@tvetmara MINGGU SILATURRAHIM KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KUANTAN SESI JULAI - DISEMBER Building Talent Generating Future
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Kata Alu-Aluan Pengarah KKTM Kuantan 2 2. Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KKTM Kuantan 3 3. Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar 4 4. Kata Alu-Aluan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR 5 5. Kata Alu-Aluan Penyelaras Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR 6 6. Carta Organisasi Ahli Tertinggi KKTM Kuantan 7 7. Tentang MARA 8 8. Latar Belakang KKTM Kuantan 9 9. Peraturan Tetap (Panduan dan Etika) 10 10. Peraturan MSR 11 11. Lagu Negaraku dan Lagu MARA 12 12. Ikrar Pelajar 13 13. Programme Educationals Objectives and Programme Learning Outcome 14 14. Peta KKTM Kuantan 15 15. Carta Alir Pendaftaran 16 16. Layout Pendaftaran MSR 17 17. Jadual Minggu Silaturrahim sesi Julai - Disember 2023 18 ISI KANDUNGAN
Tahniah dan selamat datang kerana anda telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kuantan (KKTMKu). Pilihan anda adalah tepat kerana KKTMKu merupakan gerbang kejayaan anda di masa 1hadapan. Semoga peluang yang diberikan ini tidak disia-siakan, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda sekalian untuk memajukan diri seterusnya menjadi insan yang cemerlang serta kompeten. Program Minggu Silaturahim (MSR) yang diadakan khas bagi siswa-siswi baru merupakan komitmen kami di KKTMKu untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan memberikan pengisian-pengisian terkini kepada siswa-siswi sebaik sahaja mereka mendaftar diri. Ianya juga bertujuan memberi pendedahan kepada para siswa-siswi baru tentang kehidupan serta budaya pembelajaran yang perlu dikuasai oleh mereka, disamping mempersiapkan diri dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran di sini. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya supaya siswa-siswi yang merupakan bakal jurutera dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan bagi mencapai kecemerlangan bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi cemerlang juga dalam aktiviti ko-kurikulum. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR sesi Julai - Disember 2023 di atas komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sekian, terima kasih 2 Assalamualaikum w.b.t, Kata Alu-Aluan Pengarah KKTM KUANTAN IR. KHAIRUL HISHAM BIN ABD KADAR Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas restu limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di dalam Minggu Silaturrahim (MSR) ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana telah berjaya melangkah masuk ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan. Saya amat berharap agar pelajar yang berkumpul pada hari ini dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar, anak MARA dan hamba Allah yang lebih baik dan sempurna di sini. Semoga, tanggungjawab yang dijalankan dengan sempurna akan melahirkan pelajar yang bukan sahaja dibanggakan ibu bapa tetapi cemerlang di dunia mahupun di akhirat kelak. Minggu Silaturahim (MSR) ini diharap dapat membantu para pelajar dalam mengadaptasi kehidupan sebagai seorang pelajar kolej seterusnya memperkasakan lagi displin para pelajar. Selain daripada itu, pihak kolej juga akan memberikan pelbagai pengisian dan input yang terkini bagi memudahkan keberlangsungan perjalanan pembelajaran dan pengajaran di kolej nanti. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kolej terutamanya Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR kerana berjaya menganjurkan program kali ini.Saya doakan semoga majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada kita serta direstui Allah s.w.t. Sekian, terima kasih. 3 Assalamualaikum w.b.t, Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik HAJI AHMAD LUKMAN BIN HITAM Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas restu limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di dalam Minggu Silaturrahim (MSR) ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana telah berjaya melangkah masuk ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan. Saya amat berharap agar pelajar yang berkumpul pada hari ini dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar, anak MARA dan hamba Allah yang lebih baik dan sempurna di sini. Semoga, tanggungjawab yang dijalankan dengan sempurna akan melahirkan pelajar yang bukan sahaja dibanggakan ibu bapa tetapi cemerlang di dunia mahupun di akhirat kelak. Minggu Silaturahim (MSR) ini diharap dapat membantu para pelajar dalam mengadaptasi kehidupan sebagai seorang pelajar kolej seterusnya memperkasakan lagi displin para pelajar. Selain daripada itu, pihak kolej juga akan memberikan pelbagai pengisian dan input yang terkini bagi memudahkan keberlangsungan perjalanan pembelajaran dan pengajaran di kolej nanti. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kolej terutamanya Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR kerana berjaya menganjurkan program kali ini.Saya doakan semoga majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada kita serta direstui Allah s.w.t. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t, Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar WAN KHAIRUDDIN BIN WAN SULONG Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan 4
