INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER: 2 TAHUN: 1 PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TUGASAN 2: PENULISAN ESEI NAMA PELAJAR NUR AMYLIA NATASHA BINTI KHAIRUL HISHAM ANGKA GILIRAN 2022232440144 NOMBOR KAD PENGENALAN 031114040126 KUMPULAN/UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (A) NAMA PENSYARAH ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH HANTAR 9 MAC 2024
BORANG AKUAN PELAJAR NAMA NUR AMYLIA NATASHA BINTI KHAIRUL HISHAM NO. KAD PENGENALAN 031114040126 TAJUK PROGRAM PISMP KOD DAN NAMA KURSUS PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK SEMESTER 2 / 2024 – JAN – MEI 2024 Saya, dengan ini mengaku tugasan PAKK3424 (Perkembangan Fizikal Kanakkanak) yang saya hasilkan ini adalah asli dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menyalin atau meniru mana-mana tugasan lain. Dengan ini saya mengaku bahawa : 1. Dengan ini dimaklumkan bahawa hasil idea dalam tugasan ini dirujuk kepada bahan-bahan bercetak. 2. Tidak meniru daripada tugasan atau pelajar lain. 3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan. 4. Telah membuat rujukan daripada pelbagai bahan rujukan seperti yang dilampirkan. Dengan ini saya memahami bahawa sekiranya terdapat peniruan atau penipuan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis berhak mengenakan tindakan disiplin kepada Buku Panduan Pelajar terkini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, Tandatangan Pelajar Tandatangan Pensyarah NAMA : NUR AMYLIA NATASHA BINTI KHAIRUL HISHAM NAMA : ZAINUDIN BIN RAMLI TARIKH : 9 MAC 2024 TARIKH :
PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Disediakan oleh NUR AMYLIA NATASHA BINTI KHAIRUL HISHAM PAKK3424 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
PENGENALAN DIRI NAMA NUR AMYLIA NATASHA BINTI KHAIRUL HISHAM KELAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (A)
PENDAHULUAN Perkembangan fizikal merupakan sebuah aspek penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Hal ini kerana perkembangan fizikal yang sihat dapat memastikan kanak-kanak menjalani kehidupan seharian mereka tanpa sebarang masalah. Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dikaitkan dengan kebolehan kemahiran motor halus dan motor kasar yang melibatkan kekuatan otot, anggota badan dan koordinasi badan (Zaleha Damanhuri, 2016).
KEMAHIRAN MOTOR HALUS Motor halus merangkumi otot-otot kecil seperti otot jari yang sering digunakan untuk menggenggam, memegang dan mencubit. Kebolehan menggunakan otototot kecil ini dinamakan sebagai kemahiran motor halus dan kebiasaannya diberikan penekanan terhadap kanakkanak untuk melatih kekuatan otot-otot jari mereka. Menurut Health Pulse, kemahiran motor halus boleh ditakrifkan sebagai koordinasi diantara otot-otot halus dan pergerakan mata.
Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk memindahkan cawan kertas dengan meletakkan belon di bibir cawan dan menggenggamnya untuk memindahkan cawan kertas dari titik A ke titik B. Aktiviti ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata kanak-kanak serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan. AKTIVITI FIZIKAL MOTOR HALUS “Genggam, Angkat dan Lari!”
Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti Apabila semua cawan dipindahkan ke titik B, murid B perlu memindahkannya semula ke titik A. Guru memberi arahan kepada murid-murid dan menunjukkan demonstrasi pelaksanaan aktiviti. Bahagikan murid-murid secara berpasangan. Murid A perlu memindahkan cawan kertas dari titik A ke titik B manakala murid B perlu menunggu di titik B. 1 2 3 4
Pemilihan Bahan & Jenis Bahan Belon diperbuat daripada getah dan mempunyai tekstur yang kesat dan anjal. Teksturnya yang kesat membolehkan kanak-kanak untuk mencengkamnya dengan mudah. Selain itu, sifatnya yang anjal pula memudahkan kanak-kanak untuk menggenggamnya di samping dapat melatih otot-otot jari mereka. BELON CAWAN KERTAS Cawan kertas yang diperbuat daripada kertas menjadikan ia lebih selamat dan tidak mudah pecah. Di samping itu, kos yang rendah memberi kemudahan kepada guru untuk menyediakannya dalam kuantiti yang banyak.
Ciri-ciri & Kesesuaian Bahan BELON CAWAN KERTAS Ciri belon yang lembut dan anjal menyebabkan ia mudah dipicit, digenggam dan tidak boleh mengakibatkan kepada kanak-kanak. Selain itu, warnanya yang terang dan pelbagai dapat memberi kesan terhadap emosi, jiwa serta pertumbuhan tingkah laku dan kognitif kanak-kanak (Siti Zarinah Sahib, 2019) menjadikan ia bahan PdP yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan aktif kanakkanak. Ciri cawan kertas yang ringan membolehkan ia mudah untuk diangkat oleh kanak-kanak. Permukaannya yang melengkung dapat memberi cengkaman yang kuat kepada kanak-kanak.
Aplikasi digital yang telah digunakan bagi pelaksanaan aktiviti fizikal motor halus ini adalah aplikasi ‘Spotify ’ di mana guru akan memainkan lagu kanak-kanak yang menarik ketika aktiviti berlangsung sebagai dorongan dan motivasi kepada murid-murid (Ahmad Farid, 2022). Aplikasi Digital
Kepentingan Bahan dalam PdP Kepentingan bahan-bahan maujud seperti belon dan cawan dapat memberikan murid-murid pengalaman langsung dan meneroka pelbagai jensi tekstur bahan dengan menggunakan deria sensori mereka. Dengan menggunakan belon, murid-murid dapat mengenal pasti permukaan kesat dan licin secara langsung. Malah ciri-ciri belon yang anjal dapat melatih otot halus kanak-kanak di samping jisimnya yang ringan memudahkan kanak-kanak untuk mengangkatnya ketika aktiviti berlangsung.
