PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN PING PONG 2022
MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (MSSWPKL)
1. Nama Kejohanan
Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL).
2. Pengelolaan
a) Daerah– Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Sentul, Keramat dan Sekolah Penganjur Pertandingan
b) Negeri – Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JPNWPKL) / MSSWPKL dan Sekolah Penganjur Kejohanan
3. Acara-Acara Pertandingan:
3.1 Kategori Menengah (Daerah):-
Kategori Menengah ACARA BERPASUKAN ACARA PERSEORANGAN ACARA BEREGU
Lelaki bawah 18 TKB 1 5 orang peserta -
Perempuan bawah 18 TKB 1 5 orang peserta -
Lelaki bawah 15 TKB - 5 orang peserta -
Perempuan bawah 15 TKB - 5 orang peserta -
3.2 Kategori Rendah (Daerah):-
Kategori Rendah ACARA BERPASUKAN ACARA PERSEORANGAN ACARA BEREGU
Lelaki bawah 12 TKB 1 5 orang peserta -
Perempuan bawah 12 TKB 1 5 orang peserta -
3.3 Kategori Menengah (Negeri):-
Kategori Menengah ACARA BERPASUKAN ACARA PERSEORANGAN ACARA BEREGU
Lelaki bawah 18 TKB 2 4 orang peserta -
Perempuan bawah 18 TKB 2 4 orang peserta -
Lelaki bawah 15 TKB --- 4 orang peserta -
Perempuan bawah 15 TKB --- 4 orang peserta -
3.4 Kategori Rendah (Negeri):-
Kategori Rendah ACARA BERPASUKAN ACARA PERSEORANGAN ACARA BEREGU
Lelaki bawah 12 TKB 2 4 orang peserta -
Perempuan bawah 12 TKB 2 4 orang peserta -
Nota: TKB = tahun dan ke bawah
4. Pendaftaran Pemain Daerah dan negeri
Peraturan & Undang-Undang Ping Pong MSSWP Kuala Lumpur 2022
4.1 Acara Perseorangan (Daerah) – maksimun lima (5) orang pemain
4.1.1 Lelaki & Perempuan 18 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2004
4.1.2 Lelaki & Perempuan 15 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2007
4.1.3 Lelaki & Perempuan 12 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2010
4.2 Acara Perseorangan (Negeri) – maksimun empat (4) orang pemain
4.1.1 Lelaki & Perempuan 18 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2004
4.1.2 Lelaki & Perempuan 15 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2007
4.1.3 Lelaki & Perempuan 12 TKB dilahir pada atau selepas 1.1.2010
4.3 Bagi Kategori Menengah, pendaftaran bagi Acara Perseorangan, seorang(1) pemain itu hanya boleh
berdaftar dalam satu(1) kategori sahaja mengikut had umur yang ditetapkan.
4.4 Semua pendaftaran mesti menggunakan Borang M01 (untuk sekolah menengah) dan R01 (untuk sekolah
rendah).
4.5 Salinan fotostat Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran pemain yang telah disahkan oleh sekolah hendaklah
dihantar bersama-sama dengan Borang Penyertaan.
Pendaftaran ke kejohanan negeri secara automatik jika terdapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya
dua(2) buah sekolah telah berdaftar di Daerah masing-masing. Pengelola Daerah bertanggunjawab
mengadakan pertandingan antara pemain tersebut untuk menentukan kedudukan Johan, Naib johan dan
Tempat Ke-3 masing-masing.
5. Sistem dan Format Pertandingan
5.1 Acara Perseorangan
5.1.1 Pada pusingan awal, peserta-peserta akan dibahagikan kepada kumpulan dan sistem
pertandingan liga akan digunakan.
5.1.2 Di Kejohanan Daerah, hanya Johan sahaja dalam kumpulan akan dipilih ke pusingan kedua yang
akan bertanding secara kalah-keluar.
5.1.3 Di Kejohanan Negeri, Johan dan Naib johan dalam kumpulan akan layak ke pusingan kedua yang
akan bertanding mengikut sistem kalah-keluar.
5.1.4 Semua pertandingan awal hingga akhir akan diputuskan dengan 3 kemenangan daripada 5
permainan (best of 5 games), KECUALI di peringkat negeri bagi kategori perseorangan 18 TKB, pertandingan
peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan 5 kemenangan daripada 7 permainan (best of 7
games).
5.2 Acara Berpasukan
5.2.1 . Tiap-tiap pasukan mengandungi 4 hingga 5 orang pemain.
. 4 orang pemain akan mewakali pasukan dalam sesuatu perlawanan berkumpulan.
Susunan perlawanan adalah seperti berikut:
A lawan W
B/C lawan X/Y
D lawan Z
. Semua pasukan mesti menghabiskan kesemua 3 perlawanan.
. Tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan 3 kemenangan daripada 5 permainan.
Peraturan & Undang-Undang Ping Pong MSSWP Kuala Lumpur 2022
6. Undang-Undang Permainan
6.1 Bola
Bola ping pong plastik 3 bintang berwarna putih yang diiktiraf oleh Persekutuan Ping Pong
Antarabangsa (ITTF) akan digunakan.
