PENTAKSIRAN BILIKDARJAH GAN ERN XIN 22Y E-PORTFOLIO PENILAIAN INSTRUMENINSTRUMEN PBD
NAMA: GAN ERN XIN AMBILAN: JUN 2021 UNIT: SEJARAH ANGKA GILIRAN: 2021252340754 KOD DAN NAMA KHUSUS: EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA PENYARAH: TUAN MD RODI BIN IDRIS
Pentaksiran Bilk Darjah yang dilaksanakan dengan berkesan dapat membekalkan maklumat tentang kualiti pembelajaran murid-murid (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Bagi melengkapkan tugasan ini anda dikehendaki merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk menghasilkan e-portfolio yang mengandungi penilaian instrumen- instrumen PBD yang dilaksanakan dalam bilik darjah di sekolah. Anda dikehendaki: Memilih mana-mana tiga instrumen PBD Menilai kesesuaian instrumen dari segi: Kaedah, Aktiviti, Tajuk PdP, Standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan Keupayaan instrumen mentafsir murid Rujuk Rubrik Pentaksiran Berterusan Tugasan 2. Soalan
Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan gabungan tiga patah perkataan iaitu kaedah, mentaksir dan bilik darjah (Muhammad Mustaqim Bin Roslan, 2023). PBD disediakan dengan tujuan untuk memberi kefahaman serta menolong pentadbir sekolah dan guru untuk mengetahui perkembangan pembelajaran murid. Dengan itu, guru boleh merancang aktiviti susulan yang perlu dilakukan untuk membaiki kelemahan murid. PDB melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta melakukan refleksi secara berterusan. PBD ini bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan seseorang murid dalam pembelajaran dan bukan membandingkan tahap penguasaan seseorang murid dengan murid yang lain. PDB dapat dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan, lisan dan kuiz. Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam rekod perkembangan murid adalah seperti merekod dalam buku rekod mengajar, buku catatan guru, folio hasil kerja murid atau senarai semak. Setelah menentukan tahap penguasaan seseorang murid, laporannya akan dimaklunkan kepada ibu bapa dan murid itu sendiri sebagai maklum balas terhadap tahap pembelajaran murid untuk tindakan selanjutnya (Kementerian Pendidikan Malaysia , 2019). Tujuan pentaksiran adalah untuk memantau kemajuan murid, menentu keberkesanan pengajaran, menilai guru dan mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Pengenalan
Ketiga-tiga instrumen penilaian diperoleh daripada guru yang mengajar di SJKC Chung Hwa 1 melalui panggilan call dan emel untuk mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai kaedah yang digunakan, aktiviti yang dijalankan serta tajuk yang terlibat secara terperinci. Antara mata pelajaran yang terlibat adalah Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan Bahasa Melayu. Cara Memperoleh InstrumenPentaksiran Bilik Darjah
Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Pertama Pentaksiran Bentuk Pemerhatian Catatan Anekdot Mentaksir Individu Murid Nama Murid: Yap Yu Chen Kelas: 4K Tarikh: 19/3/2024 Masa: 11am-1pm
Butiran: Pada 19 MAC 2024, murid ini telah menjalankan ketua kumpulan dalam sesebuah eksperimen. Yap Yu Chen telah memimpin dan membantu ahli kumpulan dalam menyelesaikan eksperimen mengenai kebolehtelapan tanah yang berbeza. Murid ini telah menunjukkan sifat kepimpinan dan nilai bertanggungjawab sepanjang eksperimen berlaku dengan bertanggungjawab mengambil radas dan bahan yang diarahkan oleh guru seperti silinder penyukat, bikar, kelalang kon, kertas penapisan dan jam randik untuk ahli kumpulan masing-masing. Seterusnya, murid ini menjelaskan arahan yang harus dijalankan sekiranya ahli kumpulan yang lain tidak memahami perkara yang harus dibuat. Murid ini juga mencuci dan menyimpan balik radas dan bahan setelah eksperimen habis dijalankan. Murid ini secara umumnya seorang yang tegas dan amanah dalam eksperimen tersebut. Yap Yu Chen juga mampu menjawab soalan guru iaitu menyatakan kemahiran proses sains yang digunakan dengan cepat. Selain itu, murid ini mampu menentukan pemboleh ubah bergerak balas serta menyatakan satu contoh hipotesis yang boleh dibuat daripada persoalan yang ditemui pada kehidupan harian, iaitu seperti jika kuantiti gula bertambah, maka masa yang diambil untuk gula melarut sepenuhnya bertambah. Dengan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan, maka kriteria kejayaan dicapai.
