The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Colorful World Book Day Book Competition School Library Announcement (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasuhaharis20, 2022-05-24 12:16:33

Colorful World Book Day Book Competition School Library Announcement (1)

Colorful World Book Day Book Competition School Library Announcement (1)

Buku Cerita Kanak-Kanak

SI RARA YANG
ANGKUH



Nasuha Haris

Rara adalah budak yang sombong dan
suka perhatian. Dia adalah anak
daripada keluarga yang kaya raya
dan merupakan anak bongsu kepada
Encik Amir dan Puan Alisa.

Mina pula adalah budak yang baik dan
dia selalu menegur kesalahan Rara
sekiranya Rara melakukan perbuatan
yang tidak baik. Mina dan Rara adalah
sahabat karib

Yani adalah pelajar yang bijak,
cantik dan peramah namun Yani
berasal daripada keluarga yang
sederhana.

Pada suatu hari, ada

seorang budak perempuan

yang bernama Rara bermain

di taman permainan di

dalam kawasan

perumahannya.

Rara pun menunggu kehadiran Mina di
taman permainan. Sementara itu, Rara
pun bermain dengan gembiranya. Pada
petang itu, ramai kanak-kanak yang
bermain di taman perumahan tersebut.

“Rara, mari kita
bermain buaian
di sana”

“Baiklah Mina,
mari kita ke
sana”

Taman tersebut hanya menyediakan dua buaian sahaja. Mina
mengajak Rara bermain buaian di taman itu. Namun, pada
saat itu, ada seorang budak lelaki tengah bermain buaian
tersebut bersendirian. Rara pun menghampiri budak lelaki itu
dan memintanya untuk pergi dari kawasan buaian tersebut.

“Aku tak nak pergi, aku masih ingin
bermain di sini, lagipun aku dulu yang
dapat buaian ini” Balas budak lelaki itu.

“Oi, aku ingin bermain di sini, aku nak
kau pergi dari sini” kata Rara kepada
budak lelaki tersebut. Rara pun mengajak
Mina untuk bermain di buaian tersebut

“Mari kita

“Aduh! pergi dari sini,
Sakitnya kaki
ku” Mina”

“Tidak Rara, mari
kita tolong dulu
budak lelaki ini.
Dia sedang
kesakitan”

Rara yang mula marah telah menolak budak
lelaki tersebut sehingga terjatuh ke tanah.
Budak lelaki itu mengerang kesakitan
sehingga membuatkan dia menangis.

Keadaan itu pun membuatkan Rara mengajak
Mina beredar dari tempat tersebut.

Tetapi pada saat itu Rara memaksa Mina dan menarik
tangan Mina untuk bergegas pergi meninggalkan budak
lelaki itu.
Setelah meninggalkan budak lelaki tersebut, Mina memarahi
sahabatnya dan menasihatkan agar tidak mengulangi
perbuatan yang tidak baik.

Setelah kejadian tersebut, mereka berdua pun pulang ke
rumah masing-masing.

Pada keesokan hari, Rara bersiap untuk pergi ke sekolah dan
membawa patung miliknya yang baru sahaja dibelikan oleh
ayahnya. Patung tersebut sangat mahal sehingga membuatkan
Rara bangga memiliki patung barunya itu.

Rara ingin mempamerkan patungnya yang
cantik dan mahal itu kepada Mina dan rakan
sekelasnya tanpa pengetahuan ibu bapa nya.
Rara pun pergi ke sekolah dengan hati yang
girang!

Setibanya di sekolah, Rara dan
Mina pergi ke kelas bersama-
sama. Pada hari yang sama,
terdapat pelajar baru yang
berpindah ke sekolah Rara dan
Mina iaitu Yani.

Kelas Anugerah

Semasa Yani

memperkenalkan

dirinya, Rara berasa

cemburu dengan

kecantikan Yani yang

menawan itu.

“Wah, Cantiknya budak baru itu” kata Mina
“Ish, tak cantik pun biasa sahaja” kata Rara
kepada Mina.

