The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalis98kl, 2019-11-28 22:30:59

BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019

























































































1

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman
1 Visi, Misi dan Moto 3
2 PPPM 2013 – 2025 –GELOMBANG KE-2 (2016-2020) 4-6
3 Google Classroom 7
4 PLC, Prinsip Asas PLC 8
5 Strategi PLC 9-10
6 Lesson Study, Peer Coaching dan Learning Walk 11
7 Program Intervensi Lima Langkah (PILL), Perancangan Intervensi 12
Lima Langkah (PILL)
8 Korelasi Kerangka Konsep PAK21 Dengan SKPMG2 (Standard 4) 13
9 PENGURUSAN SEKOLAH
Dasar SMK Seri Keramat 15-36
Carta Organisasi Pengurusan dan Pentandbiran Sekolah 37
Carta Organisasi Pengurusan Pejabat SMK Seri Keramat 38
Pelan Sekolah Dan Kelas 39
Hari Persekolahan dan Cuti Umum 40
Takwim Peperiksaan Dalaman 40
Skala Gred dan Headcount 41
Takwim Tahunan Aktiviti Sekolah 42-61

Senarai Nama Guru Sesi Pagi, Petang dan Staf Sokongan 63-65
Jadual Bertugas Mingguan Guru Pagi Dan Petang, PPKI 66-69
Jadual Bertugas Pentadbir dan GKMP 70-72
Pakej Mata Pelajaran 73-74
Senarai Guru Tingkatan Sesi Pagi, Petang dan PPKI 75
Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan, Pentadbiran dan 76-98
Profesionalisme Sekolah
10 PENGURUSAN KURIKULUM
Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 100
Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pengurusan Kurikulum 101-106
GKMP, Ketua Panitia dan Penolong Ketua Panitia 107
Jadual Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 108
Senarai Nama Penyemak Hasil Kerja Murid 109
11 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 111

Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 112-129
12 PENGURUSAN KOKURIKULUM
Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 131
Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Kokurikulum 132-148
Takwim Kokurikulum & Lokasi Aktiviti Unit Kokurikulum 149-150
13 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan PPKI 152
Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan PPKI 153-163


2

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019


















VISI




PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA







MISI






MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN

YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA









MOTO




BERILMU


DAN


BERAMAL








3

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




PPM 2013-2025


Gelombang ke-2 2016-2020




TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN


DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN

Gelombang 1 Gelombang 2 Gelombang 3

(2013-2015) (2016-2020) (2021-2025)

Mengubah sistem Memacu peningkatan Menganjak ke arah
dengan sistem kecemerlangan melalui
menyokong guru dan peningkatan keluwesan
memberikan operasi
tumpuan kepada
kemahiran utama

Meningkatkan standard Melaksanakan Kurikulum Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi
pengajaran melalui Standard Sekolah Menengah meningkatkan penguasaan kemahiran
bimBganguru secara khusus (KSSM) dan Kurikulum dalamBahasa Melayu dan bahasa
terutamanya dalam mata Standard Sekolah Rendah Inggeris secara berterusan dan
pelajaran teras (Bahasa (KSSR) semakan semula bagi menyediakan lebih banyak pilihan
Melayu, Bahasa Inggeris, meningkatkan standard untuk mempelajari bahasa tambahan
Matematik, Sains) kandungan dan pembelajaran
setanding dengan standard
antarabangsa

Mereka bentuk semula Menarik minat dan Melaksanakan program dan inovasi
soalan peperiksaan supaya kesedaran masyarakat ICT bagi kumpulan berkeperluan
lebih menjurus kepada soalan dalam STEM melalui kempen khusus di seluruhnegara untuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan kerjasama meningkatkan standard pembelajaran
secara berterusan

Mengukuhkan kualiti Merintis pilihan program Memupuk budaya kecemerlangan
pendidikan STEM melalui untuk meningkatkan professional keteladanan rakan
pengukuhan kurikulum, pendedahan kepada bahasa setugas, iaitu guru dan pemimpin
pengujian dan latihan guru, Inggeris, dan mengukuhkan sekolah saling membimbing,
dan penggunaan model penyediaan bahasa tambahan berkongsiamalan terbaik, dan
pembelajaran pelbagai mod dalam usaha menambah baik memastikan rakan setugasmempunyai
(blended learning) penguasaan kemahiran kebertanggungjawaban
bahasa secara menyeluruh memenuhistandard professional

Melaksanakan Kurikulum Mengukuhkan program untuk Mempertingkat pengurusan
Standard Sekolah Rendah kumpulan berkeperluan berasaskan sekolah
(KSSR) Bahasa Melayu SJK khusus seperti kumpulan dan autonomi dari segi pelaksanaan
yang direka bentuk untuk peribumi dan kumpulan kurikulum dan pengurusan kewangan
murid yang bahasa ibundanya minoriti lain, pintar cerdas, dan bagi kebanyakan sekolah yang layak,
bukan Bahasa Melayu berkeperluan khas sekiranya tidak kepada semua sekolah

Mengukuhkan penguasaan Memacu inovasi ICT Memperkasa Kementerian dan
kemahiran berbahasa khususnya untuk menginstitusikan
4

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



PPM 2013-2025

Gelombang ke-2 2016-2020





TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN


DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN

Gelombang 1 Gelombang 2 Gelombang 3

(2013-2015) (2016-2020) (2021-2025)

Mengubah sistem Memacu peningkatan Menganjak ke arah
dengan sistem kecemerlangan melalui
menyokong guru dan peningkatan keluwesan
memberikan operasi
tumpuan kepada
kemahiran utama

Inggeris melalui pengujian pembelajaran jarak jauh dan transformasi melalui pengukuhan
dan latihan semula guru, pembelajaran terarah kendiri kemajuan kerjaya pegawai
memperluas LINUS, dan Kementerian
menyediakan sokongan
pemulihan serta model
pembelajaran pelbagai mod
(blended learning)

Melaksanakan 1BestariNet Meningkatkan bimbingan Mengkaji semula penstrukturan
ke semua sekolah untuk dan sokongan kepada guru sekolah untuk menentukan sekiranya
mengintegrasi ICT dalam bagi penambahbaikan wujud keperluan untuk
pembelajaran harian penyampaian mengoptimumkan laluan dan pilihan
pengetahuan, kemahiran, dan persekolahan
nilai merentasi semua aspek
kurikulum dan kokurikulum

Melaksana Program Meningkatkan kompetensi
Transformasi Daerah dengan dan kemajuan berdasarkan
tumpuan kepada sekolah prestasi serta memantapkan
berprestasi rendah termasuk laluan kerjaya guru untuk
murid berkeperluan khusus mencergaskan semula
untuk memacu prestasi profesionkeguruan
sekolah
Merombak IPG dan latihan Mengukuhkan bahagian
praperkhidmatan dan utama Kementerian,
meningkatkan standard menyusun semula peranan
kemasukan bagi guru baharu Kementerian, JPN dan PPD
untuk meningkatkan kapasiti
dan keupayaan pelaksanaan

Mewujudkan pembimbing Memperoleh akreditasi
pengetua/guru besar yang antarabangsa dan
berdedikasi untuk sekolah memantapkan kurikulum
Band 5,6 & 7 dan program matrikulasi sebagai
Mengukuhkan kriteria persediaan murid ke universiti
pemilihan untuk pemimpin
5

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



PPM 2013-2025

Gelombang ke-2 2016-2020





TRANSFORMASI PENDIDIKAN AKAN

DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH 13 TAHUN


Gelombang 1 Gelombang 2 Gelombang 3

(2013-2015) (2016-2020) (2021-2025)

Mengubah sistem Memacu peningkatan Menganjak ke arah
dengan sistem kecemerlangan melalui
menyokong guru dan peningkatan keluwesan
memberikan operasi
tumpuan kepada
kemahiran utama

sekolah bagi meningkatkan
kualiti kepimpinan sekolah

Mentransformasi Memperluas pilihan
Kementerian dengan pendidikan vokasional
meletakkan melalui perjanjian
pemimpin terbaik untuk pelaksanaan dengan
menerajui jawatan penting di pembekal pendidikan
JPN dan PPD bagi vokasional swasta
meningkatkan prestasi sistem
penyampaian

Meningkatkan enrolmen
prasekolah dan sekolah
menengah melalui kempen
galakan enrolmen, lebih
penglibatan ibu bapa, dan
program vokasional yang lebih
baik

Mengukuhkan praktikum
dalam program vokasional
melalui peningkatan
kerjasama dengan sektor
swasta










6

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
























































































7

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



PLC




DEFINISI PLC


Professional Learning They share a Budaya sekolah yang

Community (PLC) merujuk vision, work & menggalakkan
kepada para pendidik yang learn pembelajaran dalam

komited dan bekerja secara collaboratively, kalangan guru di

kolaboratif serta berterusan visit and review sekolah untuk
dalam membuat inkuiri atau other classroom melaksanakan
kajian tindakan untuk and participate in penambahbaikan.


mencapai prestasi yang lebih decision making

baik untuk murid-murid (Fullan, 2007)
mereka. (Hord, 1997)


(Rosenholtz, 1989; Little &
McLaughlin, 1993; DuFour,

Eaker, & Many, 2006, )




PRINSIP ASAS PLC





BIG IDEA 1 BIG IDEA 2 BIG IDEA 3 BIG IDEA 3





















8

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




STRATEGI PLC



DESKRIPSI
STRATEGI

Menggunakan Protokol Perbincangan Mesyuarat bulanan untuk membincangkan
(Using Discussion Protocols) artikel tentang pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran.
(Sebagai contoh : Protokol Teks Empat A

Kelab Buku Sekumpulan guru membaca dan berbincang
(Book Clubs) tentang artikel atau buku setiap bulan.

Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu topik yang
(Study Groups) khusus. Sebagai contoh, kemahiran berfikir,
pelbagai kecerdasan atau kajian tentang minda.

Kritikan Video Pengajaran Guru Menonton dan berbincang klip video pengajaran
(Video Critiques of Teaching Moments) guru.
(Gunakan kaedah placemat)

Belajar Secara Berjalan Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan
(Learning Walks) pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah
dengan menggunakan protokol atau fokus yang
spesifik.

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Secara sistematik memerhatikan pengajaran
Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/ guru lain dengan menggunakan kitaran pra
Instructional Coaches) konferens, pemerhatian dan pasca-konferens
(pre-conference, observation, post-conference
cycle).

Belajar menggunakan Rancangan Sekumpulan guru secara usaha sama membuat
Pengajaran Harian satu rancangan pengajaran; diikuti dengan
(Lesson Study) pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat
penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk
(Teacher Sharing Sessions) berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Analisis Data Secara kolektif mengkaji dan membincangkan
(Data Analysis) data agregat murid. Tujuannya adalah untuk
mencari pola atau tema agar dapat membuat
keputusan tentang penambahbaikan dalam
bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali
dalam kumpulan yang berbeza.

Pemetaan Kurikulum Membangunkan peta kurikulum mengikut topik,
(Curriculum Mapping) standard dan aktiviti untuk setiap mata pelajaran
untuk dijadikan panduan instruksi serta untuk
berkongsi dengan murid dan ibu bapa.