Lampiran: Rajah 1 Rajah 2 Rajah 1 dan 2 menunjukkan eksperimen (kebolehtelapan tanah yang berbeza) yang dijalankan oleh murid 4K mengikut kumpulan. Rajah 3 menunjukkan ketua kumpulan iaitu Yap Yu Chen yang sedang membimbing dan membantu ahli kumpulannya.
Kaedah yang digunakan oleh guru dalam instrumen penilaian bentuk pemerhatian iaitu catatan anekdot adalah kaedah tunjuk cara. Menurut Mok Soon Sang (2011), kaedah tunjuk cara merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau melakukan aktiviti di hadapan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana murid harusnya dibiasakan dengan prosedur yang harus dilakukan sepanjang eksperimen berlaku. Guru juga telah menjalankan aktiviti soal jawab untuk memastikan murid-murid memahami arahan yang patut dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan. Eksperimen yang dijalankan adalah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran tahun 4, mata pelajaran Sains, tajuk Kemahiran Saintifik. Dalam eksperimen ini, murid akan dibimbing untuk memahami tiga jenis tanah yang berbeza iaitu berpasir, liat dan berlempung dari segi tekstur tanah iaitu nisbah komposisi zarah tanah dan hubungannya dengan kebolehtelapan. Pada awalnya, guru menerangkan arahan bahan yang harus disediakan oleh murid iaitu buku teks Sains Tahun 4, buku rekod eksperimen dan 3 jenis tanah yang berbeza-beza. Selain itu, radas dan bahan juga harus disediakan iaitu silinder penyukat, bikar, kelalang kon, kertas penapisan dan jam randik. Laporan Kaedah Aktiviti
Tajuk pengajaran dan pembelajaran bagi instrumen di atas adalah 1.0 Kemahiran Saintifik dengan Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains. Standard Pembelajaran yang terlibat dalam eksperimen ini adalah 1.1.9 Mendefinisikan secara operasi dengan memerihalkan satu tafsiran tentang perkara yang dilakukan dan diperhatikan bagi sesuatu situasi mengikut aspek yang ditentukan, 1.1.10 Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan dalam sesuatu penyiasatan serta 1.1.11 Membuat hipotesis dengan membuat penyataan umum yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan. Bagi segi Standard Prestasi yang terlibat adalah TP3 Menganalisis kemahiran proses sains untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu tugasan. Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
Sepanjang eksperimen tersebut, guru mampu melakukan pentaksiran terhadap murid melalui pemerhatian. Sebagai contohnya, dalam instrumen penilaian tersebut, ketua kumpulan, Yap Yu Chen telah menunjukkan sifat kepimpinan dalam memimpin ahli kumpulannya sepanjang eksperimen berlaku. Dari segi kriteria kejayaan, murid ini mampu menyatakan kemahiran proses sains yang digunakan dengan tepat. Bukan itu sahaja, murid ini mampu menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan eksperimen tersebut serta