Rara berasa kesal terhadap Yani kerana semua
rakan di kelas tersebut suka berkawan dengan Yani
memandangkan dia juga orang yang sangat ramah
dan cantik.

Disebabkan kekesalan dan kemarahan Rara kepada Yani, Rara
membuat rancangan jahat kepada Yani agar rakan sekelasnya
tidak menyukai Yani. Rara pun menuduh Yani mencuri patung
yang dibawanya ke sekolah pada hari itu. Rara menyakinkan
semua orang bahawa Yani mencuri patung mahal milik Rara.
Rara pun membuat kecoh di kelas dan menuduh Yani.

“Eh tak lah,
saya tak curi
pun barang
awak”

“Hei! Kau yang
curi patung
aku kan?”
tuduh Rara

Guru kelas Anugerah pun datang dan
melakukan pencarian barang yang
hilang. Rara juga meminta Cikgu Amina
memeriksa beg Yani terlebih dahulu dan
yakin bahawa barang tersebut ada dalam
beg Yani.

Selepas melakukan pemeriksaan

patung kepunyaan Rara itu tidak

ada di dalam beg Yani sehingga

menyebabkan Rara terkejut dan

merasa takut patung

kesayangannya itu.

“Sabar Rara, jangan
tuduh orang sesuka
hati tanpa bukti, cikgu
akan periksa semua
beg di dalam kelas ini”

“Sebelum saya ke

kantin tadi, saya

ternampak Yani

bersendirian di dalam

kelas. Saya yakin

dialah pencurinya!”

Pada saat itu, Mina menghampiri Cikgu Amina,
Rara dan Yani seterusnya menceritakan perkara
yang sebenar kepada Cikgu Amina. Rara pun
kesal dengan Mina kerana memalukan dirinya
dihadapi Cikgu dan rakan-rakan yang lain.

“Cikgu, sebenarnya patung “Rara, kenapa kau
melakukan seperti
Rara itu tidaklah dicuri itu kepadaku?”

tetapi Rara sendiri

meletakkan patung

tersebut di dalam beg

Yani”

Rara terdiam dan hanya
mampu tertunduk malu.

Sewaktu Rara melakukan

rancangan jahatnya itu,

Mina secara tidak sengaja

ternampak perbuatan

sahabatnya itu.

“Mesti Rara

ingin

mengenakan

Yani”

Selepas Rara keluar dari kelas,
Mina mengeluarkan patung itu dari
beg Yani kerana mengetahui
perbuatan jahat Rara.

Bilik Disiplin

Rara dimarahi Cikgu “Kamu tidak sepatutnya tidak
Amina selepas mengetahui menuduh rakan kamu, lagipun
perkara sebenar kerana kamu sendiri yang membawa
menuduh Yani mencuri barang larangan ke sekolah.
dan memanggil Rara ke Kamu telah melanggar peraturan
bilik disiplin. sekolah dan cikgu akan
memanggil ibu bapa kamu ke
sekolah”

Mina juga kecewa atas perbuatan Rara dan semua
rakan-rakan di kelasnya berasa tidak selesa berkawan
dengan Rara
Akhirnya, Rara tidak lagi rapat dengan Mina dan dia
juga tidak lagi mendapat layanan yang istimewa
daripada ibu bapanya.

-TAMAT-

Si Rara Yang Angkuh

Pengajaran daripada cerita: perbuatan yang jahat seperti
menuduh atau memfitnah, dengki dengan orang lain akan
mendapat balasan. Orang di sekeliling kita juga akan menjauh
dari kita disebabkan rasa tidak selesa berkawan dan kecewa
dengan perbuatan kita. Kita juga tidak selamanya berada diatas
dan kadangkala hidup kita juga akan berada dibawah.

Diterbitkan oleh:
N Publisher Sdn Bhd (6717367-H)
E-mel: [email protected]
Laman web: www.npublisher.com.my
Tel: +603-114-9898
Faks: +603-099-4334
Hak Cipta N Publisher Sdn Bhd


Click to View FlipBook Version