerah • Tindakan luar kawal. • Otot jantung bergerak secara involuntary dan berterusan/beritma. • Mengepam darah melalui pengecutan otot. • Mempunyai banyak mitokondria bagi membolehkan pergerakan yang berterusan. • Tidak mengalami keletihan. • Mengecut 70kali/minit dan 2.5 ribu kali tanpa berhenti dalam masa 70 tahun. 9
3. OTOT RANGKA/SKELETAL 10 • Melekat pada tulang rangka • Sangat panjang, silinder, berjalur • Menghubungkan antara tulang dengan tulang. • Mempunyai satu hujung otot yang terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus. • Mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan untuk pergerakan dan postur badan. • Mengecut secara terkawal. • Tindakan otot bergantung kepada kawalan sistem saraf pusat. • Pengecutan boleh dikawal.
Komponen-Komponen Otot Rangka i) Fiber Otot • Merupakan sel-sel otot. • Berbentuk silinder & mempunyai banyak nukleus. • Berjalur dan bersaiz besar. • Diameternya di antara 10µm – 100µm. • Panjangnya mencapai sehingga 40cm. 11
ii) Tisu Penghubung • Terbahagi kepada 3 tisu:- 1. Epimisium ✓ Dikenali juga sebagai tisu penghubung kasar. ✓ Meliputi keseluruhan bahagian luar otot. ✓ Tendon yang terdapat pada kedua-dua hujung otot rangka terbina daripada unjuran epimisium. 2. Perimisium ✓ Otot terdiri daripada fasikel-fasikel. ✓ Setiap fasikel diliputi tisu penghubung berfiber. ✓ Membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel. 3. Endomisium ✓ Dikenali juga sebagai tisu penghubung halus & meliputi setiap fiber otot. 12
iii) Tendon • lekat otot pada tulang atau otot yang lain. • Tisu fiber yang melekatkan otot kepada tulang. • Tidak begitu kenyal. • Menghasilkan daya ketegangan yang tinggi. iv) Ligaman • Tisu berfiber kolagen yang berwarna putih atau kuning pucat. • menyambungkan tulang ke tulang. • Berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi. v) Kartilej • Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. • Ia menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. • Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakan pada 13
CIRI-CIRI OTOT RANGKA i. Kebolehujaan(Excitability) • kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. ii. Kebolehkucupan(Contractility) • keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan. iii. Kebolehpanjangan(Extensibility) • keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal iv. Kebolehanjalan(Elasticity) • keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup 14
JENIS OTOT RANGKA Otot rangka terbahagi kepada 2 jenis iaitu:- 1. OTOT AKSIAL ▪ Terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum. 2. OTOT APENDIKULAR ▪ Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella. ▪ Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius. 15
OTOT-OTOT RANGKA UTAMA PENTING!! 16
LEKATAN OTOT • Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. • Dua tempat lekatan otot ialah: Lekatan Proksimal ✓ Lekatan yang dikenali sebagai origin. ✓ Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih hampir dengan batang tubuh. Lekatan Distal ✓ Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih jauh dari batang tubuh. ✓ Dikenali sebagai ‘Insertion’. 17
CONTOH PELEKATAN OTOT 18 NAMA OTOT LOKASI PROKSIMAL DISTAL 1. Leher • Sternocleidomastoid • Leher • Sternum, klavikel • Mastoid di tulang temporal 2. Belakang badan • Latissimus dorsi • Trapezius • Belakang leher dan bahagian atas belakang badan • Bahagian bawah belakang badan • Bahagian bawah vertebra, iliak • Tulang osipital, serviks dan semua toraks • Hujung proksimal • Klavikel, skapula 3. Bahu • Deltoid • Bahagian atas bahu • Klavikel, skapula • Bahagian tengah humerus 4. Lengan • Bisep brakii • Trisep brakii • Anterior lengan atas • Posterior humerus • Skapula • Skapula dan proksimal humerus • Proksimal radius 5. Depan tubuh • Pektoralis major • Rektus abdominis • Eksternal oblik • Eksternal interkostal • Bahagian atas dada • Bahagian tengah abdomen • Dinding, lateral abdomen • Superfisial antara tulang rusuk • Klavikel, sternum, tulang rusuk • Pubis • Tulang rusuk ke 8 • Bahagian bawah tulang rusuk • Proksimal humerus • Sternum dan tulang rusuk ke 5 hingga 7 • Illiak • Bahagian atas tulang rusuk
NAMA OTOT LOKASI PROKSIMAL DISTAL 6. Pinggul • Gluteal maksimus • Punggung • Sakrum, ilium • Proksimal femur 7. Paha • Sartorius • Kuadriseps ✓ Rektus femoris ✓ Vastus lateralis ✓ Vastus medialis ✓ Vastus intermedius • Hamstring ✓ Bisep femoris ✓ Semitendinosus ✓ Semimembranosus • Anterior paha • Superfisial, anterior paha • Lateral paha • Medial paha • Intermedial paha • Posterior paha • Posterior paha • Posterior paha • Spina ilium • Bahagian atas pelvik • Bahagian atas femur • Medial femur • Anterior dan lateral femur • Bahagian atas femur • Bahagian atas femur • Lateral dan medial femur • Proksimal tibia • Patella • Patella • Patella • Patella , Lateral fibula • Medial tibia • Medial tibia • Posterios kalkanus 8. Kaki • Gastroknemius • soleus • Betis • Distal femur dan fibula • Kalkanus 19
20
KESAN URUTAN PADA OTOT • Urutan meningkatkan aliran darah yang membawa kepada peningkatan oksigen dan nutrien ke tisu otot dan mempercepatkan penyingkiran bahan buangan. • Apabila otot bergerak mereka memerlukan bekalan oksigen yang lebih besar dan menghasilkan lebih banyak bahan buangan. Urutan akan melegakan kelesuan otot dengan membuang asid laktik yang terkumpul di dalam tisu. • Otot yang tegang dan mengecut boleh menjadi relaks selepas diurut. Kekerapan berurut akan membantu otot untuk berfungsi sepenuhnya. • Otot bergerak di atas sendi, jika pergerakan sendi terjejas oleh pelekatan, contohnya pada sendi bahu, maka rangkaian penuh pergerakan akan dihalang. Mengurut kawasan ini boleh membantu melonggarkan sendi, lebih banyak pergerakan dalam otot dan oleh itu meningkatkan tahap kebolehan pergerakan. 21
MASALAH BERKAITAN OTOT • Fibrositis - pengumpulan asid laktik di dalam otot menyebabkan keradangan dan kekakuan • Sprain (terseliuh) - ligamen sendi berpusing secara tiba-tiba (sendi buku lali) • Strain (ketegangan) - terlalu banyak tenaga; lebih regangan; kegagalan untuk memanaskan badan sebelum bersenam biasanya mengakibatkan kecederaan/koyak pada otot dan tendon • Multiple sclerosis - kehausan fiber saraf yang akhirnya mengakibatkan kelemahan otot • Muscular dystrophy - dihantar secara genetik; atrofi progresif yang mengakibatkan kecacatan 22
23