9

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



STRATEGI DESKRIPSI

Pentaksiran Serentak Guru yang mengajar dalam tahun atau
(Common Assessments) tingkatan yang sama menyediakan pentaksiran
serentak yang diselaraskan dengan standard
dan indikator. Misalan dalam bidang kurikulum.

Kumpulan Rakan Kritikal Menggunakan protocol untuk mengkaji dan
(Critical Friends Groups) memBcangkan hasil kerja murid (sebagai
contoh SLICE – lihat www.nsrfharmony.org
untuk protocol.

Pasukan Melintang & Menegak Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau
(Horizontal and Vertical Teams) tingkatan untuk perancangan bersama. Di
samping itu mengendalikan mesyuarat
mengikut panitia agar koordinasi dan
kesinambungan antara tahun dan tingkatan
dapat dicapai.

Induksi Guru Baharu/Pementoran Memastikan sokongan dan panduan berbentuk
(New Teacher Induction/Mentoring) pedagogi, prosedur dan peribadi untuk staf
baharu dalam profesion atau organisasi.

Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang Merangka unit dan projek antara pelbagai
(Interdisiciplinary Units and Projects) disiplin dan mata pelajaran.

Kumpulan Penyelesai Masalah Satu kumpulan guru yang bersama-sama
(Problem Solving Groups) membincangkan suatu masalah. Seorang guru
memberi deskripsi tentang suatu masalah.
Guru-guru yang lain pula meminta penjelasan
dan mengemukakan cadangan.

Aktiviti Visi (Vision Activity) Melibatkan staf dalam aktiviti untuk
membangunkan gambaran masa depan
organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik darjah
dan sekolah lima tahun dari sekarang?

Panduan Berasaskan Prinsip (Guiding Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk
Principles) dijadikan panduan dalam membuat keputusan
dan mengambil tindakan.

Aktiviti Nilai (Value Activities) – Mengelola aktiviti kumpulan kecil untuk
membincangkan nilai organisasi.

Strategi & Tradisi yang Dikongsi Bersama Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang
(Common Rituals and Strategies) dikongsi bersama agar dapat menumpukan
fokus dan mengukuhkan matlamat serta
sasaran. Sebagai contoh, meraikan kejayaan
dan peningkatan prestasi secara kerap.




10

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




LESSON STUDY

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian


Sekumpulan guru secara usaha sama membuat satu rancangan pengajaran; diikuti
dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran













LESSON STUDY













PEER COACHING LEARNING WALK



Secara sistematik memerhatikan Berjalan di sekeliling sekolah
pengajaran guru lain dengan dan memerhatikan pengajaran
menggunakan kitaran pra guru lain dan aktiviti bilik darjah
konferens, pemerhatian dan dengan menggunakan protokol
pasca-konferens (pre- atau fokus yang spesifik.
conference,observation, post-
conference cycle).






11

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019






PROGRAM INTERVENSI LIMA LANGKAH ( PILL )

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang telah dilancarkan pada 2013 telah
mengariskan pelaksanaan District Tranformation Program (DTP). Salah satu inisiatif yang harus
dilaksanakan di semua PPD adalah Perancangan Intervensi Lima Langkah
( PILL ).

PILL mengariskan lima langkah yang perlu diikuti untuk menetapkan intervensi yang sesuai bagi
sesuatu masalah. Melalui PILL, sekolah boleh mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di
sekolah dan meletakkan keutamaan kepada masalah yang serius. Dengan kaedah ini warga
sekolah akan dapat gambaran dan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.




Perancangan Intervens i Lima Langkah (PILL)



















































12

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019






Korelasi Kerangka Konsep PAK21 Dengan

SKPMG2(Standard 4)








































































13

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019





























PENGURUSAN





SEKOLAH





















14

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




DASAR SMK SERI KERAMAT


1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.1 KEHADIRAN GURU

1.1.1 Isnin – Khamis
Guru sesi pagi: masuk 7.20 pagi dan keluar 2.00 petang.
Guru sesi petang: masuk 12:30 tengah hari dan keluar 6.55 petang.
1.1.2 Jumaat
Guru sesi pagi: masuk 7.20 pagi dan keluar 12.30 petang.
Guru sesi petang: masuk 2.25 petang dan keluar 6.40 petang.
1.1.3 Kehadiran guru mesti dirakam dalam Kad Perakam Waktu dan ditulis dalam Buku
Kehadiran. Kelewatan 3 kali minimum sebulan Kad Perakam Waktu akan ditukar
warna bermula dengan warna hijau dan seterusnya merah.
1.1.4 Borang Cuti Rehat Khas hendaklah diserahkan ke pejabat sekurang-kurangnya tiga
hari daripada tarikh yang dipohon setelah disokong oleh PK/PK Petang.(Borang
Putih).
1.1.5 Cuti Kecemasan hanya diberi setelah mendapat kebenaran Pengetua. (Borang
Merah)
1.1.6 Cuti Sakit (MC) mestilah diserahkan kepada kerani (PT Perjawatan) sehari selepas
bercuti.
Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak melebihi 15 hari setahun.
1.1.7 Ketidakhadiran guru mesti dimaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi untuk guru sesi
pagi dan pukul 11.30 pagi untuk sesi petang.
1.1.8 Ketidakhadiran guru juga mesti direkodkan dalam Buku MMI yang berada di pejabat
1.1.9 Guru-guru yang ingin menguruskan hal peribadi perlu memastikan waktu yang
digunakan tidak mengganggu PdP. Sekiranya tidak dapat dielakkan sila buat
pertukaran waktu dengan rakan yang lain.
1.1.10 Kebenaran untuk keluar perlu mendapat kelulusan Pengetua dan tertakluk kepada
tempoh tiga jam sahaja dan perlu mengisi Borang Urusan Bukan Rasmi. Guru
perlulah memastikan kad perakam waktu ditandatangi oleh pentadbir.
1.1.11 Temujanji hospital/klinik perlu ada “time-slip” dan tertakluk kepada tempoh 3 jam
sahaja. Jika lebih perlu, ambil MC atau CRK.
1.1.12 Guru tidak dibenarkan menggunakan waktu PdP untuk menguruskan tugas-tugas
lain.

1.2 PENGURUSAN PEJABAT DAN STAF SOKONGAN

1.2.1 Urusan jual beli tidak dibenarkan di sekolah kecuali melalui koperasi sekolah.
1.2.2 Urusan jual beli tidak dibenarkan dalam waktu bekerja.
1.2.3 Dilarang makan dan minum dalam pejabat.
1.2.4 Pastikan pejabat berada dalam keadaan yang bersih, kemas teratur dan kondusif.
1.2.5 Pastikan kaunter sentiasa ada pegawai operasi kecuali waktu rehat.
Waktu rehat : Isnin – Khamis : 1.00 – 2.00 petang
: Jumaat 12.30 – 2.45 petang
1.2.6 Pengumuman hanya boleh dibuat oleh guru bertugas mingguan dan pengawas serta
perlu direkodkan dalam Buku Pengumuman. Waktu pengumuman hanya boleh
dibuat pada :-
Sesi pagi : Waktu rehat dan 10 minit sebelum tamat sesi persekolahan
Sesi petang : Waktu rehat sahaja
1.2.7 Ketua Pembantu Tadbir mesti mengagihkan tugas kepada semua staf sokongan
secara adil.
1.2.8 Kerja-kerja peribadi yang tidak mendesak tidak dibenarkan dilakukan dalam waktu
pejabat.




15

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



1.3 PROGRAM SEKOLAH / MESYUARAT

1.3.1 Semua aktiviti yang melibatkan murid/ guru mesti dimaklumkan kepada murid / guru
terlibat sekurang-kurangnya sehari sebelum pelaksanaan aktiviti.
1.3.2 Program / aktiviti tersebut mestilah dicatatkan dalam Buku Program Aktiviti Sekolah.
1.3.3 Setiap program sekolah perlu ada seorang Penyelaras Program.
1.3.4 Ketidakhadiran mesyuarat/ program sekolah mesti memberi Surat Tunjuk Sebab
sehari selepas aktiviti / program.
1.3.5 Semua guru mesti turun ke tapak perhimpunan setiap hari mengikut sesi masing-
masing dan mencatat kehadiran dalam Buku Kehadiran Perhimpunan.
1.3.6 Kehadiran mesyuarat atau program rasmi mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
Berpakaian rasmi
Menepati masa
Tidak boleh memakai “jeans” dalam kawasan sekolah.
1.3.7 Sekiranya ingin meninggalkan mesyuarat/ program mesti mendapat kebenaran
pengerusi terlebih dahulu

1.4 GURU BERTUGAS MINGGUAN

1.4.1 Guru Bertugas Harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
waktu persekolahan bermula (7.00pagi/12.15tengah hari) dan pulang sekurang-
kurangnya 15 minit setelah sesi sekolah berakhir (2.15 petang/7.00 malam). Guru
Bertugas Harian hendaklah meronda kawasan bagi memerhatikan kawasan bilik
darjah dan pergerakan murid.
1.4.2 Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu, sampah sarap
dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi persekolahan. Tindakan
segera perlu diambil terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi peraturan.
1.4.3 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
1.4.4 Menghubungi ibu bapa murid-murid sekiranya berlaku kecemasan dan sakit.
1.4.5 Mengurus dan mengendalikan Perhimpunan Rasmi dan harian untuk:
a.Memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas.
b.Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan.
c.Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Isnin untukPerhimpunan
Rasmi.
1.4.6 Menjalankan tugas menilai Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas.

1.5 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDP)/BENGKEL/MESYUARAT/TAKLIMAT LUAR

1.5.1 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-
bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada
Pengetua dan SU LDP 3 hari selepas mesyuarat untuk tindakan seterusnya. Guru
yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun
sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri dalam tempoh
sebulan.
1.5.2 Semua Program Perkembangan Staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia
atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan
pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran ,
tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar.

1.6 JADUAL WAKTU

1.6.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 (Minima =32 petak dan maksima = 34 petak seminggu bagi guru
akademik biasa)
1.6.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
1.6.3 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti
rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual
Waktu Ganti Guru.
Guru yang bercuti, mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti dan diletakkan di rak
MMI.
16

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



1.6.4 Jadual Waktu Penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh Guru Penyelaras
Bilik-bilik Khas. Bilik-bilik Khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan
pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH , Surau Darul Hikmah,
Bilik Pendidikan Islam, Dewan Bestari , Bilik PSV , Makmal Komputer dan Makmal
Bahasa.

1.7 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.7.1 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.
1.7.2 Penglibatan HEM, Guru Kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi
penyelarasan program kecemerlangan akademik.
1.7.3 Mengiktiraf murid yang mendapat sekurang-kurang 3A keatas dan lulus dalam ujian
penilaian dan peperiksaan mengikut aliran dengan Anugerah Pengetua.
1.7.4 Penempatan murid dalam kelas berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan
tertakluk kepada mata pelajaran yang diambil.

