The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fit3lisa, 2022-11-26 02:36:05

Mudarat Mesti Dihilangkan (Al-Darar Yuzal)

Group 4 DHM2A E-Magazine for MPU 23072

www.daqwahsejagat.com

DAQWAH

TOPIK ISU
Mengenali apa itu
Al-Darar yuzal atau SEMASA
Mudarat mesti dihilangkan
Kesihatan mental
Flora dan fauna

Kaedah fiqh dan cara
menghidari perkara
yang memudaratkan

MUDARAT MESTI
AL-DARAR YUZAL DIHILANGKAN

Ahli jemaah

Pengarah

NAMA :MUHAMMAD NASHREQ BIN SOLAHUDDIN
NO. MATRIKS :09DHM21F2017

Penerbit

NAMA :ZAFIRA NORBATRISYIA BINTI MOHD ZULFADLI
NO. MATRIKS :09DHM21F2019

Pengarang

NAMA :MUHAMMAD ALWI BIN MOHD ISHKANDAR
NO. MATRIKS :09DHM21F2016

Penyunting

NAMA :MUHAMAD FITRI BIN SAHIDIN
NO. MATRIKS :09DHM21F2015

Isi Kandungan

Apa itu Al-Darar yuzal? 1
Kaedah menghilangkan mudarat 1-5
Hukum islam dan kaedah fiqh 6
Kesan baik dan buruk
Terkini : Isu semasa 7
Bosan ke tu 8
Tuntas 9
10

Apa itu Al-darar yuzal?

Al-Darar yuzal termasuk antara lima kaedah fiqh yang disebut
sebagai al-qawaid al-kubra. Kaedah ini bermaksud kemudaratan mesti
dihilangkan. Sesuatu perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan
kepada mana-mana pihak hendaklah dielakkan. Begitu juga apabila
berlaku mudarat ke atas seseorang. Maka islam memberi jalan keluar
ddan keizinan kepadanya untuk menghilangkan mudarat yang
menimpanya dengan syarat ianya tidak memudaratkan pihak lain.
Konteks mudarat yang dimaksudkan ialah segala perkara yang


menimbulkan kerosakan pada orang lain, termasuklah sesuatu yang

menjadi hak mereka.

‫َوِإَذا َط َّلۡقُتُم ٱلِّنَس آَء َفَبَلۡغ َن َأَجَلُه َّن َفَأۡم ِس ُكوُهَّن ِبَم ۡع ُروٍف َأۡو َس ِّرُحوُهَّن ِبَم ۡع ُروٖۚف َواَل ُتۡم ِس ُكوُهَّن ِض َراٗرا ِّلَتۡع َتُدوْۚا‬




“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis
tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau


lepaskan mereka dengan cara yang baik.Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula

dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap
mereka);…”


(Surah al-Baqarah 2:231)

"Berdasarkan kaedah ini, apa

sahaja mudarat yang berlaku
pada orang lain sama ada yang
berkaitan dengan agama, diri,
atau harta benda, maka ia tidak

dibenarkan dalam Islam.

1

Hadis Rasulullah S.A.W. yang membawa maksud:

" Tidak harus seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap


saudaranya sama ada emulakan atau membalas. "

Pengertian ayat ini ialah kaedah ini memperlihatkan sesuatu perkara yang
boleh menyebabkan bahaya mestilah dihapuskan dan sesuatu perkara yang
berbahaya itu hendaklah dihilangkan. Walau pun begitu, sesuatu yang boleh
membawa kemudaratan tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan-
kemudaratan yang sama atau yang lebih mudarat dengannya. Ulama' telah



sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan hukuman-hukuman seperti qisas,

hudud dan segala jenis hukuman keseksaan serta ta’zir. Kaedah-kaedah terbitan
yang muncul daripada kaedah induk (kemudaratan hendaklah dihapuskan) ini
ialah:

a. KEADAAN DARURAT MENGHARUSKAN TEGAHAN
Maksudnya ialah bahawa setiap sesuatu yang dilarang pada syarat boleh
bertukar menjadi harus ketika darurat.
Keadaan ini dinamakan ruksah dalam ilmu Usul Fiqh.




Contoh I:
Harus minum arak ketika dahaga sekiranya tiada minuman lain untuk diminum
demi menyelamatkan diri daripada mati kehausan.

Contoh II:
Harus makan bangkai ketika lapar sekiranya tiada makanan yang baik/halal untuk
dimakan demi menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.