menyatakan satu contoh hipotesis yang boleh dibuat daripada persoalan yang ditemui pada kehidupan harian. Sesunggugnya, dalam menjalankan pentaksiran pemerhatian, guru boleh menggunakan rekod anekdot bagi merekod perkembangan dan perubahan yang berlaku pada seseorang murid. Kekuatan bagi instrumen penilaian anekdot ini adalah guru mampu merekod perbuatan murid secara terperinci untuk memudahkan proses pentaksiran. Hal ini membolehkan bimbingan dan pembetulan diberikan kepada murid secara segera. Selain itu, guru boleh mencatat apa sahaja kejadian yang disaksikan. Maklumat yang dicatat adalah mencukupi untuk menilai seseorang murid secara holistik. Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid Kekuatan
Kelemahan dalam instrumen penilaian ini adalah ketetapan rekod oleh guru bergantung kepada ingatan guru disebabkan rekod ini dibuat selepas eksperimen berlaku. Kesilapan kandungan catatan mungkin berlaku disebabkan oleh prasangka guru. Selain itu, guru berkemungkinan menghadapi kekangan masa dalam menyediakan catatan anekdot untuk setiap orang murid yang diajar. Hal ini demikian kerana ia memerlukan masa yang panjang dan guru menghadapi kekurangan masa. Guru boleh menggunakan nota kecil untuk merekod perkembangan setiap murid untuk mengelakkan kesilapan catatan dalam rekod anekdot. Seterusnya, bagi menyelesaikan kedua-dua masalah yang dihadapi, guru boleh menyediakan senarai semak dan menggunakannya semasa kelas berlangsung supaya pentaksiran yang tepat mampu dibuat. Bukan itu sahaja, guru boleh merujuk balik senarai semak tersebut semasa membuat catatan anekdot untuk menjimatkan masa untuk berfikir balik tindakan yang dilakukan oleh murid. Kelemahan Cadangan Penambahbaikan Kesimpulan Secara kesimpulannya, rekod anekdot merupakan instrumen penilaian yang mampu memberi gambaran tingkah laku murid secara terperinci. Hal ini dapat membantu guru dalam melaksanakan pentaksiran terhadap murid mengenai keberkesanan hasil pembelajaran dicapai.
Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Kedua Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis Lembaran kerja Kerja Individu Latihan Pertama Lengkapkan latihan di bawah mengenai nama penyakit Campak, Cacar Air, Rubela dan Beguk dengan simptomsnya. Rajah 4 Rajah 4 menunjukkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada murid kelas 5 Berlian.
Latihan Kedua Lengkapkan latihan berdasarkan cara merebak penyakit Deman Campak, Cacar Air, Beguk dan Rubela. Rajah 5 Rajah 5 menunjukkan latihan yang diberikan mengenai topic cara merebak penyakit.
Tajuk: 6.0 Penyakit Standard Kandungan: 6.1 Kemahiran mencegah dan mengurangkan faktor risiko penyakit dalam kehidupan harian - Deman campak - Rubella - Cacar air - Beguk Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.1.1 Mengetahui simptom demam campak, rubella, cacar air dan beguk.