1.8 PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

1.8.1 Penggubalan dan penyediaan kertas soalan peperiksaan dan ujian hendaklah
mematuhi format dan standard Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
1.8.2 Pentaksiran Sekolah ataupun Peperiksaan Dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan
peringkat sekolah Bil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang
memperincikan bilangan peperiksaan 2 kali dan 1 ujian penilaian dalam setahun.
1.8.3 Guru Pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum
memulakan peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masing-
masing untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar sekolah.
1.8.4 Pada setiap hari peperiksaan, Guru Pengawas waktu pertama dikehendaki
memastikan kelas bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.
1.8.5 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas jawapan murid (Peperiksaan/Ujian) atau
kerja latihan murid atau membaca apa-apa bentuk bahan bercetak dan
menggunakan telefon bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.
1.8.6 Guru bertugas menjaga SPM di sekolah diwajibkan berada di sekolah 45 minit lebih
awal sebelum kertas peperiksaan bermula.
1.8.7 Guru Pengawas waktu akhir wajib melengkapkan Borang Kawalan Peperiksaan dan
menyerahkannya sendiri bersama dengan kertas jawapan murid dalam Bilik
Kurikulum.
1.8.8 Guru Mata Pelajaran mesti akur untuk mengisi markah dengan tarikh akhir yang
ditetapkan oleh SU Peperiksaan.
1.8.9 Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun menghadap ke bahagian
depan kelas manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas.
1.8.10 Guru Mata Pelajaran 1,2,3 mesti melaksanakan PBD berdasarkan PPPM dan
menyelenggara Borang Transit pada setiap masa.

1.8.11 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:
1. Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
2. Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.
3. Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan.

1.8.12 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
1. Guru Mata Pelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi
memberi markah kosong kepada murid berkenaan.
2.Guru Disiplin memberi markah penalti atas kesalahan meniru.

1.8.13 Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah:
Murid boleh mengambil peperiksaan dan kertas peperiksaan akan diuruskan oleh
Guru Mata Pelajaran pada hari yang yang lain.

17

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



1.8.14 Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi:
Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan
peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan
ditanda oleh guru matapelajaran tetapi murid akan diberi markah kosong untuk
matapelajaran berkenaan dalam pengiraan markah purata.
1.8.15 Penilaian Kerja Kursus atau Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah harus diulangi oleh
guru sehingga murid melepasi Band 3 dalam matapelajaran berkenaan atau
mengikut ketetapan PPPM.
1.8.16 Semua murid wajib menduduki 1 penilaian (Feb/Mac) dan dua peperiksaan
(Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan
Percubaan PT3/SPM).

2 KURIKULUM

2.1 UMUM

2.1.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan SistemArus
Perdana dan Dasar Pendidikan Kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
dan PPD Gombak.
2.1.2 Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah
diberikan kepada program akademik.
1.2.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.

2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

2.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya
empat kali setahun.
2.2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan
dan mengikut standard SPSK.
2.2.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.2.4 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya
dalam Mesyuarat Panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan
kepada Setiausaha Jawatankuasa.
2.2.5 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata
Pelajaran beserta Ketua-Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
2.2.6 Melantik dan mewujudkan Ketua Panitia dan Penyelaras Panitia untuk sesi petang
bagi mengendalikan/menyelenggara kerja-kerja panitia pada sesi petang termasuk
mengemaskini Fail Panita. Penyelaras Panitia juga adalah merangkap sebagai
pencatat minit setiap kali Mesyuarat Panitia.

2.3 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN - KP

2.3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 4 / 1986 dan akur dengan prosedur SPSK 01.
2.3.2 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV
dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
2.3.3 Pengurusan panitia secara on line atau web based/Google Classroom mestilah
menjadi keutamaan dan oleh itu laman Google Classroom panitia mestilah sentiasa
dikemas kini.
2.3.4 Semua Mesyuarat Panitia mata pelajaran akan dijalankan dalam tempoh dua minggu
selepas Mesyuarat Kurikulum.

2.3.5 KP hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod kehadiran dan edaran yang berkaitan
18

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



dengan diselia oleh Pentadbir dan GKMP. Penolong Ketua Panitia mencatat dan
menyediakan minit dalam tempoh satu minggu dan maklumbalas dalam tempoh 2
minggu selepas minit mesyuarat dikeluarkan.
2.3.6 KP matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan
matapelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan mengikut takwim sekolah
semasa sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua
guru panitia masing-masing pada hari pertama sesi persekolahan baru.
2.3.7 KPmatapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali
Mesyuarat Panitia dalam satu tahun persekolahan.
2.3.8 KP matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia
masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru
bermula.
2.3.9 KPmatapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan
untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada Mesyuarat
Panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-soalan penilaian
dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan
Mata Pelajaran masing-masing selewat-lewatnya seminggu selepas Mesyuarat
Panitia kali pertama diadakan.
2.3.10 KPmatapelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi
Matapelajaran pada Mesyuarat Panitia kali pertama dan menggunakan PILL dalam
pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran. Keberkesanan dan
penambahbaikan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan
dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah
dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
2.3.11 KPmatapelajaran dikehendaki membentangkan Pelan Taktikal, bilangan buku latihan,
bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan bersama guru- guru panitia pada
Mesyuarat Panitia kali pertama.
2.3.12 KPmatapelajaran dikehendaki mengemaskinikan Fail Stok Bahan Bantu Mengajar
dari masa ke semasa. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti diedarkan kepada
semua guru panitia masing-masing pada Mesyuarat Panitia kali pertama.
2.3.13 KPmatapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus
dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan.
Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPNS
dan KPM, guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian LDP
panitia.
2.3.14 KP mata pelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan
oleh guru panitia matapelajaran.
2.3.15 KP mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan Dialog Prestasi mata pelajaran
untuk setiap ujian/peperiksaan dan membentangkan pada Mesyuarat Dialog Prestasi
peringkat sekolah.
2.3.16 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam
Mesyuarat Panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan
Kewangan & Akaun Sekolah. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang
diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada GKMP.
KP dikehendaki mengisi Borang Senarai Perbelanjaan Panitia setiap kali pembelian.
2.3.17 KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini semua Fail Panitia dan stok masing-
masing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk
menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya
didapati fail-fail panitia tidak dikemaskini dengan sempurna.
2.3.18 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya
adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru
tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan
dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik
oleh Ketua Panitia mata pelajaran tersebut.
2.3.19 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Panitia kali pertama.




19

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



2.4 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN

2.4.1 SP , HSP dan RPH dan PPPM adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah
sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
2.4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada
setia akhir tahun untuk kegunaan tahun baru berikutnya. RPT ysng disediakan
hendaklah mengikut aras murid dan perlu mengikut takwim semasa sekolah.
2.4.3 Salinan keempat-empat dokumen ini yang telah disahkan oleh GKMP mestilah
dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail
khas supaya senang dirujuk.
2.4.4 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan:

1. TAJUK
2. OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN
3. AKTIVITI-Untuk PBS Band mesti dicatatkan
4. BBM
5. REFLEKSI-Bilangan murid yang menguasai/jumlah murid

2.4.5 Semua guru mestilah menyediakan RPH berdasarkan RPT tahun semasa mengikut
takwim sekolah di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk ke kelas.Oleh itu
Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap kali ada
kelas.
2.4.6 Menghabiskan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
Tingkatan Tiga – sukatan dilengkapkan pada bulan Julai.
Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada bulan Ogos.
Tingkatan Satu, Dua, Empat–sukatan dilengkapkan pada bulan September.

2.5 GURU MATAPELAJARAN

2.5.1 Semua Guru Mata Pelajaran mesti melengkapkan fail atau Buku Rekod Mengajar
pada hari pertama persekolahan.
2.5.2 Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sekurang-kurangnya 2 kali
setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Ketua-ketua Panitia.
Peratus guru mencapai Tahap Minimum Kualiti Guru iaitu sebanyak 80% - SKPMg2
Standard 4 untuk PdP adalah 100%.
2.5.3 Penyemakan Hasil Kerja Murid akan dikendalikan olehPengetua, semua Penolong
Kanan dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran.
2.5.4 Untuk Guru Mata Pelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi
atau peribadi, bahan relief mesti disediakan dan diserahkan kepada AJK MMI.
2.5.5 Semua Guru Mata Pelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan kelas amali
di makmal Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.
2.5.6 Semua Guru Mata Pelajaran dikehendaki menanda Buku Latihan murid dan
memulangkan semula secara berkala.

2.6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.6.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau
(ICT).
2.6.2 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google Classroom
digalakkan dan akan diperluaskan.
2.6.3 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada Kemahiran Generik,Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
2.6.4 Ketua-ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya
selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk Proses Pengajaran dan
Pembelajaran dioptimumkan.

20

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



2.7 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN

2.7.1 Buku Teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan
konsep-konsep dalam setiap mata pelajaran.
2.7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaanya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN
BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
2.7.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.

2.8 PERATURAN AM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN MAKMAL

2.8.1 Buku penggunaan makmal mesti dilengkapkan setiap kali oleh guru yang
menggunakan makmal.
2.8.2 Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal
atau bilik persediaan.
2.8.3 Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah
bersih dan kemas selepas penggunaan makmal.
2.8.4 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
2.8.5 Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
2.8.6 Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
2.8.7 Dilarang makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
2.8.8 Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa
urusan rasmi.
2.8.9 Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
2.8.10 Jangan menjadikan stor makmal sebagai tempat menyimpan bahan peribadi.

3 HAL EHWAL MURID

3.1 FAIL ANALISIS KEHADIRAN MURID (FAKM) DAN FAIL e-KEHADIRAN (APDM)

3.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
3.1.2 Tandakan FAKM pada setiap hari persekolahan sebelum masa kedua.
* Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
3.1.3 Tandakan atas helaian kehadiran seperti berikut :
Tandakan ( / ) sekiranya murid hadir.
Tandakan (O) sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
Laporan yang tidak dianggap ponteng:
- Merujuk kepada surat ibu bapa/penjaga- S
- Merujuk kepada surat hospital- S
- Merujuk kepada surat panggilan aktiviti (HADIR)- W
- Merujuk kepada surat lantikan aktiviti (HADIR)- W
- Lewat ke sekolah (HADIR) -L
- Merujuk kepada pemberitahuan yang didokumenkan- K
- Merujuk kepada panggilan yang didokumenkan- K
- Merujuk kepada siasatan sebelum dibuat keputusan- K
- Mengikut Ibu bapa keluar Negara sementara-S / K
- Murid mengandung- S / K
- Mohon berhenti sukarela- isi boring /serah surat (surat ada disediakan di
pejabat)
- Tandakan (G) dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan,
(dikira tidak hadir tetapi bukan ponteng).

* FAKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan kehadiran murid mesti
telah siap ditanda sebelum tamat masa kedua.
3.1.4 E-Kehadiran hendaklah dikemaskini dan dicetak setiap akhir bulan
3.1.5 Cetakan E-Kehadiran akan disemak oleh penyelaras tingkatan pada setiap hujung
bulan.



21

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



Buku Pengesanan Murid hendaklah diisi oleh Ketua Tingkatan/Penolong Ketua
Tingkatan dan disahkan kehadiran murid oleh setiap Guru Mata Pelajaran yang
masuk ke kelas. Guru Penyelaras Ketua Tingkatan perlu memaklumkan perkara ini
semasa Perhimpunan/perjumpaan pertama. Guru masa terakhir perlu memastikan
ketua tingkatan menyerahkan buku ini ke Bilik Disiplin untuk pemantauan dan
tindakan Unit Disiplin.