Kebolehpasaran Bahan Bahan-bahan yang digunakan dalam pelaksanaan aktiviti ini mempunyai daya kebolehpasaran tersendiri di mana bahan-bahan ini boleh digunakan dalam subjek yang lain. Contohnya, belon boleh digunakan dalam matapelajaran Sains bagi topik perbandingan berat dan ringan. Ciri-cirinya yang ringan sesuai dijadikan sebagai bahan ujikaji muridmurid prasekolah.
KEMAHIRAN MOTOR KASAR Kemahiran motor kasar melibatkan kumpulan otot besar ketika melaksanakan aktiviti pergerakan seperti berlari, melompat, berguling dan mengayuh. Kanak-kanak akan mengalami perkembangan motor kasar secara berperingkat sebelum menguasai pergerakan fizikal yang lebih kompleks. Contohnya, bayi akan cuba berguling terlebih dahulu sebelum cuba untuk berjalan. Kemahiran motor kasar juga melibatkan aspek-aspek seperti imbangan dan kelajuan tindak balas.
Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk membaling pundi kacang ke dalam petak teng-teng dan melompat ke dalam petak teng-teng tanpa melompat ke dalam petak yang mengandungi pundi kacang. Aktiviti ‘Throw & Hop ’ berupaya untuk melatih kemahiran motor kasar kanak-kanak yang melibatkan otot lengan dan betis. Di samping itu, aktiviti ini juga melatih kanak-kanak untuk mengimbangi badan mereka ketika melompat dari satu petak ke petak yang lain. AKTIVITI FIZIKAL MOTOR KASAR “Throw & Hop”
Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti Guru menunjukkan video demonstrasi pelaksanaan aktiviti dengan menggunakan aplikasi YouTube. Guru memberi arahan kepada muridmurid untuk beratur dalam barisan. Murid perlu membaling pundi kacang ke dalam petak teng-teng. Murid-murid perlu melompat ke dalam petak teng-teng mengikut turutan nombor. 1 2 3 4
Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti Apabila tiba di petak terakhir, murid dikehendaki pusing ke belakang dan melompat pulang ke petak pertama. Pundi kacang perlu dikutip ketika melompat pulang ke petak pertama. Guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk melompat ke dalam kotak yang betul. Guru juga perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam permainan ini. 5 6 7 8
Pemilihan Bahan & Jenis Bahan Pundi kacang yang bersaiz kecil dan ringan membolehkan ia mudah diangkat dan dibawa oleh kanak-kanak. Selain itu, pundi kacang yang diperbuat daripada kain dan dijahit kemas di bahagian sisi menjadikan ia tahan lasak serta boleh digunakan untuk aktiviti PdP yang lain. PUNDI KACANG Kapur boleh digunakan dalam pelbagai cara sama ada untuk melukis, menulis dan mewarna. Harganya murah dan dijual dengan kuantiti yang banyak. KAPUR
Pundi kacang yang berbentuk seperti bantal mini diisi dengan kacang hijau mempunyai tekstur yang lembut sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dalam aktiviti membaling dan menangkap. Selain itu juga ia dapat mengurangkan risiko kecederaan terhadap kanakkanak. Pundi kacang yang berwarna-warni juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain. PUNDI KACANG Garisan atau lakaran yang dibuat menggunakan kapur mudah untuk dipadam dengan air. Kapur yang diperbuat daripada pelbagai warna akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk turut serta dalam permainan. Ciri-ciri & Kesesuaian Bahan KAPUR
Aplikasi Digital Aplikasi digital yang telah digunakan bagi pelaksanaan aktiviti fizikal motor kasar ini adalah aplikasi ‘YouTube ’ di mana guru akan memainkan tayangan video langkah-langkah pelaksanaan bagi memudahkan murid-murid memahami peraturan permainan.
Kepentingan Bahan dalam PdP Penggunaan pundi kacang dalam aktiviti motor kasar ini dapat melatih murid untuk mengawal koordinasi otot dan mata ketika membaling pundi kacang ke dalam petak teng-teng. Hal ini kerana, mereka akan cuba menyasarkan petak yang mereka inginkan dengan membaling pundi kacang ke dalam petak tersebut.
Kebolehpasaran Bahan Bahan-bahan yang digunakan dalam pelaksanaan aktiviti ini mempunyai daya kebolehpasaran tersendiri di mana bahan-bahan ini mempunyai fungsi yang pelbagai. Contohnya, pundi kacang boleh digunakan dalam aktiviti PdP bagi matapelajaran matematik seperti operasi nombor.
RUJUKAN Ahmad Farid. (2022, Oktober 18). 8 Sebab Kenapa Lagu Kanak-Kanak Seperti 'Baby Shark' Penting Untuk Tumbesaran Anak Anda. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanakkanak/perkembangan/lagu-kanak-kanak/ Siti Zarinah Sahib. (2019, Julai 4). Warna mampu rangsang minda anak. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/471855/w arna-mampu-rangsang-minda-anak Zaleha Damanhuri. (2016). Perbezaan aspek perkembangan fizikal dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan menurut perspektif barat. Jurnal Komunikasi, 1(1), 137-148.