TUGASAN 3
GISC1082
TRIELY TEU
SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN
Kini, negara Malaysia memacu ke arah era yang mementingkan globalisasi.
Globalisasi merupakan suatu proses menjadikan sesuatu sebagai ciri dimiliki
bersama. Sama ada budaya, pendidikan, sosial, ekonomi, dan politik (Ibrahim et al.,
2015a). Pelbagai langkah diwujudkan oleh kerajaan bagi membangunkan
pembangunan negara dalam era globalisasi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembangunan negara memang sangat dititiberatkan sejak dasawarsa 1950-an,
lebih-lebih lagi setelah berlakunya “keajaiban ekonomi” yang dicapai oleh Jepun dan
negara-negara industri baru Asia Timur dan Asia Tenggerak sejak 1960-an dan
1970-an melalui model “model Asia” (Daud, 2004)
Perkembangan era globalisasi memberi peluang untuk negara mencapai
kejayaan pada masa akan datang kerana perkembangan ini dapat memperkukuh
dan mempertingkatkan tahap kemajuan negara seiring dengan negara maju yang
lain seperti Amerkia Syarikat, China dan Eropah. Proses globalisasi di Malaysia
banyak memberi perkembangan kepada negara. Misalnya, peredaran sesuatu
kelompok masyarakat pada zaman dahulu mengakibatkan perubahan budaya dan
agama di sesuatu kawasan. Menurut Ibrahim et al. (2015b), setelah merdeka,
perubahan budaya dan nilai berlaku kerana kemasukan kaum Cina, India, etnik
Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pelbagai peluang dan manfaat globalisasi ke atas
perkembangan negara Malaysia telah wujud.
2.0 PELUANG GLOBALISASI KE ATAS PERKEMBANGAN NEGARA
MALAYSIA
MEWUJUDKAN EKONOMI YANG MAMPAN
Apabila negara mengalami kemasukan teknologi yang terkini seperti
IoT, Kecerdasan Buatan (AI) dan Big Data, penggunaan sumber teknologi
dalam sektor pendidikan,perindustrian dan perdagangan akan meningkat
(Mohamad, 2020a). Hal ini dikatakan demikian kerana penularan
penggunaan teknologi digital yang lebih maju dan bertaraf dunia telah
mendatangkan kesan yang signifikan terhadap sektor perniagaan dan
perindustrian. Contohnya, penggunaan teknologi yang canggih dalam
sesebuah kilang atau perindustrian dapat mengurangkan kos dan masa
pengurusan, pembuatan, operasi dan pemasaran. Sistem pemasaran dalam
sektor perdagangan yang menggunakan teknologi telah mewujudkan satu
platform untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara maya seperti2
marketplace (Riyanti et al., 2021)
Seterusnya, perkembangan negara dari segi peningkatan
penggunaan teknologi digital dalam sektor perdagangan dapat meningkatkan
kedatangan pelabur asing. Syarikat multinasional kebiasaanya akan
menggunakan teknologi yang maju dan terkini serta menyebabkan
berlakunya pemindahan teknologi melalui pelaburan langsung asing
(Yuliyusman et al., 2013). Kewujudan prasarana, infrastruktur, teknologi
moden dan penawaran yang sesuai telah menarik minat pelabur untuk
melabur di Malaysia. Pasaran perniagaan Malaysia tanpa sempadan yang
wujud dapat memudahkan pelabur untuk melabur di Malaysia dengan adanya
perhubungan antara negara dengan negara luar. Peningkatan interaksi
antara pelabur dengan adanya teknologi dapat diwujudkan dengan mudah.
Hal ini menyebabkan kerjasama negara dengan pelabur asing dapat
diterapkan sekali gus menarik minat pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh
itu, Malaysia akan menjadi negara pelaburan langsung asing (FDI) yang
mampan.
MANFAAT GLOBALISASI KE ATAS PERKEMBANGAN NEGARA
MALAYSIA
3.1 SISTEM KEHIDUPAN MANUSIA LEBIH SISTEMATIK
Proses globalisasi telah membawa perubahan kepada kehidupan3
manusia yang lebih baik dan sistematik. Perkembangan negara dari segi
teknologi telah mengubah kehidupan seharian manusia ke arah yang lebih
mudah, pantas dan lebih bermutu. Contohnya, pembinaan peralatan
teknologi tinggi seperti sensor, peranti Narow-Band (NB-IoT), pengawal
robotik, dan near-infrared spectrophotometer serta mengimplementasikan
teknologi moden dalam sistem kawalan penyeliaan dalam memantau
penghasilan produk di kilang dan masalah dalam sektor pertanian (Mohamad,
2020b). Kewujudan teknologi canggih ini dapat mengurangkan penggunaan
tenaga manusia yang banyak untuk menjaga dan mengawal penghasilan
produk dan hasil pertanian dalam sektor perkilangan dan pertanian.
Peningkatan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian dan perkilangan
menyebabkan hasil dan produk dapat dikeluarkan dalam masa yang singkat
tanpa menjejaskan mutu produk dan hasil pertanian tersebut. Teknologi yang
digunakan dalam proses penghasilan sesuatu produk atau bahan merupakan
teknologi yang mesra pengguna
4.0 PENUTUP
Globalisasi merupakan proses yang akan berlaku dalam sesebuah negara tanpa mengira tahap
kemajuan negara tersebut. Malaysia merupakan negara tidak terkecuali daripada proses ini kerana
Malaysia merupakan negara sedang
membangun dan mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan kaum. Secara amnya, negara berkembang
akibat daripada proses globalisasi yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kewujudan teknologi akibat
daripada era globalisasi banyak memberi peluang dan manfaat kepada kemajuan negara. Misalnya,
perubahan teknologi yang canggih mewujudkan ekonomi yang mampan dan suasana pembelajaran
digital. Peningkatan teknologi juga memberi manfaat ke atas perkembangan negara Malaysia iaitu
meningkatkan sistem kehidupan manusia dan modal insan yang bertaraf dunia. Teknologi moden
memberi peluang kepada penduduk Malaysia unuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dan
produktiviti mereka daripada pelbagai sektor sehingga menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara
yang mampan. Selain itu, penggunaan teknologi dalam sektor pendidikan memberi impak yang besar
kepada pendidik dan pelajar pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana perubahan penggunaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran banyak berubah berbanding dengan zaman sebelum kewujudan
teknologi digital. Akhir sekali, proses globalisai telah memberikan pelbagai manfaat kepada
perkembangan negara Malaysia. Perubahan dari segi teknologi secara pantas memberi keselesaan
kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, manusia tidak bergantung
sepenuhnya terhadap penggunaan tenaga dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau rutin dengan adanya
teknologi yang membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah.
SEKIAN, TERIMA
KASIH.