3.2 FAIL PERIBADI MURID

3.2.1 Semua murid Tingkatan 1 - Tingkatan 5 wajib mempunyai fail peribadi.
3.2.2 Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru
Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan
gambar terkini murid.
3.2.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, mykad, keputusan
Peperiksaan Dalaman , PT3 dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
3.2.4 Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan juga perlu disimpan di
dalam fail peribadi.
3.2.5 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila telah tamat persekolahan atau
bertukar sekolah.
3.2.6 Guru Tingkatan perlu mengemaskini segala maklumat murid mengikut tahun
semasa.
3.2.7 Slip Keputusan Peperiksaan Murid yang diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan
Dalaman juga akan dimasukkan dalam Fail Peribadi Murid.
3.2.8 Fail Peribadi Murid yang telah lengkap akan disemak dan dihantar ke Bilik Unit
Bimbingan dan Kaunseling pada akhir sesi persekolahan.

3.3 FAIL KELAS / TINGKATAN

3.3.1 Unit HEM akan menyediakan satu fail khas untuk Guru Tingkatan.
3.3.2 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat perakuan ibu
bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
3.3.3 Salinan surat tindakan disiplin sepertiamaran , ponteng dan surat gantung / buang
sekolah juga perlu disimpan dalam fail ini. Bagi murid yang mewakili sekolah,guru
penasihat perlu menyediakan satu surat pengesahan , jika tiada murid dikira
ponteng sekolah.
3.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan beserta dengan Fail Analisis Kehadiran Murid( FAKM)
diakhir sesi persekolahan.

3.4 PENDAFTARAN MURID BARU

3.4.1 Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang
Maklumat Murid ( APDM ) telah dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid
membawa bersama APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap
dan terkini. Penyelaras Tingkatan juga memastikan pelajar baru mengisi Memo
Kemasukan Murid Baru.
3.4.2 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan dan perlu
mengisi butiran murid dengan lengkap dalam buku daftar (buku besar berwarna
hijau)
Murid warga asing dibenarkan berada di sekolah atau berada di kawasan
sekolah walaupun tidak menjelaskan bayaran LEVI (RM 240.00), yuran sekolah
(RM 5.60), yuran PIBG RM 70.00), bayaran Program Kecemerlangan SPM (RM
70.00) dan PT3 (RM 50.00) dan modul (RM 10.00).Akan tetapi Penyelaras
Tingkatan perlu memastikan perkara di atas telah dipenuhi dengan segera
untuk menerima kemasukan murid berkenaan.
3.4.3 Guru Data akan memasukkan data murid baru dan mengemaskini data kelas di
dalam APDM secara online.
3.4.4 Guru Tingkatan perlu menyemak jika ada murid yang pernah menerima sebarang
bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
3.4.5 Guru Penyelaras PPKI mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan
kepada PK HEM.
3.4.6 Guru Tingkatan menyemak latar belakang setiap murid untuk mengenal pasti anak
22

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



yatim / pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
3.4.7 Dokumen iringan seperti Laporan Disiplin, Folio KH, PAFA, dan lain-lain berkaitan
kerja kursus dari sekolah perlu diserahkan kepada Guru Tingkatan /Penyelaras.
3.4.8 Kutipan yuran PIBG adalah berdasarkan kepada SatuPer Keluarga yang mana
kutipan hanya kepada murid / anak yang paling muda bersekolah di sekolah yang
sama.

3.5 PENGURUSAN BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP)

3.5.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan BSTP.
Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan BSTP.
3.5.2 Memastikan semua murid yang layak telah menerima buku teks yang mencukupi
selewat-lewatnya pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
3.5.3 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang
Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).


3.5.4 Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku
Teks serta memperakui butiran yang terkandung di dalamnya.

3.5.5 Buku-buku yang tidak digunakan(tamat tempoh/rosak/edisi tidak digunakan/ dll) perlu
dilupuskan segera apabila surat kebenaran pelupusan diterima.
Guru BSTP dikehendaki memohon untuk membuat pelupusan buku-buku yang tidak
boleh digunakan lagi.
3.5.6 Guru BSTP dikehendaki menyelenggara fail-fail BSTP dari masa ke semasa dan
menguruskan Bilik BSTP dengan berkesan supaya boleh dipertandingkan.
3.5.7 Semua buku teks yang diterima oleh murid mesti dibalut kemas dan ditulis nama.
Guru Tingkatan hendaklah memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar
sekolah ke sekolah swasta, SBP atau Sekolah-sekolah dibawah anjuran MARA
memulangkan buku teks yang dipinjam dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. Buku teks boleh dibawa ke sekolah baru sekiranya bertukar ke sekolah di
seluruh Malaysia.
3.5.8 Guru BSTP mestilah mengumpulkan semua buku teks yang dipinjam pada akhir
tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai semak murid yang
tidak memulangkannya.

3.6 MURID KELUAR / MASUK SEKOLAH

3.6.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
3.6.2 Mencatatkan maklumat / butiran dalam FAKM kelas
3.6.3 Prosedur pertukaran murid ke sekolah Swasta / MARA:
Memastikan semua buku teks dipulangkan
Merekodkan senarai buku yang dipulangkan dan menyerahkan satu salinan kepada
Guru BSTP
3.6.4 Prosedur pertukaran murid ke sekolah Menengah Kebangsaan:
Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru. (Sila guna borang khas
di pejabat).
Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru BSTP.
3.6.5 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke SBP ,MRSM dan Sekolah Teknik.
3.6.6 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
3.6.7 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid
Tingkatan 5 yang tamat belajar di SMKSK.
3.6.8 Segala dokumen perlu diserahkan kepada murid mengikut kesesuian masa.
3.6.9 Guru Data / Penyelaras memastikan murid telah mengisi Senarai Semak Masuk
Sekolah yang lengkap sebelum diserahkan kepada guru tingkatan.




23

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.7 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

3.7.1 Melantik AJK murid bagi setiap Kelas:
Ketua Tingkatan / Penolong Ketua Tingkatan
Bendahari
Setiausaha
AJK Kebersihan
AJK Keceriaan
AJK Disiplin

3.7.2 Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut:

PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN HADAPAN:
SEBELAH KANAN- PAGI
SEBELAH KIRI- PETANG

Carta Organisasi Kelas
Jadual Waktu
Jadual Bertugas
*Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
*Misi & Visi KPM dan Sekolah, Moto Sekolah
*disediakan oleh Unit HEM

PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN BELAKANG
SEBELAH KANAN- PAGI
SEBELAH KIRI- PETANG

Sudut Program Pencegahan Dadah
*akan disediakan oleh UBK

Sudut Bacaan Kelas
Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa

LAIN-LAIN:
Alatan pembersihan
Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
Inventori Kelas ditampal pada pintu kelas


3.7.3 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah mempunyai nombor siri.
3.7.4 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
3.7.5 Kebersihan kelas:
- Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru masa pertama
yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum memulakan PdPc.
- Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir
setiap hari. 5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas mesti membersihkan
kelas di bawah penyeliaan guru. .
- Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas.
- Memastikan pintu kelas dikunci.
3.7.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab guru kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
3.7.7 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
(Guru Perabot / Guru Pembangunan).
- Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh dedikasi.
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi
24

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



bicara guru dan kemampuan murid.
Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:
- Bahan-bahan keceriaan kelas.
- Perbelanjaan luar jangka kelas/ jamuan akhir tahun, dan lain-lain.

3.8 SENARAI NAMA MURID DALAM KELAS (AWAL TAHUN)

3.8.1 Penyelaras Tingkatan akan menyediakan senarai nama murid mengikut kelas.
Senarai ini akan diberikan kepada guru-guru tingkatan pada hari pendaftaran kelas.

3.9 SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK MELAPORKAN DIRI / TIDAK HADIR TANPA
SEBAB

3.9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini
adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan
tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
3.9.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan
surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.

3.10 PONTENG SEKOLAH

3.10.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya
3.10.2 Jadual pengeluaran surat bagi kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:

PontengBerkala/Tidak
Tindakan Ponteng Berterusan
Berurutan
Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
7 hari selepas Surat 10 hari selepas Surat Amaran
Amaran 2
Amaran 1 1
7 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat Amaran
Amaran 3
Amaran 2 2
Buang 14 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat Amaran
Sekolah Amaran 3 3
Jumlah
Keseluruhan 31 hari 60 hari

3.10.3 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

Amaran 1( warna putih) Ditandatangani oleh PKHEM
Amaran 2( warna kuning) Ditandatangani oleh PKHEM
Amaran 3( warna merah) Ditandatangani oleh PKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua

Salinan 1 (untuk ibu bapa/penjaga)
Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Amaran (1,2&3)
Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)

3.10.4 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM
untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
3.10.5 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
- Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing.
- Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu

25

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM dan Kaunselor
terlebih dahulu.
- Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu
bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua, PK HEM dan Kaunselor.
- Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga
melalui surat akur janji.
- Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah
membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.

3.11 BUKU PENGESANAN MURID (BPM)

3.11.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku
Pengesanan Murid setiap hari.
3.11.2 Ketua Tingkatan akan mengambil pada waktu pertama di Bilik Disiplin. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan Buku
Pengesanan Murid ke bilik disiplin semula selepas tamat sesi persekolahan.
3.11.3 Buku Pengesanan Murid hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan
diserahkan kepada Guru Mata Pelajaran yang masuk pada setiap waktu.
3.11.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti RBT, ASK dan Pendidikan Jasmani
BPM akan dibuat secara berasingan.
3.11.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
3.11.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan
teratur sebelum menandatangani BPM.
3.11.7 Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja
perlu dicatatkan dalam BPM untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya.
3.11.8 Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BPM dan
terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Kaunselor.
3.11.9 Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BPM) dibantu oleh Penyelaras Penalti akan
menyemak BPM setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk
tindakan selanjutnya pada keesokannya.
3.11.10 Penyelaras BRPM hendaklah menjaga BRPM dengan baik dan sempurna mengikut
susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PKHEM pada setiap akhir
semester 1 dan 2.
3.11.11 BPM adalah dokumen sulit Unit Disiplin. Tindakan tegas akan diambil kepada Ketua
Tingkatan / Kelas sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau
penyelewengan. Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah menanda kehadiran
murid. Guru masa pertama dan masa akhir pula perlu mencatat dan
menandatangani buku tersebut.

3.12 PAS KELUAR KELAS

3.12.1 Setiap guru akan dibekalkan dengan dua pas kebenaran keluar oleh Unit HEM pada
awal sesi persekolahan . Pas ini adalah tanggungjawab setiap guru.
3.12.2 Satu pas kebenaran keluar hanya boleh digunakan oleh seorang murid sahaja
dalam satu-satu masa.
3.12.3 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa / dipanggil
guru, urusan peribadi dan sebagainya WAJIB memakai pas berkenaan.
3.12.4 Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas sekiranya murid gagal menunjukkan pas berkenaan apabila
diminta .
3.12.5 Murid yang keluar kelas tanpa menggunakan pas boleh dianggap keluar tanpa
kebenaran dan ponteng kelas. Pemberian mata penalti akan dikenakan.




26

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.13 PENGURUSAN DISIPLIN MURID

3.13.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
Murid perempuan tidak boleh dikenakan hukuman rotan.
Hukuman / denda berbentuk wang adalah dilarang.
Hukuman rotan dikhalayak ramai adalah tidak dibenarkan.
3.13.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mendapati seseorang murid
itu melanggar / melakukan kesalahan disiplin.
3.13.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kes salahlaku disiplin murid yang berat dengan
segera kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM.
3.13.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan
mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat
mendidik . Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima
hukuman dengan rela hati.
3.13.5 Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid
untuk satu kes salahlaku yang dilakukan.
3.13.6 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.

