ANATOMY DAN PHYSIOLOGY (STK20062) TOPIK 4.0 SISTEM SKELETAL (RANGKA / TULANG) Rohaida Hani Binti Sabarem Kolej Komuniti Kota Melaka
• Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan strukturstruktur sokongan seperti ligamen, katrij, dan sendi. • Tulang adalah tisu keras yang mempunyai lapisan luar yang kuat dan lapisan dalam yang berongga. • Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang-tulang tersebut atau rawan yang boleh bergerak dan memberi sokongan dan kekuatan sendi. 2
• Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu:- ✓sendi tanpa gerak (synarthroses), seperti sendi antara tulang tengkorak ✓sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) seperti sendisendi dalam sangkar rusuk ✓sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses); contoh Siku, bahu dan lutut • Kartilej (rawan) adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. • Tendon adalah jalur tisu yang menghubungkan hujung otot ke tulang. 3
Ligamen Tisu berfiber yg menyambung dua atau lebih tulang Tendon Tisu penyambung yang menyambug otot ke tulang Kartilej Tisu lembut yang menyaluti hujung tulang Tendon Ligamen Sendi Bahu 4
• Gabungan tulang dan sendi yang dicantum oleh ligamen berfungsi untuk membentuk sebagai satu bingkai pelindung atau penyokong. • Terbahagi kepada 2 bahagian ➢ Rangka paksi (Axial skeleton) – 74 ➢ Rangka anggota (Appendicular skeleton ) - 126 5
BAHAGIAN UTAMA SISTEM RANGKA Tulang Anggota Atas • Kranium – 8 • Face (Bahagian muka) – 14 6
Tulang Anggota Tengah • Vertebra (tulang belakang) • Tulang rusuk (Rib) 7
• Tulang bahu • Tulang pangkal lengan (Humerus) • Tulang lengan bawah (radius, ulna) • Pergelangan tangan (karpus) tapak tangan, jari, • Pelvis 8
Tulang Anggota bawah Paha (Femur) o Tempurung Lutut (patella) o Keting (Tibia) o Betis (Fibula) Pergelangan kaki (Tarsals) o Tapak kaki (Metatarsals) o Jari kaki (Phalanges) 9
Penting!! 10
SISTEM RANGKA SISTEM RANGKA Ligamen Tendon Sendi Kartilej Tulang 11
SISTEM RANGKA • Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia yang mempunyai lapisan luar yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sumsum. • Setiap tulang mempunyai tiga lapisan utama: ✓ Periosteum: Periosteum ialah selaput keras yang menutup dan melindungi bahagian luar tulang. ✓ Tulang padat: Di bawah periosteum, tulang padat berwarna putih, keras dan licin. Ia menyediakan sokongan dan perlindungan struktur. ✓ Tulang span: Teras, lapisan dalam tulang lebih lembut daripada tulang padat. Ia mempunyai lubang kecil yang dipanggil liang untuk menyimpan sumsum. • Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14 % daripada jumlah berat badannya • Perkataan ‘skeleton’ berasal dari perkataan greek iaitu ‘badan yang telah dikeringkan’. • Sistem rangka adalah asas terhadap seluruh badan kita yang terbentuk. Tulang kita adalah ringan tetapi kuat lalu memberikan kita kemudahan untuk bergerak selain memberi kita perlindungan. 12
FUNGSI SISTEM RANGKA 1. SOKONGAN 2. PERLINDUNGAN 3. PERGERAKAN 4. PEMBENTUKAN SEL-SEL DARAH 5. PENYIMPANAN MINERAL 13
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: ➢ Sokongan Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka. ➢ Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh:- Tengkorak melindungi otak. ➢ Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus. 14
➢ Pembentukan sel-sel darah Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan selsel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus. ➢ Penyimpanan mineral Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot. 15
KLASIFIKASI TULANG Tulang Panjang Tulang Pendek Tulang leper/pipih Tulang tak sama bentuk KLASIFIKASI TULANG 16
KLASIFIKASI TULANG Tulang Panjang Tulang Pendek Tulang Leper/pipih Tulang Tak Sama Bentuk 17
STRUKTUR TULANG PANJANG Epifisis Proksimal Epifisis Distal Diafisis Garisan epifisal Tulang berongga Tulang mampat Kaviti medulari Arteri nutrien Sum-sum kuning Periosteum Endosteum Kartilej 18
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya: 1. Tulang panjang - secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. - kebanyakannya tulang mampat. - Contoh:- Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki. 2. Tulang pendek - tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. - berperanan memindahkan daya. - tulang-tulang ini berongga. - Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal). 19
Tulang leper/pipih - berbentuk pipih, nipis dan melengkung. - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. - Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. 4. Tulang tak sama bentuk - berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. - Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus). 20
• Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular. JENIS – JENIS SENDI DAN PENGELASANNYA 21 Tidak bergerak ( synarthrosis) Gerakan terhad (amphiathroies) Gerakan bebas (diathroies) PENGELASAN SENDI (pergerakan)
JENIS - JENIS SENDI (STRUKTUR) Sendi ‘Fibrous’ Sendi ‘Cartilaginous’ Sendi ‘Synovial’ 22 Sendi Engsel (sendi siku) Sendi paksi (antara atlas) Sendi lesung (sendi bahu) Sendi Pelana (sendi tapak tangan & jari) Sendi gelungsur Sendi kondil (Condyloid joint) JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL
JENIS – JENIS PERGERAKAN • Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi 1. Kedudukan biasa - Subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua – dua kaki rapat. - Kedudukan tangan rapat ke sisi dan tapak tangan menghala ke badan 2. Kedudukan Anatomi - Subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua – dua tapak tangan ke hadapan. - Kedua – dua belah kaki terbuka menghala ke kanan dan ke kiri - Merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis – jenis pergerakan. 23
JENIS – JENIS SENDI PERGERAKAN i. Gerakan Linear (gelungsur) - Pergerakan yang berlaku secara mendatar kehadapan atau kebelakang dan ke kiri dan ke kanan pada arah dan kelajuan yang sama. - Contoh: Pergerakan gelungsur - Pergerakan linear terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rectilinear dan pergerakan kurvelinear. 24
a. Pergerakan Rektilinear - Pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar - Jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus b. Pergerakan kurvelinear - Pergerakan melibatkan sesaran melengkung - Jenis pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung. 25
ii. Pergerakan Putaran (Rotasi /Rotation) - Pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. - Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada lengan. 26
iii. Pergerakan Bersudut - Merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut. - Melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan lain. - Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi, dan sikumduksi. 27
iv. Pergerakan Khusus - Pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi sahaja. - Antara pergerakan khusus ialah inversi, iversi, depresi, dorsi-fleksi, dan plantar-fleksi. 28
29
30
31