The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nursya Ira, 2023-05-12 20:06:17

BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 40

BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 40

1


2 SEKAPUR SIREH YDP PIBG 3 SEKAPUR SIREH GURU BESAR 4 ATUR CARA MAJLIS 5 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 39 6-7 SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021/2022 8 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE 38 9-12 LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021 13 BINGKISAN KEJAYAAN MURID SKSD 14 USUL DAN CADANGAN 15 PERANAN PIBG 16 SEKALUNG PENGHARGAAN 17 KANDUNGAN


3 SEKAPUR SIREH YANG DIPERTUA YDP


4 Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya jua kita dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SeSDIAN kerana telah berjaya merangka dan seterusnya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga yang dapat hadir bersama sama dalam mesyuarat kali ini. Saya juga ingin menyatakan rasa berbesar hati kepada PIBG yang memberi sokongan, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada pihak sekolah. Sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2023-2025 melalui anjakan yang ke sembilan iaitu bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Berdasarkan hasrat tersebut, jelas menunjukkan peranan dan tanggungjawab PIBG serta semua ibubapa terhadap sekolah amat penting. PIBG yang cemerlang pasti akan dapat membantu pihak sekolah meneruskan usaha mengembangkan potensi anak anak SeSDIAN seterusnya melahirkan kemenjadian murid sebagai anak yang baik dan cerdik. Akhir kalam, marilah kita terus bersama sama berganding bahu untuk berusaha kearah kecemerlangan anak-anak. Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang dihulurkan dan moga gandingan PIBG dan sekolah akan terus melonjakkan kecemerlangan anak anak SeSDIAN dalam semua aspek pendidikan. Sekian, terima kasih Guru Besar SK Sungai Durian @ SeSDIAN SEKAPUR SIREH GURU BESAR


5 TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-40 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 8.15 PAGI : ➢ KETIBAAN DAN PENDAFTARAN IBU BAPA ➢ KETIBAAN TETAMU VIP (PEGAWAI PPD) 9.00 PAGI : ➢ KETIBAAN VVIP (YANG BERHORMAT DATUK HAJI JEFRIDIN BIN ATAN) ➢ ALUAN PENGACARA MAJLIS ➢ BACAAN DOA ➢ UCAPAN GURU BESAR ➢ UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ➢ UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 OLEH VVIP ➢ TAYANGAN VIDEO ➢ PERSEMBAHAN MURID ➢ PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VIP & VVIP 10.15 PAGI : ➢ UCAPAN GURU BESAR DAN MENGUMUMKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 DIMULAKAN. ➢ UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG ➢ PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 ➢ PERKARA BERBANGKIT ➢ PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG BAGI TAHUN 2022/2023 ➢ PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 30 APRIL 2023. ➢ PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2021/2022 ➢ PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2023/2024 ➢ PEMBENTANGAN USUL ➢ UCAPAN PENANGGUHAN ➢ CABUTAN BERTUAH 11.30 PAGI : ➢ MAJLIS BERSURAI ATUR CARA MAJLIS


6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 PENASIHAT EN. FAIZAM BIN ABD. WAHAB (GURU BESAR) PENGERUSI EN. FADILAH ADHA BIN ABDULLAH (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 1 EN. ERWAN FIRDAUS BIN HUSNI TAMRIN (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 2 EN. SALAMAT BIN HASSAN (GPK KOKURIKULUM) YANG DIPERTUA PIBG PN. HAIRUL RIZAH BINTI MASDAR SETIAUSAHA PN. NURUL SYAHIRA BINTI MOHD ISA BENDAHARI PN. SALMAH BINTI HUSSIN AHLI JAWATANKUASA FLOOR MANAGER : EN. MUHAMAD AFIQ HAMIZAN BIN NORIZAN PENGACARA MAJLIS : EN. WAN ZAZUADELI BIN WAN YUSOFF BACAAN DOA : EN. ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN MONTAJ/VIDEO : EN. AHMAD SYAFIQ BIN ADNAN EN. WAN ZAZUADELI BIN WAN YUSOFF BUKU PROGRAM : PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK CIK NUR ALLYANA BINTI JASPIZAL AJK SIARAYA : EN. GHULAM ZAEDI BIN AHMAD EN. AHMAD SYAFIQ BIN ADNAN EN. ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN EN. MOHD KHAIR BIN TAMBI AJK DOKUMENTAS : PN. NURULNADIA BINTI AHMAD REDZUAN JAWATANKUASA PELAKSANA