3.14 TANGGUNGJAWAB GURU

3.14.1 Guru mestilah bersikap penyayang. Justeru, seharusnya guru mengenali nama
setiap muridnya.
3.14.2 Guru hendaklah mengenalpasti mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi
mendapatkan kerjasama. Jika gagal, kes ini perlu dirujuk kepada kaunselor.
3.14.3 Jangan mulakan proses PdPc jika murid tidak memberi tumpuan , membuat bising
dan bercakap sesama sendiri.
3.14.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-
murid lain dibiarkan membuat bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
3.14.5 Sebelum memulakan PdPc guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk
bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan
membersihkannya dengan segera.
3.14.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian yang lebih terhadap murid-murid yang
selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini
di dalam BPM.
3.14.7 Penyemakan buku nota / latihan akan dilakukan oleh pentadbir mengikut jadual
penyemakan.

3.15 DASAR UMUM DISIPLIN

3.15.1 Setiap murid wajib memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mesti dibawa ke sekolah
pada setiap hari.
3.15.2 Setiap murid wajib memiliki buku catatan kecil dan dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.
3.15.3 Pada awal tahun sesi persekolahan, murid-murid akan diberi penjelasan dan
penerangan terperinci tentang peraturan sekolah dan bentuk tindakan disiplin yang
dikenakan jika melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.
3.15.4 Pemeriksaan Gempar / “Spot Check”
Pemeriksaan Gempar / “Sport Check” boleh dijalankan pada bila-bila masa
mengikut keperluan semasa.
Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan dengan disaksikan oleh
murid berkenaan. (Pengawas yang dilantik perlu diberi penerangan dan
mengangkat sumpah)
Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh
guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di
dalam almari di bilik PK HEM.
Barang larangan akan dilabel dan disimpan di dalam bilik PK HEM.
27

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut semula
oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan
menandatangani surat akurjanji.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah
dibawa ke Mesyuarat Lembaga Disiplin.
3.15.5 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
3.15.6 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa
pengawasan guru.
3.15.7 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika
hari cuti, melainkan bersama guru.
3.15.8 Semua murid adalah dilarang berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 7.00
malam untuk apa-apa jua aktiviti.
3.15.9 Aktiviti bersama yang melibatkan murid lelaki dan perempuan adalah DILARANG
kecuali yang berkaitan PdPc dibawah pengawasan guru.
3.15.10 Sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti berdua-duaan lelaki dan
perempuan, berpakaian mencolok mata , merokok, merempit, melepak dan
sebagainya walaupun dilakukan di luar kawasan sekolah dianggap telah
menjatuhkan nama baik sekolah dan boleh disabitkan sebagai kes salahlaku berat.
3.15.11 Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes
salahlaku dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua.
3.15.12 Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib
dipatuhi oleh semua murid dan menjadi kesalahan jika diingkari.
3.15.13 Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan fizikal perlu mendapat
keizinan dari pihak pengurusan sekolah.
3.15.14 Dasar umum disiplin sekolah digubal berasaskan Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959 dan boleh dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah SMKSK
yang wajib dimiliki oleh semua murid.

3.16 KAEDAH MENGATASI DISIPLIN

3.16.1 Senarai kes salahlaku disiplin bagi kategori ringan, sederhana dan berat hendaklah
diserahkan kepada :
- Semua guru sebagai rujukan.
- Ketua Kelas untuk ditampal di papan kenyataan kelas.
- Penyelaras Bilik-bilik Khas untuk dipamerkan.
- JK papan kenyataan Unit Disiplin / HEM untuk dokumentasi.
- Badan Kepimpinan Pengawas sebagai rujukan ketika menjalankan tugas.
3.16.2 Maklumat berkaitan jenis salahlaku dan hukuman yang boleh dikenakan hendaklah
selalu diuar-uarkan dalam perhimpunan rasmi / perjumpaan murid sebagai
makluman dan peringatan.
3.16.3 Tindakan Guru mata pelajaran / guru kelas :
- Sentiasa memberi nasihat dan teguran.
- Mengenal pasti murid yang selalu melanggar peraturan.
- Menerangkan kepada murid yang melakukan kes salahlaku tentang tindakan /
hukuman yang boleh dikenakan.
- Merekodkan kesalahan murid di BPM bagi kesalahan ringan dan sederhana.
- Bagi kes kesalahan berat hendaklah dirujuk terus kepada Ketua Guru Disiplin / PK
HEM dengan kadar segera.
- Guru kelas perlu memastikan murid kelas masing-masing beratur di dalam barisan
yang betul dan mereka berada dalam keadaan senyap. (beg murid perlu diletakkan
di bawah dan di tepi mereka)
3.16.4 Tindakan Guru Disiplin :
- Memastikan murid faham dan akur dengan peraturan sekolah.
- Mengemas kini rekod salahlaku murid dalam BPM secara berkala / ikut
keperluansemasa.
- Menjalankan siasatan bagi sesuatu kes yang dilaporkan.
- Memanggil murid yang bermasalah berdasarkan rekod salah laku / aduan.
- PK HEM / Ketua Guru Disiplin boleh memanggil ahli Lembaga Disiplin untuk satu
Mesyuarat Khas sebelum sesuatu tindakan / hukuman diambil.
28

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



- Sidang Disiplin perlu diadakan bagi kes berat / khas.
- Menyimpan segala rekod , laporan dan keputusan mesyuarat.
- Murid yang telah menjalani hukuman / dikenakan tindakan disiplin perlu dirujuk
kepada Kaunselor.
3.16.5 Memberi pengiktirafan kepada :
- Kelas yang berjaya mengekalkan ponteng sifar akan diumumkan secara bulanan
dan diberikan sijil penghargaan.
- Walaupun tidak hadir, mesti bersebab.
- Murid yang mengekalkan / mencapai ponteng sifar akan diberikan sijil dan hadiah
pada Majlis Anugerah HEM.

3.17 PENGURUSAN PERHIMPUNAN

3.17.1 Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.
3.17.2 Perhimpunan rasmi mesti di pantau dan dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan
dan dibantu oleh Guru Disiplin dan Guru Pengawas.
3.17.3 Bacaan Surah Yassin / Surah Al-Kahfi (ayat 1-10 dan ayat 100-110) / Tazkirah Pagi
diadakan pada setiap pagi Jumaat (7.20 – 8.05pagi).
3.17.4 Diuruskan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas.
3.17.5 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan Isnin dan Jumaat setiap minggu.
3.17.6 Semua guru yang beragama Islam wajib menghadiri program mentor mentee pada
setiap pagi jumaat di tapak perhimpunan walaupun uzur syarie.
3.17.7 Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas
atau dengan kebenaran.
3.17.8 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
3.17.9 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
dijalankan.Sekiranya perlu, guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
perhimpunan tersebut.
3.17.10 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid
membaca sewaktu perhimpunan dijalankan)
3.17.11 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti atau apa-apa perlakuan yang
boleh menganggu perjalanan majlis.
3.17.12 Semua maklumat yang disampaikan di dalam perhimpunan rasmi mesti dicatat di
dalam Buku Laporan Perhimpunan Rasmi dan Buku Laporan Bertugas Mingguan.

3.18 PENGURUSAN BIASISWA

3.18.1 Guru yang menguruskan biasiswa akan memastikan murid yang berjaya menerima
surat tawaran akan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-
guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon
biasiswa. Guru Penyelaras Biasiswa juga perlu memaklumkan kepada murid
berkaitan biasiswa semasa perhimpunan.
3.18.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan
pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh
murid berkenaan. Ibu bapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku
akaun murid.
3.18.3 Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Sekiranya menerima
lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak
penaja.
3.18.4 Bagi penerima bantuan Baitulmal / Pusat Zakat , Guru Biasiswa hendaklah
mengenal pasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang
pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
3.18.5 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan semasa di sekolah
rendah, mereka mesti memperbaharui permohonan mereka semasa di sekolah
menengah dengan mengisi borang permohonan baru.
3.18.6 Guru Tingkatan akan memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat
menyambung semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang
permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
3.18.7 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang
bantuan lain dan melaporkan kepada pihak PIBG terutama bagi ibu bapa/ penjaga
29

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



murid yang memperolehi pendapatan isirumah kurang daripada RM1000 sebulan..
3.18.8 Guru biasiswa perlu menyimpan semua butiran peribadi penerima biasiswa serta
rekod prestasi akademik bagi memantau perkembangan dan memastikan mereka
tidak ketinggalan.

3.19 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.19.1 Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid
terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan
sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.19.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya
boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.Campur
tangan daripada pihak ketiga adalah dilarang dan menyalahi etika.
3.19.3 Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan
sama ada secara individu atau kelompok.
3.19.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling haruslah memainkan peranan aktif dalam
merancang,mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan,
akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid.
3.19.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di
IPTA atau IPTS.
3.19.6 Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada
murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi
murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi
kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK
HEM setiap bulan untuk tindakan susulan.
3.19.7 Guru Disiplin / Guru Tingkatan perlu merujuk kepada kaunselor murid yang telah
dikenakan tindakan disiplin dan perlu menjalani sesi kaunseling.
3.19.8 Kaunselor perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid
membuat penilaian terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian
Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah
dikumpul dan dianalisa sebulan sekali bagi mengesan murid yang memerlukan
perhatian.
3.19.9 Memantau Buku Profil Murid bagi mengesan murid bermasalah dan menjalankan
Program Penjernihan untuk mereka.
3.19.10 Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisis dan
dibuat pembaikan dari masa ke semasa.

3.20 KEBAJIKAN MURID

3.20.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat tentang bilangan anak yatim atau
murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat
diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi
persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut
kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM.
3.20.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM / Penolong Kanan
Petang sekiranya ada pada kalangan murid kelasnya yang menghidap penyakit
denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan /
kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.20.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana
seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.








30

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.21 PENGURUSAN REKOD KESIHATAN MURID

3.21.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod
Kesihatan di dalam Fail Peribadi.
3.21.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah
rendah lagi. BRK akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke
sekolah menengah.
3.21.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku
tersebut, sila dapatkan yang baru daripada koperasi sekolah.
3.21.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT
(untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
3.21.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

3.22 KAD PERGIGIAN MURID

3.22.1 Setiap murid sekolah mempunyai Kad Pergigian yang dibekalkan setiap tahun,
terutamanya kepada murid-murid tingkatan satu.
3.22.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
anak / anak jagaannya.
3.22.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
Kesihatan berkenaan.
3.22.4 Semua kad pergigian akan dikutip dan dikumpul semula oleh Guru Kesihatan
selepas selesai sesi rawatan untuk disimpan dalam almari khas.

