ISI KANDUNGAN BIL BUTIRAN MUKA SURAT 1.0 TUJUAN 1 2.0 LATAR BELAKANG 1 3.0 OBJEKTIF 1 4.0 SUMBER KEWANGAN 1 5.0 KUMPULAN SASARAN 1 6.0 KAEDAH/TENTATIF PELAKSANAAN 2 7.0 JAWATANKUASA 2 8.0 PELAPORAN PBL STEM BERSEPADU TAHUN 2023 3 - 15
1.0 PENGENALAN Sk St Anne’s FoodFest Day ini merupakan salah satu aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu murid Tahun 6 yang akan diadakan di peringkat sekolah. Ia adalah satu kaedah pembelajaran yang berfokuskan tugasan secara praktikal yang dibuat secara terancang dalam jangka masa tertentu dan merentas kurikulum. Ia adalah satu aktiviti yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dalam kelas. Selain itu, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kognitif mereka kepada proses praktikal, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Gerai jualan akan diuruskan bersama diantara murid, guru dan ibu bapa dari latar belakang yang berbeza juga meningkatkan keeratan hubungan silaturahim dalam komuniti sekolah, khususnya keluarga Sk St Anne itu sendiri. Gerai yang terlibat akan mengadakan jualan seperti nasi ayam, makanan ringan, buah-buahan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi sifat kepimpinan, kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. 2.0 LATAR BELAKANG Inisiatif untuk mengintergrasikan mata pelajaran STEM dengan mata pelajaran Bukan STEM perlu dilaksanakan dalam memantapkan kefahaman dan perlaksanaan pendidikan STEM. Oleh itu, PBL kali ini adalah pengabungjalinan beberapa mata pelajaran merupakan satu langkah penambabaikan PdPc yang baik bagi memupuk kefahaman, kreativiti daan daya inovasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Murid perlu diberi platform untuk mengintergrasi, mencuba dan menzahirkan idea serta mengaplikasikan pengetahuan berasaskan kefahaman dalam mata pelajaran yang berbeza. Perkaitan antara mata pelajaran ini akan mudah difahami secara teori dan dipersembahakan secara pratikal. 3.0 OBJEKTIF Pelaksanaan PBL STEM Bersepadu ini akan membantu pihak sekolah dan panitia mencapai objektif berikut: 1. Memperkasakan amalan STEM Bersepadu di peringkat sekolah dengan lebih sistematik dan menyeluruh. 2. Mewujudkan kerjasama antara panitia dalam melaksanakan PBL STEM Bersepadu. 3. Memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan teori kepada praktikal berasaskan kefahaman yang dipelajari semasa di dalam kelas. 4.0 SUMBER KEWANGAN Kewangan Jualan Kupon dan Peruntukan Kelab Guru. 5.0 KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 6 Berlian dan 6 Zamrud seramai 72 orang. 1
6.0 KAEDAH/TENTATIF PELAKSANAAN Bil Tarikh Perancangan Peserta 1 06.06.2023 SLU 1: Perancangan PBL STEM Bersepadu Tahun 6 Pentadbir, Penyelaras STEM dan Ketua Panitia 2 07.06,2023 SLU 2: Hebahan PBL STEM Besepadu Tahun 6 dan pembahagian kumpulan Murid Tahun 6 3 08.06.2023 SLU 3: 1. Hebahan PBL STEM Besepadu Tahun 6 dan pembahagian kumpulan Semua guru 2. Penyusunan PBL STEM Bersepadu Tahun 6 Guru mata pelajaran terlibat 4 12.06.2023 – 20.06.2023 Pelaksanaan Pdpc untuk Topik (SK dan SP) berkaitan dengan PBL STEM Bersepadu Tahun 6. 5 19.06.2023 – 20.06.2023 Persediaan PBL STEM Besepadu Tahun 6 Mentor kumpulan Murid Tahun 6 6 21.06.2023 Hari PBL STEM Besepadu Tahun 6 7.0 JAWATANKUASA PBL STEM BERSEPADU TAHUN 2023 Penasihat : Puan Chua Lai Eng @ Cecilia (Guru Besar) Pengerusi : Puan Josephine James Adong (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi I : Cik Diana Farahdila Binti Fadli (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi II : Puan Norhayati Binti Abdul Razak (Guru Penolong Kanan HEM) Penyelaras STEM/ Setiausaha : Puan Cindy Vincent (Guru Kelas 6 Berlian) Penyelaras Pengurusan Murid : Puan Delim binti Lee (Guru Kelas 6 Zamrud) 2