7 AJK PERSIAPAN TEMPAT & BACKDROP : PN. FAZLINA BINTI SANIN EN. MUHAMAD AFIQ HAMIZAN BIN NORIZAN EN. ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN PN. NURFAZLINA BINTI A RAHIM PN. NURUL SYAHIRA BINTI MOHD ISA PN. SALMAH BINTI HUSSAIN EN. GHULAM ZAEDI BIN AHMAD EN. AHMAD SYAFIQ BIN ADNAN PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK CIK NUR ADLINA BINTI MOHD AZMI AJK PIBG (IBU BAPA) AJK SAMBUTAN & VVIP : EN. ERWAN FIRDAUS BIN HUSNI TAMRIN EN. FADILAH ADHA BIN ABDULLAH EN. SALAMAT BIN HASSAN EN. MOHD KHAIR BIN TAMBI PN. WAN HASLINA BINTI WAN AB KADIR YANG DI PERTUA PIBG NAIB YANG DIPERTUA PIBG AJK PENDAFTARAN : PN. HALIMAH BINTI YAHYA PN. SALMAH BINTI HUSSAIN AJK PERSEMBAHAN : EN. GHULAM ZAEDI BIN AHMAD PN. NUR SAADAH BINTI ABD WAHAB AJK MAKANAN : PN. BAZLIAH BINTI RAMLI PN. FADHILAH BINTI HUSSIN PN. SUHANA BINTI MUSTAFFA CIK NUR ALLYANA BINTI JASPIZAL AJK PIBG (IBU BAPA) AJK HADIAH & CENDERAHATI : PN. FAZLINA BINTI SANIN PN. NURFAZLINA BINTI A. RAHIM PN. NURUL SYAHIRA BINTI MOHD ISA PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK CIK NUR ADLINA BINTI MOHD AZMI AJK KEBERSIHAN & KESELAMATAN : EN. MOHD KHAIR BIN TAMBI EN. ABU HASSAN BIN MD SALLEH PEMBERSIHAN SEKOLAH PENCATAT : CIK NUR ADLINA BINTI MOHD AZMI PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK PENGELOLA CABUTAN BERTUAH : EN. ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK


8 PENASIHAT EN. FAIZAM BIN ABD WAHAB (GURU BESAR) YANG DIPERTUA PIBG PN. HAIRUL RIZAH BINTI MASDAR NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN. MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD RIDZUAN SETIAUSAHA PN. NURUL SYAHIRA BINTI MOHD ISA BENDAHARI PN. SALMAH BINTI HUSSAIN AHLI JAWATANKUASA PN. MASLINA BINTI OMAR EN. NORKHAIRUL NIZAM BIN RAZALI PN. AZAH BINTI MD SALEH PN. HASLINORYATI BINTI JAAFAR EN. MOHAMMAD ABU BAKAR BIN KAMAL EN. GHULAM ZAEDI BIN AHMAD EN. AHMAD SYAFIQ BIN ADNAN PN. NURHIDAYAH BINTI ISHAK CIK NUR ADLINA BINTI MOHD AZMI PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 EN. MOHD KHAIR BIN TAMBI PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 PN. NORAZMEEN BINTI AHMAD SENARAI JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2022/2023