3.23 SURAT RAWATAN MURID

3.23.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh
mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana
Penolong Kanan.
Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di
mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

3.24 PENGURUSAN MURID SAKIT

3.24.1 Sekiranya ada murid yang sakit , mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah
dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi.
3.24.2 Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar
ke klinik, berehat di Bilik Rawatan atau menghubungi ambulans / warisnya.
3.24.3 Kunci Bilik Rawatan (sekolah) akan disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan
dan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis dalam buku pergerakan kunci.
Murid lelaki perlu diasingkan daripada murid perempuan.
3.24.4 Murid yang sakit boleh berada di Bilik Rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan
sekelas yang akan diganti pada setiap jam.
3.24.5 Guru Bertugas / Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga murid
berkenaan untuk menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.
3.24.6 Guru Bertugas / Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
3.24.7 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah
menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera untuk menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan .Pihak
sekolah juga boleh memanggil ambulans sekiranya berlaku kecederaan serius yang
memerlukan rawatan segera.
3.24.8 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam
Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.


31

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.25 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

3.25.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan
diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
3.25.2 Guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya
menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing – masing.
3.25.3 Guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
mereka agar sentiasa kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi
memudah dan melancarkan proses PdPc.
3.25.4 Guru Tingkatan / guru mata pelajaran bertanggungjawab memastikan kelas
sentiasa dalam keadaan bersih.
3.25.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas
dibersihkan sebelum murid keluar.
3.25.6 Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas
dengan mengisi ruangan khas di dalam Buku Pengesanan Murid.
3.25.7 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir.
Murid-murid dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja, membersihkan papan putih
membersihkan lantai dan mengosongkan bakul sampah.

3.26 PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

3.26.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan pengusaha kantin mengamalkan
kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga persekitaran kawasan kantin.
3.26.2 Guru AJK Kantin perlu memantau dan membuat laporan harian kepada PK HEM
dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
3.26.3 Membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes
keracunan makanan di kantin sekolah.
3.26.4 Menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak
menggalakkan mereka membeli makanan daripada jurujual di luar kawasan
sekolah.
3.26.5 Guru Disiplin dan Guru Bertugas Mingguan mesti berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
3.26.6 Memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas
apabila loceng tamatnya waktu rehat dibunyikan.
3.26.7 Murid DILARANG membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali
dengan kebenaran khas.
3.26.8 Guru AJK Kantin menyediakan kotak aduan pelanggan bagi mendapatkan maklum
balas tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha kantin.
3.26.9 Papan Kenyataan Kantin hendaklah sentiasa dikemaskini dan mengandungi info-
info berguna berkaitan pemakanan dan kesihatan.

3.27 PENGURUSAN KEBERSIHAN KELAS

3.27.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu akhir.
3.27.2 Guru Mata Pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
waktu akhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan.
3.27.3 Guru Bertugas Mingguan perlu membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila
masa sepanjang minggu bertugas.
3.27.4 Guru Bertugas akan menanda skor markah dalam dalam Borang Keceriaan Kelas
setiap hari untuk menentukan Kelas Paling Ceria / Kurang Ceria.
3.27.5 Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin minggu berikutnya.Kelas yang menang
akan diberikan hadiah dan piala pusingan manakala kelas yang mendapat skor
markah purata dibawah 70% akan dikenakan denda.

3.28 LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN

3.28.1 Melaksanakan latihan kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun.
3.28.2 Satu taklimat ringkas tentang sesi latihan kebakaran dan laluan kecemasan
hendaklah disampaikan kepada semua murid.
32

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.28.3 Mengadakan demonstrasi memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
3.28.4 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik.
3.28.5 Pelan kecemasan mesti ditampal di semua kelas , bilik khas dan papan kenyataan
sekolah.
3.28.6 Guru AJK Keselamatan memastikan tanda arah laluan kecemasan telah dilabel
dengan sempurna dan betul.
3.28.7 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
segera, melalui laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran
dibunyikan. Murid-murid khas atau PPKI hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka
dan rakan-rakan.
3.28.8 Guru-guru dibantu AJK Kelas memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik
yang lain serta bekalan gas telah ditutup sebelum keluar.
3.28.9 Fail Analisisi Kehadiran Murid (FAKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat
ke tempat berkumpul.
3.28.10 Guru Tingkatan mestilah mengambil FAKM kelas masing-masing di tempat
berkumpul dan mengira bilangan murid yang ada dengan segera. Mana-mana murid
yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir / Guru AJK Keselamatan
dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat.

3.29 POLISI SEKOLAH SELAMAT

3.29.1 Pihak sekolah mengamalkan empat polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah
Polisi Keselamatan Pelajar Perempuan- Gangguan Seksual
Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum / Gerak kerja luar
Polisi Keselamatan Di Jalan raya
3.29.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan
diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada
semua warga sekolah.

3.30 KENDERAAN GURU DAN KAKITANGANSEKOLAH

3.30.1 Hanya guru dan kakitangan sekolah sahaja yang dibenarkan meletakkan kenderaan
dalam kawasan sekolah.Kenderaan pelawat / ibu bapa perlu mendapat kebenaran
daripada pengawal keselamatan.
3.30.2 Kenderaan guru dan kakitangan sekolah mesti diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
3.30.3 Guru-guru dan kakitangan sekolah diingatkan supaya berhati-hati apabila
memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan
sebarang kemalangan.
3.30.4 Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan
memasuki kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan. (kecuali melibatkan murid-
murid PPKI)

3.31 PONDOK KAWALAN KESELAMATAN

3.31.1 Guru-guru / warga sekolah hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah
sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu
pagar sekolah.
3.31.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti melapor diri di pondok pengawal dengan
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih
dahulu.
3.31.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi etika berpakaian dan carta
alir keselamatan seperti yang dipamerkan di pondok kawalan keselamatan sekolah.
3.31.4 Jurujual adalah DILARANG sama sekali memasuki kawasan sekolah kecuali
pembekal yang telah diberi kebenaran / berurusan rasmi dengan pihak
sekolah.



33

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



3.32 PENGURUSAN BENCANA

3.32.1 Menyelaras dan mengemaskini data fasiliti sekolah dan komposisi murid untuk
rekod dan rujukan apabila diperlukan.
3.32.2 Menyediakan maklumat terkini tentang status dan keberadaan kemudahan yang
terdapat di sekolah.
3.32.3 Menggubal panduan dan peraturan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
3.32.4 Meningkatkan pemahaman bentuk bantuan pengurusan bencana alam.
3.32.5 Meningkatkan kepekaan dan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan
berlakunya bencana di sekolah.

4 KOKURIKULUM

4.1 TENAGA PENGAJAR

4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran:-
- Guru Penasihat/Guru Pemimpin
- Guru Pengiring
- Jurulatih/Guru Pembimbing Kokurikulum
- Jurulatih Utama
- Pegawai Teknik
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam 3 jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-
- Kelab dan Persatuan
- Pasukan Badan Beruniform
- Sukan dan Permainan
4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut :-
- Menggubal perlembagaan
- Melantik Jawatankuasa
- Mendaftar murid dengan badan induk
- Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti
- Melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan tahunan
- Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid
- Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan peratus
penglibatan murid mengikut unit.
- Membuat penilaian
- Menyediakan pelaporan
4.1.4 Jawatankuasa Koperasi Sekolah:
- Melantik ahli Lembaga Pengarah Koperasi
- Mengadakan Mesyuarat Agung dan AJK
- Memberikan perkhidmatan umtuk kemudahan murid membeli kelengkapan
persekolahan
- Menguruskan pembelian, penjualan dan stok koperasi
- Mengemaskinikan akaun koperasi dari semasa ke semasa
- Menguruskan kewangan koperasi
- Menjaga kebajikan ahli lembaga koperasi
- Menyelaras aktiviti Kelab Koperasi Sekolah
4.1.5 Setiap guru akan dicerap dan dinilai bagi mengukur tahap pembudayaan KBAT dalam
kokurikulum.
4.1.6 Semua guru digalakkan memakai uniform lengkap pada setiap hari Rabu.

4.2 PENYERTAAN MURID

4.2.1 Semua murid diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang
berikut:-
- Kelab dan Persatuan
- Pasukan Badan Beruniform
- Sukan dan Permainan
(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
34

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



4.2.2 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
4.2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan:-
- Pasukan Badan Beruniform – 12 kali perjumpaan setahun
- Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan – 12 kali perjumpaan
setahun
4.2.4 Unit Uniform murid kekal dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

4.3 PENJADUALAN KEGIATAN

4.3.1 Kegiatan Beruniform, Persatuan dan Sukan dan Permainan dijalankan pada setiap hari
Rabu seperti berikut:-
- Sesi pagi : 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang
- Sesi petang : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
4.3.2 Latihan Rumah Sukan dijalankan pada hari Selasa dan Khamis mengikut ketentuan
berikut:
- Sesi pagi : 3.00 petang hingga 5.00 petang
- Sesi petang : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
4.3.3 Latihan pasukan wakil sekolah dijalankan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula
jam 2.00 petang hingga 5.00 petang manakala pada hari Sabtu bermula pada jam 8.00
hingga 11.00 pagi .
4.3.4 Aktiviti akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-
- Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )
- Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
- Atas arahan Pengetua atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Ketiadaan guru yang memantau
4.3.5 Setiap unit beruniform akan mengendalikan hari perhimpunan Rasmi mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
4.3.6 Semua murid wajib memakai pakaian lengkap pasukan badan beruniform masing-
masing pada setiap hari Rabu.
4.3.7 Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas arahan
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum atas sebab berikut :-
- Cuaca buruk (hujan lebat, rebut petir, banjir dan sebagainya)
- Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah
- Cuti khas yang diumumkan oleh kerajaan
4.3.8 Notis/pengumuman tentang perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
2 hari lebih awal. Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada ibu bapa/penjaga
merancang pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing.
4.3.9 Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/pengumuman
mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada murid sekurang-kurangnya 1 hari
sebelum hari perjumpaan/aktiviti. Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat
pengumuman pada hari yang sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan kerana
pemberitahuan secara mengejut akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan
pengurusan pengangkutan murid.

4.4 PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat zon, daerah atau
negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
4.4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program
Sasaran, iaitu :-
- Bola Baling
- Bola Jaring
- Ping Pong
- Kadet Polis
- Pengakap
- Kesenian
4.4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat murid ke tahap yang tertinggi
melalui :-
- Latihan yang sistematik
35

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



- Kelengkapan yang sempurna
- Pertandingan dalaman
- Penyertaan yang aktif
4.4.4 Bagi aktiviti yang dijalankan terutama di luar sekolah murid mestilah mendapat
kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis. (Borang Kebenaran Ibu bapa)
4.4.5. Guru Pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan murid
termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat program/aktiviti.
4.4.6 Guru pengiring/pembimbing wajib bersama-sama murid sepanjang masa semasa
aktiviti.