8.0 PELAPORAN PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU TAHUN 2023 PELAPORAN PELAKSANAAN PBL STEM BERSEPADU TAHUN 2023 1 Nama dan Kod Sekolah SKK SK ST ANNE (WCA1020) 2 Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANNE PETI SURAT 82196, 87032 W.P LABUAN 3 Aras TAHAP 2 4 Tahun TAHUN 6: • 6 BERLIAN • 6 ZAMRUD 5 Bilangan murid terlibat 72 ORANG 6 Tajuk CELIK PENGURUSAN KEWANGAN 7 Tempoh pelaksanan 3 MINGGU (6 JUN 2023 – 21 JUN 2023) 8 Isu Murid kurang mengaplikasikan kemahiran keusahawanan kerana tiada pendedahan secara praktikal dibuat. 9 Pernyataan masalah Penerapan pemikiran secara kritis dan menyelesaikan masalah di kalangan murid masih perlu dibimbing agar murid-murid berupaya untuk membuat keputusan secara bijak. Hasil pemerhatian mendapati terdapat murid berbelanja wang saku sesuka hati tanpa mengambil kira harga makanan dan kualiti makanan tersebut. 10 Idea Utama • Isu ini membawa kepada perbincangan guru dengan muridmurid bagi mencari intervensi supaya amalan kemahiran keusahawan dan pengurusan kewangan dalam aktiviti rutin mereka. • Berdasarkan hasil perbincangan guru dan murid tahun 6, murid-murid berminat untuk mengadakan projek “Sk St Anne’s FoodFest Day”. • Murid mencadangkan supaya pada hari tersebut diadakan penjualan makanan. Justeru itu, projek ini dilaksanakan bagi tujuan tersebut. 11 Mata Pelajaran terlibat ▪ MATEMATIK (MT) ▪ SAINS (SN) ▪ PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) 12 Mata Pelajaran Hos MATEMATIK 3
13 Garis masa pelaksanaan (Minggu) MP M1 (5-9 JUN 23) M2 (12- 16 JUN 23) M3 (19-21 JUN 23) SN / / / MT / / / PSV / / 14 Rancangan Pelajaran PBL Bersepadu a. Standard Kandungan (SK) Mata Pelajaran SK SN 3.1 Proses Hidup dan Kesan Tindakan Mikroorganisma MT 3.1 Pengurusan Kewangan PSV 2.1 Kemahiran Seni Visual 4
b. Standard Pembelajaran (SP) Mata Pelajaran SP SN 3.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang mikroorganisma melalui melalui lakaran, TMk, penulisan atau lisan secara kreatif. MT 3.1.2 Menentukan harga kos, harga jualan, untung, rugi, diskaun, rebat, faedah, dividen dan cukai perkhidmatan. PSV 2.1.3 Mengeksplorasi media dan teknik gabungan antara bidang untuk penghasilkan karya atau produk. c. Ringkasan aktiviti MP M1 (5-9 JUN 2023) M2 (12- 16 JUN 2023) M3 (19-21 JUN 2023) SN ▪ Hebahan tentang projek yang dijalankan. ▪ Pembahagian kumpulan ▪ Murid mengkaji maklumat tentang kebaikan dan keburukan mikroorganisma. Sk St Anne’s FoodFeast Day”/ Showcase MT Murid mengenalpasti maksud dan belajar mengira harga kos, harga jual, untung dan rugi produk jualan. PSV Murid mempelajari bidang menggambar untuk menghasilkan rekaan iklan yang menarik untuk gerai masing-masing. 5