9 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN KALI KE 39 BAGI TAHUN 2022/2023 Tarikh : 18 Jun 2022 Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Sungai Durian Pengerusi : Pn. Hairul Rizah Binti Masdar Kehadiran : 91 orang (Rujuk Lampiran 1) 1.0 UCAPAN GURU BESAR 1.1 Tuan Guru Besar, selaku Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa pada hari ini setelah 2 tahun tidak dapat bersemuka dalam Mesyuarat Agung PIBG disebabkan pandemik Covid-19. 1.2 Beliau juga memperkenalkan diri beliau selaku Guru Besar Baharu di Sekolah Kebangsaan Sungai Durian. Beliau berharap semua ibu bapa sudi memberikan kerjasama dan sokongan kepada beliau serta guru-guru di sini. 1.3 Beliau mengumumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-39 dimulakan dan melantik Puan Hairul Rizah sebagai Pengerusi sementara untuk mengendalikan mesyuarat. 2.0 UCAPAN PENGERUSI 2.0 Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran para hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 pada hari ini. Pengerusi juga berharap semoga perjalanan mesyuarat hari ini dipermudahkan dan segala perbincangan dapat mencapai persetujuan semua sebaiknya. 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 BAGI TAHUN 2021/2022. 3.1 Pn. Nurul Syahira Binti Mohd Isa selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-38. 3.3 Mesyuarat sebulat suara menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 tanpa sebarang pindaan. Cadangan : En. Saiful Effendi Bin Abd Halim Sokongan : Pn. Azrina Binti Abdul Aziz 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39


10 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN 4.1 Puan Salmah Binti Hussain selaku Bendahari membentangkan Penyata Kewangan Yang Berakhir pada 28 Februari 2022. 4.2 Pengesahan Laporan Kewangan: Cadangan : Pn. Samsiah Binti Hassan Sokongan : Pn. Juliza Binti Johar 6.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 6.1 Tuan Guru Besar mencadangkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023. 6.2 En. Ahmad Syafiq Bin Adnan bersetuju dengan cadangan mengekalkan Ahli Jawatankuasa PIBG dan lantikan hanya dibuat bagi ahli jawatankuasa yang telah mengundur diri. 6.3 Semua hadirin sebulat suara bersetuju mengekalkan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023. 6.4 Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023: Yang Di Pertua : Pn. Hairul Rizah Binti Masdar Naib Yang Di Pertua : En. Muhammad Faiz Bin Ahmad Ridzuan Setiausaha : Pn. Nurul Syahira Binti Mohd Isa Bendahari : Pn. Salmah Binti Hussain Ahli Jawatankuasa : En. Norkhairul Nizam Bin Razali Pn. Azah Binti Md Salleh Pn. Maslina Binti Omar En. Saiful Effendi Bin Abd Halim Pn. Samsiah Binti Hassan Pn. Nor Azura Binti Abdul Rahman En. Ahmad Syafiq Bin Adnan En. Ghulam Zaedi Bin Ahmad Cik Nur Adlina Binti Azmi Pn. Nurhidayah Binti Ishak Pemeriksa Kira-Kira I : Pn. Norazmeen Binti Ahmad (Ibu Bapa) Pemeriksan Kira-Kira II: En. Mohd Khair Bin Tambi (Guru) 7.0 PENETAPAN SUMBANGAN TAHUNAN 7.1 Pn. Hairul Rizah mencadangkan sumbangan tahunan bagi tahun ini dikekalkan seperti tahun-tahun yang lalu iaitu RM50 bagi setiap keluarga. 7.2 Cadangan ini disokong oleh En. Muhammad Faiz Bin Ahmad Ridzuan dan diterima tanpa sebarang bantahan daripada ahli mesyuarat yang lain.