4.5 PENILAIAN

4.5.1 Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan murid wajib dibuat sepanjang tempoh
persekolahan.
4.5.2 Penilaian hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu penilaian markah 10% ke IPTA (Bahagian
Kokurikulum Dan Kesenian) dan Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan
Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4.5.3 Semua rekod kokurikulum dan sukan murid(PAJSK) hendaklah disimpan dengan baik
dan teratur untuk rujukan, pemantauan dan penilaian. Jika ada murid berpindah dari
sekolah lain, guru kelas hendaklah mendapatkan rekod kokurikulum dan sukan dari
sekolah asal murid tersebut. Guru kelas juga perlu membekalkan maklumat yang
serupa jika ada murid yang berpindah ke sekolah lain.
4.5.4 Pihak kokurikulum mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi:-
- Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average (CGPA) murid.
- Gred Purata Pencapaian setiap unit Kelab dan Persatuan, Pasukan Badan
Beruniform dan Sukan dan Permainan.
- Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah. (GPS)

4.6 PENGHARGAAN

4.6.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-
- Barangan, trofi, medal atau wang tunai
- Sijil Penghargaan Sekolah
4.6.2 Setiap kejayaan murid di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan mestilah
diumumkan dalam majlis sekolah seperti semasa Perhimpunan Mingguan atau
Perhimpunan Kokurikulum. Hadiah dan sijil hendaklah dipamerkan pada ruang/sudut
khas/papan kenyataan.
4.6.3 Mewujudkan Anugerah Khas kepada murid yang cemerlang pencapaian dalam sukan
dan permainan dan Anugerah Kokurikulum Terbaik dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah.
4.6.4 Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan.
4.6.5 Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.














36

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019





CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN SMK SERI KERAMAT


PENGETUA
KAMARUDIN B KUDONG



PIBG




PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PPKI

PENTADBIRAN KOKURIKULUM MARIZA BT MAT HUSSIN
ZAINULIZA BT ZAINAL
ABIDIN


PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID PETANG
MANISAH BT MD FAZLINA BT MOHD TAIB
SHARIF


GKMP MATEMATIK
DAN SAINS
SNEHA LETHA A/P GBKSM
GOBALA KRISHNAN NORIHAM BT AB WAHAB
NOR EMALIZA BT MAT NAWI


GKMP BAHASA
NIRMALADEVI A/P
KANDASAMY



GKMP KEMANUSIAAN
ROHANA BT MEGAT


KETUA PEMBANTU
GKMP TEKNIK DAN TADBIR

VOKASIONAL
NORAINI BT ISMAIL

PEMBANTU TADBIR



PEMBANTU MAKMAL


PEMBANTU
PENGURUSAN MURID


PEMBANTU OPERASI













37

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN SMK SERI KERAMAT






PENGERUSI
KAMARUDIN B KUDONG

PENGETUA



PENOLONG KANAN PENTADBIRAN







KETUA PEMBANTU TADBIR
NURHAFIZA BT SAIDY (N22)






PEMBANTU TADBIR PEMBANTU MAKMAL PEMBANTU OPERASI PEMBANTU PENGURUSAN
MARDIANA BT SURIANA BT HAJAR (C22) MIT YUN BT NATIN (N14) MURID
MAHAMAD SAYED (N19) SURAYA BT UJANG (C19) MOHD FAIZAN B MD JANI (N11) NATRAH BT ISMAIL (N19)
NUR DZULIKA BT HUSSNY (C19)
NURUL HASANAH BT IDRIS(C19) NUR RAIHANA BT OTHAMAN
@ OTHMAN (N19)







































38

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



PELAN SEKOLAH DAN KELAS





B L O K B B L O K C
SURAU
DARUL

LAMAN BESTARI HIKMAH

3 UTH / 3 ALI / 3 HAM / 3 KHA /
STOR 1 AB 1 UTH 1 ALI 1 HAMZAH
TANGGA 6
T T
A PUSAT SUMBER SEKOLAH A BILIK PENDIDIKAN SENI
N N MAKMAL 3 MAKMAL KIMIA KAA
G D
G BLK BILIK A
A DISIPLIN GKMP/ BILIK GURU S
4 BILIK PBS BLK KURIKULUM
PEND PEND DEWAN BESTARI
KHAS KHAS

TANGGA 3


PPDa BILIK JAHITAN 4 UTH/ 2AB

TAPAK PERHIMPUNAN
TAMAN
SUMBER MAKMAL 2 MAKMAL FIZIK
SAINS 4 HA/ 2 HA



T 5AB 5UM 5UTH 5ALI 5 HA T BILIK PERHIASAN DIRI
A A
N 2 UMAR 1UMAR 3UMAR 3 AB STOR PJPK N 4ALI / 2ALI
G MAKMAL MAKMAL D
BILIK
BLK
G KOMPUTER KOMPUTER GERAKAN PEJABAT PANTRI A
A 2 1 S
2 PPKI/ PPKI 4 AB KEDAI LALUAN KOPERASI BLK
BOSS BUKU BESTARI /SARANA KOKU MAKMAL 1 MAMMAL BIOLOGI BENGKEL KEMHIRAN HIDUP

B L O K A TANGGA BILIK MASAKAN 4UM/ 2 UTH
1


TEMPAT LETAK KERETA
BLK KAUNSE LING

TANGGA 5


PONDOK TEMPAT LETAK
TEMPAT LETAK KERETA
PENGAWAL MOTORSIKAL / BASIKAL




PINTU MASUK


39

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




HARI PERSEKOLAHAN CUTI UMUM


Penggal Persekolahan 2020
Penggal Cuti dan Hari Tarikh Bil. Hari Minggu Cuti umum Tarikh
1 Persekolahan
02-01-2020
Hari
Persekolahan - 49 11 Tahun Baru 01 Jan 2020
13.03.2020
Cuti 14.03.2020
Pertengahan - 9 1 Tahun Baru Cina 25-27 Jan 2020
Penggal 1 22.03.2020
1 23.03.2020
Hari
Persekolahan - 40 9 Thaipusam 08 Feb 2020
22.05.2020
Cuti 23.05.2020
Pertengahan - 16 2 Hari Pekerja 01 Mei 2020
Tahun 07.06.2020
08.06.2020
Hari
Persekolahan - 35 7 Hari Wesak 07 Mei 2020
24.07.2020
Cuti 25.07.2020 Hari Keputeraan
Pertengahan - 9 1 Yang Di Pertuan 06 Jun 2020
Penggal II 02.08.2020 Agong
2 03.08.2020
Hari
Persekolahan - 74 16 Nuzul Al Quran 10-11 Mei 2020
20.11.2020
21.11.2020
Cuti Akhir - 41 6 Hari Raya Puasa 24 - 26 Mei 2020
Tahun
31.12.2020
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk 273 Hari 31 Ogos 2020
Cuti Am Kemerdekaan

Jumlah Minggu Persekolahan 43 Hari Raya Korban 31 Jul 2020

Jumlah Minggu Cuti Penggal Persekolahan 10 Hari Malaysia 16 Sept 2020

Jumlah Minggu 53 Awal Muharam 20 Ogos 2020
Deepavali 14 Nov 2020
Hari Keputeraan 11 Dis 2020
Sultan Selangor

Maulidur Rasul 29 Okt 2020
Hari Krismas 25 Dis 2020


TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN

UJIAN/PEPERIKSAAN TARIKH TINGKATAN
Ujian Penilaian 1 Menengah Rendah dan Atas 2-6 Mac 2020 Ting 1-5
Peperiksaan Pertengahan Tahun Menengah Atas 04-22 Mei 2020 Ting 4-5
Peperiksaan Pertengahan Tahun Menengah Rendah 14-22 Mei 2020 Ting 1-3
Percubaan PT3 03-11 Ogos 2020 Ting 3
Percubaan SPM 17 Ogos – 4 Sept 2020 Ting 5
Peperiksaan Akhir Tahun Menengah Atas dan 05 Okt.2020- Ting 1, 2 dan 4
Menengah Rendah 23 Okt.2020

40

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019




SKALA GRED

SKALA GRED TINGKATAN 4 DAN 5 SKALA GRED TINGKATAN 1,2, 3 DAN
PPKI


MARKAH GRED MARKAH GRED

90-100 A+ 85-100 A
80-89 A 70-84 B
70-79 A- 60-69 C
65-69 B+ 50-59 D
60-64 B 40-49 E
55-59 C+ 0-39 F
50-54 C
45-49 D
40-44 E
0-39 G


HEADCOUNT



SINGKATAN ISTILAH SUMBER


Markah Ujian 1 2020 untuk T1 dan T4
Take off value
TOV Markah peperiksaan akhir tahun 2018 untuk
Nilai mula kerja
T2,T3 dan T5
Acquired result
AR1 Markah sebenar dicapai Markah Ujian 1 untuk semua tingkatan

Acquired result
AR2 Markah sebenar dicapai Markah peperiksaan pertengahan tahun untuk
semua tingkatan

Acquired result
AR3 Markah sebenar dicapai Markah peperiksaan akhir tahun/percubaan
SPM


Markah sasaran, ditentukan oleh Ketua
ETR Expected Targeted Result
Panitia/Guru mata pelajaran












41

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



TAKWIM TAHUNAN AKTIVITI SEKOLAH 2020


Disember 2019

Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
25 Rabu Cuti Hari Krismas
26 Khamis Mesyuarat Guru Mesyuarat Kurikulum Mesyuarat PPKI
1/2020 1/2020 1/2020


27 Jumaat Mesyuarat Mesyuarat
HEM 1/2020 Kokurikulum
1/2020
Mesyuarat
Pendaftaran dan
Orientasi
Ting 1 2020
28 Sabtu Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Tingkatan 1
29 Ahad

30 Isnin Pendaftaran Murid
Ting 2,3,4,5 2020

Kursus Asas PRS
(fasa 1)
31 Selasa Mesyuarat AKP Mesyuarat Panitia
1/2020 1/2020
JANUARI 2020


Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Rabu Cuti Tahun Baru
2 Khamis Sesi Program Minggu Orientasi
-M1 Persekolahan Maju Diri Ting 4 Murid PPKI
Bermula
3 Jumaat Yassin / Ceramah
5 minit (Disiplin) Pengesahan
Pendaftaran KP 1,
SP 1, BB 1, RS Minggu Orientasi
Murid PPKI
Program
Maju Diri Ting 4
4 Sabtu
5 Ahad
6 Isnin Mesyuarat Panitia Program Mesyuarat Agung
1/2020 Maju Diri Ting 1 Rumah Sukan


7 Selasa Mesyuarat Mesyuarat Program Kesihatan &
Kewangan & Aset JK Disiplin 1, Mesyuarat JK Buletin Kebersihan Diri
1/2020 JK Pengawas 1 /
2020
Program
Maju Diri Ting 1

8 Rabu Dialog Prestasi Mesyuarat Agung
Pengurusan KP 2, SP 2, BB 2
42

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



1/2020
9 Khamis Mesyuarat AJK
Pertandingan
Merentas Desa
10 Jumaat Yassin / Ceramah Perjumpaan KP 3 &
5 minit BB 3
(JK 3K)
11 Sabtu Gotong Royong PSS Gotong Royong Gotong Royong
M2 Perdana Perdana
(SP 3, KP 4, BB 4)
12 Ahad

13 Isnin- Mesyuarat JK Pelaporan Pengurusan
M3 PBPPP1/2020 Kantin & Denggi Perhimpunan
1/ 2020 Bulanan Kokurikulum
( Kadet Polis )
14 Selasa Dialog Prestasi TOV Mesyuarat Latihan Merentas
2020 Mesyuarat JK 3K , Desa / Sukan 1
Penetapan target PT3 JK Kesihatan Merah & Biru
& SPM 1/ 2020
15 Rabu Mesyuarat Mesyuarat Perjumpaan SP 4 Program Kesihatan
Pengurusan Data JK Data Murid Pergigian
& Maklumat 1/ 2020
1/2020