YOUR BUSINESS NAME HERE Salam sejahtera dan syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya kerana diberi penghormatan untuk mempengerusikan Jawatankuasa MSR sesi Julai - Disember 2023. Dengan itu, saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar sekalian dan semoga anda menggunakan peluang yang telah diberikan kepada anda sebaiknya. Untuk pengetahuan pelajar sekalian, tujuan MSR ini diadakan adalah untuk mendedahkan selok-belok sistem pembelajaran dan penilaian yang digunakan oleh kolej ini serta mengenali KKTM Kuantan dengan lebih dekat lagi. Jati diri serta disiplin pelajar sekalian akan diperkasakan serta dipertajamkan untuk menyediakan anda sekalian dengan alam pengajian diploma yang serba mencabar. Hubungan yang erat diantara pelajar sekalian dengan tenaga kerja akan dipupuk bagi mengeratkan lagi tali silaturahim. Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa MSR sesi ini di atas komitmen yang anda berikan. Semoga objektif MSR akan tercapai dengan jayanya. Sekali lagi, selamat datang dan tahniah diucapkan kepada pelajarpelajar baru kerana berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian anda sekalian di KKTM Kuantan. Sekian, terima kasih. According to Wikipedia, a paragraph is a self-contained unit of a discourse in writing dealing with a particular point or idea. A paragraph consists of one or more sentences. Though not required by the syntax of any language. According to Wikipedia, a paragraph is a self-contained unit of a discourse in writing dealing with a particular point or idea. A paragraph consists of one or more sentences. Though not required by the syntax of any language. Kata Alu-Aluan Pengerusi JK Pendaftaran dan MSR Assalamualaikum w.b.t, MOHD AZFITRY BIN ZOLKHIFLY Pengerusi Minggu Silaturahim Sesi Julai - Disember 2023 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan 5
Segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat kita mengadakan lagi Minggu Silaturrahim bagi Sesi Julai - Disember 2023. Saya berbesar hati mengalukan kedatangan para pelajar ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan bagi meneruskan pengajian masing - masing. Selamat datang serta syabas dan tahniah saya ucapkan. Alam pengajian di kolej semestinya tidak sama seperti alam sekolah dahulu. Dengan Minggu Silaturrahim (MSR) yang diadakan ini, diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak para pelajar dalam menjalani kehidupan di kolej nanti. Sudah pasti akan ada suka dan duka di sini nanti dan semoga itu menjadi pengalaman yang bermakna untuk para pelajar nanti. Setinggi penghargaan saya buat ahli Jawatankuasa Pendaftaran dan MSR sesi Julai - Disember 2023 dalam memastikan program kali ini berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. According to Wikipedia, a paragraph is a self-contained unit of a discourse in writing dealing with a particular point or idea. A paragraph consists of one or more sentences. Though not required by the syntax of any language. According to Wikipedia, a paragraph is a self-contained unit of a discourse in writing dealing with a particular point or idea. A paragraph consists of one or more sentences. Though not required by the syntax of any language. YOUR BUSINESS NAME HERE Kata Alu-Aluan Penyelaras JK Pendaftaran dan MSR Assalamualaikum w.b.t, MOHD HAFIZ BIN RODZI Penyelaras Minggu Silaturahim Sesi Julai - Disember 2023 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan 6
KETUA PROGRAM KUALITI & PRODUKTIVITI Hj, Wan Musa Bin Wan Mahmud CARTA ORGANISASI AHLI TERTINGGI KKTM KUANTAN PENGARAH Ir. Khairul Hisham Bin Abd Kadar Timbalan Pengarah (HEA) Hj. Ahmad Lukman Bin Hitam KETUA PROGRAM PROSES & TEKNOLOGI Fauziah Binti Ibrahim KETUA PROGRAM PEMBUATAN AUTOMOTIF Zakhlis Anwar Bin Jalis KETUA PROGRAM REKABENTUK PEMBUATAN Muhammad Jamil Bin Mashdar KETUA PROGRAM AUTOMASI INDUSTRI & ROBOTIK Rofidah Binti Ismail KETUA JABATAN PENGAJIAN AM Rozie Binti Zakariah PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI & TEKNOUSAHAWAN Zuraini Binti Zulkifli Timbalan Pengarah (HEP) Wan Khairuddin Bin Wan Sulong UNIT PEPERIKSAAN & PERSIJILAN Wan Mohd. Khairuddin Bin Wan Mat 7
MOTO Keusahawanan dan Pendidikan Global OBJEKTIF KKTM KUANTAN Menjadi institusi pendidikan tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industri dan Teknousahawan. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.SE. (Religous, Innovative, Skills and Entrepreneurship. Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik. Menjadi institusi pendidikan TVET yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. MISI Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan. Tentang MARA NILAI BERSAMA Amanah Rakyat VISI Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa. 8