11 8.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL 8.1 Pn. Fauzillah Binti Sawal (a) Mencadangkan supaya memperbesarkan perhentian bas di hadapan sekolah bagi memudahkan ibu bapa menunggu untuk mengambil anak waktu pulang sekolah. Tuan Guru Besar menjawab bahawa untuk membesarkan perhentian bas adalah di luar bidang pihak sekolah kerana berada di luar kawasan sekolah. Namun demikian, pihak sekolah boleh mengusulkan hal ini ke Majlis Perbandaran Pontian untuk dapatkan maklum balas yang sewajarnya. 8.2 Pn. Noraini Binti Mat Jusoh (a) Mencadangkan pemasangan CCTV bagi memantau tingkah laku murid dan mengelakkan kes-kes yang tidak diingini seperti buli dan ponteng. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa setakat ini tiada kes buli di sekolah ini. Kenakalan murid adalah suatu perkara yang biasa dan masih boleh ditangani dengan baik oleh pihak sekolah. Bagi pemasasngan CCTV, ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan ini menjadi kekangan utama untuk pemasangan CCTV. (b) Mencadangkan supaya pihak sekolah mencantikkan landskap sekolah. Tuan Guru Besar menerima baik usul yang dicadangkan ini. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berbincang dengan pihak PIBG untuk mengadakan gotong-royong perdana bagi mengecat dan mencantikkan kelas dan bangunan sekolah. Disebabkan pandemik yang lalu, rancangan ini terpaksa ditangguhkan. Namun kini rancangan ini boleh dijalankan semula. Pihak sekolah akan berbincang semula tentang hal ini bersama PIBG dan akan memilih tarikh yang sesuai untuk pelaksanaan gotong-royong perdana ini. 8.3 En. Muhammad Faiz Bin Ahmad Ridzuan (a) Mencadangkan untuk pemasangan lampu isyarat di hadapan sekolah. Ini bertujuan untuk keselamatan murid dan juga ibu bapa. Tuan Guru Besar menyokong usul yang dicadangkan. Beliau memaklumkan bahawa tiada kompromi tentang isu keselamatan dan kesihatan murid di sekolah. Oleh demikian, beliau memohon pihak PIBG untuk memanjangkan usul ini kepada pihak yang berkenaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Pontian tentang pemasangan lampu isyarat ini. Ini kerana beliau juga sedar kenderaan yang lalu di hadapan sekolah dalam keadaan yang laju kerana laluan di hadapan sekolah ini merupakan laluan utama ke Kukup. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 En. Faizam Bin Abd Wahab selaku Guru Besar memohon kerjasama ibu bapa untuk memantau aktiviti anak di rumah terutamanya yang mempunyai basikal. Ini kerana beliau sering melihat murid menaiki basikal lajak di mana basikal jenis ini telah diubah suai keadaan asalnya menjadi basikal yang tidak selamat dinaiki.


12 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT 10.1 Yang Di Pertua, Pn. Hairul Rizah Binti Masdar berharap ibu bapa dan guru-guru yang dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 akan dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi terus memastikan sekolah berada dalam tahap yang cemerlang dan terbilang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.33 tengah hari.. Disediakan Oleh, ……………………………………… (NURUL SYAHIRA BINTI MOHD ISA) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sungai Durian.


13 LAPORAN PENYATA TAHUNAN PIBG TAHUN 2020/2021


14 2022 Naib Johan e-Syair (Lelaki) Peringkat Daerah PKISS Muhammad Irfan bin Faizron Mendeklamasi Sajak Bahasa Melayu Karnival Bahasa Melayu Daerah Pontian Wan Nur Damia Imthithal binti Wan Zazuadeli Johan Melukis Kulit Buku Persatuan Puteri Islam Malaysia Airis Damia binti Najib Sijil Peringkat Negeri Pertandingan Melukis Mercu Tanda Malaysia Airis Damia binti Najib Qasdina Amani binti Razman Siti Nur Haziqah binti Zainal BINGKISAN KEJAYAAN MURID


15 NAMA PENCADANG USUL CADANGAN USUL RAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM Tambah baik kebersihan pelajar lelaki dan perempuan USUL DAN CADANGAN


16 PERANAN PIBG Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan


17 SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version