2

b. APA YANG DIHARUSKAN DALAM KEADAAN DARURAT DIKIRA
MENGIKUT KADAR KEPERLUAN

Islam melarang setiap perbuatan yang melanggari hukum syarak.
Kaedah terbitan ini bermaksud sesuatu yang diharuskan kerana darurat


sama ada dibuat atau tidak, adalah harus sekadar yang boleh menolak

kemudaratan dan tidak boleh melebihi dari kadar itu.


Contoh I:

Orang dalam kelaparan atau kehausan boleh makan dan minum benda haram
sekadar untuk menyelamatkan diri sahaja demi meneruskan hidup serta tidak
boleh lebih dari itu.

Contoh II:


Tidak harus seseorang wanita pergi mendapatkan rawatan daripada seorang

doctor lelaki sedangkan terdapatnya doctor wanita yang dapat merawatinya.

c. KEMUDARATAN BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KEMUDARATAN YANG
LEBIH RENDAH, TETAPI TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN
KEMUDARATAN YANG SAMA DENGANNYA ATAU LEBIH MUDARATNYA

Kaedah yang menyebabkan penangguhan kemudaratan yang lebih

ringan.


Kaedah yang menyebabkan kemudaratan baru yang sama atau sama

berat dengan kemudaratan yang dihilangkan.

Contoh I:
Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang fakir untuk keluarga yang juga
fakir. Hal ini kerana menolak kemudaratan daripada fakir pertama itu
menimbulkan kemudaratan yang sama dengan keluarganya.




Contoh II:
Untuk menghindarkan daripada sawah seseorang itu tenggelam, maka ia tidak
boleh melakukan perbuatan supaya sawah-sawah orang lain tenggelam dan
musnah asalkan sawahnya baik. Hal ini kerana, kemudaratan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudaratan yang sama.

3

d. MENOLAK KEROSAKAN LEBIH UTAMA DARI MENGAMBIL KEBAIKAN

Maksud kaedah ini ialah apabila bertembung keburukan dengan
kebaikan, maka pada perbezaan hendaklah didahulukan menolak
keburukan kerana penekanan syarak lebih kepada perkara-perkara


larangan melebihi perkara-perkara yang diperintah.

Maka dimaafkan meninggalkan sebahagian yang wajib dengan ada
masyaqqah(kesulitan) dengan tidak dibenarkan sama sekali perkara
yang dilarang apatah lagi dosa-dosa besar.

Contoh I:
Berlebih-lebihan berkumur adalah disunatkan ketika berwuduk, tetapi makruh bagi
orang yang berpuasa. Ini kerana maslahat atau kepentingan menjaga kesahihan
berpuasa itu perlu diutamakan berbanding perkara sunat yakni berkumur berlebih-
lebihan ketika wuduk.

Contoh II:
Harus berdusta(walau pun asalnya ia keburukan yang diharamkan) apabila ia
didatangkan dengan kebaikan dan kepentingan yang lebih. Misalnya, seperti
berdusta untuk tujuan perdamaian di antara dua orang yang bertelingkah atau


berdusta dengan isteri bagi tujuan mendamaikannya.

e. HAJAT MENGAMBIL TEMPAT DARURAT

Maksud kaedah ini ialah bahawa kemudahan-kemudahan syarak yang


dikecualikan tidaklah terbatas atau terhad dalam keadaan darurat yang

amat mendesakkan ia.
Bahkan hajat-hajat yang martabatnya kurang dari darurat pun
membolehkan kemudahan-kemudahan yang dikecualikan juga.

Contoh I:
Diharuskan akad seperti ijarah(upah-mengupah sewa), akad salam, istisnak kerana
ada nas syarak yang mengharuskannya. Ini adalah pengecualian dari kaedah umum


yang tidak mengharuskan jualan yang tidak wujud. Tetapi oleh sebab atas

keperluan dan hajat manusia kepada akad-akad ini, maka syarak membenarkannya.

Contoh II:
Harus diterjemahkan nas-nas Al-quran kepada bahasa bukan Arab memandangkan
betapa perlunya manusia mengetahui hukum Islam, kerana tidak semua orang
bukan Arab dapat menguasai Bahasa Al-quran dengan baik.

4

Kaedah menghilangkan mudarat







Mutiara kata!

"Sebaik-baiknya manusia adalah
dia yang paling bermanfaat bagi
orang lain. Buah dari kecerobohan
itu adalah sesal. Buah dari
ketelitian adalah selamat."

5

Hukum islam dan kaedah fiqh

Tujuan mudarat harus dihilangkan
Tujuan mudarat harus dihilangkan kerana mudarat
adalah sesuatu yang sangat berbahaya sama ada
kepada diri kita ataupun orang lain.



Mudarat harus dihilangkan ataupun dicegah supaya

ia tidak berlarutan dan menjadi semakin bahaya
ataupun teruk.

