The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sebelum Nafas Terakhir mengisahkan Azli, pemuda yang terlalu mengejar kemewahan dunia hingga lupakan nikmat syurga.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarisha754, 2021-02-23 08:00:37

SEBELUM NAFAS TERAKHIR

Sebelum Nafas Terakhir mengisahkan Azli, pemuda yang terlalu mengejar kemewahan dunia hingga lupakan nikmat syurga.

Keywords: sejadah rindu

Aku terduduk sebaik sahaja mendengar berita itu. “Encik Azli, ibu encik dah meninggal dunia
pagi tadi.” Aku mula menitiskan air mata. Menangis teresak-esak meratapi pemergian insan
tersayang. Betapa besarnya dosaku terhadap seseorang yang kugelar ibu. Mesti kalian keliru,
bukan? Biar aku ceritakan kisahku.

Aku Azli bin Mat Azi atau lebih dikenali sebagai Botak. Remaja bermasalah? Itulah aku.
Kaki ponteng sekolah, kaki buli, mencuri, merokok. “Siapa lagi? Botak punya kerjalah tu.”
Itulah kata orang kampung. Mat Azi, bapaku sudah meninggal dunia sejak aku berusia 7 tahun
lagi. Serangan jantung. Ibuku pula? Dia tahu akan segalanya. Tentang diriku yang sering
menghampakan harapannya. Tentang diriku yang sering menghancurkan hatinya. Tetapi, ibu
tidak pernah mengeluh. Hanya tersenyum dan memberikan apa sahaja yang kuingini.

Genap usiaku 21 tahun aku semakin liar. “Botak, kau nak buat duit, tak?” Itulah pertanyaan
pertama yang menyebabkan aku terjerumus dalam kegelapan. “Ibu! Nak duit!” aku masih ingat
lagi sewaktu aku meminta duit pada ibuku semata-mata demi seuncang serbuk putih. “Ibu tak
ada duit lagi, Li.” Sepatutnya waktu itu aku sudah sedar. Apalah sangat pendapatan seorang
tukang jahit kampung. Tapi tidak. Aku merengus kasar merentap rantai emas di leher ibuku
sehingga tubuhnya jatuh di lantai. Ibuku mengaduh kesakitan. Rasa kasihan? Tak pernah pun
terbit dalam hati kerasku. Dengan rantai itu, aku mula berjinak-jinak menghisap dan mengedar
dadah. Aku meneruskan kegiatanku apabila aku nampak betapa besarnya hasil kerja haram ini.
Menyesal? Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidupku. Hingga akhirnya aku
diberkas oleh pihak polis atas kesalahan mengedar dadah. Mahkamah menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup ke atas diriku. Itulah kisahku.

Aku merenung lama jeriji besi di hadapanku. Hari ini, genap seminggu setelah berita
kematian ibuku. Aku ralat. Jiwaku kosong. “Apabila kita sedar betapa kosongnya jiwa kita,
kembalilah pada-Nya. Ceritalah segalanya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengasihani.” Ternginag-ngiang kata-kata yang dilontar oleh Ustaz Ghazali sewaktu dia
berceramah Jumaat minggu lalu. Aku mengalih pandanganku. Memandang sejadah dan kitab
suci Al-Quran yang tersusun elok di sisiku. Terbit rasa rindu untuk aku kembali bersujud pada-
Nya. Teringat sewaktu ayahku mengajar aku solat menggunakan sejadah itu. Aku sedar. Jauh
di dasar hatiku, aku ingin bertaubat. Merayu dan memohon pertolongan dari-Nya. Tapi, dosaku
terlalu besar. Aku malu. Malu dengan yang Maha Esa.

“Allah sayang akan hamba-Nya. Tak kira betapa besarnya dosa yang kita lakukan, sentiasa
ada pintu keampunan yang sedia terbuka untuk kita. Bertaubatlah. Allah pasti tunggu taubat
Azli.” Ustaz Ghazali menepuk-nepuk bahuku. Aku sebak. Kelopak mataku mula menakung air
mata. Ustaz Ghazali memelukku. “Permata memang bernilai. Namun, tidak ada satu pun
permata yang boleh menandingi betapa bernilainya seorang hamba yang bertaubat.” Hari itu,
aku belajar sesuatu. Allah sayang akan aku. Allah uji aku sebegini kerana Allah ingin aku
bertaubat. Lama aku bersujud. Sungguh-sungguh aku memohon keampunan dari-Nya. Aku
menyesal. Menyesal kerana tidak memohon maaf kepada ibuku sebelum dia pergi. Aku
menadah tangan. Menceritakan segalanya. Tentang diriku yang terjebak dalam kancah maksiat.
Hati kecilku berharap agar dosaku diampuni Sang Pencipta.

“Kehidupan dunia ini memang indah. Namun, ingatlah sentiasa bahawa dunia ini hanya
sementara. Suatu hari nanti, kita akan kembali kepada Sang Pemilik Alam Semesta.” Kau tahu.
Lambat laun, aku akan kembali menemui-Nya. Biarlah aku persiapkan diriku supaya cukup
bekalanku kelak. Malam itu, dikala semua masih lena dibuai mimpi, aku menghamparkan

sejadah di tengah ruang sel itu. Aku kembali bersujud pada-Nya. Hatiku rasa tenang sekali.
Jiwaku tenteram. Sungguh, ini adalah perasaan yang paling aku rindui selama ini. Lama aku
bersujud. Sehingga akhirnya, aku menghembuskan nafsku yang terakhir.

“Jenazah Azli telah selamat dikuburkan pagi tadi. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-
Fatihah kepada arwah supaya dirinya ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang
beriman. Al-Fatihah.” Ustaz Ghazali memulakan ceramah pada hari Jumaat itu denhgan
mengumumkan berita pemergian Azli. Setelah hampir dua minit berdiam diri, Ustaz Ghazali
kembali berbicara. “Sentiasa ada peluang untuk mereka yang berdosa bertaubat. Allah pasti
ampunkan kalian kerana Allah Maha Penagmpun lagi Maha Mengasihani. Mintalah
keampunan darinya. Allah tunggu taubat kalian.”

Itulah kisah Azli Mat Azi. Sesungguhnya, hanya Allah yang layak menilai kebaikan
perbuatan seseorang itu. Biarlah kisah hidupnya dijadikan pengajaran buat kita semua.


Click to View FlipBook Version