6.2 Pakaian
6.2.1 Semua pemain diwajibkan memakai baju ‘T’ sekolah dan seluar sukan masing-masing.
6.2.2 Baju ‘T’ dan seluar sekolah berwarna putih TIDAK boleh dipakai dalam pertandingan.
6.2.3 Baju ‘T’ mesti diselitkan ke dalam seluar sukan semasa pertandingan.
6.2.4 Semua pemain dalam Acara Berpasukan dan Acara Beregu MESTI memakai baju ‘T’ sekolah yang
sama warna bertujuan meningkatkan nilai semangat sepasukan.
6.3 Getah Reket
6.3.1 Getah reket berlogo “ITTF” yang tersenarai dalam “Authorised Racket Covering ITTF” semasa
sahaja boleh digunakan dalam pertandingan.
6.3.2 Getah pimple panjang hanya dibenarkan dalam kategori menengah.
6.4 Servis
Setiap pemain bertanggungjawab mematuhi kriteria servis yang baik berpandukan kepada undang-
undang servis Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF).
7. Peraturan Am
7.1 Setiap pemain/pasukan sekolah yang mengambil bahagian mesti diiringi oleh guru pengiring, dan guru
pengiring bertanggungjawab menguruskan pasukannya serta wajib berada bersama dengan
pemainnya/pasukannya di sepanjang kejohanan.
7.2 Hanya guru pengiring sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan urusetia.
7.3 Hanya GURU & PELAJAR SAHAJA dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan.
7.4 Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab kemudahan/peralatan yang digunakan dalam keadaan
selamat.
7.5 Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah tarikh/tempat/masa pertandingan.
7.6 Seeding ditentukan mengikut peringkat (daerah, negeri) keputusan tahun lepas. . Bagi acara yang tiada
keputusan tahun lepas, seeding akan ditentukan mengikut undian bebas.
7.7 Pemain yang terlibat dalam program kebangsaan tahun semasa layak untuk mewakili Kuala Lumpur ke
kejohanan MSSM .
7.8 Jika berlaku perkara yang tidak dikuasai oleh peraturan tersebut, keputusan pengelola adalah muktamad.
7.9 Side coaching tidak dibenarkan semasa pertandingan dijalankan di gelanggang pertandingan.
8. Kelewatan
Setiap pasukan/pemain mesti berada dalam gelanggang pertandingan pada masa yang ditetapkan. Bagi
mereka yang lewat 15 minit akan dikira kalah tanpa bertanding.
Peraturan & Undang-Undang Ping Pong MSSWP Kuala Lumpur 2022
9. Pengadil/Pencatat
9.1 Guru pengadil bertauliah / guru berpengalaman / pelajar berpengalaman akan dipilih menjadi pengadil
kejohanan.
9.2 Pemain / pelajar dibenarkan menjadi penolong pengadil/pencatat.
9.3 Setiap sekolah yang mengambil bahagian wajib mencalonkan nama guru/pelajar yang akan menjadi
pengadil kejohanan.
10. Pertukaran Pemain
10.1 Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan semasa melaporkan diri bagi setiap kategori sebelum
pertandingan di mulakan. Selepas itu, sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan.
10.2 Semua acara yang didaftarkan di bawah nama seorang pemain (pasukan dan individu) yang tidak dapat
hadir, dikehendaki diambilalih oleh pemain baru yang menggantikannya sepenuhnya dalam semua
acara yang telah didaftarkan sebelum kejohanan.
11. Jawatankuasa Tatatertib / Bantahan
11.1 Semua perkara tatatertib dan bantahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib/ Bantahan.
11.2 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:-
i. Pengerusi : Pengelola
ii. Setiausaha Pertandingan
iii. Pengerusi Teknik Negeri/Daerah
iv. Dua orang wakil guru dari pasukan yang tidak terlibat
12. Bantahan
Semua bantahan bertulis hanya boleh dibuat oleh guru pengiring dengan wang bantahan RM200.00 dalam
tempoh 30 minit selepas tamatnya satu-satu permainan. Wang bantahan akan dikembalikan jika bantahan
berjaya. Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
13. Wakil Daerah
13.1 Pengerusi Pengelola setiap daerah boleh mendaftar empat perseorangan (Johan, Naib johan, Ke-3 dan
Ke-4 di Kejohanan Daerah) dan dua pasukan (Johan, Naib johan ).
13.2 Tiada pinjaman pemain dibenarkan untuk semua acara yang dipertandingkan.
14. Wakil Negeri
14.1 Lima(5) orang pemain lelaki dan lima(5) orang pemain perempuan yang terbaik akan dipilih untuk
mewakili MSSWPKL ke MSSM dalam kategori bawah 12 dan 18 tahun.
14.2 Sesi pemilihan akan merangkumi pemain bawah 15 dan 18 tahun dan ke bawah dalam satu kumpulan
manakala kategori bawah 12 tahun hanya pemain kategori tersebut sahaja. Panel Pemilihan akan
menyediakan kriteria pemilihan supaya wakil yang dipilih adalah pemain yang terbaik. Keputusan Panel
Pemilihan adalah muktamad.
14.3 Semua pemain yang terpilih wajib menjalani latihan pusat MSSWPKL yang akan ditetapkan. Pemain-
pemain yang berlatih dalam program kebangsaan dikecualikan daripada latihan pusat.
Peraturan & Undang-Undang Ping Pong MSSWP Kuala Lumpur 2022
Disediakan oleh:
Panel Pembangunan Sukan Ping Pong 2022
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Peraturan & Undang-Undang Ping Pong MSSWP Kuala Lumpur 2022