Contoh I:
Semasa wabak covid 19 yang merebak keseluruh dunia menyebabkan banyak
angka kematian dan memberi mudarat kepada semua orang di dunia termasuk
Malaysia. Disebabkan itu kerajaan telah memberikan cadangan seperi penutupan
premis makanan, penutupan surau dan masjid, memakai penutup muka, dilarang
berhimpun berama ramai sementara bagi mengelakkan covid 19 semakin merebak.


“Janganlah kamu melakukan kerosakkan dimuka bumi sesudah Allah memperbaikinya”.


Surah Al A’raf ayat 56.

“ Dan Allah tidak menyukai kerosakan”




Surah Al Baqarah ayat 205


“ Dan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan”


Surah Al Maidah ayat 64



“ tidak boleh ada mudarat dan tidak boleh memudarakan "


Hadis riwayat : Ubadah bin Samit

6

Kesan baik & buruk

Kesan Baik jika mudarat dihilangkan

Masyarakat akan
Masalah seperti wabak
hidup dalam keadaan penyakit dan lain lain
aman dan damai Segala kehidupan dapat dielakkan
flora dan fauna
terjaga

Mendekatkan diri kita
Memberikan kemudahan kepada negara
kepada allah kerana untuk mengumpul dana dalam
mengikuti segala yang membangkitkan pelbagai factor ekonomi
diperintahkan olehnya seperti membangun lebih banyak masjid
dan tempat yang mampu mendekatkan
diri kepada islam

Kesan Buruk jika mudarat tidak dihilangkan

Masyarakat akan Segala wabak
hidup dalam dan penyakit
keadaan takut berbahaya
mudah merebak

Pelbagai Ekonomi negara akan
masalah yang merosot dan boleh
akan dihadapi menyebabkan
oleh negara berlakunya perbagai
masalah lagi

7

Terkini : isu semasa

Kesihatan mental

Kesihatan mental ialah keadaan kesejahteraan di mana setiap
individu sedar akan keupayaan mereka, boleh berhadapan dengan
tekanan hidup normal. Secara ringkasnya, kesihatan mental adalah
kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial yang mempengaruhi
bagaiman cara kita berfikir, rasa atau bertindak. Masalah kesihatan
mental boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang amat
serius. Kesihatan mental adalah penting di semua peringkat umur
termasuklah ketika kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.


Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996

mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan
mengalami penyakit mental.Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama
yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada
tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.



Flora Dan Fauna

Hutan hujan Malaysia menjadi habitat kepada kepelbagaian biologi
flora dan fauna dari sekecil-kecil organisma mikroskopik dan bakteria
hinggalah kepada spesies-spesies besar seperti mamalia, ikan dan burung.
Hingga kini lebih kurang 17,631 spesies tumbuhan merangkumi 377 alga,
1,387 briofit, 1,600 paku-pakis dan sekutunya, 61 gimnospirm, 4,180
monokot dan 10,026 dikot telah direkodkan. Spesies fauna yang
direkodkan meliputi 480 mamalia, 742 burung, 242 amfibia, 567 reptilia,


590 ikan air tawar, 1,967 kupu-kupu dan 1,073 kumbang daun.

Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia ialah orang utan,
harimau, gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang,
beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang. Harimau belang
Malaysia adalah spesies kucing terbesar di dunia dan hanya ditemui di
Asia Tenggara terutama di Malaysia. Sayangnya aktiviti pembangunan
tanah sekitarnya serta pencerobohan haram, kini mengancam flora dan
fauna kawasan Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR)
yang ada di Semenanjung.

8

Bosan ke tu ..

9

Tuntas




Mudarat mesti dihilangkan. Apabila berlaku mudarat ke atas
seseorang, maka Islam memberikan jalan keluar dan keizinan kepadanya
untuk menghilang mudarat yang menimpanya dengan tidak memudaratkan
pihak lain. Kesimpulanya mudarat haruslah dihilangkan ataupun dicegah
supaya ia tidak akan memberikan banyak kesan negatif kepada negara kita
dan juga kepada diri kita sendiri khususnya.

Setiap individu juga haruslah memainkan peranan penting dengan
mematuhi ataupun mengikuti segala cara bagi mengelakkan berlakunya
perkara-perkara yang tidak diingini seperti wabak penyakit, kerosakkan flora
dan fauna serta yang lain-lain lagi. Pengarang dan seluruh ahli yang
bertungkus lumus menerbitkan majalah berharap agar kita semua dapat
mengaplikasikan kaedah yang dinyatakan lantas mewujudkan satu komuniti
yang selamat dan sihat.

10


Click to View FlipBook Version