SYARAT PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA 2021
1. Syarat Penyertaan
Penyertaan terbuka kepada murid tahap 2 SK Taman Rinting 2 iaitu murid tahun 4, 5
dan 6 sahaja.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU VIDEO PENYERTAAN SAHAJA.
Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan dan direkodkan di dalam Sistem
Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) bahagian AMALAN BAIK.
Penyertaan perlu dihantar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam masa
yang ditetapkan iaitu 12 hari bermula 22 Ogos 2021 sehingga 2 September 2021.
Hanya 10 penyertaan bagi setiap aliran tahun 4, 5 dan 6 yang akan diterima. Oleh
itu, murid yang berminat perlu menghantar video penyertaan SECEPAT MUNGKIN.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
2. Tatacara Pertandingan
Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli murid sendiri yang berteraskan Bulan
Kemerdekaan.
Elemen semangat patriotik perlu digayakan bagi menyampaikan mesej cintakan
negara/tanah air.
Peserta wajib menggunakan lagu-lagu patriotik sebagai muzik latar video.
Tik tok yang dihasilkan hendaklah berdurasi 1-2 minit sahaja.
Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk serta tidak
mengandungi unsur-unsur negatif seperti menyentuh sensitiviti kaum, agama serta
politik.
3. Pemarkahan
Keputusan juri adalah muktamad berdasarkan kriteria berikut.
BIL KRITERIA MARKAH
1 Tema 10 markah
2 Kreativiti 40 markah
3 Kualiti dan keaslian 40 markah
4 Persembahan 10 markah
100 markah
JUMLAH
Hadiah pertandingan akan diberikan kepada peserta yang mendapat TEMPAT
PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA bagi setiap kelas serta hadiah SAGUHATI kepada
10 orang peserta.
4. Cara Menghantar Penyertaan
Peserta perlu merakam video dengan aplikasi TIK TOK.
Hantar video Tik Tok melalui (whatsapp) ke nombor 013 7519928 (Cikgu Izza, Guru
Bimbingan dan Kaunseling) bersama maklumat berikut:
Nama peserta
Kelas
Link video Tik Tok