Latihan Industri 181 DKA 69 DKI 62 DKP 45 DKN 37 DKQ 25 Program yang ditawarkan DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN KUALITI & PRODUKTIVITI (DKQ) 01 DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN PROSES & TEKNOLOGI (DKP) 02 DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN AUTOMOTIF (DKA) 03 DIPLOMA KEJURUTERAAN REKABENTUK PEMBUATAN (DKN) 04 DIPLOMA KEJURUTERAAN AUTOMASI 05 INDUSTRI & ROBOTIK (DKI) Latihan Industri Pengajian Teknikal Kokurikulum Pengajian Am LATAR BELAKANG KKTM KUANTAN Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTMKu) merupakan sebuah kolej yang ditubuhkan oleh MARA di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh. KKTM Kuantan mula beropersi pada 9 Mei 2008 dan merupakan kolej yang keempat dibina MARA serta mempunyai keluasan tapak seluas 75 ekar yang terletak di Kilometer 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur. JUMLAH PELAJAR SETAKAT JULAI 2023 KOMPONEN LATIHAN KEMAHIRAN MARA @kktmkuantan @kktmku.official kuantan.kktm.edu.my @kktmkuantan 9
Minggu Silaturahim (MSR) adalah suatu kelaziman dan merupakan keperluan semua institut pendidikan bagi menyambut kedatangan pelajar baru. Tidak ketinggalan KKTM Kuantan turut mengadakan MSR kepada pelajar-pelajar baru. PERATURAN TETAP (PANDUAN DAN ETIKA) Objektif Minggu Silaturrahim Sepintas Lalu Minggu Silaturrahim Mengeratkan tali persaudaraan dan sikap membantu antara pelajar baru dan lama Melahirkan sikap bertatatertib dan bertanggungjawab kepada peraturanperaturan KKTM Kuantan. Menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran KKTM Kuantan. Memberi kesedaran dan semangat yakin diri kepada pelajar baru untuk menghadapi cabaran dan rintangan sebelum memulakan latihan. Mewujudkan dan menanamkan perasaan hormat dan menghormati di antara sesama pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan disemua peringkat. Mendedahkan pelajar baru dengan sistem latihan dan peraturan KKTM Kuantan. . 10
PERATURAN MSR ‘Ragging’ adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib pada mereka yang terlibat. Semua aktiviti MSR adalah berdasarkan aturcara yang telah ditetapkan. Semua aktiviti akan dikelolakan oleh AJK MSR dan Majlis Perwakilan Pelajar. Tindakan tatatertib akan diambil kepada pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti mencuri, merosakkan harta benda KKTM, mengganggu pelajar lain, mengambil benda-benda yang merosakkan tubuh badan , bergaduh, berpakaian tidak sopan/kemas dan yang seumpamanya. Setiap pelajar dikehendaki memakai tanda nama masing-masing disepanjang MSR. Memberi salam sesama pelajar baru, lama, tenaga pengajar dan kakitangan. Tidak dibenarkan bercuti, datang lewat atau membuat sebarang urusan lain sepanjang MSR kecuali dengan kebenaran. Kepada pelajar perempuan, tidak dibenarkan memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, rantai tangan dan lain-lain. Semua pelajar perempuan MUSLIM dikehendaki memakai tudung . Semasa ativiti dijalankan, pelajar dikehendaki memakai seluar sukan, baju T-MSR, berkasut getah dan yang bersesuaian dengan sesuatu aktiviti. Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan kecuali mendapat kebenaran. KKTM Kuantan adalah kawasan larangan merokok sepanjang tempoh pengajian. Pelajar adalah dilarang keluar dari kawasan KKTM semasa MSR kecuali dengan kebenaran AJK MSR. Asrama puteri adalah kawasan larangan bagi semua pelajar lelaki dan asrama putera adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan. Semua barangan berharga (wang,telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain) adalah tanggungjawab pelajar sendiri, Jika berlaku sebarang kecurian/kehilangan pihak AJK MSR tidak akan bertanggungjawab. 11
LAGU NEGARAKU LAGU MARA Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta Demi Satu Keunggulan Bangsa Yang Berdaulat Sebuah Lambang Menawan Puncak Jaya Perkasa Di Persada Dunia Obor Para Cendekia Merentas Masa Hadapan Usahawan Jaya Tercipta Bahagia Maju MARA Maju Jaya MARA Perkasa, Menjunjung Amanah Rakyat Memayungi Bangsa dan Negara Bersemangat Perintis Penuh Yakin Demi Satu Amanah Mulia MARA Perkasa, Menjunjung Amanah Rakyat Memayungi Bangsa dan Negara Penuh Keyakinan Demi Satu Amanah Mulia 12
Bahawasanya Kami Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan Dengan penuh kerelaan berikrar Menggunakan peluang dengan sepenuhnya Untuk meninggikan taraf kemahiran dan pengetahuan Mematuhi undang-undang dan segala peraturan institut dengan sepenuhnya menjaga dan memelihara nama baik institut menghormati kakitangan institut dan sesama pelajar serta memelihara harta benda MARA dengan sebaik-baiknya Menghormati tatasusila berdasarkan agama dan bersopan santun dari segi kelakuan dan berpakaian serta rupa diri Sekiranya kami melanggar ikrar ini kami boleh dihukum dengan ditarik balik segala kemudahan yang diberi oleh KKTM atau diberhentikan belajar di KKTM IKRAR PELAJAR 13
14
1 5
16 CARTA ALIR PENDAFTARAN
17
18