16 Khamis Mesyuarat : Latihan Merentas
JK Kantin, Desa / Sukan 1
JK Kebajikan Hijau & Kuning
1 / 2020

17 Jumaat Bengkel Plan Yassin / Ceramah
Perancangan 5 minit
Strategik 2020 (JK Disiplin)

18 Sabtu
19 Ahad PERTANDINGAN MERENTAS DESA
20 Isnin-
M4 CUTI PERISTIWA 1

21 Selasa Penyediaan dan Mesyuarat AJK
Penetapan Kejohanan
Sasaran Olahraga
Keberhasilan
PBPPP
22 Rabu Mesyuarat Perjumpaan BB 5
JK BSTP
1 / 2020
23 Khamis Cuti Sambutan Tahun Baru Cina
24 Jumaat Cuti Sambutan Tahun Baru Cina
25 Sabtu Cuti Tahun Baru Cina
M4
26 Ahad Cuti Tahun Baru Cina
27 Isnin- Cuti Tahun Baru Cina

43

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



M1
28 Selasa Mesyuarat Induk Pusat Sukantara 1
Sumber 1/2020 & Merah, Biru, Hijau &
Mesyuarat JK NILAM Kuning
1/2020
29 Rabu Mesyuarat KM & Perjumpaan KP 5
Dialog Prestasi
1/ 2020

30 Khamis Mesyuarat Mesyuarat AJK PBD Sukantara 2
Pengurusan 1/2020 Merah, Biru, Hijau
peperiksaan , & Kuning
penilaian &
Pentaksiran
1/2020
31 Jumaat Yassin / Ceramah
Info 5 minit PPDa

FEBRUARI

Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Sabtu MESYUARAT AGUNG PIBG

2 Ahad
3 Isnin- Mesyuarat Program Intervensi Pelancaran :
M2 Pengurusan Mata Pelajaran - Prog. 3K,
Prasarana 1/2020 Bahasa Melayu dan - Prog. Jenayah
Sejarah Ting 5 Juvana & Buli,
bermula - Prog. Amalan
Guru Penyayang
- Mentor Mentee
4 Selasa Mesyuarat Induk Pertandingan Saringan 1
ICT 1/2020 & 3K bermula
Mesyuarat AJK
Google
Classroom
1/2020
5 Rabu Dialog Prestasi Semakan FAKM Perjumpaan Program
Pengurusan Bulan Januari SP 5 Pembangunan
2/2020 Penyelaras T1- T5 Inklusif Holistik
PPKI Daerah
Gombak

6 Khamis Program Saringan 2 Bengkel
Penetapan Perancangan
Matlamat Strategik PPKI
PT3 & SPM Daerah Gombak
7 Jumaat Majlis Penetapan Yassin / Ceramah
Target Pep PT3 dan 5 minit
SPM (JK BSTP)
8 Sabtu
M2 Cuti Hari Thaipusam
9 Ahad
10 Isnin- Pendaftaran PT3 dan Pelaporan
M3 SPM Kantin & Denggi
44

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



2 / 2020
11 Selasa Saringan 3
12 Rabu Perjumpaan Permainan Boling
BB 6
13 Khamis Program Raptai Kejohanan
Sambutan Hari Olahraga
Anti-DARVIH
14 Jumaat
Yassin / Ceramah
15 Sabtu
16 Ahad KEJOHANAN OLAHRAGA
17 Isnin CUTI PERISTIWA 2

18 Selasa-
M4
19 Rabu Perjumpaan

SP 6
20 Khamis Terapi Berkuda

21 Jumaat Majlis pembugaran Yassin / Ceramah
NILAM & Hari 5 minit
Anugerah (JK Disiplin)
Pencapaian NILAM
Kem Kepimpinan
Pengawas Sekolah,
PSS & PRS
22 Sabtu LADAP 1 –
(M4) Taklimat CPD
23 Ahad
24 Isnin Pengurusan
Semakan Buku Perhimpunan
Latihan Bulanan
Kokurikulum
( KRS )
25 Selasa


26 Rabu Perjumpaan

BB 7
27 Khamis Program Kidzania

28 Jumaat Watikah

Pelantikan Badan
Kepimpinan

29 Sabtu

MAC
Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Ahad



2 Isnin- Ujian Penilaian 1 Pelancaran

45

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



M2 Ops Ponteng Sifar
3 Selasa Ujian Penilaian 1

4 Rabu Dialog Prestasi Ujian Penilaian 1 Ceramah Tiada Perjumpaan Pencegahan
Pengurusan Latihan Obesiti
3/2020 Kebakaran
Bomba
5 Khamis Semakan FAKM

Ujian Penilaian 1 Bulan Februari
Penyelaras

T1- T5
6 Jumaat
Yassin / Ceramah
Ujian Penilaian 1 5 minit

(JK Kebajikan
Murid)

7 Sabtu
M2

8 Ahad


9 Isnin SEGAK SIRI 1
10 Selasa SEGAK SIRI 1 Hari Pameran
Pendidikan

Program Jejak
SPM
11 Rabu SEGAK SIRI 1 Ceramah SP 7 Balapan & Olahraga
Keselamatan PPKI Daerah

Jalan Raya Gombak.
12 Khamis Balapan & Olahraga
PPKI Daerah
Gombak.

13 Jumaat Yassin / Ceramah
5 minit
(JK Disiplin)
14 Sabtu Cuti Pertengahan Penggal 1 Bermula

15 Ahad

16 Isnin

17 Selasa Pengurusan emosi
dalam PdPc Murid
Berkeperluan Khas
Daerah Gombak
PPM
18 Rabu
19 Khamis
20 Jumaat
21 Sabtu

46

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



22 Ahad Cuti Pertengahan Penggal 1 Berakhir
23 Isnin Semakan Buku Pengurusan
Latihan Pelaporan Perhimpunan
Bulanan
Program peningkatan Kantin & Denggi Kokurikulum
3/ 2020
Akademik PT3 dan ( Pandu Puteri)
SPM bermula
24 Selasa Mesyuarat AJK
Pelaksana Majlis
Anugerah

Kecemerlangan
Akademik (MAKA)
25 Rabu Ceramah Jabatan Perjumpaan

Alam Sekitar BB 8

26 Khamis Dialog Prestasi Mesyuarat ALK
Kurikulum & Koperasi

Mesyuarat Post
Mortem UP 1
27 Jumaat Kem Kepimpinan
Yassin / Ceramah Kokurikulum
5 minit

(JK Kesihatan)

28 Sabtu Kem Kepimpinan

Kokurikulum
29 Ahad


30 Isnin

31 Selasa Terapi Renang


APRIL
Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Rabu Bengkel / Seminar
Dialog Prestasi Teknik Menjawab Program Disiplin Perjumpaan
4/2020 PDRM SP 8
SPM Siri 1 bermula
2 Khamis Mesyuarat JK Mesyuarat
Buletin Pengurusan PPKI
2/2020
3 Jumaat
Yassin / Ceramah
5 minit (Disiplin)
4 Sabtu-
M1
5 Ahad


6 Isnin- Mesyuarat Pelancaran Minggu
M2 Pengurursan We Love MBK
kewangan & Aset

47

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



kerajaan 2/2020 Semakan FAKM
Bulan Mac
Penyelaras T1- T5
7 Selasa Mesyuarat
Pengurusan Data
& Maklumat
2/2020
8 Rabu Perjumpaan
BB 9
9 Khamis Terapi Audio

10 Jumaat Program
Sambutan Hari
Lahir Murid

11 Sabtu Majlis Anugerah
kecemerlangan
Akademik

12 Ahad

13 Isnin- Mesyuarat Pelaporan Pengurusan
M3 Pengurusan Kantin & Denggi Perhimpunan
Prasarana 2/2020 3 / 2020 Bulanan
Kokurikulum

( PBSM )
14 Selasa

15 Rabu
Mesyuarat Perjumpaan
Pengurusan KP 6
2/2020 Minggu Bahasa

16 Khamis


17 Jumaat Program Program Lawatan Penanda
Kemahiran Belajar Kemahiran Belajar
PT3 & SPM PT3 & SPM Aras Koperasi
18 Sabtu-
M3
19 Ahad


20 Isnin Pelaporan
Kantin & Denggi

4/ 2020
21 Selasa
Mesyuarat
JK Unit HEM MTQ Dearah
Gombak
2/ 2020

22 Rabu Perjumpaan
SP 9
23 Khamis Program
Sahsiah Unggul

48

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



& Minda Sihat
T1, T2, T4
24 Jumaat Puasa Ihya Ramadhan
Ramadhan Yassin / Ceramah Perjumpaan
Bermula Info 5 minit PPDa KP 7
25 Sabtu- LADAP – 2
M4 Taklimat Intergriti
kakitangan Awam
26 Ahad
27 Isnin


28 Selasa


29 Rabu Tiada Perjumpaan

30 Khamis

MEI
Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Jumaat Cuti Hari Pekerja

2 Sabtu-
M1

3 Ahad

4 Isnin- Mesyuarat Unit
M2 Kurikulum & AJK Ihya Ramadhan
KSSM 2/2020

Peperiksaan
Pertengahan Tahun
(PPT)
(6 – 22.5.2020)
5 Selasa Mesyuarat JK Induk Semakan FAKM Ihya Ramadhan
PSS dan NILAM Bulan April
2/2020 Penyelaras T1-T5
6 Rabu Dialog Prestasi Tiada Perjumpaan Ihya Ramadhan
5/2020
7 Khamis Program Ihya Ramadhan
Bersama AADK
T1, T2, T4
8 Jumaat Yassin / Ceramah Ihya Ramadhan
5 minit
(JK Disiplin)
9 Sabtu-
M2
10 Ahad Cuti Nuzul Al-Quran
11 Isnin Cuti Nuzul Al-Quran
12 Selasa Pelaporan
–M3 Mesyuarat panitia Kantin & Denggi
49

Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019



2/2020 5/ 2020
13 Rabu Tiada Perjumpaan

14 Khamis Mesyuarat JK Peperiksaan Pelaksanaan
SPSK 2/2020 Pertengahan Tahun Psikometrik
Ting 1, 2 & 3 T1 – T5
(14-20.5.2020)
15 Jumaat Kutipan data NILAM Iftar Ramadhan Perjumpaan
Siri 1 Khatam Al-Quran BB 10 & KP 8


Pelaksanaan
Saringan Minda
Sihat T1 – T5

16 Sabtu LADAP 3 –
kemahiran
Interpersonal &
Keibubapaan

17 Ahad

18 Isnin Pengurusan
Perhimpunan

Bulanan Kokurikulum
( Pengakap )
19 Selasa

20 Rabu Tiada Perjumpaan

21 Khamis Cuti Sempena Sambutan Hari Raya Puasa
22 Jumaat Cuti Sempena Sambutan Hari Raya Puasa
23 Sabtu- Cuti Pertengahan Tahun Bermula
M4
24 Ahad Cuti Hari Raya Puasa pertama
25 Isnin Cuti Hari Raya Puasa Kedua
26 Selasa Cuti Hari Raya Puasa
27 Rabu

28 Khamis

29 Jumaat
30 Sabtu
31 Ahad




JUN

Tarikh Hari Pengurusan Kurikulum Hal Ehwal Murid Kokurikulum PPKI
Sekolah
1 Isnin
2 Selasa

50


Click to View FlipBook Version