Kaedah yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan kaedah pentaksiran secara bertulis, iaitu lembaran kerja adalah kaedah latih tubi. Guru telah memberi 2 jenis pentaksiran dalam 1 standard pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan peneguhan kepada murid dalam mencapai hasil pembelajaran. Kaedah latih tubi dalam pembelajaran merupakan usaha bagi membantu murid mengingati kembali ilmu yang dipelajari (Saifulazry Mokhtar et al., 2022). Latihan pengukuhan akan membolehkan murid mengingati pelajaran yang diajar di sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah melengkapkan 2 lembaran kerja yang disediakan oleh guru. Guru menetapkan masa iaitu 10 minit untuk murid menyiapkan lembaran kerja 1 dan 5 minit untuk menyiapkan lembaran kerja 2. Seterusnya, guru mengambil balik kedua-dua lembaran kerja untuk menyemak dan menentukan tahap penguasaan murid-murid di kelas 5 Berlian. Murid yang menjawab soalan yang salah akan dibimbing oleh guru atau murid yang tahap kognitif tinggi. Laporan Kaedah Aktiviti
Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Tajuk pengajaran dan pembelajaran bagi instrumen di atas merupakan tajuk 6.0 Penyakit dengan standard kandungan 6.1 Kemahiran mencegah dan mengurangkan faktor risiko penyakit dalam kehidupan harian, iaitu Deman campak, Rubella, Cacar Air dan Beguk. Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Standard Pembelajaran yang terlibat adalah 6.1.1 Mengetahui simptom demam campak, rubella, cacar air dan beguk dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Standard Prestasi yang terlibat adalah tahap penguasaan 1 dan 2, iaitu Menyatakan simptom demam campak, rubella, cacar air dan beguk serta Menerangkan cara demam campak, rubella, cacar air dan beguk merebak. Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid Instrumen ini yang terdiri daripada 2 lembaran kerja menunjukkan kemampuan bagi mentafsir murid yang kebanyakan mempunyai tahap kognitif yang sederhana. Jawapan murid mampu menunjukkan kefahaman mereka terhadap isi kandungan yang dipelajari.
Kekuatan Instrumen penilaian ini digunakan oleh guru sebelum menjalankan penutup. Antara kekuatan instrumen penilaian ini adalah arahan dan format bagi menyiapkan lembaran kerja adalah ringkas dan jelas. Format soalan yang jelas seperti dalam latihan 2 yang menunjukkan 4 kotak memberi gambaran yang jelas bahawa murid haruslah menyenaraikan 4 cara penyakit direbak. Latihan sebegini mampu mengukuhkan lagi penguasaan murid untuk mencapai tahap penguasaan 2 iaitu murid dapat menerangkan cara demam campak, rubella, cacar air dan beguk merebak. Tambahan lagi, dalam latihan pertama yang diberikan oleh guru dilengkapi dengan gambar yang mampu membantu murid mentafsir soalan secara berkesan. Menurut guru yang menjalankan instrumen penilaian ini, murid dalam kelas cenderung dalam pembelajaran visual disebabkan mampu meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Kelemahan Kelemahan yang dihadapi adalah murid berkemungkinan berasa bosan disebabkan tiada warna yang berwarna-warni dan sesetengah orang murid tidak mampu mengingati nama penyakit yang berbezabeza. Cara penyelesaian adalah menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar yang berwarna-warni untuk menarik perhatian murid.
Cadangan Penambahbaikan Dari segi cadangan penambahbaikan, guru seharusnya lebih teliti dalam penyediaan lembaran kerja. Misalnya, tajuk lembaran kerja kedua yang salah haruslah dibuat kesilapan sebelum diedarkan kepada murid untuk mengelakkan kekeliruan. Walaubagaimanapun, lembaran kerja yang disediakan adalah ringkas dan tepat bagi mencapai pencapaian hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jawapan murid mampu membantu guru dalam membuat penilaian mengikut tahap penguasaan terhadap mereka. Kesimpulan Secara kesimpulannya, pentaksiran secara bertulis iaitu lembaran kerja telah menepati standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pentaksiran yang dijalankan bukan sahaja memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada murid malah membolehkan guru menilai murid terhadap tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran hari tersebut.
Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Ketiga Pentaksiran Bentuk Pemerhatian Senarai Semak Guru Mentaksir Kerja Kumpulan
Aktiviti Baca Teks Karya Sastera: Murid dikehendaki membaca teks Keistimewaan Rakyat Malaysia dalam Buku Teks Unit 15 Aku Anak Watan. Aktiviti Analisis Teks Karya Sastera : Murid haruslah menganalisis teks Keistimewaan Rakyat Malaysia selepas aktiviti membaca. Aktiviti Menyatakan Idea Baharu: Murid dikehendaki mengeluarkan fikiran baharu mengenai keistimewaan warganagara dan menulis dalam peta I-think. Bukti aktiviti-aktiviti dijalankan Rajah 6-9: menunjukkan aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh murid.