d. Pentaksiran MP Tugasan Alat Pentaksiran SN Menyediakan produk jualan mengunakan pelbagai kaedah teknologi makanan setelah mengetahui kebaikan dan keburukan mikroorganisma. ▪ Lisan – murid menyatakan kebaikan dan keburukan mikroorganism a ▪ Pemerhatian – Rubrik penilaian diisi oleh mentor MT Menyediakan kiraan harga kos, harga jualan, untung dan rugi hasil jualan. ▪ Pemerhatian – murid belajar pengiraan di dalam kelas ▪ Penulisan – Borang Untung Rugi diisi oleh murid selepas sesi jualan berakhir PSV Menghasilkan poster jualan gerai masing-masing. ▪ Lisan – murid berbincang mengenai jenis media yang sesuai untuk membuat poster jualan ▪ Penulisan - menghasilkan poster jualan gerai masingmasing. e. Refleksi Projek berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua murid Tahun 6. PENGETAHUAN ▪ Murid dapat mempelajari tajuk dengan melibatkan pengintegrasian mata pelajaran. KEMAHIRAN ▪ Murid lebih mahir dengan penguasaan tajuk yang dipelajari. ▪ Murid mahir menghasilkan produk jualan yang menarik. NILAI ▪ Murid dapat memupuk nilai kerjasama dalam 6
kumpulan. Murid dapat belajar untuk menghargai wang saku pemberian ibu bapa. GURU • Kerjasama dan komitmen dalam kalangan guru sangat baik semasa pelaksanaan PBL STEM Bersepadu. • Amalan pembudayaan STEM peringkat awal di sekolah berjaya. 15 Laporan perbelanjaan Bil Bahan/ Peralatan Kuantiti Kos (RM) Jumlah (RM) 1 Wang Modal Kumpulan 17 100.00 1700.00 Jumlah 1700.00 Nota: Wang modal disediakan oleh kelab guru kepada gerai muridmurid sebagai modal bantuan pemula. 16 Isu/Cabaran Pelaksanaan Isu/Cabaran: • Terdapat gerai murid yang mengalami masalah teknikal iaitu peralatan memasak elektrik tiba-tiba rosak semasa proses penyediaan bahan jualan dan menyebabkan gangguan kelancaran penjualan produk makanan. • Terdapat ahli kumpulan yang sakit dan tidak dapat hadir membantu aktiviti jualan. Cadangan penambahbaikan: ▪ Murid akan diminta untuk bersiap sedia dengan peralatan memasak lain sebagai ‘backup’. 17 Gambar Rujuk kepada lampiran. 7
LAMPIRAN
LAPORAN BERGAMBAR MINGGU 1 (5 – 9 JUN 2023) SESI LIBAT URUS 1: PERBINCANGAN MENGENAI PBL STEM BERSEPADU BERSAMA PENTADBIR, KETUA PANITIA MATEMATIK, KETUA PANITIA SAINS DAN KETUA PANITIA PSV SESI LIBAT URUS 2: HEBAHAN MENGENAI PBL STEM BERSEPADU BERSAMA SEMUA GURU SKSA SESI LIBAT URUS 3: HEBAHAN MENGENAI PBL STEM BERSEPADU BERSAMA MURID TAHUN 6 8
LAPORAN BERGAMBAR MINGGU 2 (12 – 16 JUN 2023) PEMBAHAGIAN KUMPULAN GERAI MURID DAN MENTOR MURID BELAJAR MEMBUAT KIRAAN UNTUNG RUGI DALAM SUBJEK MATEMATIK 9
MURID BERBINCANG DALAM KUMPULAN MENGENAI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MIKROORGANISMA SEMASA SUBJEK SAINS MURID MENGEKSPLORASI MEDIA DAN TEKNIK GABUNGAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR UNTUK PENGHASILKAN PRODUK SEMASA SUBJEK PSV. 10
LAPORAN BERGAMBAR MINGGU 3 (19 – 21 JUN 2023) TAKLIMAT TERAKHIR SEBELUM BERMULA SHOWCASE SK ST ANNE’S FOODFEAST DAY PERSEDIAAN GERAI MURID DARI SEGI POSTER IKLAN JUALAN DAN PRODUK JUALAN PERSEDIAAN GERAI MURID DARI SEGI HIASAN GERAI 11
MURID MENYEDIAKAN PRODUK JUALAN GERAI DENGAN BIMBINGAN MENTOR MURID MEMBUAT TARIKAN JUALAN DENGAN MENGGUNAKAN POSTER IKLAN JUALAN YANG DIREKA SENDIRI CONTOH POSTER IKLAN JUALAN 12
AKTIVITI JUAL BELI BERLANGSUNG AKTIVITI JUAL BELI BERLANGSUNG AKTIVITI JUAL BELI BERLANGSUNG 13
TIGA GERAI JUALAN YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN TERTINGGI 14
CONTOH PENTAKSIRAN MELALUI PEMERHATIAN MENGGUNAKAN BORANG RUBRIK OLEH MENTOR GERAI 15