Laporan Kaedah Kaedah yang digunakan dalam senarai semak guru iaitu pentaksiran bentuk pemerhatian adalah kaedah sumbang saran. Kaedah sumbang saran membawa konsep mencari solusi terhadap sesuatu masalah melalui penjanaan idea secara berkumpulan (Rainal Hidayat Wardi et al., 2016). Dalam kaedah ini, murid seharusnya menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Kaedah ini digunakan dalam sebuah aktiviti yang dijalankan oleh guru iaitu murid menyatakan idea baharu mengenai keistimewaan warganegara. Aktiviti SGuru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dalam 1 kumpulan. 3 jenis aktiviti dijalankan. Pertamanya adalah Aktiviti Baca Teks Karya Sastera. Dalam aktiviti tersebut, murid haruslah membaca teks Keistimewaan Malaysia dalam Buku Teks Unit 15 Aku Anak Watam. Seterusnya ialah Aktiviti Analisis Teks Karya Sastera. Murid haruslah menganalisis teks Keistimewaan Rakyat Malaysia selepas aktiviti membaca. Kedua-dua aktiviti ini adalah untuk memenuhi Standard Pembelajaran iaitu membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan karya bukan sastera. Akhirnya aktiviti yang dijalankan adalah Aktiviti Menyatakan Idea Baharu. Murid dikehendaki mengeluarkan fikiran baharu mengenai keistimewaan warganegara dan menulis dalam peta I-think.
Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Tajuk bagi instrumen penilaian senarai semak adalah 2.0 Kemahiran Membaca dengan Standard Kandungan 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Standard Pembelajaran (OP) yang terlibat dalam instrumen penilaian senarai semak guru adalah 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan karya bukan sastera manakala Standard Prestasi adalah murid-murid dapat membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera. Keupayaan Instrumen Mentafsir Murid Instrumen penilaian ini mampu merekod kemampuan murid untuk mencapai kriteria kejayaan ataupun tidak iaitu membaca teks karya sastera dengan fasih, menginterpretasi kandungan teks karya sastera dengan menyatakan secara ringkas kandungan teks serta menyatakan sekurang-kurangnya 2 idea baharu mengenai keistimewaan warganegara.
Kekuatan Terdapat beberapa kekuatan instrumen penilaian senarai semak guru. Pertamanya, senarai semak sangat mudah dan mampu dilakukan semasa atau selepas pemerhatian. Pencatatan adalah senang dan jelas. Guru juga boleh membuat perbandingan antara kumpulan dengan kumpulan ataupun membandingkan perkembangan murid yang lalu dengan sekarang. Kelemahan Dari segi kelemahan, maklumat dalam senarai semak terlalu kurang. Hal ini demikian kerana dalam senarai semak, guru hanya perlu merekod sama ada ahli kumpulan tersebut mampu menjalankan aktiviti tersebut. Maklumat terperinci seperti apakah latihan intervensi yang dijalankan tidak ditulis dalam senarai semak. Bukan itu sahaja, informasi dan deskripsi mengenai tingkahlaku atau kemahiran murid turut tidak disertakan. Akhirnya, borang senarai semak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Cadangan Penambahbaikan Guru boleh menambah bahagian dalam senarai semak di mana mereka boleh menulis deskripsi tentang tingkah laku atau kemahiran murid yang diperhatikan semasa aktiviti tersebut dilakukan. Selain itu, guru seharusnya menggunakan aplikasi digital untuk menyediakan senarai semak berbanding dengan kaedah tradisional iaitu secara bertulis untuk menjimatkan masa dalam menghasilkan instrumen penilaian senarai semak.
Kesimpulan Secara kesimpulannya, senarai semak akan memberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang dilakukan oleh murid. Dengan itu, guru akan lebih senang menentukan tahap pencapaian seseorang individu.
Rujukan